You are on page 1of 14

http://perjuanganpendidikan.blogspot.com/2009/05/pengujian-pengukuran-penilaian.

html
Saturday, May 16, 2009
Pengujian. Pengukuran. Penilaian. Pentaksiran

Pengujian

Dalam konteks pembelajaran dalam bilik darjah - pengujian digunakan untuk mengukur
perubahan tingkah laku yang mempunyai kaitan dengan aktiviti pembelajaran para pelajar.

Pengujian dalam bilik darjah- proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu
dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur
sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Dalam erti kata lain,
pengujian ini merupakan alat pengukuran yang digunakan untuk mendapatkan maklumat
tentang pencapaian pelajar-pelajar daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor ataupun
efektif.

Croanbach (1970)

 “Ujian adalah satu prosedur yang sistematik


 untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan
menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem
yang berkategori.
 Contoh

☻skala bernombor :

-30/100 untuk ujian penglihatan,

-100/200 untuk ujian kecerdasan ( IQ test)

-80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajarn seperti


Sains.

☻sistem berkategori:

-“ ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian perosnaliti

- “ rabun warna” bagi ujian penglihatan.”

Muilagros(1981)

 Ujian adalah satu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang


diperlihatkan oleh murid
 dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
http://perjuanganpendidikan.blogspot.com/2009/05/pengujian-pengukuran-penilaian.html
 Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk
membuat penilaian atau pengadilan.

Pelaksanaan pengujian –

terbahagi kepada dua kumpulan:

 ujian berbahasa:

☻ Contoh :-ujian pensel

-kertas set ujian lisan

 ujian bukan berbahasa

☻ contoh :- ujian prestasi

- ujian kemahiran psikomotor

-ujian membaiki radas elektronik.

Peringkat proses pengujian

-Persediaan

-pelaksanaan pentadbiran ujian

-pemeriksaan skrip jawapan.

TUJUAN PENGUJIAN

-Menentukan perubahan tingkah laku pelajar.

-Menentukan pencapaian pelajar dalam pembelajaran yang tertantu.

-Menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai mengikut keputusan pengujian.

-Menggalakkan pelajar mengulangkaji pelajarnnya.

-Melatih pelajar sebagai persediaan untuk peperiksaan awam yang akan datang.

PENGUKURAN

Pengertian konsep:

-suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik

-tentang sebanyak mana individu atau pelajar mempunyai suatu ciri yang diukur
dengan menggunakan alat tertentu
http://perjuanganpendidikan.blogspot.com/2009/05/pengujian-pengukuran-penilaian.html
-untuk menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki prestasi/ciri-ciri
tertentu.

Contoh:

-Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. Prestasi Ramli tidak


dinyatakan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, pencapaian matematik
hanya diukur tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru,
pengukuran hanya menentukan tahap prestasi/ ciri tertentu sesorang individu
atau pelajar mengikut alat yang digunakan.

-kemahiran melukis seseorang pelajar boeh diukur melalui pemerhatian/


pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui
temubual.

Ciri pengukuran:

-tidak bersifat mutlak, kecuali pada pengukuran yang menggunakan skala nisbah.

-Contoh:. Pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur
secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh
diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat sepeti
penggunaan pembaris.

-seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua
kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun 90 itu adalah dua
kali ganda 45.

-Seseorang yang mendapat skor sifar juga tidak boeh dianggap sebagai tidak
mempelajari atau mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru.
Ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana
ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris. Maka ia tidak bersifat
mutlak.

Dua jenis pemboleh ubah asas pengukuran:

-jenis kuantitatif : 20 %, 50% dan 80%

-jenis kategori. : motivasi rendah, motivasi sederhana dan motivasi tinggi.

Kedua-dua jenis pembolehubah ini boleh ditentukan aras ukurannya dengan


menggunakan menggunakan empat jenis skala iaitu :

-skala nominal

☻mengkategorikan pembolehubah berdasarkan persamaan dan seterusnya


memberikan nama kepada pembolehubah berkenaan.

☻contoh: angka ‘1’ mewakili etnik Melayu dalam mengukur peratus etnik
pelajar dalam sesebuah kelas.
http://perjuanganpendidikan.blogspot.com/2009/05/pengujian-pengukuran-penilaian.html
- skala ordial

☻ skala yang memberikan nilai pemeringkatan atau penurunan

☻ contoh: angka 1- sangat tidak setuju

2- kurang setuju

3- sederhana setuju

4-setuju

5- sangat setuju

-skala sela

☻ data yang mempunyai ciri pemeringkatan dengan perbezaan bagi setiap unit
sela yang sama nilai.

☻ contoh: perbezaan suhu antara 35 darjah selsius dengan 25 darjah selsius


adalah sama dengan perbezaan suhu 15 darjah selsius dan 5 darjah selsius iaitu
sebanyak 10 darjah selsius. Skala ini tidak mempunyai nilai yang mutlak kerana
ia disandarkan kepada jarak antara suatu nilai dengan nilai yang lain.

-skala nisbah

☻ mempunyai semua ciri skala sela tetapi ia tertakluk kepada nilai mutlak
yang bermula dengan sifar(0) yang bererti kosong.

☻Contohnya, perbezaan antara 20 hingga 40 ialah sama dengan perbezaan


antara 70 hingga 90. 90 boleh dinyatakan sebagai dua kali ganda 45 kerana
nombortersebut bermula dari nilai 0.

 pengukuran di bilik darjah dibuat melalui tiga bentuk iaitu

-pemerhatian

-lisan

-penulisan.

TUJUAN PENGUKURAN

-Menentukan tahap pencapaian dan kedudukan di antara pelajar.

-Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dalam


matapelajaran yang tertentu ataupun keseluruhan pencapaian akademiknya.

-Untuk pengelasan dan menempatkan pelajar dalam jurusan kurikulum yang sesuai.
http://perjuanganpendidikan.blogspot.com/2009/05/pengujian-pengukuran-penilaian.html
-Untuk membuat analisis, pentafsiran dan rumusan dalam sesuatu penyelidikan
daripada keputusan pengukuran.

-Untuk pensijilan sebagai tahap pencapaian akademik dalam sesuatu peringkat


persekolahan.

-Sebagai rujukan criteria bagi pihak yang berkenaan untuk tujuan tertentu.

PENILAIAN

Pengertian Konsep :

-satu proses sistematik untuk menetukan sejauh mana objektif pengajaran telah
dicapai oleh para pelajar.

-suatu proses mentaksir sama ada kuantiti sesuatu yang diukur itu boleh diterima
atau tidak.

-melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang


berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada
sesuatu objektif pendidikan.

-melibatkan tiga proses utama iaitu:

#menentukan ukuran

#menganalisis ukuran

#menyatakan nilai/ menginterpretasi ukuran.

Gay 1985

-penilaian adalah satu proses yang sistematik

-semasa mengumpul dan menganalisis data

-bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah
dicapai.

-membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat


berhubung pengajaran dan pembelajaran.

Stufflebeam (1971)

-penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat


berguna

-bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.

-menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang
dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan.
http://perjuanganpendidikan.blogspot.com/2009/05/pengujian-pengukuran-penilaian.html
-pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat
keputusan.

Maklumat/data untuk penilaian adalah berbentuk

-Kualitatif sahaja :

☻gred (A,B,C.D)

☻dinyatakan dalam nilai cemerlang, kepujian, lulus atau gagal

-Kuantitatif sahaja :

☻Hafizah dapat melukis gambar sebuah kereta dengan cepat, tepat dan bersih.

Prosedur penilaian ini secara ringkasnya boleh dilaksanakan dalam 5 peringkat iaitu:

1.Peringkat persediaan ujian

2.Peringkat pentadbiran ujian

3.Peringkat pemeriksaan dan pengukuran

4.Peringkat analisis

5.Peringkat interpretasi dan tindakan

Kategori Penilaian:

-Penilaian KEndiri:

☻bertujuan menentukan sama ada diri inidvidu yang menilai itu sendiri sama
ada memahami apa yang dipelajari atau sudah bersedia untuk menduduki ujain
atau peperiksaan.

-Penilaian Guru

☻ bertujuan mennetukan sama ada setiap pelajar memahami apa yang


diajarnya dan juga menilai keberkesanan pengajarannya

-Penilaian Piawai

☻ bertujuan menentukan percapaian seseorang pelajar berbanding dengan


pencapaian pelajar-pelajar, dan seterusnya menentukan sama ada pelajar
tersebut dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang tertentu.

☻ Hasil penilaian piawai juga diguna untuk menentukan sijil/ pangkat sijil
yang bakal diberikan kepada seseorang pelajar.
http://perjuanganpendidikan.blogspot.com/2009/05/pengujian-pengukuran-penilaian.html

Tujuan Penilaian:

-Diagnosis

-Pencapaian

Pemilihan dan Penempatan

Bimbingan dan Kaunseling

Diagnosis

Maklumbalas yang diberikan dapat digunakan untuk mengenal pasti kemajuan


seseorang pelajar dari sudut :

☻Tahap : sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada


sebarang kemajuan langsung.

☻ kecekapan: cepat, cergas , lemah

Pencapaian

Hasil penilaian menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang


diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal.

Pihak sekolah menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar


berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki
untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.

Pemilihan dan Penempatan:

Guru memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan


tahap penguasaan mereka.

Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut


tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan
melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu.

Keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan


ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid
berkenaan.

Bimbingan dan kaunseling

pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat


intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri.
http://perjuanganpendidikan.blogspot.com/2009/05/pengujian-pengukuran-penilaian.html
mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam,
akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran ialah iaitu motivasi daripada luar, seperti
dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru
besar.

Tujuan lain Penilaian bagi Ujian

Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.

Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan


rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.

Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan


pencapaian dalam subjek lain.

Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya
dan lemah pencapaiannya

Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang
berkenaan.

Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar
terhadap pembelajaran.

Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.

Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan


keberkesanan pengajaran mereka.

Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan
segera memperbaikinya.

Pentaksiran

Pengertian/ Konsep:

Pentaksiran satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat


penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Konteks pendidikan :pentaksiran merupakan satu episod dalam proses


pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,
memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang
pelajar bagi sesuatu tujuan.

untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam


sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran

dijalankan secara berterusan.


http://perjuanganpendidikan.blogspot.com/2009/05/pengujian-pengukuran-penilaian.html

Tujuan Pentaksiran

Pentaksiran membolehkan sistem persekolahan, sekolah-sekolah, pengajar dan


guru serta pelajar dan murid meningkatkan dan memberikan piawaian yang lebih
bermakna

Piawaian yang ditetapkan boleh memberikan fokus atau tumpuan serta arah kepada
pengajaran dan pembelajaran

Keputusan dan hasilan dari pentaksiran menyokong unsur-unsur penting dan utama
terhadap sifat, kekuatan dan kelemahan prestasi murid dan pelajar yang
berkaitan dengan piawai.

Pendidik dan pelajar mengunakan maklumbalas dari hasilan pentaksiran ini untuk
memahami dan memberi tumpuan bagi meningkatkan aspek berkaitan
pembelajaran mereka .

Pentaksiran boleh meningkatkan motivasi pelajar dan murid untuk belajar dengan
lebih baik, pengajar memberi pengajaran yang lebih bermakna dan sistem
persekolahan yang lebih berkesan. (Klein, 2000)

Pentaksiran dalam bilik darjah terbhagi kepada tiga iaitu:

pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)

pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning)

pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) .

Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)

proses pembelajaran berterusan

dijalankan untuk memastikan setiap pelajar atau murid memahami dan dapat
menterjemahkan kehendak tugasan

supaya guru boleh menentukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan
prestasi pelajar dan murid.

Pelajar dan murid akan belajar secara bersendirian dengan cara dan kehendak
mereka sendiri.

Peranan Guru dalam Pentaksiran Untuk Pembelajaran

mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran


http://perjuanganpendidikan.blogspot.com/2009/05/pengujian-pengukuran-penilaian.html
mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar

memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran

mencipta strategi pengajaran yang berlainan dan peluang pembelajaran bagi


membantu individu bergerak maju dalam pembelajaran

menyediakan maklumbalas dan arahan segera

Prinsip Pentaksiran Untuk Pembelajaran

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah menjadi sebahagian dari perancangan


efektif pengajaran dan pembelajaran

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah menumpukan tentang bagaimana murid


mempelajari sesuatu

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah diiktiraf atau diakui sebagai amalan


utama dalam bilik darjah

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah di anggap sebagai kunci kemahiran


profesional bagi guru

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah sensitif dan konstruktif kerana mana-


mana pentaksiran memberi kesan impak

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah mengambil kira kepentingan motivasi


murid

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah bertujuan meningkatkan komitmen


murid terhadap matlamat pembelajaran dan berkongsi kefahaman tentang
kriteria yang ditaksir

Pentaksiran untuk pembelajaran membentuk kapasiti murid bagi tujuan penilaian


kendiri agar mereka boleh melihat keupayaan dan mengurus diri sendiri

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah mengiktiraf kemampuan keseluruhan


pencapaian pembelajaran murid

Murid hendaklah menerima bimbingan konstruktif tentang bagaimana mereka boleh


meningkatkan pencapaian
http://perjuanganpendidikan.blogspot.com/2009/05/pengujian-pengukuran-penilaian.html

Diantara kaedah perancangan pentaksiran yang boleh digunakan oleh pendidik adalah seperti berikut
:
Mengapa Mentaksir? Membolehkan pendidik untuk menentukan langkah berikut
bagi meningkatkan pembelajaran
Apa yang ditaksir ? Setiap prestasi dan kehendak pembelajaran yang berkaitan
dengan kehendak kurikulum
Kaedah yang digunakan ? Kaedah pelbagai dalam mode yang berlainan yang
mempamirkan kebolehan dan kefahaman
Memastikan Kehendak Ketepatan dan ketekalan pemerhatian dan penterjemahan
Kualiti pembelajaran

Harapan pembelajaran yang jelas dan terperinci

Maklumbalas terperinci yang tepat


Mengunakan Maklumat Menyediakan maklumbalas yang terperinci bagi
menunjukan prestasi pembelajaran

Petunjuk yang berlainan bagi menyatakan kedudukan pada


tahap hasilan kurikulum

Menyediakan pelaporan terperinci buat pelajar dan ibubapa


mengenai kedudukan pembelajaran dan memberi panduan
untuk memperbaiki prestasi

Jadual 1 . Ringkasan Perancangan Pentaksiran Untuk Pembelajaran

Pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning)

proses membentuk dan menyokong metakognisi (iaitu memikir atau mencari


jawapan kepada pemikiran sendiri) pelajar dan murid.

memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan pelajar atau murid
sebagai penguhubung yang kritikal diantara pentaksiran dan pembelajaran.

pelajar berupaya mengesan informasi dan maklumat, menghubungkaitkan


informasi dan maklumat kepada pengetahuan berkaitan dan mengunakannya
untuk tujuan pembelajaran. Ini adalah sesuatu proses pengawalan dalam meta-
kognisi (meta-cognition).

Ianya berlaku apabila pelajar atau murid memantau pembelajaran kendiri dan
mengunakan maklumbalas yang diperolehi untuk membuat pembetulan,
penyesuaian, dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa yang
mereka fahami.
http://perjuanganpendidikan.blogspot.com/2009/05/pengujian-pengukuran-penilaian.html

Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran sebagai Pembelajaran adalah :

memberi contoh dan mengajar kemahiran pentaksiran kendiri

membimbing pelajar dan murid dalam menentukan matlamat, dan memantau


prestasi mereka

menyediakan contoh-contoh amalan yang baik dan berkualiti yang melibatkan


hasilan kurikulum

bekerjasama dengan pelajar dan murid untuk membentuk kriteria amalan yang baik
dan jelas

membimbing pelajar dan murid dalam membentuk maklumbalas dalaman atau


membina mekanisma pemantauan kendiri bagi mengesahkan dan menyoal
pemikiran kendiri serta berpuashati dengan kesamaran dan ketidaktentuan yang
ketara dalam

mempelajari perkara baru

menyediakan peluang berterusan dan yang mencabar untuk diamalkan, agar pelajar
dan murid menjadi yakin dan bersifat pentaksir kendiri yang kompeten

memantau proses meta-kognitif pelajar dan juga pembelajaran serta menyediakan


maklumbalas yang terperinci

menyediakan persekitaran yang selamat bagi pelajar dan murid memperolehi


peluang pembelajaran dan mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak sekolah
atau pentadbiran.

Pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning)

berbentuk sumatif (summative) secara semulajadi dan digunakan untuk memastikan


apa yang diketahui dan apa yang pelajar dan murid boleh lakukan,

mendemonstrasikan samada mereka berjaya mendapatkan atau memahami


kehendak hasilan kurikulum serta kebiasaannya,

menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau diletakkan dan dihubungkaitkan


dengan yang lain.

Pentaksiran pembelajaran yang berkesan memerlukan pendidik dan guru menyediakan :

kaedah yang rasional bagi membolehkan pentaksiran kepada pembelajaran tertentu


dijalankan dengan betul pada masa yang tertentu

kenyataan yang jelas bagi pembelajaran yang diinginkan


http://perjuanganpendidikan.blogspot.com/2009/05/pengujian-pengukuran-penilaian.html
proses yang membolehkan pelajar dan murid menunjukkan kemahiran dan
kebolehan atau kompetensi

kadar mekanisma alternatif bagi mentaksir hasilan yang sama

penanda dan petunjuk am bagi membuat keputusan

kaedah yang telus bagi pentaksiran

deskripsi mengenai proses pentaksiran

strategi bagi membina semula apabila berlakunya ketidak sehaluan dalam membuat
keputusan .

Pendekatan Tujuan Rujukan Pentaksir


Pentaksiran Penghakiman mengenai Murid Guru
Kepada penempatan, peningkatan,
Pembelajaran penghargaan dan sebagainya
Pentaksiran Maklumat bagi hasilan Pentaksiran piawaiGuru
Untuk pembelajaran guru luar atau harapan
Pembelajaran
Pentaksiran Penilaian kendiri dan Matalamat kendiri danMurid
Sebagai pembetulan sendiri piawai luaran
Pembelajaran

Dengan bantuan pendidik dan guru, pelajar dan murid boleh mengharapkan tugasan
pentaksiran kepada pembelajaran sebagai pentas untuk mereka mempamirkan
kompetensi atau kebolehan dan juga halatuju persembahan pembelajaran.

Tujuan Pentaksiran

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran


memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik


bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.

Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran


http://perjuanganpendidikan.blogspot.com/2009/05/pengujian-pengukuran-penilaian.html

You might also like