You are on page 1of 21

KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR

GMGM3033

1. PENGENALAN
Tugasan ini adalah untuk mengkaji konflik - konflik yang pernah berlaku sekitar tahun
2000 dan ke atas. Merungkai permasalahan di Malaysia dan juga serata Asia
memerlukan banyak rujukan dan bahan yang mampu membuatkan kajian ini tepat dan
padat. Pertama sekali, erti sebenar konflik mestilah diteliti dan difahami. Konflik
ditafsirkan sebagai sesuatu proses di mana pihak dengan keinginan berlainan setiap
satunya percaya bahawa yang lain cuba atau bertindak menentang mereka, dan
melakukan tingkah-laku yang merosakkan pihak lain. Konflik acap kali ditafsirkan
sebagai perselisihan, namun boleh juga diertikan pertikaian. Sungguhpun konflik sering
dilihat sebagai negetif, dalam keadaan tertentu, ia mampu membawa hasil yang baik.

Konflik sememangnya jarang dilihat sebagai membina, bagaimanapun dalam konteks


tertentu seumpama dalam sukan, konflik tahap serdahana boleh dilihat sebagai
menguntungkan kedua pihak, membantu saling memahami, tolak ansur, belajar dan
berkesan. Jowett., S., (2007) membezakan antara konflik kandungan, di mana individual
bertelagah mengenai bagaimana mengendali isu tertentu, dan konflik hubungan, di
mana individual bertelagah mengenai sesama sendiri, menyedari bahawa konflik
kandungan boleh menguntungkan, meningkat motivasi dan merangsang perbincangan,

218154, 218223, 218265, 218266, 218270, 218376

KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR

GMGM3033

sementara konflik hubungan menrosotkan prestasi, kesetiaan, rasa puas hati, komitmen,
dan menyebabkan individual menjadi terganggu, negetif, benci dan syak wasangka. Ada
pendapat yang mengatakan bahawa konflik menguntungkan dalam kumpulan dan
komiti

bagi

mengelakkan

kognatif

berat

sebelah

dalam

"Pemikiran

Berkumpulan".Janis., I. (1971).
Seorang pengjkaji yang bernama Nicholson., M. (1992) pula menulis mengenai cara
penyelesaian konflik. Dia menyedari bahaya penyelesaian konflik diselesaikan apabila
perbezaan antara keinginan dan tindakan kedua pihak diselesaikan. Perundingan
merupakan bahagian penting dalam penyelesaian konflik, dan sebarang reka bentuk
bagi proses yang cuba memasukkan konflik positif dari mula perlu berhati-hati agar
tidak membiarkannya merosot menjadi konflik negatif.

Untuk kajian ini, kumpulan kami telah memilih untuk memandang lebih luas ke Asia
Tenggara mengenai permasalahan atau konflik yang dihadapi di Filipina sejak berabad
lalu. Perdana Menteri Malaysia, Dato` Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengambil
langkah bijak untuk terlibat sama menyelesaikan konflik yang dihadapi di wilayah
Filipina ini. Meskipun konflik ini sememangnya tidak berkait secara langsung dengan
negara Malaysia, namun kesejahteraan serantau sebenarnya sangat penting bagi

218154, 218223, 218265, 218266, 218270, 218376

KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR

GMGM3033

memastikan Malaysia membangun secara sempurna tanpa ancaman luar seperti perang
dan sebagainya.

Perjanjian awal damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam
Moro (MILF) mendapat reaksi melegakan daripada pelbagai pihak terutamanya
daripada penduduk di wilayah selatan negara itu. Perjanjian yang dicapai
menerusi rundingan damai kali ke-32 tersebut bakal menyaksikan konflik
selama 40 tahun di wilayah itu berakhir dan satu wilayah baharu autonomi yang
dikenali sebagai Bangsamoro akan dibentuk.

Kata putus yang dicapai menerusi perjanjian tersebut memberi makna


tersendiri kepada kedua-dua belah pihak, termasuk Malaysia yang menjadi
orang tengah dalam setiap rundingan yang diadakan antara kedua-dua pihak
sejak lebih sedekad lalu. Peranan Malaysia selaku pengantara bagi kedua-dua
pihak bermula sejak era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, diteruskan
semasa era Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sehingga era Datuk Seri Najib Tun
Razak.

218154, 218223, 218265, 218266, 218270, 218376

KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR

GMGM3033

2. PENGENALAN KONFLIK
Setalah berjuang sekian lama, pihak kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan
Islam Moro (Moro Islamic Liberation Front atau MILF) akhirnya bersetuju
berdamai

menerusi

satu

Kerangka

Persetujuan

Perdamaian

Mindanao,

ditandatangani secara formal pada 15 Oktober 2012 di Istana Malacanang,


Manila. Persetujuan ini diumumkan oleh Presiden Benigno Aquino pada sidang
akhbar di Manila.

Presiden Aquino dalam kenyataannya yang mengambil kira semangat dan


aspirasi perjuangan pejuang kebebasan Moro yang telah berjuang untuk
kemerdekaan mereka sejak abad ke-15 lagi menyatakan bahawa, "perjanjian ini
membentuk satu entiti politik yang baru dan ia berhak untuk mendapat nama
yang menggambar dan menghormati perjuangan nenek moyang mereka di
Mindanao dan meraikan sejarah dan karakter bahagian ini dalam negara kita.
Nama itu adalah Bangsamoro,".

Ini adalah satu peristiwa penting dalam sejarah kerana akhirnya Bangsamoro
diterima sebagai satu identiti berdaulat oleh pihak yang satu ketika dulu dilihat
sebagai penjajah oleh orang mereka. Bangsamoro juga nama yang diberikan

218154, 218223, 218265, 218266, 218270, 218376

KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR

GMGM3033

kepada kawasan yang didiami oleh lebih kurang lima juta penduduk beragama
Islam di Selatan Filipina ini. Nama ini akan menjadi nama rasmi kawasan ini
menggantikan nama yang sedia ada iaitu Autonomous Region of Muslim
Mindanao (ARMM) apabila proses transisi kuasa tamat kelak. Sama ada negeri
Bangsamoro ini berjaya mencapai perdamaian dan membangunkan masa
depan yang lebih

baik kepada penduduknya akan

bergantung kepada

bagaimana kerangka perdamaian ini diimplementasikan.

3. SEJARAH KONFLIK DAN PROSES DAMAI


Proses perdamaian di Mindanao antara kerajaan Filipina telah berlaku hampir 40 tahun.
Konflik itu sendiri sebenarnya telah berlangsung lebih lama iaitu sejak abad ke-16.
Apabila penjajah Sepanyol datang ke rantau ini, mereka telah berdepan dengan
sekelompok pejuang beragama Islam di kepulauan yang kemudiannya dipanggil
Filipina. Mereka tidak berjaya menghapuskan tentangan daripada masyarakat ini yang
mereka panggil "Moro" sempena nama pejuang Islam yang menentang penjajahan
Sepanyol di utara Afrika, ataupun "Moors",

Nama Moro ini kekal sebagai nama kepada 13 kumpulan etno-linguistik beragama
Islam yang tinggal di Mindanao dan pulau lain di Selatan Filipina, termasuk Sulu,
Palawan, Basilan dan Tawi-Tawi. Perkataan "Bangsa" kemudiannya ditambah kepada
218154, 218223, 218265, 218266, 218270, 218376

KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR

GMGM3033

"Moro" untuk menunjukkan bahawa kumpulan Moro yang berbeza seperti Maranao,
Maguindanao, Tausug, Iranun, Bajau dan lain-lain lagi adalah serumpun atau sebangsa
dengan agama Islam sebagai penyatu kepada bangsa ini. Penyatuan ini penting kerana
menunjukkan kesatuan mereka sebagai satu bangsa yang dijajah dan tekad mereka
untuk membebaskan diri daripada penjajahan negara Filipina.

Proses penentangan penjajahan yang bermula dengan penentangan terhadap Sepanyol


disambung kepada penentangan penjajah Amerika dalam abad ke-19 dan 20, seterusnya
disambung kepada kerajaan Filipina dalam tahun 1960-an di bawah payung, Pergerakan
Kemerdekaan Mindanao (Mindanao Independence Movement). Kejadian pembunuhan
beramai-ramai anak muda Moro di Pulau Corregidor atau dikenali sebagai Jabidah
Massacre dalam tahun 1968 membangkitkan semangat mereka untuk menubuhkan
barisan pembebasan menentang penindasan kerajaan Filipina.

Dalam tahun 1971, Barisan Pembebasan Nasional Moro (Moro National Liberation
Front - MNLF) ditubuhkan di bawah pimpinan Nur Misuari dan Salamat Hashim (Ustaz
Hashim)

sebagai

timbalannya.

Presiden

Marcos

memberi

respons

dengan

mengisytiharkan Undang Undang Darurat di Selatan Filipina sebagai usaha


menghapuskan perjuangan Moro ini. Intensiti konflik yang meningkat dalam awal tahun
218154, 218223, 218265, 218266, 218270, 218376

KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR

GMGM3033

70-an ini seterusnya menyaksikan ramai pelarian dari Selatan Filipina ke Sabah mencari
kehidupan lebih aman. Jumlah pelarian ini meningkat dari tahun ke tahun sehingga
mencecah hampir 100,000 pada awal tahun 2000.

MNLF kemudiannya mengambil keputusan berunding dengan kerajaan Filipina dan


akhirnya menandatangani perjanjian Tripoli di bawah seliaan Libya pada 1976. Tahun
berikutnya Ustaz Hashim bersama pengikutnya keluar dari MNLF dan menubuhkan
MILF kerana tidak bersetuju dengan usaha Nur Misuari dan perjanjian Tripoli.
Semenjak itu MILF dan MNLF berjalan selari dengan dua pemimpin yang mempunyai
latar belakang dan hal tuju berbeza - Nur Misuari selaku mantan pensyarah politik
Universiti Filipina berpendekatan sekular, manakala Ustaz Hashim mempunyai latar
belakang agama yang kuat dengan pendidikan di Timur Tengah. Satu lagi serpihan
MNLF adalah kumpulan Abu Sayyaf yang dibawa keluar dari MNLF oleh sekumpulan
mubaligh Islam muda pada 1991 kerana perbezaan pendapat dengan pemimpin MNLF.

Perjanjian Perdamaian Akhir (Final Peace Agreement - FPA) antara kerajaan Filipina
dan MNLF, hasil fasilitasi Indonesia di bawah payung OIC, dicapai pada 1996.
Perjanjian ini melihat pembentukan Daerah Autonomi Muslim Mindanao (Autonomous
Region of Muslim Mindanao - ARMM) di bawah pimpinan Nur Misuari dan MNLF.
218154, 218223, 218265, 218266, 218270, 218376

KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR

GMGM3033

Bagaimanapun, usaha perdamaian tidak tercapai kerana masalah dalaman di ARMM


termasuk

kekurangan

dana

untuk

pentadbiran

dan

menjalankan

program,

penyelewengan kuasa, korupsi dan perbalahan semasa ahli MNLF.

ARMM juga ditolak oleh MILF kerana dianggap sebagai usaha kerajaan Filipina untuk
mengekalkan penjajahan Manila ke atas orang Bangsamoro. MILF seterusnya
memulakan perundingan mereka sendiri dengan kerajaan Filipina pada 1997.
Perundingan ini dihentikan apabila usaha peperangan habis-habisan (all out war)
dijalankan oleh Presiden Estrada pada tahun 2000. Perundingan disambung semula
selepas Estrada dijatuhkan dan Presiden Gloria Macapagal Arroyo meminta bantuan
Malaysia menjadi fasilitator dalam proses perundingan seterusnya.

Malaysia dipercayai kerana dilihat sebagai sebuah negara jiran yang dihormati oleh
kedua-dua belah pihak selain negara Islam yang mempunyai keupayaan untuk mengajak
kelompok MILF ke arah perdamaian. Perundingan yang bermula kembali pada 2001 ini
segera membuahkan hasil dengan perjanjian gencatan senjata. Ini diikuti dengan
persetujuan meningkatkan keadaan sosioekonomi penduduk Mindanao dengan
penubuhan Agensi Pembangunan Bangsamoro (Bangsamoro Development Agency BDA).
218154, 218223, 218265, 218266, 218270, 218376

KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR

GMGM3033

Seterusnya dalam tahun 2004, kedua-dua pihak bersetuju menerima pasukan pemantau
antarabangsa yang dipimpin oleh Malaysia dengan nama International Monitoring
Team (IMT). IMT ini melibatkan juga negara lain seperti Brunei dan Libya (Jepun
menyertai pasukan ini pada 2007). Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin, Panglima
Angkatan Tentera Malaysia pada masa sekarang telah dipertanggungjawabkan untuk
memimpin pasukan IMT yang pertama. IMT telah berjaya mengurangkan insiden
keganasan dan pertempuran antara kelompok bersenjata di Mindanao.

Perundingan damai yang berjalan di Malaysia berjaya menghasilkan perjanjian


berkenaan kawasan tanah warisan atau Memorandum of Agreement on Ancestral
Domain (MOA-AD) pada 2008. Malangnya MOA-AD ini telah ditentang oleh beberapa
pemimpin Kristian tempatan di Lanao dan Zamboanga. Mereka ke Mahkamah Agung
Filipina untuk menghentikan proses perdamaian ini. Mahkamah kemudiannya
mengeluarkan arahan penahanan sementara (temporary restraining order- TRO) ke atas
proses ini menyebabkan acara perjanjian yang dirancangkan di Putrajaya pada Ogos
2008 tidak terlaksana.

218154, 218223, 218265, 218266, 218270, 218376

KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR

GMGM3033

Atas bangkangan ini juga Mahkamah Agung Filipina akhirnya mengisytiharkan proses
perdamaian ini tidak sah dan berlawanan dengan perlembagaan (unlawful and
unconstitutional) kerana dianggap membincangkan hal yang di luar bidang kuasanya
dan tidak merujuk kepada masyarakat setempat yang akan dipengaruhi oleh keputusan
perjanjian ini. Akibatnya, proses perdamaian terpaksa dihentikan. Perkara ini juga
mengakibatkan dua komandan MILF keluar memberontak bersama pengikut mereka
mengakibatkan kematian beratus orang pada ketika itu. Kumpulan serpihan ini
kemudiannya keluar dari MILF dan membentuk Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro
atauBangsamoro Islamic Freedom Fighters (BIFF). Walaupun telah ditolak oleh pihak
MILF, kumpulan ini masih menganggap diri mereka pemantau proses perdamaian dan
nasib masyarakat Bangsamoro.

Perundingan yang terhenti selepas insiden 2008 itu kemudiannya disambung kembali
dengan pelantikan Presiden Aquino dalam tahun 2010. Beliau meletakkan perdamaian
di Mindanao sebagai antara agenda utama pentadbirannya. Beliau telah memanggil
Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Filipina, Marvic Leonen mengetuai panel
perunding kerajaan Filipina. Ini ekoran banyak persoalan undang-undang dan
perlembagaan yang perlu dijawab dalam perundingan ini. Leonen kemudiannya

218154, 218223, 218265, 218266, 218270, 218376

10

KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR

GMGM3033

mengumpulkan ahli panelnya termasuk ahli akademik Miriam Coronel Ferrer dari
Universiti Filipina dan wakil masyarakat Bangsamoro sendiri Yasmin Busran Lao. Di
pihak MILF, kebanyakan ahli panel dikekalkan kerana pengalaman mereka seperti ketua
panel Mohagher Iqbal dan Datu Michael Mastura. MILF juga menambah ahli panel
seperti Profesor Abhoud Syed Lingga dari Institute of Bangsamoro Studies dan peguam
yang juga aktivis hak asasi manusia, Raissa Jajurie.

Perundingan yang difasilitasi oleh Malaysia ini mempunyai ciri-ciri inovasi yang tiada
dalam mana-mana perundingan sebelumnya. Di samping pasukan pemantau
antarabangsa atau IMT, proses ini juga melihat pelantikan kumpulan pemerhati luar
yang dipanggil International Contact Group (ICG). ICG terdiri daripada empat negara United Kingdom, Arab Saudi, Turki dan Jepun, selain empat pertubuhan antarabangsa
- Conciliation Resources (UK), Center for Humanitarian Dialogue(Switzerland), Asia
Foundation (US), dan Muhammadiyah (Indonesia). Terdapat juga komponen penjagaan
kepentingan masyarakat yang dipimpin oleh wakil Kesatuan Eropah. Kesemua ini untuk
memastikan proses perundingan berjalan lancar dan terdapat jaminan terhadap hasil
perundingan (peranan ICG) dan kepentingan masyarakat terjaga.

218154, 218223, 218265, 218266, 218270, 218376

11

KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR

GMGM3033

Aquino juga mempunyai matlamat yang spesifik iaitu menghabiskan usaha ini selama
masih lagi Presiden Filipina. Jika isu ini tidak diselesaikan sekarang, kita tidak pasti
apakah presiden selepas ini juga mempunyai hasrat yang sama untuk perdamaian di
Mindanao. Tempoh Presiden Aquino adalah enam tahun dari 2010 hingga 2016. Beliau
juga memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun untuk mengimplementasikan
perjanjian ini. Sebarang penyelesaian konflik perlu melalui proses referendum dengan
masyarakat tempatan yang dipengaruhi, di samping perlu melalui Kongres dan Senat
Filipina, serta tidak dibangkang oleh Mahkamah Agung.

Semua ini memerlukan masa. Butir-butir spesifik berkenaan perjanjian ini juga perlu
dikembangkan dan disosialisasikan kepada masyarakat Mindanao yang terdiri bukan
hanya oleh masyarakat Islam Bangsamoro bahkan masyarakat Kristian dan Lumad.
Pendapat mereka perlu diambil kira malah persetujuan dan sokongan mereka juga
diperlukan. Ini akan mengambil masa. Halangan juga akan ada daripada kelompok
MNLF yang masih ingin mengekalkan struktur pemerintahan ARMM. Mereka juga
perlu

diyakini

untuk

menyokong

Kerangka

Persetujuan

(Framework

Agreement) penubuhan negeri Bangsamoro ini.

218154, 218223, 218265, 218266, 218270, 218376

12

KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR

GMGM3033

Kerangka ini adalah roadmap atau jalan ke arah perdamaian di Mindanao. Ia bermula
dengan penerimaan Bangsamoro sebagai bukan hanya satu identiti tetapi juga satu
entiti, dengan kawasan dan kuasa yang spesifik. Kerajaan Bangsamoro akan ditubuhkan
berdasarkan undang-undang dasar yang akan digubal oleh Pesuruhjaya Transisi yang
terdiri daripada 15 wakil masyarakat Bangsamoro yang dilantik oleh kerajaan Filipina
dan MILF. Pesuruhjaya ini kemudiannya akan digantikan oleh Autoriti Transisi
Bangsamoro dan akhirnya badan legislatif dan eksekutif yang akan membentuk kerajaan
Bangsamoro.

Perjanjian komprehensif berkenaan penubuhan negeri Bangsamoro dijangka dicapai


dengan ahli-ahlinya akan dilantik melalui proses pilihan raya dan akhirnya masyarakat
Bangsamoro akan dapat menikmati pemerintahan sendiri sebagai satu bangsa berdaulat
setelah beratus tahun bergelumang dengan konflik, penjajahan dan penindasan. Peranan
Malaysia akan berterusan dalam memastikan implementasi kerangka ini berjalan lancar.
Ini termasuk meneruskan kerja sebagai fasilitator perundingan serta peranan IMT
memantau keselamatan di lapangan.

Kejayaan proses ini bergantung kepada banyak faktor termasuk peranan yang
dimainkan oleh pemerintah Malaysia dan badan lain seperti Universiti Sains Malaysia
218154, 218223, 218265, 218266, 218270, 218376

13

KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR

GMGM3033

yang telah membantu dengan program-program konsolidasi dan rekonsiliasi pihakpihak yang berkonflik. Dalam kes seperti ini, setiap inisiatif adalah bermakna dan
diharapkan perdamaian ini akan berkekalan.
4. PERJANJIAN
Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro (CAB) yang penuh bersejarah,
ditandatangani di Manila yang mana, secara rasminya mengiktiraf kewajaran dan
perjuangan sah rakyat Bangsamoro serta hasrat mereka untuk menentukan masa depan
politik melalui satu proses demokratik yang akan menjamin identiti dan kemakmuran
mereka. Selain memberi kuasa berpemerintahan sendiri yang bermakna kepada
Bangsamoro, perjanjian damai yang diusahakan Malaysia ini juga menyaksikan
berakhirnya permusuhan bersenjata antara kerajaan Filipina (GPH) dan Barisan
Pembebasan Islam Moro (MILF).

Perjanjian ini ditandatangani dengan disaksikan Presiden Filipina Benigno Simeon


Aquino III dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana
Malacanang, perjanjian damai ini juga menjurus ke arah pemansuhan ketidaksamaan
ekuiti budaya melalui modaliti yang dipersetujui bagi mengagihkan secara sama rata
kekayaan dan kuasa politik demi kebaikan bersama.

218154, 218223, 218265, 218266, 218270, 218376

14

KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR

GMGM3033

Penandatangan perjanjian itu ialah Miriam Coronel Ferrer, yang mengetuai panel damai
kerajaan dan pengerusi panel MILF Mohagher Iqbal serta anggota panel masingmasing, di samping pemudah cara Malaysia Tengku Datuk Abdul Ghafar Tengku
Mohamed. Rundingan damai ini bermula di Filipina pada Januari 1997, diteruskan di
bawah naungan kerajaan Malaysia mulai 2001, hingga membawa kepada Perjanjian
Rangka Kerja mengenai Bangsamoro pada Oktober 2012 dan siapnya semua dokumen
sisipan berkaitan pada Januari 2014.

CAB dilengkapi pelbagai perjanjian, garis panduan, terma rujukan dan kenyataan
bersama yang ditandatangani dan diperakui oleh GPH dan MILF sepanjang
berlangsungnya proses rundingan mulai 1997. Ini termasuk Perjanjian bagi Penamatan
Permusuhan Umum yang ditandatangani pada 18 Julai 1997 di Cagayan de Oro City,
Perjanjian mengenai Rangka Kerja Umum bagi Penyambungan Rundingan Damai yang
ditandatangani pada 24 Mac 2001 di Kuala Lumpur dan Perjanjian Rangka Kerja
mengenai Bangsamoro yang ditandatangani pada 15 Oktober 2012 di Manila.

Dokumen lain yang ditandatangani termasuk lampiran mengenai aturan transisi dan
modaliti (27 Feb 2013 di Kuala Lumpur), lampiran mengenai penjanaan hasil dan
perkongsian kekayaan (13 Julai 2013 di Kuala Lumpur), lampiran mengenai
218154, 218223, 218265, 218266, 218270, 218376

15

KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR

GMGM3033

perkongsian kuasa (8 Dis 2013 di Kuala Lumpur) dan lampiran mengenai penormalan
(25 Jan 2014 di Kuala Lumpur). Tambahan mengenai kawasan perairan dan zon
kerjasama bersama Bangsamoro pula ditandatangani pada 25 Januari 2014 di Kuala
Lumpur."Ia akan membuka laluan ke arah mencapai penyelesaian politik secara
rundingan berkaitan Persoalan Bangsamoro, dan dengan itu menamatkan konflik
bersenjata antara GPH dan MILF, serta memupuk keamanan dan kestabilan di rantau
dunia sebelah sini," demikian antara kata-kata yang terkandung dalam dokumen lima
muka surat mengenai usaha untuk mencapai keamanan di selatan Filipina itu.

Menurut dokumen itu lagi, pihak yang menandatangani perjanjian itu komited untuk
melindungi dan meningkatkan hak rakyat Bangsamoro serta penduduk lain di
Bangsamoro berhubung maruah manusia; merapatkan jurang ketidakadilan sosial,
ekonomi dan politik; dan memperbetulkan ketidakadilan sejarah yang dilakukan
terhadap Bangsamoro selama ini. "Pihak berkenaan mengiktiraf identiti dan kilanan sah
Bangsamoro. Pada waktu yang sama, mereka juga mengukuhkan komitmen untuk
saling menghormati identiti satu sama lain dan kesaksamaan harga diri setiap orang
dalam komuniti politik," kata CAB itu.

GPH dan MILF berikrar untuk berusaha ke arah pelaksanaan sepenuhnya CAB
218154, 218223, 218265, 218266, 218270, 218376

16

KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR

GMGM3033

berkenaan hingga membawa kepada tertubuhnya Pihak Berkuasa Transisi Bangsamoro


dan kerajaan Bangsamoro. Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk saling berusaha ke
arah penubuhan satu entiti politik baru Bangsamoro yang akan melindungi hak individu
dan kolektif serta menjadi wakil yang benar-benar demokratik bagi penduduk yang
bersifat pelbagai. Di sampin itu, mereka juga berhasrat memulihkan secara beransuransur kawasan yang sebelum ini terjejas oleh konflik dan menjadikannya komuniti yang
aman dan progresif.

Turut disebut dalam perjanjian damai ini ialah penghargaan ikhlas pihak berkenaan
kepada kerajaan Malaysia dan Datuk Seri Mohd Najib kerana sokongan beliau terhadap
rundingan damai GPH-MILF dan peranan yang dimainkan Malaysia sebagai pemudah
cara pihak ketiga serta ketua misi Pasukan Pemantau Antarabangsa. Mereka juga
memuji Suruhanjaya Transisi Bangsamoro kerana usahanya menyiapkan deraf Undangundang Asas Bangsamoro.

218154, 218223, 218265, 218266, 218270, 218376

17

KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR

GMGM3033

RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI


Sophia Jowett (2007). Social Psychology in Sport. Human Kinetics. ms. 34.
ISBN 978-0-7360-5780-6. Diperoleh pada 11 October 2012.
Janis, I. L. (November 1971). "Groupthink". Psychology Today 5 (6): 4346, 7476.
Michael Nicholson (27 March 1992). Rationality and the Analysis of International
Conflict. Cambridge University Press. ms. 13. ISBN 978-0-521-39810-7. Diperoleh
pada 11 October 2012.
Mingguan Malaysia, 14 Oktober 2012, ms 6, Analisis

Abbas, M., Is a Bangsa Moro State within a Federation the Solution?, Ateneo Law
Journal, Vol. 48 No. 2, September 2003

Abinales, P., Making Mindanao: Cotabato and Davao in the Formation of the Philippine
Nation-State, Ateneo de Manila University Press, Manila, 2004.

218154, 218223, 218265, 218266, 218270, 218376

18

KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR

GMGM3033

Abinales, P. & Amoroso, D., The Withering of Philippine Democracy, History


Current, Sept. 2, 2006.
Abuza, Z., Balik Terrorism, Strategic Studies Institute, U.S. Army War College,
September 2005.
Bacani, B., Building a Constituency for Resolving the Moro Ancestral Domain
Question, Autonomy and Peace Review, Vol. 2, Issue 2, April-June 2006.
Bacani, B., MNLF Loses the ARMM: A Setback for Peace?, Autonomy and Peace
Review, Vol. 1, Issue 1, October-December 2005.
Bangsamoro: Make It a Freeport Zone, Newsbreak, November 13, 2006.
Barnett,
T.,
The
Pentagons
New
Map,
Esquire,
March
at http://www.thomaspmbarnett.com/published/pentagonsnewmap.htm

2003

Battling the Abu Sayyaf, batting for extra measures, Interview with Armed Forces of
the Philippines spokesman Gen. Edilberto Adan with INQ7.Net at
http://www.inq7.net/exclusive/2001/june/30/adan_30-1-1.htm
Bergensen, A. and Lizardo, O., International Terrorism and the World System,
Sociological Theory 22:1, March 2004.
Collier, K., Islands of Prosperity: Synergising Free Trade, Border Security and Conflict
Resolution in the Sulu Zone, Report for the Workshop on Security for Economic
Growth of AusAID East ASEAN Initiative, March 12-13, 2007.
Cook, M. and Collier, K., Mindanao A Gamble Worth Taking, Lowy Institute Paper 17,
Lowy Institute for International Policy, New South Wales, Australia, 2006,
Copley, G., The Art of Victory, Strategies for Personal Success and Global Survival in a
Changing World, Threshold Editions, New York, 2006, p. 107.
Corrado, M., The Programme of Rehabilitating Internally Displaced Persons and
Communities in the Southern Philippines (GOP-UNDP-EC): The Role of the European
218154, 218223, 218265, 218266, 218270, 218376

19

KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR

GMGM3033

Union in the Protection of Human Rights in Third Countries, federalismi.it n. 10/2006.


Davis, A., Philippine security threatened by small arms proliferation, Janes
Intelligence Review, August 4, 2003 at
http://www.janes.com/security/international_security/news/jir/jir030804_1_n.shtml
De La Costa, H., The Jesuits in the Philippines 1581-1768, Harvard University,
Cambridge, 1967.
Duffield, M., Human Security: Development, Containment and Re-territorialization
Chatham House ISC/NSP Briefing Paper 05/02, The Globalization of Security, October
2005.
Feickert, A., U. S. Military Operations in the Global War on Terrorism: Afghanistan,
Africa, the Philippines, and Colombia, Congressional Research Service, The Library of
Congress, February 4, 2005.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121015/lu_05/Konfrantasi-berdarahdi-selatan-Filipina-berakhir-Bangsamoro-akan-lahir
Fianza, M., Contesting Land and Identity in the Periphery: The Moro Indigenous
People of Southern Philippines, Working paper prepared for the 10th Biennial
Conference of the International Association for the Study of Common Property, August
9-13, 2004, held at Oaxaca, Mexico.
From the editors desk, Peacework, American Friends Service Committee, February
2002 at http://www.peaceworkmagazine.org/pwork/0202/020201.htm

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2014/03/27/perjanjian-damai-filipina-danbangsamoro/#

https://www.usm.my/index.php/en/info-gateway/media/newspaper-articles/831kejayaan-proses-damai-mindanao
218154, 218223, 218265, 218266, 218270, 218376

20

KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR

GMGM3033

Guerin, B., New terrorism front opens in Indonesia, Asia Times Online, March 14,
2007 at www.atimes.com
Hayase, S., Mindanao Ethnohistory Beyond Nations, Maguindanao, Sangir, and Bagobo
Societies in East Maritime Southeast Asia, Ateneo de Manila University Press, Manila,
2007, p. 18.
Tan, A., Southeast Asia as the Second Front in the War Against Terrorism: Evaluating
Threat and Responses, Terrorism and Political Violence, Vol.15, No.2 (Summer 2003),
p. 123.
Warren, J., The Global Economy and the Sulu Zone, Connections, Commodities and
Culture, New Day Publishers, 2000, p. 4.
From the editors desk, Peacework, American Friends Service Committee, February
2002 at http://www.peaceworkmagazine.org/pwork/0202/020201.htm
Dela Cruz, J., U.S. Oil Interests Behind Bill on Sulu Sultanate, Bulatlat.com, Vol. VI
No. 20, June 25 July 1, 2006 at http://www.bulatlat.com/news/6-20/6-20-oil.htm
https://www.usm.my/index.php/en/info-gateway/media/newspaper-articles/831kejayaan-proses-damai-mindanao

218154, 218223, 218265, 218266, 218270, 218376

21

You might also like