You are on page 1of 5

Dipetik dari tulisan: Mohamed Yosri Mohamed Yong 

Allahyaraham Tun Abdul Razak 

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein 


Perdana Menteri Malaysia Kedua (1970-1976) 
Bapa Pembangunan Malaysia 

Era 
Tun Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti
memerintah, Parti Perikatan. Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana
perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik. 
Tun Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Pembangunan bagi menghargai segala sumbangannya di
dalam pembangunan kebangsaan dan luar bandar. 

Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan seorang negarawan yang telah mengabadikan
kehidupannya untuk kemakmuran dan kemajuan rakyat serta negara Malaysia. Allahyaraham
Tun Abdul Razak Dato' Hussein lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia oleh rakyat
yang menyanjunginya yang juga mengenali beliau sebagai Tun Razak. Allahyaraham Tun Abdul
Razak Dato' Hussein dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada tanggal 11 Mac 1922. 

Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan
Hajah Teh Fatimah bt Daud. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkhidmat
menggantikan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj untuk menjadi Perdana Menteri
Malaysia yang kedua. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia sewaktu
masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 14 Januari 1976

Asal Usul 
Pendidikan awal Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein di Sekolah Melayu Kampung
Jambu Langgar memberikan kesedaran tentang kehidupan masyarakat Melayu yang dirundung
masalah kemiskinan. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa berulang-alik ke
sekolah yang jaraknya lebih kurang 4 batu dari rumahnya. 

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meneruskan pendidikan di Maktab Melayu Kuala
Kangsar (MCKK) dan kemudiannya di Raffles Kolej, Singapura. Perang Dunia ke 2 menyebabkan
pendidikan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa dihentikan buat sementara
waktu. Lantaran itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menyertai Angkatan 136
(Force 136), sebuah unit elit tentera bersekutu yang dipayung terjunkan ke Malaya untuk
mensabotaj tentera Jepun, dan menjawat jawatan sebagai Kapten Pasukan Wataniah ketika
Jepun menyerah. 

Pada tahun 1947, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dikurniakan biasiswa oleh
Kerajaan Kolonial sebagai balasan jasa-jasanya untuk melanjutkan pengajian di bidang undang-
undang di England. Pada tahun 1950, beliau menerima Degree of an Utter Barrister daripada
Lincoln's Inn dan menjadi seorang peguam yang berkaliber pada tahun 1950. Sewaktu di
England, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang `King's Scolar'. 

Semasa menuntut lagi, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah menunjukkan
kebolehannya untuk memimpin dan meraih sokongan orang lain. Beliau telah menubuhkan
Malayan Forum yang dipengaruhi oleh Parti Buruh British dengan tujuan untuk memberi
kesedaran politik kepada anak-anak Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, beliau juga
menganggotai Persatuan Fabian dan Malayan Student's Union. 

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sememangnya seorang yang cerdas, dalam masa
18 bulan sahaja Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menamatkan pengajian undang-
undangnya dan dalam masa yang sama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein aktif
sebagai pemimpin pelajar serta menubuhkan 'Forum Tanah Melayu', sebuah persatuan yang
menyemaikan semangat Kemerdekaan Tanah Melayu. 

Di England jugalah Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkenalan dengan
Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dan mereka menjadi rakan karib.
Sekembalinya dari England, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menggantikan
bapanya yang telah meninggal dunia sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar. Pada masa yang
sama, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memulakan perkhidmatan dalam Malay Civil
Service. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mula melibatkan diri dalam politik tanah
air pada tahun 1950 apabila Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Ketua
Pemuda UMNO setelah hanya empat bulan menyertainya. 

Pada tahun 1951 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Timbalan Yang
DiPertua UMNO. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein bertanggungjawab membawa
Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj menjadi pemimpin tertinggi Umno dengan
mengenepikan dirinya sendiri. 

Kerjaya perkhidmatan awam Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein bermula pada tahun
1952 dengan perlantikannya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Pada Februari 1955
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik sebagai Menteri Besar Pahang. Pada Jun
1955 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengorbankan jawatannya dalam kerajaan
dan bertanding dalam Pilihan raya Persekutuan atas tiket Perikatan. Berkat sokongan
masyarakat, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memenangi kerusi Majlis Undangan
Persekutuan Kawasan Semantan. 

Kemenangan Perikatan menampilkan penglibatannya dalam kabinet apabila Allahyaraham Tun


Abdul Razak Dato' Hussein dilantik sebagai Menteri Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu pada
9 Ogos 1955. Sumbangannya yang terpenting sebagai Menteri Pelajaran ialah memperkenalkan
'Penyata Razak' yang intipatinya ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama dalam usaha mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu padu. Allahyaraham Tun Abdul
Razak Dato' Hussein mengahwini Toh Puan Rahah dan anak sulung Allahyaraham Tun Abdul
Razak Dato' Hussein ialah Datuk Seri Najib Abdul Razak. 

Peranan Dan Sumbangan 

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berperanan dalam membentukkan Malaysia
sebagai sebuah negara yang dihormati di peringkat antarabangsa. Khidmat dan bakti kepada
masyarakat dan negara diberi keutamaan. Tindakan pertama Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein sebagai Menteri Pelajaran adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang
mengamalkan dasar pecah dan perintah.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mendapati sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-
sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi sebarang kelebihan. Hasil usaha Tun Abdul
Razak, melalui Penyata Razak 1956, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berjaya
menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina satu bangsa yang bersatu padu dengan
harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan menjadi bahasa penghantar utama.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merupakan salah seorang ahli Parti Perikatan
yang telah ke London bersama rombongan kemerdekaan dan pulang membawa kejayaan. 

Apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein memegang portfolio Kementerian Pertahanan pula pada tahun 1957. Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein membawa perubahan kepada Angkatan Tentera dengan
melengkapkannya dengan senjata yang moden dan cekap. Sebagai Menteri Pertahanan,
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein yang mempunyai pengalaman dalam peperangan
gerila dan mengenali taktik pengganas komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis
dengan jayanya sehingga 'darurat', iaitu satu tempoh 12 tahun memerangi pengganas komunis
disytiharkan tamat pada tahun 1960. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga
melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tentera untuk menjamin keselamatan
rakyat. 

Setelah berjaya menangani 'masalah perang dengan komunis' ketika darurat, Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein kemudiannya diberikan satu tugas yang lebih penting iaitu 'mengisi
keamanan dengan pembangunan' apabila dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Selama 10 tahun memegang potfolio itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah
berjaya membasmi buta huruf di kalangan tiga juta rakyat. 

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merangka program pembangunan luar bandar
dengan menangani masalah kemiskinan apabila menitik beratkan penambahan prasarana asas
luar bandar serta mempertingkatkan produktiviti pertanian. Sebanyak tiga juta ekar padi,
kelapa dan pelbagai tanaman lain diberikan kemudahan tali air manakala 800 000 ekar hutan
telah dibuka untuk pembangunan. Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka satu dasar
pembangunan yang meliputi setiap keperluan negara, yang dikenali sebagai 'Buku Merah'. 

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga bertanggungjawab menubuhkan Barisan
Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan. Beliau
telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk
ketahanan nasional melalui kestabilan politik. 

Di arena antarabangsa 
Di arena antarabangsa, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga adalah orangnya yang
bertanggungjawab berunding dengan Indonesia untuk menamatkan 'konfrantasi' yang
dilancarkan oleh negara itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI).
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok
1966 dan Rundingan Manila 1963. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga telah
mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya
umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan
seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran
kerajaan. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik oleh Allahyaraham Tunku Abdul
Rahman Putera Al-Haj sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam
berjaya dipulihkan. 

Membangunkan Malaysia

Walau bagaimanapun, sumbangan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein yang paling
penting adalah ke arah pembangunan Malaysia. Tujuan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein adalah untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Dengan itu,
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang
mencartakan pembangunan negara secara berperingkat melalui Rancangan-Rancangan Malaysia
dari 1970 hingga 1990. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sedar masyarakat Melayu
jauh ketinggalan dalam kemajuan sosio-ekonomi. Oleh itu Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein berupaya meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui Rancangan Buku
Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA. Rancangan-rancangan ini
benar-benar membantu masyarakat Melayu memutuskan rantaian kemiskinan.

Pada 22 September 1970, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengangkat sumpah
sebagai Perdana Menteri yang kedua setelah Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj
dengan rela hati meletakkan jawatan ekoran tekanan politik dari dalaman UMNO sendiri. Pada
tahun 1971 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Presiden UMNO dalam
Perhimpunan Agung UMNO ke 22. Iltizam utamanya sebagai Perdana Menteri ialah menangani
ke peringkat akar umbi sebab-musabah yang menyumbang kepada rusuhan kaum. Ada dua
sebab utama yang menjadi punca ketegangan kaum iaitu kemiskinan orang-orang Melayu serta
rapuhnya perpaduan kaum. Menyedari hakikat ini, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukun negara. 

'Dasar Ekonomi Baru' (DEB) yang dilancarkan pada 21 Jun 1970 adalah satu falsafah
pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan
ekonomi dengan menjadikan matlamat utamanya: 

? Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum 


? Menghapuskan identifikasi kegiatan ekonomi berdasarkan kaum. 

Di era Tun Abdul Razaklah bermulanya pelan pembangunan yang menyeluruh dan sistematik
yang dikenali dengan 'Rancangan Pembangunan Malaysia' lima tahun yang bermula dengan
Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua. Meskipun telah wujud rancangan sebegini sebelum era
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein namun matlamat dan perlaksanaannya tidak
secara kolektif dan pragmatik. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini dengan Rancangan
Malaysia ke-7 yang dilancarkan pada tahun lalu. 

Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua merupakan pemangkin Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB
mempunyai kerangka waktu 20 tahun dari 1970-1990 merumuskan bahawa ekuiti bumiputera
dalam negara harus mencapai 30% di akhir tempoh itu. 

Antara institiusi yang paling penting hasil dari DEB ialah ' Federal Land Develoment Authority'
(FELDA), suatu badan yang membuka tanah dan mengagihkannya kepada rakyat untuk tujuan
pembagunan. Program ini sehingga hari ini dikenali sebagai program reformasi tanah yang
paling besar dan berjaya di dunia dan seterusnya menjadikan Malaysia pengeluar terbesar
getah dan minyak kelapa sawit. 

Pemimpin yang berjiwa rakyat 


Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein gemar melawat ke kampung-kampung dan
meninjau sendiri permasalahan yang rakyat alami. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
berjaya menghidupkan semangat bergotong-royong dan mengurangkan budaya kolonial di
kalangan pentadbir Melayu. 

Dalam memupuk perpaduan antara kaum, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah
melancarkan 'Rukunegara' pada 31 Ogos 1970. Rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang
mengandungi hasrat murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang
demokratik, adil, saksama, liberal dan progresif. 

Era kepimpinan adalah era revolusi mental yang menampilkan falsafah budaya, sosial, politik
dan ekonomi negara dirumus semulakan secara komprehensif dan pragmatik. 
Di bawah pentadbiran Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Malaysia melalui satu
proses transformasi yang besar sehingga makna Kemerdekaan benar-benar dapat dirasai.
Gelaran 'Bapa Pembangunan' memang bertepatan buatnya kerana Allahyaraham Tun Abdul
Razak Dato' Husseinlah yang bertanggungjawab meletakkan batu asas kepada pembangunan
yang kita amati hari ini. 

Keistimewaan 
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang peka terhadap
masalah-masalah yang dialami rakyat negara ini. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
seorang pemimpin yang mencintai keamanan dan pembangunan. Kepimpinan Tun Abdul
Razaklah yang mengasaskan perancangan yang sistematik dan teliti melalui sistem `Bilik
Gerakan'.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang tokoh tanah air yang telah
berbakti dalam bidang pendidikan, pembangunan, pertahanan dan sosio ekonomi. Pelbagai
kurniaan dan darjah kebesaran dicurahkan kepada Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
di dalam dan luar negara sebagai tanda aprisiasi perkhidmatan Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein kepada pembangunan bangsa dan negara sehingga menyandang gelaran Bapa
Pembangunan Malaysia. 

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London
kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar dan
seorang negarawan yang ulung dan setia. Rakyat Malaysia haruslah berbangga kerana negara
melahirkan seorang pemimpin sepertinya yang berjaya mengisi Kemerdekaan dengan
pembangunan yang sejati. Allahyaraham Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah
disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Pemergian Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein merupakan satu kehilangan besar bagi seluruh rakyat Malaysia.

You might also like