You are on page 1of 19

BUKU PANDUAN PENGGUNAAN STRUKTUR KOD AKAUN DALAM SISTEM

PERAKAUNAN KERAJAAN NEGERI SABAH

1.0 TUJUAN

Buku Panduan ini bertujuan sebagai rujukan untuk :

1.1 menetapkan piawaian penggunaan struktur kod akaun dalam sistem


perakaunan Kerajaan Negeri Sabah selaras dengan keperluan Sistem
Belanjawan Ubahsuai (Modified Budgeting System). Penggunaan
struktur kod perakaunan baru dikuatkuasakan pada 01 Januari 2008
bagi mengakaunkan dan menyatukan akaun-akaun:

 Akaun Hasil Disatukan;


 Akaun Amanah Disatukan;
 Akaun Pinjaman Disatukan;

1.2 menambahbaik penjelasan serta huraian dalam Panduan Struktur Kod


Perakaunan Kerajaan Negeri yang dikeluarkan melalui Pekeliling
Jabatan Bendahari Negeri Bilangan 12 Tahun 2007 Penstrukturan
Semula Kod Perakaunan Kerajaan Negeri bertarikh 04 Oktober 2007
dan seterusnya menggantikan Panduan Struktur Kod Perakaunan
Tersebut;

1.3 Meningkatkan kefahaman keatas penggunaan kod akaun kerajaan


Negeri yang seragam dalam penjenisan dan pengkelasan hasil dan
perbelanjaan;

1.4 Memudahkan proses penganalisaan hasil dan perbelanjaan kerajaan


Negeri secara keseluruhannya.

2.0 STRUKTUR KOD AKAUN

Struktur kod akaun yang digunakan adalah sistem 3-3-6-6-8-5. Struktur kod ini
digunapakai dalam semua jenis kod akaun kerajaan Negeri.

VOT JABATAN PTJ/PK/PPH PROGRAM PROJEK/ OBJEK


(KEPALA) AKTIVITI/ SETIA
AMANAH
XXX XXX XXXXXX XXXXXX XXXXXXXX XXXXX
3-DIGIT 3-DIGIT 6-DIGIT 6-DIGIT 8-DIGIT 5-DIGIT

Standard struktur kod akaun ini digunapakai untuk semua jenis akaun yang
terdapat dalam sistem perakaunan Kerajaan Negeri Sabah.

1
2.1 VOT (KEPALA)

Tiga digit yang pertama boleh diperolehi daripada Buku Anggaran Hasil
dan Perbelanjaan Tahunan Kerajaan Negeri Sabah dan senarai
penjenisan kod akaun amanah kerajaan Negeri. Konbinasi digit merujuk
kepada Kepala Vot yang menjelaskan seperti berikut ;

XXX

X - Pertama

Digit yang pertama mestilah merupakan huruf yang merujuk kepada


jenis akaun tersebut

A - Akaun Semasa Antara Pentadbiran


C - Perbelanjaan Tanggungan
S - Hasil dan Perbelanjaan Perbekalan
D - Hasil dan Perbelanjaan Pembangunan
F - Pinjaman Persekutuan
K - Akaun Amanah
L - Pinjaman Kepada Agensi Kerajaan

XX - Dua digit yang seterusnya dalam struktur Kepala Vot


merujuk kepada samada

00 - Hasil Perbekalan dan Pembangunan iaitu S00 dan D00

Dua digit ini juga dikelaskan berdasarkan kepada digit yang pertama
seperti berikut;

A 01 hingga 99 Merujuk kepada jenis akaun semasa antara


pentadbiran.

Contoh: A97 – Akaun Penyelasaian Antara


Pentadbiran Persekutuan Kuala Lumpur
C 01 hingga 99 Merujuk kepada Kementerian atau Jabatan dalam
perbelanjaan tanggungan atau perbelanjaan khas
yang diperuntukan oleh undang-undang
sepertimana yang dinyatakan dalam buku
anggaran.

Contoh: C01 – Peruntukan Di-Raja


S 01 hingga 99 Merujuk kepdada Kementerian atau Jabatan
sebagai pemegang peruntukan dalam perbelanjaan
Perbekalan sepertimana yang dinyatakan dalam

2
buku anggaran.

Contoh: S11 – Jabatan Ketua Menteri


D 01 hingga 99 Merujuk kepada Kementerian atau Jabatan sebagai
pemegang peruntukan dalam perbelanjaan
Pembangunan Perbekalan sepertimana yang
dinyatakan dalam buku anggaran.

Contoh: D25 – Kementerian Kewangan


F 01 hingga 99 Merujuk kepada pinjaman yang diterima daripada
kerajaan persekutuan.

Contoh: F05 – Pinjaman Persekutuan


K 01 hingga 99 Merujuk kepada jenis akaun amanah

Contoh: K52 – Pendahuluan Diri


L 01 hingga 99 Merujuk kepada pinjaman yang diberikan kepada
agensi-agensi kerajaan.

Contoh: L21 – Sabah State Housing Commission

2.2 STRUKTUR KOD JABATAN

XXX

Konbinasi 3 digit yang seterusnya merujuk kepada kod Kementerian


ataupun Jabatan yang bertanggungjawab keatas peruntukan atau wang
awam yang diamanahkan. Kementerian atau jabatan seperti yang
dinyatakan adalah berjanggungjawab keatas peruntukan dan
penyesuaian akaun bulanan dan tahunan.

Contoh: 125 – Merujuk kepada Kementerian Kewangan

Rujuk Lampiran A

2.3 PUSAT TANGGUNGJAWAB(PTJ), PUSAT KOS(PK) ATAU PUSAT


PEMUNGUT HASIL(PPH)

XX XX XX Pusat Tanggungjawab, Pusat Kos atau Pusat


Pemungut Hasil

XX Dua digit yang pertama merujuk kepada Kementerian


atau Jabatan yang berbelanja atau Pusat
Tanggungjawab.

3
Contoh:150000 – Jabatan Ketua Menteri
XX Dua digit berikutnya merujuk kepada jabatan,
Bahagian atau unit dibawah Sesuatu Kementerian
yang merupakan Pusat Tanggungjawab Kecil(Sub-
PTJ)

Contoh: 150700 – Jabatan Tanah dan Ukur


XX Dua digit yang terakhir merujuk samada

a) Pusat Kos (PK) – Dimana dan siapa Kementerian,


Jabatan, Pejabat, Bahagian atau unit yang berbelanja.

b) Pusat Pemungut Hasil (PPH) – Dimana dan Siapa


Kementerian, Jabatan, Pejabat, Bahagian atau unit
yang mengutip hasil Kerajaan.

Contoh:150703 – Jabatan Tanah dan Ukur ( Papar )

Dalam penyediaan baucar atau resit PTJ dalam struktur kod mestilah
berakhir dengan PK atau PPH. Struktur kod ini adalah unik dan hanya
boleh digunakan oleh satu pusat tanggunjjawab sahaja.

2.4 PROGRAM, AKTIVITI ATAU AMANAH

a) Program dan Aktiviti dalam struktur kod perbelanjaan


tanggungan dan perbekalan

Program dan aktiviti diwujudkan berdasarkan kepada fungsi dan


aktiviti utama kementerian yang dikenalpasit dan sepertimana
yang dinyatakan dalam anggaran tahunan kerajaan negeri.

XX XX XX Program dan aktiviti atau Amanah

XX Dua digit yang pertama merujuk kepada Program


utama sesuatu kementerian atau Jabatan
berdasarkan buku anggaran tahunan yang
diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri

Contoh: 010000 – Pentadbiran Am dan Pengurusan


Sumber
XX Dua digit berikutnya merupakan aktiviti-aktiviti
dalam sesuatu program untuk mencapai objektif
program.

4
Contoh: 010100 – Pentadbiran Emolumen
Kakitangan
XX Dua digit yang terakhir merujuk kepada aktiviti kecil
(Sub-aktiviti) dibawah suatu program dan aktiviti.

Contoh: Lanjutan aktiviti kecil sekiranya ada untuk


mencapai aktivit dalam suatu Program.

b) Struktur kod dalam Pembangunan

XX XXXX Struktur Amanah Pembangunan

XX Pelengkap digit mengikut keperluan sistem


XXXX Pecahan kepala seperti dalam Buku Anggaran
Tahunan Negeri Sabah

c) Struktur kod dalam Akaun Amanah

XX XX XX Struktur Kod Amanah

XX Jenis utama Akaun Amanah


XX Pecahan Jenis Akaun Amanah
XX Turutan akaun amanah mengikut jenis dan
pecahan

d) Struktur kod dalam Akaun Pinjaman Kepada Agensi

XX XX XX Struktur Kod Pinjaman

XX Kod Agensi
XX Jenis pinjaman mengikut agensi
XX Turutan mengikut jenis dan pecahan

d) Struktur kod dalam Akaun Pinjaman Daripada Kerajaan


Persekutuan

XX XX XX Struktur Kod Pinjaman

5
XX Jenis pinjaman
XX Pecahan jenis pinjaman
XX Turutan mengikut jenis dan pecahan

2.5 PROJEK / SETIA

Struktur kod ini merujuk kepada kombinasi kod yang hanya digunakan
dalam struktur kod pembangunan. Struktur kod projek ini dikenalpasti
dan ditetapkan dalam anggaran berdasarkan Rancangan Malaysia
setiap lima tahun dan Semakan Rancangan Malaysia sepertimana yang
terdapat dalam buku anggaran tahun kerajaan Negeri.

XXXX XXXX Projek Setia

XXXX Pelengkap digit dalam struktur mengikut sistem


XXXX Pecahan projek seperti dalam Buku Anggaran
Tahunan Negeri Sabah

2.6 OBJEK

XXXXX

Struktur kod ini merujuk kepada jenis perbelanjaan dan hasil perbekalan
serta perbelanjaan tanggungan.

X X X XX Objek

X Digit yang pertama merujuk kepada Objek Am


Perbelanjaan dan hasil perbekalan serta perbelanjaan
tanggungan.

Contoh:10000 – Emolumen
X Digit kedua dirujuk sebagai objek sebagai dalam
penjenisan objek am.

Contoh: 11000 – Gaji dan Upah


X Digit ketiga merupakan pecahan kepada hasil dan
belanja dalam kumpulan Objek Sebagai yang dipanggil
sebagai objek Lanjut

Contoh: 11100 – Gaji Kakitangan Awam


XX Dua digit terakhir adalah pecahan hasil dan belanja
dibawah objek lanjut dipanggil sebagai objek lanjut

6
kumpulan.

Contoh: 11102 – Gaji Biasa Kakitangan Awam

Dalam penyediaan baucar bayaran dan resit terimaan objek yang


digunakan mestilah objek lanjut kumpulan.

Panduan membaca struktur kod objek seperti dalam Lampiran B.

3.0 KAEDAH PENJENISAN AKAUN DAN PENGGUNAAN LENGKAP


STRUKTUR KOD AKAUN HASIL DISATUKAN

3.1 PERBELANJAAN MENGURUS

Perbelanjaan mengurus daripada perbelanjaan bagi maksud Perbekalan


dan Tanggungan adalah merupakan semua kenaaan kepada
peruntukan Anggaran bagi bayaran seperti berikut:-

i) Emolumen;

ii) Perkhidmatan dan bekalan

iii) Aset

iv) Pemberian dan kenaan bayaran tetap

v) Perbelanjaan-perbelanjaan lain

Perbelanjaan Mengurus diklasifikasikan mengikut maksud,


program/aktiviti dan jenis perbelanjaan yang dikawal oleh Pegawai
Pengawal.

a) Perbelanjaan Tanggungan

Perbelanjaan Tanggungan merupakan perbelanjaan yang


dipertanggungkan dalam anggaran perbelanjaan mengurus yang
boleh digunakan serta-merta sebaik sahaja bermula satu tahun
kewangan untuk membiayai perbelanjaan seperti berikut:-

 Peruntukan Diraja
 Gaji Kepada Speaker Dewan Undangan Negeri
 Perbelanjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
 Perbelanjaan Kerana hutang negara
 Bayaran-bayaran pencen, elaun bersara dan ganjaran.

Dalam Perakunan Struktur kod akaun bagi jenis perbelanjaan ini


mempunyai kepala Vot C.

Contoh Penggunan Struktur Kod :

7
C03 110 120101 010100 00000000 11301

Struktur kod ini merujuk kepada bayaran gaji kepada Ahli


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri

Tafsiran Struktur Kod:

C03 - Merujuk kepada Peruntukan Suruhanjaya


Perkhidmatan Awam Negeri dibawah senarai
Anggaran Tahunan Belanjawan Negeri Sabah.

110 - Kod jabatan bagi Suruhanjaya Perkhidmatan


Awam. Kod ini juga bertanggungjawab keatas
peruntukan seperti dalam Anggaran Tahunan
Belanjawan Negeri Sabah serta membuat
penyesuaian akaun bulanan dan tahunan.

120101 - Pusat tanggungjawab yang merupakan pejabat


dimana kos berlaku (Pebelanjaan pembayaran gaji
berlaku).

010100 - Program dan aktiviti sepertimana yang dinyatakan


dalam Anggaran Tahunan Belanjawan Negeri
Sabah.

00000000 - Dalam struktur kod perbelanjaan tanggungan


struktur ini hanya sebagai pelengkap 31 digit.
Struktur ini hanya digunakan dalam kod projek
pembangunan.

11301 - Objek ini merujuk kepada objek lanjut kumpulan


perbelanjaan bayaran gaji seperti mana yang
disenaraikan dalam Senarai Penjenisan Kod
Perbelanjaan Perbekalan dan Tanggungan

b) Perbelanjaan Perbekalan

Merupakan perbelanjaan bagi aktiviti-aktiviti harian untuk


melaksanakan pentadbiran awam. Tidak dipertanggungkan terus
kepada Kumpulanwang Disatukan dimana perlu mendapat
kelulusan daripada Dewan Undangan Negeri (Dibentangkan
dalam Dewan Undangan Negeri).

Contoh Penggunan Struktur Kod :

S11 111 150101 010400 00000000 23201

8
Struktur kod ini merujuka kepada bayaran elektrik Jabatan Ketua
Menteri.

Tafsiran Struktur Kod:

S11 - Merujuk kepada Peruntukan Jabatan Ketua


Menteri dibawah senarai Anggaran Tahunan
Belanjawan Negeri Sabah.

111 - Kod jabatan bagi Jabatan Ketua Menteri. Kod ini


juga bertanggungjawab keatas peruntukan seperti
dalam Anggaran Tahunan Belanjawan Negeri
Sabah serta membuat penyesuaian akaun bulanan
dan tahunan.

150101 - Pusat tanggungjawab yang merupakan pejabat


dimana kos berlaku (Pebelanjaan pembayaran gaji
berlaku)

010400 - Program dan aktiviti sepertimana yang dinyatakan


dalam Anggaran Tahunan Belanjawan Negeri
Sabah.

00000000 - Dalam struktur kod perbelanjaan tanggungan


struktur ini hanya sebagai pelengkap 31 digit.
Struktur ini hanya digunakan dalam kod projek
pembangunan.

23201 - Objek ini merujuk kepada objek lanjut kumpulan


perbelanjaan bayaran utiliti iaitu elektrik seperti
mana yang disenaraikan dalam Senarai
Penjenisan Kod Perbelanjaan Perbekalan dan
Tanggungan

Penjenisan kod perbelanjaan perbekalan dan tanggungan adalah


seperti dalam Lampiran C.

3.2 HASIL PERBEKALAN

Segala hasil dan wang yang didapatkan atau diterima oleh Kerajaan
hendaklah dibayar masuk ke dalam Akaun Hasil Disatukan. Kutipan
Hasil diakaunkan berdasarkan asas tunai dengan mengambilkira jumlah
kasar hasil yang diterima.

Hasil diklasifikasikan seperti berikut:

a) Hasil Cukai

9
i) Cukai Langsung

Kerajaan hanya dibenarkan memgutip satu jenis cukai ini iaitu


Sewa Tanah.

ii) Cukai Tidak Langsung

Terdapat tiga jenis cukai tiga jenis yang dikutip oleh kerajaan
Negeri iaitu:

 Cukai Jualan Minyak Kelapa Sawit


 Cukai Jualan Loteri
 Cukai Jualan Mesin Slot

b) Hasil Bukan Cukai

Hasil Bukan Cukai adalah hasil Kerajaan termasuk kenaan


bayaran daripada kelulusan permit, bayaran untuk perkhidmatan
yang diberi, jualan perkhidmatan, barang-barang dan harta, sewa
harta benda Kerajaan, hasil dari pelaburan, sumbangan daripada
agensi-agensi Kerajaan dan swasta, selain daripada cukai.

c) Terimaan Bukan Hasil

Terimaan Bukan Hasil adalah semua pulangan balik perbelanjaan


termasuk terimaan daripada kumpulanwang amanah yang
berlebihan, kredit antara jabatan, pulangan balik bayaran yang
lebih atau bayaran pelarasan dalam tahun-tahun kewangan yang
lalu. Juga termasuk terimaan daripada agensi-agensi kerajaan
yang lain.

Contoh Penggunan Struktur Kod :

S00 136 170205 000000 00000000 73308

Struktur kod ini merujuka kepada terimaan/kutipan keatas jualan air


daripada pengguna oleh Jabatan Air Negeri Sabah.

Tafsiran Struktur Kod:

S00 - Merujuk kepada vot umum terimaan/hasil


perbekalan kerajaan Negeri Sabah.

136 - Kod jabatan bagi Jabatan Air Negeri Sabah. Kod


ini juga bertanggungjawab keatas anggaran
kutipan hasil Jualan Air seperti dalam Anggaran
Tahunan Belanjawan Negeri Sabah serta membuat
penyesuaian akaun bulanan dan tahunan.

10
170205 - Pusat tanggungjawab yang merupakan Pejabat
Pemungut Hasil atau penerima bayaran Jualan air.
Contoh PTJ yang diberikan merujuk Jabatan Air
(Kota Belud).

000000 - Program dan aktiviti tidak digunakan dalam struktur


kod akaun hasil. Struktur ini hanya digunakan
dalam perbelanjaan tanggungan dan perbekalan
dan Amanah.

00000000 - Dalam struktur kod perbelanjaan tanggungan


struktur ini hanya sebagai pelengkap 31 digit.
Struktur ini hanya digunakan dalam kod projek
pembangunan.

73308 - Objek ini merujuk kepada objek lanjut kumpulan


Jualan air sepertimana yang dinyatakan dalam
Anggaran Tahunan Belanjawan Negeri Sabah.

Penjenisan kod hasil dan terimaan perbekalan adalah seperti dalam


Lampiran D.

4.0 KAEDAH PENJENISAN AKAUN DAN PENGGUNAAN LENGKAP


STRUKTUR KOD AKAUN AMANAH DISATUKAN

4.1 AKAUN AMANAH DISATUKAN

Akaun Amanah Disatukan dikategorikan seperti berikut:

a) KUMPULANWANG PEMBANGUNAN
Kumpulanwang Pembangunan mengakaunkan terimaan dan
perbelanjaan pembangunan seperti yang diperuntukkan oleh
Akta Kumpulanwang Pembangunan 1966. Terimaan bagi
kumpulanwang ini terdiri daripada pindahan dari Akaun Pinjaman
Disatukan, Caruman Negeri daripada Anggaran Perbekalan.
Pemberian Persekutuan, Pemberian Balik (imbuhan balik)
daripada Kerajaan Persekutuan bagi projek-projek
pembangunan,bayaran balik pinjaman mengikut Seksyen 4(c)
Akta Kumpulanwang Pembangunan No.70(1966) dan Terimaan
Pelbagai.

i) Perbelanjaan Pembangunan

11
Perbelanjaan daripada Kumpulanwang ini merangkumi
perbelanjaan langsung pinjaman dan imbuhan balik.

Contoh Penggunan Struktur Kod :

D19 186 230101 000100 00000001 00000

Struktur kod ini merujuk kepada bayaran perbelanjaan


pembangunan dibawah Projek Pembangunan Kecil oleh
Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Tafsiran Struktur Kod:

D19 - Merujuk kepada kepala vot perbelanjaan


pembangunan Kementerian Pembangunan
Luar Bandar.

183 - Kod jabatan bagi Kementerian


Pembangunan Luar Bandar. Kod ini juga
bertanggungjawab keatas anggaran
peruntukan pembangunan seperti dalam
Anggaran Tahunan Belanjawan Negeri
Sabah serta membuat penyesuaian akaun
bulanan dan tahunan.

230101 - Pusat tanggungjawab yang merupakan


Pejabat Pelaksana atau dimana kos berlaku.

000100 - Struktur berdasarkan Anggaran Tahunan


Belanjawan Negeri Sabah.

00000001 - Kod Projek berdasarkan kepada Anggaran


Tahunan Belanjawan Negeri Sabah.

00000 - Struktur ini tidak aktif dalam struktur kod


perbelanjaan pembangunan.

ii) Hasil/Terimaan Pembangunan

Wang yang diterima kedalam kumpulanwang ini


merupakan terimaan bukan hasil.

Contoh Penggunan Struktur Kod :

D00 150 160201 000301 00000001 00000

12
Struktur kod ini merujuk kepada penerimaan Wang
Pinjaman Persekutuan.

Tafsiran Struktur Kod:

D00 - Merujuk kepada kepala vot umum terimaan/


hasil pembangunan negeri Sabah.

150 - Kod jabatan bagi Jabatan Bendahari Negeri.


Kod ini juga bertanggungjawab
mengakaunkan wang yang diterima
daripada kerajaan persekutuan serta
membuat penyesuaian akaun bulanan dan
tahunan.

160201 - Pusat tanggungjawab yang merupakan


Pejabat bertanggungjawab menerima hasil.

000301 - Struktur berdasarkan Anggaran Tahunan


Belanjawan Negeri Sabah.

00000001 - Kod Terimaan berdasarkan kepada


Anggaran Tahunan Belanjawan Negeri
Sabah.

00000 - Struktur ini tidak aktif dalam struktur kod


terimaan/hasil pembangunan.

4.2 AKAUN AMANAH DISATUKAN YANG LAIN

Bagi maksud pengakaunan Kod akaun amanah selain daripada


pembangunan, penstrukturan kod adalah seragam berdasarkan kepada
Arahan Akaun Amanah.

Senarai struktur kod akaun amanah adalah seperti dalam Lampiran E.

Akaun Amanah Disatukan Yang Lain Adalah Seperti Berikut:

i) Kumpulanwang Khas

Ditubuhkan mengikut peruntukan di bawah Seksyen 9 Akta Prosedur


Kewangan 1957(Disemak 1972). Kumpulanwang ini diamanahkan
kepada Kerajaan untuk maksud tertentu dan dilaburkan dalam
Simpanan Tetap.

ii) Kumpulanwang Amanah Kerajaan

13
Ditubuhkan mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10 Akta
Prosedur Kewangan 1957 (Disemak 1972). Kumpulanwang ini
bercorak Kumpulanwang Pusingan yang diwujudkan daripada wang
yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri untuk dikeluarkan dari
Kumpulanwang Negeri Disatukan.

Contoh:

Akaun Semasa Antara Pentadbiran

Akaun Penyelasaian Utama Perbendaharaan

Akaun Perniagaan

• Kumpulanwang Amanah Stor dan Kerja Tak Beruntuk

• Kumpulanwang Sewa Loji

• Kumpulanwang Amanah Bekalan Air

• Kumpulanwang Kuari dan Premix

• Kumpulanwang Amanah JKR

Akaun Pinjaman

• Kumpulanwang Pusingan Skim Pinjaman Perumahan

• Pendahuluan Diri

• Pendahuluan Kenderaan

• Kumpulanwang Pinjaman Kepada Badan-badan Berkanun dan


Badan-badan Lain

• Kumpulanwang Simpanan Bagi Pelajar-pelajar Tajaan Biasiswa


Kerajaan Negeri

Kumpulanwang Luarjangka - Bekalan

iii) Akaun Amanah Pelbagai

Wang Amanah ini yang diamanahkan kepada Kerajaan bagi maksud


tertentu dan akaun amanah ini akan ditutup sebaik sahaja
maksudnya telah dicapai.

14
iv) Deposit

Akaun Deposit mengakaunkan wang yang diterima khusus bagi


sesuatu maksud dibawah undang-undang tertentu atau mengikut
perjanjian dan wang diterima secara potongan daripada gaji
kakitangan Kerajaan Negeri di bawah undang-undang tertentu atau
mengikut arahan daripada Kementerian Kewangan Negeri. Wang
yang diterima daripada orang awam akan dipegang untuk
jangkamasa tertentu dan akan dibayar kembali atau dijadikan hasil
apabila ianya tidak dikehendaki lagi. Bagi wang yang diterima dari
potongan gaji, ianya akan dibayar daripada Akaun Deposit mengikut
undang-undang tertentu atau arahan Kementerian Kewangan
Negeri.

v) Akaun Kena Bayar

Akaun Kena Bayar merupakan jumlah yang dipertanggungkan oleh


Kerajaan Negeri sehingga 31 Disember di mana bayarannya dibuat
dalam bulan Januari berikutnya. Akaun Kena Bayar merupakan
salah satu Akaun Amanah Kerajaan yang berasaskan Tunai
Ubahsuai.

Contoh struktur kod akaun amanah yang lain;

K79 121 150701 790000 00000000 00000

Merujuk kepada kod akaun amanah yang digunakan oleh Jabatan


Tanah dan Ukur untuk mengakaunkan terimaan (resit) dan bayaran
(baucar) bagi maksud penyelesaian pungutan hasil.

Tafsiran Struktur Kod:

K79 - Merujuk kepada kepala vot umum Akaun Penyelasaian


Pemungut Hasil

121 - Kod jabatan bagi Jabatan Tanah dan Ukur. Kod ini juga
bertanggungjawab mengakaunkan wang yang masuk dan
keluar serta membuat penyesuaian akaun bulanan dan
tahunan.

150701 - Pusat tanggungjawab yang merupakan Pejabat


bertanggungjawab menerima masuk atau membayar
keluar.

790000 - Struktur berdasarkan Penjenisan Akaun Amanah

15
00000000 - Tidak aktif dalam struktur kod akaun amanah

00000 - Tidak aktif dalam struktur kod akaun amanah

5.0 AKAUN PINJAMAN DISATUKAN

Akaun Pinjaman Disatukan mengakaunkan semua terimaan dan bayaran balik


pinjaman dalam negeri dan luar negeri.

Mengakaunkan pinjaman yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri daripada


Kerajaan Persekutuan dibawah undang-undang Negeri. Terimaan daripada
pinjaman dipindahkan kepada Hasil Pembangunan dan Hasil Disatukan
bergantung kepada tujuan pinjaman tersebut.

Contoh struktur kod dalam pinjaman:

F02 150 160208 020117 00000000 00000

Merujuk kepada penerimaan pinjaman daripada pihak kerajaan Persekutuan.

Tafsiran Struktur Kod:

F02 - Merujuk kepada kepala vot umum Pinjaman Persekutuan.

150 - Kod jabatan bagi Jabatan Bendahari Negeri. Kod ini juga
bertanggungjawab mengakaunkan wang yang masuk dan keluar
serta membuat penyesuaian akaun bulanan dan tahunan.

160208 - Pusat tanggungjawab yang merupakan Pejabat


bertanggungjawab menerima masuk wang Pinjaman
Persekutuan.

020117 - Struktur berdasarkan Penjenisan Pinjaman Persekutuan.

00000000 - Tidak aktif dalam struktur kod pinjaman.

00000 - Tidak aktif dalam struktur kod pinjaman.

6.0 ISU-ISU PENGGUNAAN STRUKTUR KOD

6.1 PENERIMAAN WARAN PERUNTUKAN

16
Dalam kes dimana sesuatu pejabat menerima peruntukan daripada
Kementerian atau Jabatan Lain, beberapa perkara perlu diambil
perhatian.

i) Memaklumkan pihak Jabatan Bendahari Negeri perihal


penerimaan waran peruntukan kecil;

ii) Mendaftarkan struktur kod tersebut kedalam Sistem Buku Vot


(SISVOT) dengan mengekalkan struktur kod yang dinyatakan
dalam waran peruntukan kecil kecuali PTJ;

iii) Apabila baucar di sediakan maka PTJ yang diguna pakai adalah
PTJ penerima waran peruntukan kecil tersebut.

Contoh: Pejabat daerah Tambunan menerima waran peruntukan Kecil


daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi maksud
Satu Daerah Satu Produk sejumlah RM 10,000.00

Struktur kod seperti dinyatakan dalam waran peruntukan kecil


adalah seperti berikut:

D19 186 230501 000100 00000001 00000

Tafsiran struktur kod:

Pegawai Pengawal Kementerian Pembangunan Luar Bandar


memberi kebenaran kepada Pejabat Daerah Tambunan untuk
menggunakan dan membelanjakan sejumlah RM 10,000.00
dibawah peruntukan Satu Daerah Satu Produk.

Tindakan pejabat daerah Tambunan;

Apabila menerima waran peruntukan kecil tersebut, Pihak


Pejabat Daerah Tambunan hendaklah mendaftarkan struktur
kod tersebut di dalam SISVOT pejabat daerah berkenaan
untuk membolehkan PTJ berkenaan menyediakan baucar
bayaran berdasarkan tujuan waran peruntukan tersebut
diterima.

Struktur kod yang mesti digunakan ketika menyediakan baucar


apabila pembayaran dibuat adalah seperti yang dinyatakan
dalam waran peruntukan kecil.

6.2 PENERIMAAN WARAN PERUNTUKAN KECIL YANG MELIBATKAN


TRANSAKSI ANTARA JABATAN

Dalam kes Jabatan Cetak Kerajaan waran peruntukan kecil daripada


jabatan-jabatan kerajaan Negeri yang mana melibatkan baucar jurnal
perkara berikut perlu diambil perhatian;

17
i) Memaklumkan pihak Jabatan Bendahari Negeri dan perihal
penerimaan waran peruntukan kecil;

ii) Mendaftarkan struktur kod tersebut kedalam Sistem Buku Vot


(SISVOT) dengen mengekalkan struktur kod yang dinyatakan
dalam waran peruntukan kecil kecuali PTJ;

iii) Apabila baucar di sediakan maka PTJ yang diguna pakai adalah
PTJ penerima waran peruntukan kecil tersebut.

Contoh: Jabatan Cetak menerima waran peruntukan Kecil daripada


Jabatan Ketua Menteri bagi maksud bekalan dan bahan-bahan
pencetakan sejumlah RM10,000.00.

S11 111 150501 010400 00000000 27000

Tafsiran struktur kod:

Pegawai Pengawal Jabatan Ketua Menteri memberi


kebenaran kepada Jabatan Cetak Kerajaan untuk
menggunakan peruntukan jabatan dibawah program dan
aktiviti 010400 dibawah objek am 27000 sejumlah
RM10,000.00.

Tindakan Jabatan Cetak Kerajaan

Apabila menerima waran peruntukan kecil tersebut, Pihak


Jabatan Cetak Kerajaan hendaklah mendaftarkan struktur kod
tersebut di dalam SISVOT pejabat berkenaan.

Struktur kod yang mesti digunakan ketika menyediakan jurnal


baucar ababila pembayaran dibuat adalah seperti yang
dinyatakan dalam waran peruntukan kecil.

Contoh: Jabatan Cetak Negeri membekalkan alat tulis pejabat


kepada Jabatan Ketua Menteri bernilai RM1,000.00

DT. S11 111 150501 010400 00000000 27102 RM1000,00


KT. S00 122 150501 000000 00000000 73309 RM1000,00

PTJ yang digunakan dalam kedua-dua struktur kod


menunjukan bahawa Jabatan Cetak Negeri menjadi pusat kod
juga sebagai pusat pemungut hasil.

6.3 PENERIMAAN HASIL

18
Dalam keadaan sesebuah pejabat memungut hasil bagi sesuatu jabatan
yang lain struktur kod hasil adalah sama tetapi PTJ yang digunapakai
adalah PTJ pejabat yang mengutip hasil.

Contoh:

Pejabat daerah papar menerima bayaran kapal-kapal dan perikanan


bagi pihak Jabatan Perikanan Sabah. Maka struktur kod yang diguna
pakai apabila mengeluarkan resit adalah seperti berikut:

S00 132 231501 000000 00000000 71111

Tafsiran struktur kod:

Kutipan hasil Lesen Kapal-Kapal dan Perikanan Jabatan Perikanan


Sabah oleh pejabat daerah Papar.

7.0 PELAKSANAAN

Penggunaan struktur kod akaun ini hendaklah digunakan oleh semua


Kementerian, Jabatan dan Pihak Berkuasa Tempatan yang mengakaunkan
mana-mana akaun dalam Kumpulanwang Negeri Disatukan.

19

You might also like