You are on page 1of 5

Bincangkan tentang kanak-kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang


memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak
normal. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental,
keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri
fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan
dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan
mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak
terabai seperti kanak-kanak normal.

Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau “kanak-
kanak luar biasa” sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata dari
segi kecerdasan, kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati. Manakala
Garciulo (2003) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti kenyataan di
bawah;

"Individuals who differ from societal or community standards of normalcy.


These differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or
behavioral characteristics. Many of these children may require educational
programs customized to their unique needs."

Selain itu, Garciulo juga telah mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti
berikut:

i. Terencat akal.
ii. Kurang upaya dalam pembelajaran.
iii. Kecelaruan emosi atau tingkah laku
iv. Pintar cerdas dan berbakat
v. Masalah bahasa dan pertuturan
vi. Masalah pendengaran
vii. Masalah penglihatan
viii.Kecelaruan spektrum autism
ix. Kurang upaya fizikal atau masalah kesihatan

Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah


kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berbeza daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid
bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran
(Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006).

Kesimpulan yang dapat menerangkan tentang kanak-kanak berkeperluan khas


adalah golongan kanak-kanak yang menghadapi ketidakupayaan yang serius sehingga
memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan normal dan pembelajaran serta
perkembangan kognitif mereka (Abd. Rahim 2006).

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Terdapat pelbagai kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan golongan kanak-


kanak istimewa ini mestilah dikenal pasti ketidakupayaan mereka bagi memenuhi
keperluan perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan (Abu Bakar & Ikhsan 2003). Berikut adalah kategori-
kategori kanak-kanak berkeperluan khas:

1.1 Masalah Penglihatan

Definisi yang dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the Blind
dalam Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut:

i. Tidak dapat melihat langsung.


ii. Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan Ujian
Snellen.
iii. Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus.

2.1.1 Tahap Kecacatan

Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan
penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasi
pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut:

1. Sederhana
Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat
cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan
menggunakan alat bantu khas seperti kanta.
2. Teruk
Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan
lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malam mengalami
kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun
dengan bantuan khas.
3. Sangat teruk
Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi
kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu
bergantung kepada deria-deria lain.
2.1.2 Tingkah laku masalah penglihatan

i. Selalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja, misalnya untuk melihat papan


tulis ataupun objek.

ii. Selalu mengerutkan ataupun mengecilkan mata.

iii. Kerap bercakap.

iv. Kerap menggosok mata.

v. Selalu menutup sebelah mata.

vi. Selalu terlanggar objek.

vii. Keliru dengan huruf.

viii. Menonton televisyen ataupun membaca buku dengan jarak yang terlalu dekat.

ix. Memegang kepala dengan cara luar biasa.

x. Kerap menangis

xi. Memegang buku ataupun bahan bacaan terlalu dekat dengan muka ataupun paa
sudut berlainan.

xii. Sering mencari-cari ayat yang dibaca.

xiii. Meniru kerja kawan.

xiv. Tidak menyiapkan tugasan yang diberi.

xv. Selalu mengelak membuat sebarang tugasan yang diberi.

Disebabkan kekurangan yang mereka ada, timbul perasaan kurang keyakinan diri
dan sering menyisihkan diri tetapi ianya boleh diatasi dengan memberi layanan yang
baik kepada mereka (bukan bermaksud layanan yang istimewa sehingga mereka rasa
berbeza dengan orang normal) (Jamila 2005).

1.2 Masalah Pendengaran

Mohd. Salleh (1999) mendefinisikan kecacatan pengendaran sebagai golongan


manusia yang tidak dapat berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai kerana rosak
pendengaran. Menurut Hasnah (1988) dalam Mohd. Salleh (1999), caca pendengaran
dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
i. Cacat Bahagian Penerimaan ( Conductive Deafness)
Kecacatan disebabkan telinga tersumbat, luka pada gegendang telinga
atau tidak ada lubang telinga.

ii. Cacat Bahagian Tanggapan ( Perceptive Deafness)


Kecacatan terjadi disebabkan oleh masalah saraf pendengaran pada
bahagian organ dalam telinga.

Tanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai masalah


pendengaran adalah kurang memberi perhatian di dalam kelas, kelihatan selalu
berkhayal, percakapannya tidak jelas, terkejut apabila dihampiri daripada belakang,
tidak memahami arahan yang diberikan dan pencapaian yang lemah terutamanya
berkaitan dengan bahasa.

Perkembangan kognitifnya adalah agak lambat disebabkan oleh kelambatan


perkembangan bahasa. Bagi perkembangan sosial pula, ia bergantung kepada
pengalaman mereka, cara layanan yang diterima dan melalui kebolehan perkembangan
mereka sendiri.

2.2.1 Jenis Masalah Pendengaran

Menurut Jamilah (2005) terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu kurang
pendengaran dan pekak.

1. Kurang pendengaran

a) Ringan (mild)
i. Tahap kehilangan pendengaran antara 27 hingga 40 dB
ii. Memahami perbualan
iii. Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang perlahan dan jauh
iv. Memerlukan terapi pertuturan

b) Sederhana (moderate)
i. Tahap kehilangan pendengaran antara 41 hingga 55 dB
ii. Dapat mendengar bunyi setakat 1 hingga 1.5 meter daripadanya
iii. Memahami perbualan
iv. Sukar melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas
v. Memerlukan alat bantu dengar
vi. Memerlukan terapi pertuturan
c) Sederhana teruk (moderate severe)
i. Tahap kehilangan pendengaran antara 56 hingga 70 dB
ii. Memerlukan alat bantu dengar, latihan pendengaran
iii. Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi
iv. Orang yang ingin berhubung dengan mereka perlu bercakap dengan
kuat
v. Pertuturan kanak-kanak kategori ini mungkin tidak sempurna kerana
pengalaman pendengarannya yang terhad

2. Pekak
a) Teruk (severe)
i. Tahap kehilangan pendengaran antara 71 hingga 90 dB
ii. Dapat mendengar bunyi yang kuat pada jarak sifar hingga 30.5
sentimeter daripadanya
iii. Mungkin dapat membezakan sesetengah bunyi sahaja
iv. Menghadapi masalah dalam pertuturan
v. Memerlukan pendidikan khas, alat bantu dengar dan latihan pertuturan
dan komunikasi

b) Sangat teruk (profund)


i. Tahap kehilangan pendengaran lebih daripada 90 dB
ii. Sukar untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat
iii. Memerlukan alat bantu pendengaran dan terapi pertuturan

kanak-kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak

4 Januari 2010 8.35pm

http://wwwkanakkanak%2520berkeperluan%2520khas%2520di%2520peringkat
%2520awal%2520kanak-kanak.html

You might also like