You are on page 1of 21

P5127/UNIT10/ 1

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

OBJEKTIF:

Objektif Am:
Mempelajari dan memahami bagaimana firma-firma boleh memperolehi modal luar melalui pembiayaan
jangka panjang. Mengetahui tiga jenis pembiayaan jangka panjang utama iaitu bon, saham terutama dan
saham biasa.

Objektif Khusus:
Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat:
o Mengetahui tiga daripada pembiayaan jangka panjang utama.
o Mengenalpasti ciri-ciri alat hutang jangka panjang- bon, saham biasa dan saham
terutama.
o Mengetahui kelebihan dan kelemahan alat-alat hutang jangka panjang ini.
P5127/UNIT10/ 2

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

INPUT

10.0 Pengenalan
Bon, saham biasa dan saham terutama di anggap sebagai pembiayaan jangka panjang.
Walaupun bon mempunyai tarikh matang dan tamatnya pembiayaan tersebut, tetapi saham biasa
dan saham terutama ( juga dianggap pembiayaan jangka panjang) tiada mempunyai tarikh
matang. Pemilik akan dapat memperolehi dana mereka kembali apabila saham biasa dan saham
terutama itu berpindah tangan. Saham biasa dan saham terutama di anggap sebagai pasaran
ekuiti. Dengan berlakunya kegawatan ekonomi pada tahun 1990 an di Asia dan di Malaysia,
firma-firma mula berminat untuk mengeluarkan bon. Ini kerana pasaran ekuiti sudah menjadi
kurang menarik dan sukar untuk memperolehi dana. Kerajaan melalui institusi-institusi seperti
Suruhanjaya Sekuriti membantu membangunkan pasaran bon agar berkembang pesat sebagai
alternatif kepada firma-firma untuk memperolehi modal.

10.1 Bon
Bon ialah nota janji jangka panjang ( 10 tahun atau lebih) yang dikeluarkan oleh firma
ataupun pihak awam. Ia dianggap mempunyai peluang untuk berkembang pesat terutama
selepas kegawatan ekonomi Asia pada akhir abad ke 20. Ini kerana ia menjadi alternatif kepada
pasaran ekuiti dan pinjaman bank yang tidak dapat lagi memenuhi keperluan modal syarikat.
Kesan daripada krisis ekonomi, pasaran modal mula melihat potensi pasaran bon tempatan
untuk mempelbagaikan risiko kepada pelabur.
P5127/UNIT10/ 3

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

10.1.1Ciri- ciri Alat Hutang Jangka Panjang- Bon Serta Kelebihan Dan
Kelemahan Bon.
a. Ciri-ciri Bon
(i) Nilai Par
Nilai par bon ialah nilai muka atau jumlah pembayaran yang dibayar kepada
pemegang bon setelah ia matang. Biasanya kebanyakan bon korporat dikeluarkan
dengan nilai muka RM 1000. Apabila harga bon dinyatakan, samada oleh pengurus
kewangan atau media kewangan, harganya disebut dalam peratusan daripada nilai
par bon., misalnya bon yang membayar faedah RM 85.00 setahun dan matang pada
tahun 2005 dijual pada 96 1/8. Ini bermakna ia dijual pada 95 1/8 peratus nilai
muka (iaitu RM1000). Oleh itu harga pasaran bon tersebut ialah RM 961.25. Pada
tarikh matang pemegang bon akan menerima RM 1000.

(ii)Kadar Faedah Kupon


Kadar faedah kupon ke atas bon bermaksud berapa peratus kah daripada nilai par
bon itu akan dibayar dalam bentuk faedah. Oleh itu, walaupun berapa harga pasaran
bon itu yang mempunyai kadar faedah kupon 7% dan nilai par RM 1000, ia akan
membayar RM 70.00 setahun atas faedah sehingga matang.

(iii) Matang
Kematangan bon bermaksud jangkamasa sehingga pengeluar bon membayar balik
nilai par kepada pemegang bon dan menamatkan bon itu.

(iv)Indentur
Indentur ialah perjanjian undang-undang antara firma yang mengeluarkan bon
dan pemegang amanah bon yang mewakili pemegang bon. Indentur menyatakan
bahawa syarat khusus perjanjian pinjaman itu, termasuk perincian tentang bon itu,
hak pemegang bon, hak firma pengeluar dan tanggungjawab pemegang amanah
(biasanya bank atau syarikat amanah).
P5127/UNIT10/ 4

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

(v)Hasil semasa
Hasil semasa bon merujuk kepada nisbah pembayar faedah tahunan dibandingkan
dengan harga pasaran bon. Misalnya, jika kita menilai bon yang mempunyai kadar
faedah kupon 7%, nilai par RM 1000 dan harga pasaran RM 650.00, ia akan
mepunyai hasil semasa:

Hasil semasa= Pembayaran faedah tahunan

Harga pasaran bon

= 7% x 1000 = 70
650 650
= 10.8%

(vi)Hasil Sehingga Matang


Hasil hingga matang merujuk kepada kadar pulangan dalaman bon. Dalam
analisisnya ia melibatkan kedua-dua pembayaran faedah tahunan dan keuntungan atau
kerugian modal. Secara khususnya, hasil sehingga matang ialah kadar diskaun yang
membandingkan nilai kini pembayaran faedah dan pokok dengan harga pasaran semasa
bon.

(vii)Penarafan bon
Penarafan korporat bon dilakukan oleh 3 agensi iaitu Moody, Standard and Poor
dan Fitch Investor Services. Penarafan ini melibatkan penilaian mengenai potensi risiko
satu-satu bon itu memberi kesan kepada kadar pulangan yang dikehendaki oleh pelabur.
Semakin rendah bon itu ditarafkan, semakin tinggi kadar pulangan yang dikehendaki
oleh pasaran modal. Selain daripada penarafan antarabangsa yang dilakukan oleh agensi
luar, Malaysia juga mempunyai penarafan sendiri iaitu Rating Agency Malaysia Berhad
(RAM) dan Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC).
P5127/UNIT10/ 5

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

Kedua-dua buah agensi penarafan ini mempunyai pasaran untuk membuat penilaian ke atas
syarikat-syarikat yang mahu menerbitkan bon.

10.1.2 Kelebihan dan Kelemahan Bon


Di antara kelebihan-kelebihan bon kepada pengeluar ialah:
(a) Hutang jangka panjang ini secara umumnya adalah lebih murah.
(b) Pemegang bon tidak mempunyai hak mengundi
(c) Kos apungan ke atas bon adalah lebih rendah daripada saham
biasa.
(d) Pemegang bon tidak terlibat dengan keuntungan luar biasa.
Mereka hanya terhad kepada faedah.

Di antara kelemahan –kelemahan bon kepada pengeluar bon ialah:


(a) Faedah mesti dibayar, sekiranya tidak dibayar boleh membawa
kepada muflis.
(b) Pengeluaran indentur akan menghadkan keanjalan kewangan masa
depan firma.
(c) Hutang mesti dibayar pada tarikh matang dan ia melibatkan alit
tunai keluar yang tinggi.
(d) Hutang ini menyebabkan caj yang tetap. Ini meningkatkan leveraj
kewangan firma. Ia merupakan kelemahan kepada firma yang
mempunyai pendapatan yang tidak stabil.
P5127/UNIT10/ 6

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

AKTIVITI 10 (a)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

10.1 Berikan definisi bon dan 5 ciri-cirinya. (11 markah)

10.2 Nyatakan 2 kelebihan dan kelemahan bon. ( 4 markah)


P5127/UNIT10/ 7

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

MAKLUM BALAS 10 (a)

10.1 Bon ialah nota janji jangka panjang ( 10 tahun atau lebih) yang dikeluarkan oleh firma
ataupun pihak awam. . Ia menjadi alternatif kepada pasaran ekuiti dan pinjaman bank
yang tidak dapat lagi memenuhi keperluan modal syarikat. (2 markah).

5 ciri-ciri Bon:
(i) Nilai Par
Nilai par bon ialah nilai muka atau jumlah pembayaran yang dibayar kepada
pemegang bon setelah ia matang.

(ii) Kadar Faedah Kupon


Kadar faedah kupon ke atas bon bermaksud berapa peratuskah daripada nilai par
bon itu akan dibayar dalam bentuk faedah.

(iii) Matang
Kematangan bon bermaksud jangkamasa sehingga pengeluar bon membayar
balik nilai par kepada pemegang bon dan menamatkan bon itu.

(v) Hasil semasa


Hasil semasa bon merujuk kepada nisbah pembayar faedah tahunan
dibandingkan dengan harga pasaran bon.

(vi) Hasil Sehingga Matang


Hasil hingga matang merujuk kepada kadar pulangan dalaman bon. Hasil
sehingga matang ialah kadar diskaun yang membandingkan nilai kini pembayaran
faedah dan pokok dengan harga pasaran semasa bon.
P5127/UNIT10/ 8

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

10.2 2 kelebihan dan 2 kelemahan bon ialah:

Di antara kelebihan-kelebihan bon kepada pengeluar ialah:


(a) Hutang jangka panjang ini secara umumnya adalah lebih murah.
(b) Pemegang bon tidak mempunyai hak mengundi (2 markah)

Di antara kelemahan –kelemahan bon kepada pengeluar bon ialah:


(a) Faedah mesti dibayar, sekiranya tidak dibayar boleh membawa kepada
muflis. Hutang mesti dibayar pada tarikh matang dan ia melibatkan alir tunai
keluar yang tinggi.
(b) Hutang ini menyebabkan caj yang tetap. Ini meningkatkan leveraj kewangan
firma. Ia merupakan kelemahan kepada firma yang mempunyai pendapatan
yang tidak stabil. (2 markah)
P5127/UNIT10/ 9

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

INPUT

10.2 Saham Terutama


Saham terutama mempunyai pelbagai persamaan dengan saham biasa dan bon.
Persamaanya dengan saham biasa ialah ia tidak mempunyai tarikh matang yang tetap dan
sekiranya tiada dividen dibayar tidak membawa kepada muflis. Persamaan dengan bon pula
ialah dividen adalah dalam amaun yang tetap. Dividen saham terutama adalah ditetapkan
dalam ringgit atau peratusan daripada nilai muka . Jenis-jenis saham terutama termasuklah
Saham terutama biasa, saham terutama bolehtukar, saham terutama penyertaan dan saham
terutama terkumpul.

10.2.1. Ciri ciri Saham Terutama.


Walaupun saham terutama yang pelbagai jenis adalah unik di antara satu sama
lain, terdapat beberapa ciri yang hampir sama di anatara saham- saham tersebut.

(i) Kelas yang pelbagai


Terdapat pelbagai kelas saham terutama yang boleh dikeluarkan oleh syarikat
dan setiap kelas ini mempunyai ciri yang berbeza. Misalnya ada di antara saham
terutama yang boleh ditukarkan kepada saham biasa dan ada yang mempunyai
keutamaan yang berbeza berkaitan dengan aset jika berlakunya kemuflisan.

(ii)Keboleh Tukaran
Kebanyakan saham terutama yang dikeluarkan hari ini boleh ditukarkan kepada
satu jumlah saham biasa. Ia boleh mengurangkan kos saham terutama kepada
pengeluar.
P5127/UNIT10/ 10

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

(iii) Tuntutan Ke Atas Aset dan Pendapatan


Saham terutama mempunyai keutamaan dibandingkan dengan saham biasa ke
atas tuntutan aset sekiranya berlaku kemuflisan. Tuntutan saham terutama akan
dipenuhi selepas bon dan sebelum saham biasa. Ia juga mempunyai keutamaan ke
atas tuntutan individu dibandingkan saham biasa. Ini bermaksud, firma mesti
membayar dividen saham terutama dahulu sebelum dividen saham biasa. Oleh itu,
dari segi risiko, ia adalah lebih selamat bagi pemegang.

(iv) Ciri Kumulatif


Kebanyakan saham terutama mempunyai ciri kumulatif yang memerlukan
dividen yang terdahulu yang belum dibayar perlu dijelaskan sebelum dividen
saham biasa boleh diisytiharkan. Tujuannya adalah untuk memberikan satu tahap
perlindungan untuk pemegang saham terutama.

(v) Peruntukan Perlindungan


Peruntukan perlindungan adalah membenarkan hak mengundi kepada pemegang
saham terutama sekiranya terhenti/tiadanya pembayaran dividen. Misalnya hak
mengundi ini diberikan setelah dividen saham terutama tidak dibayar beberapa kali.

(vi) Penyertaan
Walaupun ciri penyertaan ini jarang terdapat, tetapi ia meningkatkan kos. Ciri
ini membolehkan pemegang saham terutama memperolehi pembayaran dividen
melebihi yang ditentukan. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada pendapatan.

(vii) Dibayar Dengan Saham Terutama


Dalam ciri ini, pelabur tidak dibayar dividen pada awalnya tetapi mereka
memperolehi tambahan saham terutama. Setelah beberapa tahun barulah dividen
tunai diberi.
P5127/UNIT10/ 11

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

10.2.2 Kelebihan Dan Kelemahan Saham Terutama

Di antara kelebihan saham terutama kepada firma/pengeluar ialah :-


(i) Saham terutama tidak mempunyai tarikh matang. Tetapi ciri ia boleh dipanggil
dan dana terikat (dana yang diasingkan) memberika kelebihan iaitu
menggantikannya sekiranya kadar faedah merosot.
(ii) Pemegang saham terutama tiada hak mengundi melainkan jika berlakunya
kelebihan kerana ia tidak akan menggugat pemilik firma.
(iii) Saham terutama tidak menyebabkan kemuflisan sekiranya dividen tidak dibayar
(sepertimana tidak pembayaran faedah ke atas hutang)
(iv) Pembayaran dividen adalah terhad kepada amaun dinyatakan. Ia berbeza dengan
saham biasa di mana ia tertakluk kepada pendapatan.

Kelemahan saham Terutama kepada pengeluar :-


(i) Walaupun dividen saham terutama boleh tidak dibayar, tetapi cirinya yang
kumulatif menjadi isu pembayaran adalah wajib.
(ii) Kos saham terutama adalah lebih tinggi daripada bon dan ia adalah lebih
berisiko.
P5127/UNIT10/ 12

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

10.3.1 Saham Biasa


Pemegang saham biasa merupakan pemilik syarikat. Ia tiada mempunyai tarikh matang
dan akan wujud selagi syarikat tersebut wujud. Selain daripada itu, ia tiada hak ke atas
pembayaran dividen dan ia hanya bergantung kepada keputusan lembaga pengarah. Sekiranya
berlaku kemuflisan, pemegang saham biasa adalah orang yang terakhir mendapat tuntutan ke
atas aset.

(i) Ciri-ciri Tuntutan Ke Atas Pendapatan


Setelah faedah pemegang bon dan dividen saham utama dibayar, pemegang saham biasa
sebagai pemilik mempunyai hak ke atas baki pendapatan. Ia boleh dibayar sebagai dividen atau
dikekalkan sebagai pendapatan tertahan. Pendapatan tertahan syarikat akan dilabur semula dan
ini akan meningkatkan nilai saham syarikat. Oleh itu, pemegang saham biasa akan mendapat
dividen atau keuntungan modal.

(ii) Tuntutan Ke Atas Aset


Sekiranya berlaku pembubaran, pemegang saham biasa akan mendapat tuntutannya
setelah tuntutan oleh pemegang saham utama dan pemiutang lain.

(iii) Hak Mengundi


Pemegang saham biasa mempunyai hak mengundi untuk memilih lembaga pengarah.
Mereka juga berkuasa untuk meluluskan perubahan piagam (charter) syarikat.

(iv) Liabiliti Terhad


Liabiliti pemegang saham biasa adalah terhad kepada jumlah pelaburan mereka sahaja
sekiranya berlaku kemuflisan.
P5127/UNIT10/ 13

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

(v) Hak Keutamaan Beli Dulu


Dengan hak ini, pemegang saham biasa boleh mengekalkan sekadar bahagian pemilikan
dalam firma. Ini bermaksud, sekiranya saham biasa dikeluarkan, mereka mempunyai hak
untuk menolaknya atau membelinya. misalnya, sekiranya seorang pemegang saham itu
mempunyai 20% saham syarikat, dia berhak untuk membeli 20% daripada saham biasa
yang akan diterbitkan.

10.3.2 Kelebihan dan Kelemahan Saham Biasa

Kelebihan kepada firma


(i) Tidak akan berlaku alir tunai yang tinggi. Ini bermaksud saham biasa tidak
mempunyai tarikh matang dan ini menyebabkan tiada pembayaran untuk
menamatkannya.
(ii) Dengan mengeluarkan saham biasa akan mengukuhkan kewangannya dan ini
meningkatkan kapasiti meminjam.
(iii) Firma tidak semestinya mengeluarkan dividen kepada pemegang saham biasa. Oleh
itu, ia mempunyai kelebihan kerana firma tidak perlu alir tunai keluar yang tinggi
semasa kemerosotan.

Kelemahan kepada firma


(i) Dividen adalah dikenakan cukai dan kos mengapungkan saham biasa adalah tinggi
dibandingkan dengan hutang.
(ii) Pengeluaran saham biasa yang baru boleh menyebabkan perubahan dalam pemilikan
dan kawalan ke atas firma.
P5127/UNIT10/ 14

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

AKTIVITI 10 (b)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

10.3 Berikan definisi saham terutama dan 4 ciri-cirinya. ( 6 markah)


10.4 Berikan definisi saham biasa dan 4 ciri-cirinya. ( 6 markah)
10.5 Berikan 2 kelebihan dan 2 kelemahan bagi saham biasa dan saham terutama.
( 8 markah)
P5127/UNIT10/ 15

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

MAKLUM BALAS 10 (b)

10.3 Definisi saham terutama


Saham terutama ialah aset kewangan yang tidak bertarikh matang dan membayar
pemegangnya dividen pada kadar yang tetap dan dalam jarak tempoh yang sama. Ia
merupakan sekuriti yang menggabungkan sebahagian daripada cirri-ciri saham biasa
dengan cirri-ciri bon. (2 markah)

4 ciri-ciri saham terutama:

(j) Kelas yang pelbagai


Terdapat pelbagai kelas saham terutama yang boleh dikeluarkan oleh syarikat
dan setiap kelas ini mempunyai ciri yang berbeza. Misalnya ada di antara saham
terutama yang boleh ditukarkan kepada saham biasa dan ada yang mempunyai
keutamaan yang berbeza berkaitan dengan aset jika berlakunya kemuflisan.

(ii)Keboleh Tukaran
Kebanyakan saham terutama yang dikeluarkan hari ini boleh ditukarkan kepada
satu jumlah saham biasa. Ia boleh mengurangkan kos saham terutama kepada
pengeluar.

(iii) Tuntutan Ke Atas Aset dan Pendapatan


Saham terutama mempunyai keutamaan dibandingkan dengan saham biasa ke
atas tuntutan aset sekiranya berlaku kemuflisan. Tuntutan saham terutama akan
dipenuhi selepas bon dan sebelum saham biasa. Ia juga mempunyai keutamaan ke
atas tuntutan individu dibandingkan saham biasa. Ini bermaksud, firma mesti
membayar dividen saham terutama dahulu sebelum dividen saham biasa. Oleh itu,
dari segi risiko, ia adalah lebih selamat bagi pemegang.
P5127/UNIT10/ 16

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

(iv) Peruntukan Perlindungan


Peruntukan perlindungan adalah membenarkan hak mengundi kepada pemegang
saham terutama sekiranya terhenti/tiadanya pembayaran dividen. Misalnya hak
mengundi ini diberikan setelah dividen saham terutama tidak dibayar beberapa kali.
( 4 markah)

10.4 Definisi saham biasa


Saham biasa adalah salah satu sumber pembiayaan utama bagi syarikat. Instumen
kewangan ini melambangkan pemilikan ke atas syarikat. Ia tiada mempunyai tarikh
matang dan akan wujud selagi syarikat tersebut wujud . Ia tiada hak ke atas pembayaran
dividen dan ia hanya bergantung kepada keputusan lembaga pengarah. (2 markah)

4 ciri-ciri saham biasa:

(i) Ciri-ciri Tuntutan Ke Atas Pendapatan


Setelah faedah pemegang bon dan dividen saham utama dibayar, pemegang saham
biasa sebagai pemilik mempunyai hak ke atas baki pendapatan. Ia boleh dibayar sebagai
dividen atau dikekalkan sebagai pendapatan tertahan. Pendapatan tertahan syarikat akan
dilabur semula dan ini akan meningkatkan nilai saham syarikat. Oleh itu, pemegang
saham biasa akan mendapat dividen atau keuntungan modal.

(ii) Hak Mengundi


Pemegang saham biasa mempunyai hak mengundi untuk memilih lembaga pengarah.
Mereka juga berkuasa untuk meluluskan perubahan piagam (charter) syarikat.

(iii) Liabiliti Terhad


Liabiliti pemegang saham biasa adalah terhad kepada jumlah pelaburan mereka
sahaja sekiranya berlaku kemuflisan.
P5127/UNIT10/ 17

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

(iv) Hak Keutamaan Beli Dulu


Dengan hak ini, pemegang saham biasa boleh mengekalkan sekadar bahagian
pemilikan dalam firma. Ini bermaksud, sekiranya saham biasa dikeluarkan, mereka
mempunyai hak untuk menolaknya atau membelinya. misalnya, sekiranya seorang
pemegang saham itu mempunyai 20% saham syarikat, dia berhak untuk membeli 20%
daripada saham biasa yang akan diterbitkan.
(4 markah)

10.5 2 Kelebihan saham biasa :


o Tidak akan berlaku alir tunai yang tinggi. Ini bermaksud saham biasa tidak
mempunyai tarikh matang dan ini menyebabkan tiada pembayaran untuk
menamatkannya.
o Firma tidak semestinya mengeluarkan dividen kepada pemegang saham biasa.
Oleh itu, ia mempunyai kelebihan kerana firma tidak perlu alir tunai keluar yang
tinggi semasa kemerosotan. (2 markah)

2 Kelemahan saham biasa :


o Dividen adalah dikenakan cukai dan kos mengapungkan saham biasa adalah tinggi
dibandingkan dengan hutang.
o Pengeluaran saham biasa yang baru boleh menyebabkan perubahan dalam pemilikan
dan kawalan ke atas firma. (2 markah)
P5127/UNIT10/ 18

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

2 Kelebihan Saham Terutama:


o Saham terutama tidak mempunyai tarikh matang. Tetapi ciri ia
boleh dipanggil dan dana terikat (dana yang diasingkan) memberika kelebihan
iaitu menggantikannya sekiranya kadar faedah merosot.
o Saham terutama tidak menyebabkan kemuflisan sekiranya dividen tidak dibayar
(sepertimana tidak pembayaran faedah ke atas hutang). Pembayaran dividen
adalah terhad kepada amaun dinyatakan. Ia berbeza dengan saham biasa di mana
ia tertakluk kepada pendapatan. (2 markah)

2 Kelemahan Saham Terutama:


o Walaupun dividen saham terutama boleh tidak dibayar, tetapi cirinya yang
kumulatif menjadi isu pembayaran adalah wajib.
o Kos saham terutama adalah lebih tinggi daripada bon dan ia adalah lebih
berisiko. (2 markah)
P5127/UNIT10/ 19

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan
semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba, semoga berjaya!!

SOALAN 10-1

Apakah kelebihan dan kelemahan ke atas pemegang saham biasa terhadap tuntutan ke atas
lebihan/baki pendapatan? (6 markah)

SOALAN 10-2

Saham terutama dianggap sekuriti hybrid. Ia mempunyai beberapa persamaan kepada saham
terutama dan saham biasa. Apakah persamaan tersebut? (6 markah)

SOALAN 10-3
Mengapakah pemegang bon lebih suka disertakan dana terikat dalam pengeluaran bon?
(5 markah).

SOALAN 10-4
Berikan 2 jenis saham terutama dan terangkan secara ringkas 3 persamaan saham terutama
dengan bon dan saham biasa.
(10 markah)
P5127/UNIT10/ 20

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “YA”, sila semak jawapan anda.

JAWAPAN 10-1
Tuntuan pemegang saham biasa ke atas lebihan /baki pendapatan setelah dijelaskan faedah bon
dan dividen saham utama mempunyai kelebihan. Ini ialah pemegang saham biasa dapat
menikmati dividen yang lebih tinggi sekiranya baki pendapatan ini adalah tinggi. Juga,
sekiranya dividen tidak tinggi, maka pendapatan itu akan dianggap pendapatan tertahan.
Pelaburan semula ini akan mendatangkan pulangan dan ini juga akan meningkat nilai saham dan
membawa keuntungan modal kepada syarikat.
Kelemahannya pula ialah sekiranya pendapatan adalah rendah, iaitu ketika firma merosot, faedah
bon dan dividen utama akan diutamakan dan ini akan meninggalkan baki yang sedikit atau tiada
langsung untuk dividen saham biasa. Pemegang saham akan kerugian ketika pendapatan
merosot. (6 markah)

JAWAPAN 10-2
Di antara persamaan bon kepada dividen adalah terhad kepada amaun atau peratus yang
ditetapkan. Ini adalah sama dengan faedah yang diperolehi oleh bon yang tetap sehingga
matang.
Persamaan saham terutama kepada saham biasa pula ialah kedua-duanya tidak mempunyai tarikh
matang yang tetap. Kedua-duanya akan kekal selagi syarikat itu wujud. Walau bagaimana pun
terdapat juga saham terutama yang boleh dipanggil oleh firma. Sekiranya dividen tidak dibayar
ia tidak akan membawa kepada kemuflisan. Dividen tidak boleh ditolak daripada pendapatan
untuk tujuan cukai. (6 markah).
P5127/UNIT10/ 21

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

JAWAPAN 10.3

Peruntukan dana terikat adalah memerlukan firma mengenepikan satu amaun wang untuk
penamatan bon atau saham terutama. Dengan adanya peruntukan ini, adalah lebih terjamin
pemegang bon akan dapat pembayaran ke atas bon mereka setelah matang. Oleh kerana alir
tunai yang keluar apabila bon matang adalah tinggi, maka perlulah firma merancang untuk
membayar pada tarikh tersebut. (5 markah)

JAWAPAN 10-4

2 jenis saham terutama:


o Saham terutama biasa
o Saham terutama boleh tukar
(1 markah)

3 Persamaan saham terutama dengan bon dan saham biasa

Bon Saham biasa


Dividen adalah tetap, iaitu seperti bon yang Sama seperti saham biasa, dividen adalah
mempunyai kadar kupon yang tetap , kadar daripada pendapatan bersih, iaitu keuntungan
dividen saham terutama juga adalah tetap. selepas ditolak cukai.
Tuntutan pendapatan dan aset adalah lebih Kegagalan membayar dividen tidak akan
diutamakan berbanding saham biasa. membawa kepada tindakan kebankrapan.
Kebiasaannya pemegang saham terutama tidak Dividen saham terutama, sama seperti dividen
mempunyai hak untuk mengundi. saham biasa, tidak mendapat pengecualian
cukai.
( 9 markah)

You might also like