You are on page 1of 3

Faktor Faktor Gelandangan

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa terdapat beberapa jenis
masalah yang dihadapi oleh golongan gelandangan ini dan juga boleh dikatakan ia
merupakan punca utama yang meyebabkan golongan tersebut masih berada dalam
keadaan susah selama ini.
Faktor utama yang meyebabkan masalah gelandangan masih berlaku adalah kebanyakan
daripada golongan ini tidak menerima sumber pendapatan yang tetap kerana mereka tidak
memperoleh pekerjaan yang mampu memeberi mereka sumber pendapatan yang stabil
dan tetap. Daripada sumber kajian yang dicari, kebanyakan dariapada golongan
gelandangan ini meneruskan kehidupan seharian mereka dengan mengumpul dan
mengutip barangan lusuh. Sehubungan dengan itu, ketiadaan tempat untuk dijadikan
rumah memburukkan lagi keadaan golongan ini.
Selain itu, daripada ade beberapa kajian yang menyatakan bahawa sebahagian daripada
golongan ini tidak dapat bantuan daripada pihak-pihak yang bertangagungjawab seperti
Pusat Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat mahupun Baitulmal. Ada sumber yang
mengatakan bahawa permohonan yang dilakukan oleh golongan gelandangan inintidak
mendapat respon dan disebabkan ini mereka merasakan bahawa tiada gunanya mereka
megemukan lagi permohonan kepada pihak-pihak terbabit.
Persepsi yang negatif yang diberikan daripada orang tempatan kepada golongan
gelandangan ini juga merupakan slaah satu faktor malah ia juga memburukan lagi
masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut. Masalah ini juga boleh menimbulkan
diskriminasi terhadap golongan ini. Kebanyakan masyarakat luar menganggapkan
golongan gelandangan inin adalah kelompok yang harus di jauhi dan menganggapkan
bahawa golongan ini terdiri dariapada penghidap masalah mental. Oleh sebab itu,
kebanyakan daripada golongan gelandangan ini menghadapi masalah apabila ingin
mendapatkan pekerjaan kearana majikan mereka menganggapkan golongan inin
mempunyai masalah dan malas.

Faktor yang terakir adalah kebanyakan daripada golongan ini selalu menjadi mangsa
kepada orang yang ingin mengambil kesempatan terhadap mereka yang mempunyai
kepentingan yang tertentu. Misalnya, daripada sebuah kajian yang kaji, seorang
responden yang ditemubual menyatakan dia pernah diambil kerja, namun haknya sebagai
seorang pekerja tidak dipenuhi. Hak yang dimaksudkan di sini ialah hak untuk
mendapatkan gaji yang setimpal dengan kerja yang dilakukan dan hak-hak lain
yang berhubung dengan pekerjaan yang dilakukan. Daripada maklumat yang
diperolehi, ada gelandangan mengatakan bahawa sewaktu mereka bekerja
dahulu,mereka tidak dilindungi oleh apa-apa skim perlindungan sosial oleh majikan
mereka. Hal ini menyebabkan mereka tidak mempunyai apa-apa simpanan untuk
hari tua dan secara tidak langsung akan menyebabkan mereka putus pendapatan
dan akhirnya mereka menghabiskan sisa hari tua mereka sebagai golongan
gelandangan.

Langkah Langkah Mengatasi Gelandangan


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ingin merujuk
kepada laporan yang disiarkan di dalam akhbar tempatan baru-baru ini mengenai isu
gelandangan yang sering diperkatakan pada masa kini.
Sejak isu gelandangan ini menjadi isu sosial di negara kita, ia telah menjadi isu bersama
dengan semua pihak baik agensi kerajaan, agensi swasta, NGO, masyarakat dan orang
awam. Usaha untuk membawa golonagan gelandangan di kota Kuala Lumpur kembali ke
pangkuan masyarakat arus perdana. Kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
dengan agensi seperti PBT, PDRM, AADK, Imigresen, Jabatan Kesihatan, Jabatan
Pendaftaran Negara, Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Agama Islam telah pun berlaku
bagi mengatasi masalah gelandangan ini. Hubungan kerjasama ini amat penting bagi
memastikan kesejahteraan sosial negara.
Operasi terhadap gelandangan dan pengemis ini dilaksanakan berdasarkan
tanggungjawab di bawah JKM bagi menyelamatkan orang papa dan
pengemis seperti yang dinyatakan di bawah Akta Orang Papa 1977.
Lazimnya selepas operasi dijalankan, proses saringan akan dijalankan oleh
agensi yang terlibat bagi mengenalpasti permasalahan dan keadaan
pengemis tersebut. JKM hanya berperanan untuk menyelamatkan
pengemis tempatan sahaja. Bagi pengemis warga asing pula, mereka yang
ditahan semasa operasi menyelamat akan diserahkan kepada Jabatan

Imigresen untuk tindakan selanjutnya. Begitu juga sekiranya ada dalam


kalangan pengemis yang ditahan itu terlibat dengan pengambilan dadah,
maka AADK akan membantu menguruskan mereka.
Kementerian juga turut mewujudkan Anjung SInggah yang merupakan perkhidmatan
yang ditawarkan di bawah Yayasan Kebajikan Negara, agensi di bawah KPWKM.
Anjung Singgah YKN adalah pusat khidmat bantuan sosial bagi menangani isu
gelandangan ditubuhkan oleh Kementerian. 3 Pusat ini menyediakan kemudahan tempat
penginapan untuk tempoh 1 hingga 2 minggu dalam usaha membantu mereka untuk
berdikari dan mencari pekerjaan serta mendapatkan tempat penginapan yang sesuai.
Pusat Sehenti ini ditadbir oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) sebuah Pemegang
Amanah yang bertindak sebagai auxiliary kepada kerajaan di bawah KPWKM. Dalam
menangani masalah gelandangan, YKN mendapat kerjasama pelbagai pihak yang
berkaitan seperti agensi-agensi kerajaan, penguatkuasa tempatan, pertubuhan bukan
kerajaan dan lain-lain.

You might also like