You are on page 1of 3

STRATEGI KOMUNIKASI KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN SABAH TOURISM

PROMOTION CORPORATION

Sabah Tourism Promotion Corporation merupakan salah satu badan yang penting dalam
menguruskan aktiviti-aktiviti yang melibatkan tempat-tempat menarik, mengorganisasikan
segala aktiviti pelancongan dan mengatur strategi yang berkesan untuk meningkatkan sektor
pelancongan Sabah di negara ini. Dalam hal ini, ia sering mengadakan kerjasama dengan
badan-badan serta kumpulan sokongan lain untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti pelancongan
khususnya yang melibatkan negeri Sabah. Terletak di Jalan Gaya, ibu pejabat badan korporat
ini kelihatan mempnyai kedudukan yang sangat strategik. Ia terletak di kawasan yang
berdekatan dengan hotel tumpuan pelancong seperti Jeselton Hotel, Kinabalu Daya Hotel,
Hotel Capital, Gaya Centre Hotel dan sebagainya. Ia juga berdekatan dengan salah satu
gedung membeli-belah terbesar di Sabah iaitu Suria Sabah.

Dari perspektif pengurusan organisasi, apa yang dapat diperhatikan, organisasi ini
dilihat tersusun dengan merangka pelbagai strategi yang melibatkan aktiviti pelancongan.
Contoh yang dapat dilihat adalah melalui ibu pejabat organisasi ini. selain terletak dikedudukan
yang strategik, ia juga mempunyai binaan bangunan yang menarik dan menyediakan satu
keadaan yang selesa bagi para pelancong baik dari dalam mahupun luar negara yang
berkunjung ke pejabat berkenaan. Badan ini merupakan salah satu dari instrument kementerian
untuk menyampaikan maklumat mengenai aktiviti, tempat menarik dan segala yang berkaitan
dengan negeri Sabah. Dalam pejabat organisasi ini, kita dapat melihat banyak broshur,
pemplet, dan poster yang berkaitan dengan tempat-tempat menarik di negeri Sabah. Dalam
membincangkan mengenai aktiviti ini, strategi komunikasi adalah salah satu instrumen terbaik
untuk menyampaikan aktiviti ini. Kaunter Khidmat Pelanggan adalah wadah untuk menyalurkan
segala informasi yang berguna kepada pelancong. Mereka telah merangka pelbagai aktiviti
dalam komunikasi agar setiap maklumat disampaikan semaksimanya.
Kemudahan yang sesuai dan secukupnya

Di bahagian hadapan kaunter, ia turut menyediakan pelbagai kemudahan yang terbaik seperti
papan tanda dan tunjuk arah yang mudah dilihat, tepat dan jelas.
dan menyediakan tempat menunggu pelanggan yang selesa. Ini termasuklah menyediakan
pelbagai info-info bacaan kepada para pelanggan seperti broshur, poster dan sebagainya.
Maklumat mengenai badan berkenaan turut di tampalkan di dinding-dinding pejabat berkenan.

Kaunter khidmat pelanggan

Kaunter khidmat pelanggan memainkan peranan yang penting dalam menjalankan aktiviti
komunikasi dalam menyampaikan maklumat kepada orang yang berkunjung ke pejabat
berkenaan. Daripada hasil pemerhatian, kaunter khidmat pelanggan di pejabat ini menjalankan
peranan mereka dengan baik. Setiap pelancong yang datang ke pejabat ini untuk tujuan
mendapatkan maklumat akan dilayan dengan baik. Mereka cuba memberikan seberapa banyak
maklumat mengenai mengenai sebarang kemusykilan bagi pelancong-pelancong berkenaan.
Buan itu sahaja, malah kaunter khidmat pelannggan mereka juga turut menerangkan melalui
pelbagai instrumen seperti pemplet, broshur, buku, peta dan sebagainya. Empat peringkat
penting turu diaplikasikan dalam hal ini iaitu dalam peringkat persediaan, sambutan, prosesan
dan diperingkat akhir perkhidmatan.

 Semasa peringkat persediaan, dapat dilihat setiap intrumen, pekerja kaunter khidmat
pelanggan turut bersedia melayani pelanggan. Mereka turut menggunakan tanda nama
dan segera melayani pelaggan yang tiba di situ.
 Semasa peringkat sambutan pula, kakitangan khidmat pelanggan menerima pelanggan
dengan mesra serta mengucapkan salam kepada memberikan senyuman kepada
pelanggannya. Mereka akan menerangkan setiap maklumat yang pelanggan inginkan
dan menggunakan segala maklumat yang ada. Mereka juga memberikan rujukan
kepada pelancong sekiranya pelancong memerlukan maklumat tamahan daripada
jabaan lain seperti no. Telefon pejabat-pejabat lain seperti balai polis dan sebagainya.
 Dalam pringkat pemprosesan, mereka cuba memberikan perkhidmatn yang cekap dan
tepat. Dalam hal ini, mereka melayani pengunjung yang datang tanpa membeza-
bezakan pelanggan. Sekiranya berlaku sedikit kelambatan dalam mencari maklumat
atau rujukan, mereka turut memohon maaf kepada pelanggan mereka.
 Di peringkat akhir perkhidmatan, kita dapat melihat mereka melafazkan ucapan yang
menghargai pelanggan seperti terima kasih, please come again, dan sebagainya.

Terlibat dengan badan luar untuk aktiviti komunikasi

Berdasarkan pegawai yang bertugas di pejabat berkenaan, mereka turut mengadakan


kerjasama dengan organisasi luar seperti hotel, agensi pelancongan dan sebagainya.
mereka akan menghantarkan wakil bagi menyampaikan segala maklumat berkaitan dengan
pelbagai aktiviti pelancongan kepada badan-badan sokongan ini. Badan ini menggunakan
setiap istitusi dalam sektor pelancongan seperti perhotelan, dan sebagainya digunakan
semaksimanya. Mereka juga turut bekerjasama dengan penduduk kampung dalam
merangka sesetengah program yang menjalankan aktiviti yang melibatkan penduduk
kampung.

Sebagai kesimpulannya, Perkhidmatan kaunter adalah perkhidmatan barisan hadapan


yang penting. Perkhidmatan kaunter yang cepat dan tepat, akan memendekkan masa
menunggu bagi pelanggan serta memuaskan hati pelanggan dan seterusnya mewujudkan
perkhidmatan kaunter yang berkualiti. Perkhidmatan kaunter yang berkualiti adalah
perkhidmatan yang memenuhi harapan dan memuaskan hati pelanggan. Pelanggan akan
berpuas hati jika perkhidmatan yang diberikan cepat, tiada kesilapan, mudah diperolehi,
tidak membebankan pelanggan dan disertai dengan layanan yang mesra serta bersopan.
Dapat dilihat, Sabah Tourism Promotion Corporation menjalankan fungsi untuk
menyampaikan maklumat melalui kaunter khidmat pelanggan mereka dengan baik.

Rujukan :

Kaunter Khidmat Pelanggan Sabah Tourism Promotion Corporation Kota Kinabalu

http://www.sabahtourism.com/sabah-malaysian-borneo/corporate/

You might also like