You are on page 1of 3

Faktor Pemilihan Tapak Pelupusan

Faktor Pemilihan Tapak Pelupusan


Komposisi Dan Sifat-Sifat, Penghasilan, Pengaliran Dan Pengawalan Gas Tapak
Pelupusan
Pengurusan Air Permukaan
Pemantauan Kualiti Persekitaran Di Tapak Pelupusan
Perancangan Dan Persediaan Rekabentuk Tapak Pelupusan
Operasi Tapak Pelupusan
Penutupan Dan Selepas Penutupan Tapak Pelupusan
Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Tagar di Hulu Selangor
Air Larut Resap

   

Faktor yang perlu dipertimbangkan dalam penilaian tapak pelupusan sampah


ialah:

 Jarak Angkutan
 Penghadang Lokasi /" Buffer Zone"

 Kawasan Tanah yang Boleh digunapakai

 Laluan Masuk Tapak Pelupusan

 Keadaan Tanah dan Topografi

 Keadaan Iklim

 Hidrologi Air Permukaan

 Keadaan Geologi dan Hidrologi

 Keadaan Persekitaran Setempat

Jarak Angkutan

 Merupakan salah satu faktor yang penting dalam pemilihan tapak


pelupusan.
 Jarak panjang angkutan boleh memberi kesan yang sangat penting
dalam keseluruhan rekabentuk dan operasi sistem pengurusan sisa
buangan.

Penghadang Lokasi /" Buffer Zone"

 Merujuk di mana tapak pelupusan tersebut dilokasikan atau


ditempatkan.
 Tapak pelupusan perlulah ditempatkan di tempat yang bersesuaian
dan kawasan yang stabil.

 Semua penghadan perlu di ambil kira semasa proses awal penempatan


lokasi tapak pelupusan.

Kawasan Tanah yang Boleh digunapakai

 Dalam masa yang singkat, operasi pelupusan memerlukan


perbelanjaan yang tinggi di sebabkan oleh penyediaan tapak serta
kemudahan peruntukkan (skala platfom, penstoran, penutup akhir).
 Penilaian awal adalah sangat penting untuk menentukan kesan jangka
panjang pembuangan sisa pepejal, menentukan kesan ke atas kuantiti
dan keadaan bahan baki sisa yang perlu dilupuskan pada masa akan
datang.

Laluan Masuk Tapak Pelupusan

o Tapak pelupusan yang sesuai biasanya jauh dengan pembinaan


laluan jalan raya dan bandar, Pembinaan laluan masuk dan
penggunaan peralatan pengangkutan adalah perkara penting
dalam pemilihan tapak pelupusan.

Keadaan Tanah dan Topografi

o Penutupan sisa pepejal di tapak pelupusan setiap hari dan


penyediaan penutupan terakhir adalah penting selepas operasi
tapak pelupusan lengkap.
o Topografi tempatan perlu diambil kira kerana ia akan memberi
kesan terhadap jenis operasi tapak pelupusan yang digunakan,
keperluan peralatan, serta kerja-kerja lain yang boleh
menyebabkan tapak pelupusan tidak stabil.

Keadaan Iklim

o Cuaca yang lembap mungkin sesuai digunakan untuk


pengasingan si kawasan tapak pelupusan.
o Kekuatan dan jenis angin perlu diambilkira untuk mengelakkan
puing, pemecahan mestilah stabil.

Hidrologi Air Permukaan

o Hidrologi permukaan air di kawasan setempat adalah penting


dalam mewujudkan sistem saluran dan saliran yang baik.
o Keadaan banjir di sesuatu tempat perlu dikenalpasti.

Keadaan Geologi dan Hidrologi

o Keadaan geologi dan hidrologi adalah penting untuk memastikan


kesesuaian persekitaran untuk tapak pelupusan sampah.
o Data ini diperlukan untuk memastikan pengaliran air larut resap
(leachate) atau gas daripada tapak pelupusan tidak memberi
kesan terhadap kualiti air bawah tanah.

Keadaan Persekitaran Setempat

o Tapak pelupusan perlu dioperasikan secara mesra alam dengan


mempertimbangkan keadaan seperti kesesakan lalu lintas, bunyi
bising, bau, debu, impak visual, kawalan vektor, kesan terhadap
kesihatan serta nilai hartanah.
o Untuk mengurangkan kesan operasi tapak pelupusan, tapak
pelupusan masa kini ditempatkan di kawasan pendalaman
dimana sekitar zon penampan dapat dikekalkan.

You might also like