You are on page 1of 6

PENYAKIT KANSER.

Disediakan oleh: ARIFFIN BIN OLY.

Penyakit kanser merupakan pembunuh nombor dua di Ameika Syarikat selepas sakit


jantung. Jumlah kematian disebabkan kanser pada tahun 2006 adalah 564,830 orang atau 1,500
orang sehari. Walaupun sebanyak US$25 billion telah dibelanjakan untuk penyelidikan kanser di
antara tahun 1982 - 2002, kematian yang disebabkan oleh kanser telah meningkatkan dalam
tempoh yang sama. Anda mungkin bertanya apakah tiada kemajuan dicapai di dalam
penyelidikan tersebut? Ada, tetapi kebanyakannya di dalam bidang pengesanan kanser seperti
mamografi untuk kanser payudara dan ujian PSA untuk kanser prostat. Bagaimana dengan
Malaysia? Pada tahun 2003, angka kematian bagi kes yang dirujuk kepada hospital kerajaan
adalah 2,800 orang. Seperti juga di Amerika, kanser merupakan pembunuh nombor dua selepas
sakit jantung iaitu berjumlah 8,700 orang. Adakah pengesanan awal sahaja harapan kita?
Pencegahan adalah lebih baik dari pengubatan.

kanser ataupun dengan Istilah perubatan iaitu neoplasm,merupakan klasifikasi penyakit


yang merujuk kepada keadaan sel yang membesar secara luar kawalan, pencerobohan dan
pemusnahan tisu biologi dan metastasia. Ketiga-tiga ciri-ciri barah ini berbeza daripada tumor
bukan barah, yang merupakan penyerebakan terhad dan bukan metastasia. Kebanyakan barah
menyebabkan tumor, akan tetapi seperti leukemia, sesetengah barah tidak. Bidang perubatan
yang menjalankan penyelidikan, diagnosis, pengubatan dan pencegahan barah dikenali sebagai
onkologi.

Barah atau kanser telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat.
Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin
berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan
rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai
tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya
membawa maut. Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan
seolah-olah membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat yang
berkesan bagi pesakit barah yang tahap akhir, semenjak 20 tahun kebelakangan perkembangan
penjagaan palliative telah meningkat dengan meluas.

Nampaknya apa saja yang kita buat atau makan dewasa ini dikatakan menjadi
punca kanser. Pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari dikatakan akan
meningkatkan risiko kanser kulit. Asbestos dan asap rokok menyebabkan kanser paru-paru, yang
merupakan penyumbang tertinggi kepada statistik kematian yang disebabkan kanser. Apa lagi
ya? Radiasi, daging/sate hangus, lemak, sakarin dan karsinogen seperti racun serangga dan racun
rumpai.
Kita juga mempercayai bahawa baka merupakan faktor utama yang meningkatkan risiko
seseorang mendapat kanser. Namun begitu kajian mendapati bahawa 80 hingga 90 % pesakit
kanser datang dari keluarga yang tidak mempunyai sejarah kanser.
Sejak bertahun dipercayai bahawa keturunan (genetik) merupakan faktor utama yang
menyumbang kepada risiko seseorang akan mengidap kanser. Kajian terbaru mendapati bahawa
kira-kira 90% dari pengidap kanser  tidak mempunyai sejarah kanser dalam keluarga mereka.
Kajian tersebut juga mendapati bahawa penyumbang terbesar kepada risiko kanser adalah faktor
persekitaran seperti merokok, permakanan, infeksi, arak, dadah, bahan kimia, tekanan dan
radiasi.

Apa lagi yang kita tidak tahu? Ramai penyelidik memberikan berbagai teori mengenai
punca sebenar kanser. Namun begitu tiada satu pun teori yang dapat menjelaskan kepelbagaian
aspek kanser dan perkembangan penyakit tersebut dalam tubuh manusia.
Dr. Peter Kovacic menulis satu ulasan yang menyeluruh mengenai teka-teki perubatan ini di
dalam Current Medicinal Chemistry 2001. Beliau mengatakan dari banyak-banyak teori yang
telah dimajukan, hanya teori stres oksidatif yang terbukti kebenarannya. Ia boleh menjelaskan
secara rasional dan mengaitkan secara sistematik kebanyakan aspek mengenai karsinogenesis
perkembangan penyakit kanser.

Apa itu stres oksidatif? Secara mudah stres oksidatif adalah kerosakan yang disebabkan
oleh radikal bebas. Stres oksidatif yang berlaku di dalam badan adalah punca asas sebahagian
besar penyakit digeneratif kronik. Untuk mudah bagi anda melihat kesan stres oksidatif, cuba
lihat gambar keluarga yang mengandungi berbagai generasi. Perhatikan kulit mereka, anda akan
nampak perbezaan yang besar di antara kulit ahli keluarga yang muda dengan yang tua. Kesan
yang ada nampak itu disebabkan oleh stres oksidatif pada kulit. Keadaan yang sama juga berlaku
di dalam tubuh kita. Jadi kalau inginkan kulit yang cantik, bukan losyen pelembab jawapannya.
Anda boleh memperbaiki keadaan ini dengan mengambil makanan atau suplemen yang kaya
dengan antioksidan, satu bahan yang boleh menghapuskan radikal bebas dan memulihkan
kerosakan yang disebabkan olehnya.

Kajian Dr. Kovacic menyokong bukti perubatan yang semakin banyak ia-itu apabila
terdapat banyak radikal bebas berhampiran dengan nukleus sel, akan berlaku kerosakan teruk
kepada DNA sel tersebut. Bila karsinogen menyerang, sistem tubuh akan memperbaiki DNA
yang rosak. Namun apabila terlalu banyak stres aksidatif, sistem badan tidak lagi mampu
memperbaiki kerosakan yang akan membawa kepada terjadinya mutasi perubahan DNA.
Apabila sel berkenaan membiak melalui pecah dua, DNA yang mengalami mutasi akan turut
dibawa ke sel yang baru dibentuk. Bila DNA yang dimutasi ini terus terdedah kepada stres
oksidatif, lebih banyak kerosakan akan terjadi. Sel berkenaan akan mula tumbuh di luar kawalan
dan mempunyai kehidupan sendiri. Ia membina kemampuan untuk merebak dari satu bahagian
badan ke bahagian yang lain metastasis, lalu menjadi kanser. Di dalam tubuh orang dewasa,
kanser mungkin mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk berkembang dari mutasi awal DNA.
Para doktor biasanya mendiagnosis kanser apabila ia sudah mencapai peringkat akhir
perkembangannya. Malangnya ketika kanser sudah berkembang ke satu tahap yang boleh
menyebabkan gejala atau dapat dikesan melalui sinar-x, ia selalunya sudah berkembang selama
lebih dari 10 hingga 20 tahun. Pada masa itu tidak banyak yang doktor dapat lakukan untuk
membantu pesakitnya. Ada seorang pesakit kanser paru-paru disyorkan menjalani rawatan
kemoterapi oleh onkologisnya, satu prosedur yang dikatakan dapat membawa kanser tersebut
kepada "remission" dengan 40% kejayaan. Pesakit bertanya apa maksud remission? Onkologis
menjawab, "Jika kanser awak dapat di bawa kepada remission, hidup awak akan dapat
dipanjangkan selama 3 bulan lagi." Ini cerita tragis bagi kebanyakan orang yang mengidap
kanser.

selain itu,terdapat banyak lagi punca penyakit kanser salah satunya Pencemaran alam
setikar.dimana sesetengah individu pemilik Industri sesuka hati membebaskan bahan
kloroflorokarbon CFC yang menyebabkan lapisan ozon semakin nipis.kesan daripada penipisan
lapisan ozon ini,sinaran yang bahaya daripada matahari seperti sinaran ultraungu memasuki ke
bumi menyebabkan kejadian kanser kulit.Terutama kepada para peladang dan kelasi kapal.hal ini
juga akan menyumbangkan kepada jumlah penghidap penyakit kanser.

Penyakit kanser juga di pengaruhi oleh sikap dan gaya hidup masyarakat dalam negara
tersebut. Gejala social yang turut berkembang dengan pembangunan sesebuah Negara,ini dapat
mendatangkan kesan yang mendalam dari segi kehidupan masyarakat sesebuah negara,dengan
pembukaan pusat-pusat hiburan,dimana tempat itu dijadikan tempat Perlakuan seks bebas dan
pelacuran yang berleluasa boleh menimbilkan masalah kepada penduduk dalam sesebuah
negara.hal ini timbul kerana disebabkan oleh Jangkitan kuman yang berpanjangan pada alat
kelamin menyebabkan penyakit kanser.peningkatan bilangan yang menghidapi penyakit kanser
pangkal rahim akan bertambah dari semasa ke semasa.

Dalam perindustrian bahan yang merbahaya sering kali digunakan untuk menghasikan
ataupun sebagai medium campuran kepada bahan lain.Bahan kimia industri. yang bersifat
merangsang digunakan dalam industri getah,cetak,kulit,dan cat boleh mengakibatkan kanser
pundit kencing. untuk mencapai negara yang maju Pembangunan industri ini amat perlu untuk
membangunkan Negara,tetapi menimbulkan risiko penyakit kanser kepada pekerja-pekerja.oleh
itu langkah pencegahan haruslah dipertimbangkan oleh pihak kerajaan bagi menjamin
kerharmonian penduduk sesebuah negara.
Sebelum nasi menjadi bubur ada baik kita mengambil langkah untuk mencegah penyakit
kanser ini,kerana mencegah lebih baik daripada mengubati,oleh itu,dengan adanya langkah yang
boleh diambil untuk mencegah dan mengatasi masalah kanser ini penghidap penyakit ini
berkurangan.Faktor semulajadi pada manusia untuk menghalang penyakit kanser ,seperti Sistem
imun yang sihat merupakan pelindung utama dari penyakit kanser. Sistem imun mempunyai sel
dinamakan "Sel NK (pembunuh semulajadi)", yang bertanggungjawab untuk memerangi sel
kanser. Setiap saat dalam hidup kita, sel NK bekerja keras untuk membunuh sel kanser.  Apabila
sel NK gagal melaksana tugasnya, kita mendapat penyakit kanser. Kesihatan sel NK terjejas oleh
faktor persekitaran yang dinyatakan di atas.

selain daripada faktor semulajadi,penyakit kanser juga boleh dicegah melelui amalan
pemakanan sesorang,Perubahan diet boleh membantu anda memelihara kesihatan sistem imun
dan seterusnya mencegah kanser. Diet yang terdiri dari 80% sayuran, buah-buahan dan jus segar,
bijirin dan kacang dapat membantu tubuh berada dalam persekitaran alkali, atau persekitaran
yang tidak baik untuk pertumbuhan sel kanser. Untuk memperolehi enzim bagi membina sel
yang sihat, anda boleh meminum jus sayuran segar 2 atau 3 kali sehari. Enzim dari sayuran segar
akan rosak pada suhu 104 darjah F (40 darjah S). Buah atau jus hendaklah diambil sekurang-
kurangnya 15 minit sebelum mengambil makanan ruji. Beberapa makanan tambahan Transfer
Factor, IP6, Plant Polysaccharide, Echinacea, cendawan Shiitake, Cordyceps dll,telah dibuktikan
melalui ujian makmal dapat memulihkan kesihatan sel NK. Untuk lebih berkesan ia perlu
diambil bersama antioksidan dan coenzyme Q10.

penyakit kanser juga dapat dicegah dengan mengamalkan budaya hidup yang
sihat.dengan itu, biasakan diri dengan gaya hidup yang lebih baik,menjauhkan diri daripada gaya
hidup yang tidak baik. Kesedaran kepada kita amat perlu bagi mewujudkan budaya hidup
seunpama ini adalah amat nyata,tambahan pula dengan adanya bukti-bukti saintifik yang
menunjukan adanya kaitan negatif antara tabiat kehidupan manusia dan kejadian penyakit.
Budaya hidup atau amalan hidup yang negatif seperti hubungan seks rambang atau seks bebas
umpamanya akan mengakibatkan kanser-kanser organ seks.selain itu, Menjauhkan diri daripada
amalan merokok,hubungan seks luar nikah,mengamalkan pemakanan yang salah dan tidak
sistematik,gemar berjemur di panas matahari atau sebarang amalan hidup yang boleh
mendedahkan diri kepada risiko penyakit kanser.
Langkah pencegahan ini bukan sahaja berlaku pada masyarakat malahan Peranan
kerajaan dan media massa juga amat penting untuk mencegah penyakit ini. Pihak kerajaan
khususnya Kementerian Kesihatan perlu memberi pendidikan kepada masyarakat dalam bentuk
pengetahuan mengenai penyakit kanser. selain itu,pendidikan berbentuk media cetak seperti
Penampalan poster mengenai maklumat pencegahan penyakit harus diedarkan secara
meluas,pameran,seminar atau siri- siri ceramah kesihatan harus di kerapkan,tidak kira di bandar
mahupun di luar bandar. Peranan media massa iaitu dengan cara penyediaan ruangan khas
mengenai info-info kesihatan. selain itu,kerajaan juga harus Memperkenalkan prosedur-prosedur
tertentu bagi mengelakan pengusahaan industri membuang bahan-bahan cemar sewenang-
wenangnya.

Selain pencegahan Rawatan perubatan moden juga harus dijalankan.penyakit kanser


boleh Diubati melalui pembedahan terutama kanser jenis ketumbuhan.Bahagian yang terkena
ketumbuhan terpaksa dibuang dengan memotongnya semasa pembedahan.Dengan adanya
kemajuan teknologi perubatan moden, Terdapat juga cara pengubatan yang menggunakan
pancaran yang menggunakan laser untuk membunuh sel-sel kanser terutama bagi sel-sel kanser
yang boleh merebak agak luas kerana pembedahan tidak boleh dilakukan untuk membuang organ
yang terlibat seperti hati,kerongkong dan lidah. Dalam sesetengah kes,kedua-dua pembedahan
dan pancaran laser dikenakan pada bahagian-bahagian yang terlibat.

Selain itu juga,beberapa jenis terapi seperti kemoterapi,terapi hormon dan terapi radar
digunakan sebagai cara rawatan,tetapi dilakukan secara berasingan bergantung kepada keadaan
sesuatu kes kanser.dengan adanya penghasilan sejenis dadah yang boleh membunuh beberapa
jenis sel kanser ini membolehkan penyakit kanser ini dapat dikurangkan.jenis rawatan Dadah ini
lebih berkesan berbanding rawatan jenis kemoterapi. Penggunaan alat pengesan kanser seperti
mesin seperti mesin scan,CAT dan MRI (Magnetic Resonanse Imaging)banyak membantu dalam
usaha memberi rawatan yang lebih tepat dan berkesan.selaras dengan pembangunan negara
banyak dikalangan Ahli sains dan pakar kanser kini giat menjalankan penyelidikan tentang asal
molekul dan pertumbuhan serta perebakan kanser.Penemuan yang barutentulah dapat membantu
menangani penyakit kanser.

masyarakat juga perlu ada kesedaran untuk menjaga kesihatan,seharusnya menjalankan


pemeriksaan kesihatan diri dari semasa ke semasa untuk memastikan taraf kesihatan stabil.
Setiap individu perlu peka dengan taraf kesihatan.Apabila berlaku gangguan taraf kesihatan
individu,segeralah dapatkan nasihat doktor. Kerap kali,ujian-ujian seperti mammogram sarankan
untuk mengesan barah payudara,ujian ultra-sound dan pap-smear untuk kanser serviks,ujian
darah untuk leukemia,ujian lambau dan ujian-ujian lain yang ada kaitan dengan penyakit kanser.
Kesimpulanya,Sekiranya penyakit ini tidak ditangani,ini akan menambah lagi jumlah
kematian,oleh itu,usaha untuk menegani masalah ini harus di lakukan dari semasa ke
semasa.setiap individu juga harus sedar bahawa kepentingan dalam menjaga kesihatan itu amat
penting sekali,bagi mengelak serangan penyakit kanser dan penyakit-penyakit yang lain.selain
itu juga,dalam usaha menegani penyakit ini,kerajaan juga harus memainkan peranan untuk
mencari alternatif yang baru untuk menegani penyakit ini.pihak berkepentingn juga harus
menjalankan penyelidikan dan pembangunan (RND) bagi mencari kaedah atau cara untuk
mengatasi penyakit kanser ini.Mutakhir ini, slogan `rakyat sihat ,negara maju’ sering diuar-
uarkan oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup yang sihat.

By,ariffin bin oly.

You might also like