You are on page 1of 7

[RUANG PEMBELAJARAN KHAS

UNTUK KANAK-KANAK
AUTISTIK]
[ANIS PUTERI HAMDAN
AB060025
871009145622]
Abstrak/Sinopsis

Autisme didefinasikan sebagai sejenis penyakit genetik yang mengakibatkan fungsi pada
nuerologikal otak terganggu dan tidak berfungsi seperti individu normal.Gangguan neurologikal
otak ini menjadikan individu autistik kekok atau bermasalah dalam komunikasi apabila berada
dalam kelompok masyarakat normal.Namun begitu,tidak semua individu Autistik mengalami ciri-
ciri yang sama tetapi tiga persamaan utama yang dapat dilihat pada kesemua individu Autistik
ini adalah kelemahan dalam berkomunikasi,tingkahlaku yang berulang serta gangguan dalam
interaksi sosial.

Setiap individu Autistik mempunyai kelebihan luar biasa yang melebihi tahap kemampuan
individu normal.Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), individu
Autistik mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan
dalam bidang matematik atau kemahiran mekanikal ataupun dalam seni muzik, ‘rote memory’
dan lain-lain.

Statistik menunjukkan kini kira-kira 47 000 penduduk negara kita menghidap Autisme dan
daripada jumlah ini,seramai empat atau lima orang bagi 10 000 pesakit mengalami penyakit
autisme tulen,yang menyebabkan mereka mengalami masalah dalam menyesuaikan diri
terhadap persekitaran mereka.Daripada jumlah ini juga,di anggarkan satu daripada 500 kanak-
kanak menghidap penyakit genetik ini dan nisbah kanak-kanak lelaki untuk menghidap penyakit
ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan adalah sebanyak 4:1.

Terapi merupakan salah satu cara untuk menangani masalah di kalangan kanak-kanak
Autistik.Kaedah ini dapat dilakukan di dalam sebuah ruang secara one on one (satu terapi satu
kanak-kanak). Terapi merupakan aktiviti pembelajaran yang dilakukan antara guru dengan
kanak-kanak Autistik untuk meningkatkan perkembangan bagi kanak-kanak Autistik agar
mereka lebih terkawal dan mampu menjadi normal.

Menurut Peeters (2004), untuk mempersiapkan kanak-kanak Autistik bagi menghadapi


kehidupan dewasanya sehingga dapat menyesuaikan diri mereka dengan masyarakat dengan
sebaik mungkin (dengan jaminan keselamatan) dapat dilakukan di pusat terapi mahupun
sekolah yang dikhaskan untuk mereka. Ruang terapi yang dibina harus mempunyai
kelengkapan dan kemudahan yang sempurna sesuai dengan kehendak kanak-kanak Autistik
serta mampu menampung segala aktiviti yang berkaitan.Keadaan ruang perlu dititikberatkan
dalam sesuatu rekabentuk supaya ianya tidak pelik dan mampu memenuhi kriteria.

Namun begitu,ruang terapi yang khusus bagi kanak-kanak Autistik ini masih belum lagi dibina di
Malaysia.Kebanyakan sekolah-sekolah khas yang disediakan bagi menempatkan kanak-kanak
istimewa ini dibina berdasarkan mengikut keperluan kanak-kanak normal.

Menurut Norizan (1997) dalam tesisnya,ruang-ruang pembelajaran yang terdapat di sekolah


sekitar Malaysia adalah bersifat homogenous dan rekabentuknya tidak diterokai bagi menepati
kehendak program pembelajaran kanak-kanak istimewa.Ruang-ruang pembelajaran lebih
dipengaruhi oleh keadaan ruang pembelajaran bagi kanak-kanak normal di sekolah-sekolah
kerajaan.Malah,ruang dalaman dan luaran tidak bersifat interaktif dan
memberansangkan.Warna persekitaran juga kelihatan lesu dan tidak membangkitkan rasa
menarik untuk proses pembelajaran.

Senibina bertanggungjawab dalam menghasilkan persekitaran yang sesuai bagi memenuhi


keperluan pengguna terutama sekali bagi golongan kurang upaya serta golongan yang
‘istimewa’.Di Malaysia,tiada lagi sebarang bentuk senibina atau garis panduan yang khusus
untuk golongan yang menghidap Autisme ini . Selain itu,kurangnya pembinaan pusat
pendidikan khas dengan persekitaran yang sesuai untuk kanak-kanak autistik di negara ini.

Penggunaan Istilah

Berikut merupakan senarai definisi yang digunakan untuk memberi maksud tertentu:-

Autisme

Sejenis penyakit genetik yang menyebabkan kecacatan pada fungsi otak dimana ianya
mempengaruhi kemampuan komunikasi lisan dan bukan lisan serta interaksi sosial.Penyakit ini
kebiasaannya dapat dikesan seawal umur 18 bulan hingga 3 tahun selepas kelahiran.(Federal
Register, 1992).

Individu Autistik

Individu yang dikategorikan mengalami masalah Autisme.


Kenyataan Masalah

Tiadanya ruang khas yang sesuai untuk pembelajaran kanak-kanak Autistik di Malaysia kerana
pendedahan terhadap penyakit Autisme ini masih belum meluas.Kesannya,masyarakat masih
kurang memahami akan kesukaran yang dihadapi oleh kanak-kanak Autistik.Masalah ini bukan
sahaja menyukarkan kanak-kanak Autistik malah ianya turut dialami oleh ahli keluarga
pengidap.

Menurut L. Brown (2003),“I know of no building or accessibility code that incorporates


requirements specifically to address children with autism.However, accessibility in general is
addressed in the codes developed by the international Code Council.”

Jika dilihat kebanyakan sekolah kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia, ianya tidak
‘sympathetic’ terhadap perkembangan kanak-kanak.Dengan kata lainnya, persekitaran yang
dibina pada masa kini tidak dapat menghasilkan satu suasana yang saling berinteraksi dan
bertindak balas terhadap perkembangan kanak-kanak istimewa, seperti yang telah
diperjelaskan oleh Faizal Adnan (2005),di dalam tesisnya.

Matlamat Kajian

1. Mengenal pasti ciri-ciri persekitaran pembelajaran yang sesuai bagi kanak-kanak


Autistik dari segi pencahayaan,ruang,warna,bentuk,bunyi dan perkara yang berkaitan
melalui penelitian dan kajian terhadap aktiviti dan kelakuan mereka.Seterusnya,
kemudahan dan ruang yang bersesuaian dapat disediakan untuk kanak-kanak Autistik.

2. Memahami dengan lebih terperinci akan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak
Autistik.Seterusnya,memberi pendedahan dan gambaran kepada masyarakat akan
kesukaran yang dihadapi oleh kanak-kanak Autistik serta keluarga

3. Membuat kajian bagi mengenalpasti dengan lebih mendalam akan ciri-ciri ruang
pembelajaran yang sesuai bagi kanak-kanak Autistik seterusnya mengalakkan proses
pembelajaran mereka

4. Mencari kaedah untuk mewujudkan interaksi antara kanak-kanak Autistik dengan


masyarakat luar
Berdasarkan perkara ini, soalan kajian di bawah timbul:

1. Apakah ciri-ciri yang dimiliki oleh kanak-kanak Autistik?

2. Apakah kriteria utama dalam pembentukan ruang yang sesuai bagi kanak-kanak
Autistik?

3. Bagaimanakah ruang pembelajaran mampu mempengaruhi proses pembelajaran


kanak-kanak Autistik?

CADANGAN REKABENTUK SENIBINA

Kanak-kanak autistik mempunyai pelbagai ciri. Ciri-ciri utama yang mampu dikelaskan oleh Leo
Kanner terdapat tujuh kumpulan,iaitu

a) Pekak dan separa pekak (deaf and partially hearing)

b) Buta dan separa buta (blind and partially blind)

c) Sederhana subnormal (severely subnormal)

d) Kecacatan otak (brain damage)

e) Psikotik (childhood psychotics)

f) Schizophrenics (childhood schizophrenics)

g) Berkeadaan kurang siuman (dementing conditions, either arrested or


progressive,due to a variety of pathological causes.)

Berdasarkan pengkelasan yang telah dibuat oleh Leo Kanner ini,ruang pembelajaran yang
bersesuaikan mengikut masalah kanak-kanak Autistik mampu direka.Keselesaaan serta
kesesuaian berpandukan perlakuan mereka amat dititkberatkan dalam penghasilan ruang yang
berkesan.Ruang pembelajaran yang dibina khusus untuk kanak-kanak istimewa ini bukan saja
mampu mengurangkan sikap tidak terkawal mereka, malah ianya mampu menjadi salah satu
pemangkin buat kanak-kanak Autistik untuk menjadi individu normal.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pengkaji,Matthews (1994), menyimpulkan di dalam
thesisnya bertajuk Stimulus Oversectivity, Stimulus Generalization,and Visual Context in Adults
with Autism,bahawa kanak-kanak Autistik lebih bertindak balas dengan bentuk-samada dalam
grafik mahupun pergerakan (33%), kemudian warna (26%) dan lokasi(16%). Bentuk yang dapat
meransang kanak-kanak Autistik adalah bentuk kotak kemudian bentuk segitiga dan oval.

Berbeza pula dengan kajian yang dilakukan oleh Magda Mostafa, beliau mendapati bahawa
akustik merupakan faktor senibina yang paling mempengaruhi perlakuan kanak-kanak
Autistik.Kemudian diikuti oleh rekaan ruang.Manakala faktor lain seperti warna,corak,cahaya
dan lain-lain tidak begitu mempengaruhi kanak-kanak istimewa ini.

Ruang pembelajaran yang akan direka khas untuk kanak-kanak Autistik boleh berpandukan
kriteria yang telah dikaji oleh Matthews dan Mogda mostafa.Selain itu, pelan serta ruang yang
telah sedia ada dibina untuk kegunaan kanak-kanak Autistik akan dijadi rujukan bagi
menghasilkan ruang khas untuk kanak-kanak ini..

Teori-teori yang berkaitan tentang ruang atau rekabentuk yang sesuai bagi pengidap Autisme
akan diteliti dan dianalisa juga.

Berikut merupakan beberapa maklumat yang mampu memberi sedikit garis panduan asas bagi
menghasilkan ruang pembelajaran yang kondusif untuk kanak-kanak Autistik.

a) Ruang yang memusatkan perhatian serta yang membataskan pergerakan kerana


karakter utama kanak-kanak autistik tiadanya perhubungan mata dan sukar untuk
berkomunikasi.

b) Bagi kanak-kanak yang berkarakter seperti suka menggigit objek,memukul dan peka
terhadap bunyi,kriteria ruang yang sesuai adalah dengan tidak menggunakan bahan
beracun,tidak licin dan berada dalam bentuk tajam.Bucu-bucu yang tajam pada ruang
bolehlah direka tidak terlalu bersegi dan tumpul.Bahan seperti span atau bahan yang
lembut boleh direka sebagai dinding bagi ruang pembejaran kanak-kanak.

c) Bagi pencahayaan pula, kanak-kanak Autistik lebih peka terhadap cahaya sehingga
dalam merekabentuk ruang perlu menggunakan pencahayaan yang tidak langsung,
agar mereka merasa lebih nyaman dan selesa.

d) Bentuk-bentuk yang sederhana dapat membantu proses belajar dan mengajar melalui
pengenalan bentuk secara nyata, kerana kanak-kanak autistik tidak dapat
membayangkan sesuatu yang abstrak. Bentuk yang rumit akan membuat mereka hilang
tumpuan dan rasa terganggu sehingga pemusatan perhatian akan tidak berkesan pada
benda yang menarik perhatiannya.

e) Warna yang menimbulkan suasana ruang aman, lembut, dan selesa sesuai bagi
memenuhi keperluan kanak-kanak Autistik.Suasana ruang yang menakutkan seperti
penggunaan warna hitam perlu dielakkan. Warna yang sesuai adalah seperti biru,merah
jambu dan hijau lembut.

CADANGAN TAPAK

• Sekolah Kebangsaan Presint 9 (2), Putrajaya

Ruang pembelajaran telah sedia ada khas untuk kanak-kanak istimewa.Namun


begitu,tiadanya kemudahan khusus untuk kanak-kanak Autistik.

Panel Tesis Pilihan:

1. Housing and community

Memfokuskan tentang permasalahan kanak-kanak istimewa selain turut menyentuh


permasalah masyarakat dan komuniti,saya yakin panel ini dapat membantu saya dalam
memberi penyelesaian senibina yang bermanfaat.

2. Gen-X:

Kajian ini melibatkan penyediaan kemudahan khas bagi kanak-kanak


istimewa.Rekabentuk khusus yang memberi penekanan terhadap keselesaaan kanak-
kanak Autistik ini akan diselidiki secara terperinci,Saya yakin panel ini sesuai bagi
mencabar kepelbagai permasalahan rekabentuk yang sedia ada pada masa kini dan
dapat menghasilkan penyelesaian yang mencabar serta bertepatan dengan kehendak
golongan istimewa ini.

You might also like