You are on page 1of 2

Punca Kepupusan Hidupan Flora Dan Fauna

Di Malaysia
1. Kemusnahan Dan Perubahan Habitat
Aktiviti pemusnahan manusia yang paling jelas ialah pembalakan dan penerokaan kawasan baru
untuk pembangunan. Aktiviti-aktiviti ini akan memusnahkan sesuatu habitat dan spesies haiwan
dalam sesuatu jangka masa tertentu. Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnah
atau mengecilkan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawasan
yang luas untuk aktiviti-aktiviti hidup. Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan
kemampuan haiwan-haiwan ini mencari makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan
pembiakan. Kematian dan pengurangan bilangan adalah kesan utama yang akan berlaku
disebabkan masalah ini.
2. Pembakaran Hutan
Pembakaran hutan secara terbuka akan menyebabkan spesies-spesies flora dan fauna
terancam yang ada di kawasan tersebut akan musnah. Lebih menyedihkan, kebakaran hutan
yang besar dan tidak dapat dikawal akan memusnahkan sesuatu spesies haiwan selamalamanya.
3. Pemburuan Haram
Pemburuan haram berlaku akibat permintaan tinggi daripada negara-negara seperti Amerika
Syarikat, Britian dan Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya terdapat di Malaysia.
Dianggarkan hampir 200,000 spesies primat dijual untuk tujuan penyelidikan setiap tahun
sehingga menyebabkan beberapa spesies haiwan tersebut hampir pupus kini.
4. Keperluan Barangan Berasaskan Haiwan
Pembunuhan terhadap harimau, memerang, paus, badak, dan gajah untuk tujuan mendapatkan
kulit, gading dan bahagian-bahagian lain yang dikatakan memberi kekuatan kepada manusia
terus berleluasa. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan
Harimau Malaya kini hanya tinggal jumlah yang sedikit sahaja.
5. Pencemaran Alam
Hidupan seperti ikan lumba-lumba dan paus pembunuh (killer wale) semakin pupus disebabkan
pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak dan kegiatan manusia yang suka
mengotorkan laut.

6. Perubahan Suhu Dunia


Fenomena El-Nino umpamanya menyebabkan peningkatan suhu dunia secara mendadak,
menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan terancam terutama yang tidak
sesuai dengan cuaca panas.

You might also like