You are on page 1of 10

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

Matlamat Pemberian SPBT


-          Meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu.
-          Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam
persekolahan mereka
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) telah diperkenalkan sejak tahun 1975 kepada semua
sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Skim ini bertujuan memastikan murid daripada
keluarga kurang berkemampuan menerima kemudahan pinjaman buku teks. Pada
tahun 1983, SPBT telah diperluaskan ke Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR).
Pengukuhan SPBT telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai
tahun 2008 dengan menyediakan kemudahan pinjaman percuma kepada murid tanpa
mengira status sosio ekonomi selaras dengan kehendak masyarakat yang bersesuaian
dengan dasar SPBT itu sendiri.
Kini Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan
pembaharuan dalam bahan pengajaran dan pembelajaran dengan menerbitkan CD-
ROM pada setiap keluaran buku teks. CD-ROM tersebut mengandungi teks, ilustrasi
grafik, animasi, audio, video, multimedia interaktif dan aktiviti interaktif termasuk
simulasi, permainan komputer dan ujian (penilaian) interaktif. Ia juga dilengkapi dengan
bku catatan elektronik yang dikenali dengan e-journal sebagai alat komunikasi. Selain
menerbitkan buku teks yang menepati kehendak kurikulum dan berkualiti tinggi, usaha
telah diambil untuk memastikan pakej buku teks yang diterbitkan sesuai untuk
kumpulan sasar dan membantu untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Setiap murid juga diberi peluang untuk menggunakan CD-ROM bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

Pengenalan & Latarbelakang Penubuhan

Keprihatinan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merapatkan jurang


pendidikan yang wujud merupakan satu agenda utama dalam meningkatkan
kecemerlangan pendidikan selaras dengan aspirasi Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Sehubungan itu, segala usaha yang berkaitan dengan
Bantuan Persekolahan kepada golongan yang berkelayakan akan sentiasa menjadi
keutamaan KPM.
 
Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Tabung
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) di bawah seksyen 10 Akta Tatacara
Kewangan 1957, di mana objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu golongan
ibu bapa murid yang berpendapatan rendah yang tidak berkemampuan untuk menghantar
anak mereka ke sekolah dengan harapan berupaya mengurangkan jurang peluang
pendidikan di antara bandar dan luar bandar. Adalah menjadi hasrat KPM untuk
membasmi murid yang tercicir daripada alam persekolahan akibat kemiskinan disamping
memberikan golongan ini akses pendidikan yang sama rata dalam menjana kecemerlangan
negara.
 
Penubuhan tabung ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib
yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996
(akta 550) yang mana mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai
umur tujuh tahun.
 
Syarat dan Kriteria Kelayakan

Murid penerima bantuan KWAPM mestilah mematuhi kriteria kelayakan seperti berikut:-

1.    Murid miskin warganegara Malaysia; bagi murid yang tidak mempunyai sijil kelahiran,
pengesahan dari Jabatan Pendaftaran diperlukan.
2.    Murid yang bersekolah di sekolah kerajaan atau di sekolah bantuan kerajaan.
3.    Murid Orang Asli/Penan yang bersekolah di Sekolah Orang Asli/Penan (layak menerima
bantuan KWAPM secara automatik).
4.    Murid miskin yang mana pendapatan keluarganya tidak dapat menampung keperluan
pendidikan dan jumlah pendapatan keluarga berada di bawah paras kemiskinan seperti
berikut:-
 
WILAYAH PENDAPATAN KELUARGA
Sem. Malaysia : Pendapatan Keluarga RM530 atau per kapita RM106
Sarawak : Pendapatan Keluarga RM585 atau per kapita RM117
Sabah & Labuan : Pendapatan Keluarga RM685 atau per capita RM137
 
Syarat Tambahan bagi Tahun 2010

Bagi tahun 2010, KPM mensasarkan penyaluran bantuan KWAPM dilaksanakan


menggunakan senarai nama yang diperolehi daripada Data Kemiskinan Nasional yang
dikenali sebagai eKASIH selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6
Ogos 2008 dan Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil 8/2008
yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 8 Ogos
2008 di mana dalam mesyuarat tersebut memutuskan bahawa semua bantuan
persekolahan akan diuruskan oleh KPM sahaja dengan menggunakan Sistem eKASIH.
 
eKASIH merupakan Sistem Data Kemiskinan Nasional yang dibangunkan oleh Unit
Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan tujuan
memusatkan data golongan miskin dan miskin tegar. Tindakan menggunakan data
eKASIH dalam penyaluran bantuan adalah untuk mengelakkan berlakunya ketirisan
dan pertindihan dalam pemberian bantuan dengan kementerian-kementerian lain.
 
Senarai nama ini mengandungi maklumat terperinci ibu bapa/penjaga murid yang mana
pendapatan isi rumah berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional
seperti berikut:-

MISKIN MISKIN TEGAR


WILAYAH
ISI RUMAH PER KAPITA ISI RUMAH PER KAPITA

Sem. M’sia RM 720 RM 180 RM 430 RM 100


Bandar RM 740 RM 185 RM 420 RM 100
Luar Bandar RM 700 RM 160 RM 440 RM 100

Sabah & Labuan RM 960 RM 200 RM 540 RM 110


Bandar RM 970 RM 200 RM 540 RM 110
Luar Bandar RM 940 RM 190 RM 540 RM 110

Sarawak RM 830 RM 190 RM 520 RM 115


Bandar RM 860 RM 190 RM 530 RM 120
Luar Bandar RM 810 RM 190 RM 500 RM 110
 
 

Kadar dan Jenis Bantuan

KADAR/MURID (RM)
BIL
JENIS
. SEKOLAH SEKOLAH
RENDAH MENENGAH
Bantuan Am
1 RM 200 setahun RM 300 setahun
Persekolahan
RM 50 sebulan x 10
2 Bantuan Bulanan RM 60 sebulan x 10 bulan
bulan

DEFINISI JENIS BANTUAN

Bantuan Am Diagihkan dalam bentuk wang tunai ataupun


1
Persekolahan barangan yang meliputi bantuan Pakaian Seragam,
Bantuan Yuran Persekolahan/ Peperiksaan dan
Peralatan Persekolahan.

2 Bantuan Bulanan Wang saku untuk murid.


 

Kadar dan jenis bantuan yang diberikan ini adalah tertakluk kepada keupayaan dana
KWAPM dan perubahan boleh dibuat oleh pihak Jawatankuasa KWAPM di peringkat
Kementerian yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPM pada bila-bila masa.

Prosedur Permohonan

Permohonan perlu dibuat setiap tahun dengan mengisi Borang Permohonan KWAPM di
peringkat sekolah beserta dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut:-

a)    Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga dan isteri


b)    Salinan sijil lahir murid/kad pengenalan pelajar
c)    Salinan sijil kematian ibu bapa/penjaga (jika berkaitan)
d)    Salinan sijil penceraian ibu bapa (jika berkaitan)
e)    Surat pengesahan anak angkat dari Jabatan Pendaftaran Negara (jika berkaitan)

Pihak sekolah akan membuat pemilihan murid yang layak melalui mesyuarat
jawatankuasa bantuan di peringkat sekolah yang dipengerusikan oleh Guru
Besar/Pengetua sekolah. Jawatankuasa ini terdiri daripada kakitangan sekolah dan
sekurang-kuranganya terdapat dua  (2) orang wakil bukan guru daripada Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG). Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menyemak dan
memperakukan murid yang layak menerima bantuan KWAPM.

Setelah murid yang layak dikenalpasti dan dipersetujui oleh jawatankuasa, pihak
sekolah akan mengumpulkan semua maklumat yang diperolehi dengan menyediakan
borang rumusan permohonan yang lengkap dan menghantarkan borang rumusan
tersebut ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri untuk
disemak/disahkan. Jabatan Pelajaran Negeri merupakan agensi yang
bertanggungjawab untuk menghantar senarai nama yang telah disemak/disahkan ke
Bahagian Kewangan KPM untuk diproses.

 Bahagian Kewangan akan membuat semakan terakhir sebelum proses pembayaran


dibuat. Peruntukan bagi bantuan KWAPM akan dikreditkan ke akaun sekolah. Pada
peringkat ini, Jawatankuasa pengurusan bantuan di peringkat sekolah pula perlu
memainkan peranan dengan memantau proses agihan bantuan kepada semua murid
yang layak. Pihak sekolah boleh mengkreditkan bayaran berupa wang tunai terus ke
akaun murid ataupun barangan berdasarkan keperluan persekolahan kepada murid
yang layak. 
SKIM BANTUAN TUISYEN (SBT)
SBT telah dilaksanakan di bawah jenama Skim Baucer Tuisyen mulai minggu ke empat
bulan Mac 2004 melalui arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2004 bertarikh 19
Februari 2004. Pelancaran Skim Baucer Tuisyen telah disempurnakan oleh Y.B Menteri
Pelajaran pada 2 Ogos 2004 di Sekolah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu, Kelantan.
SBT adalah bertujuan untuk member peluang bimbingan tambahan atau tuisyen secara
berstruktur dan terancang kepada murid miskin Tahun 4, 5 dan 6 yang lemah dalam
mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi
membolehkan murid tersebut menguasai pengetahuan dan kemahiran asas dalam
mata pelajaran berkenaan. Tuisyen yang dilaksanakan di bawah skim ini adalah
merupakan usaha tambahan dalam memulihkan kelemahan murid di samping usaha
yang dilaksanakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
dalam kelas.
Konsep SBT
Skim ini disasarkan kepada murid warganegara Malaysia dari golongan keluarga
berpendapatan bulanan di bawah paras kemiskinan yang belajar di Tahun 4, 4 dan 6 di
sekolah rendah kerajaan dan sekolah rendah bantuan kerajaan. Di bawah skim ini, ibu
bapa murid tersebut diberikan bantuan peruntukan bayaran tuisyen yang disalurkan ke
sekolah. Melalui peruntukan bantuan ini, ibu bapa murid tidak perlu membuat bayaran
bagi khidmat tuisyen di bawah SBT yang diberikan kepada anak-anak mereka.
Melalui skim ini guru yang memberikan tuisyen akan memdapat bayaran sebagai
insentif ke atas usaha mereka. Bayaran ini adalah merupakan pengikhtirafan kerajaan
ke atas guru yang telah sekian lama memberikan kelas tambahan atau tuisyen kepada
murid daripada keluarga miskin sama ada secara sukarela, percuma atau secara
bayaran sagu hati.
Objektif BT
Melalui SBT adalah diharapkan:
i)                    Contact hour murid dan guru akan bertambah.
ii)       Keyakinan dan motivasi murid untuk memperbaiki kelemahan mereka serta
menguasai 
       pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran akan meningkat.
iii)                 Pencapaian akademik murid akan meningkat.
iv)                 Jurang pencapaian antara murid daripada keluarga miskin dan kaya akan
berkurangan.
v)      Kadar penyertaan murid daripada keluarga miskin pada peringkat pendidikan yang
lebih tinggi 
        akan meningkat.
SBT adalah merupakan satu pengupayaan kepada ibu bapa daripada golongan miskin
supaya anak-anak mereka yang lemah dalam pelajaran juga berpeluang menikmati
perkhidmatan tuisyen yang selama ini di luar kemampuan ibu bapa.
Bagi sekolah, SBT adalah merupakan satu skim bersumber tahunan tetap yang
membantu sekolah dalam memberikan kelas tuisyen kepada murid miskin yang lemah,
terutamanya bagi sekolha yang berkurangan sumber dan sokongan luar seperti sekolah
di luar Bandar dan di kawasan penduduk miskin.
Syarat kelayakan yang diperlukan untuk memohon skim ini adalah :
i)                    Murid warganegara Malaysia
ii)                   Belajar di Tahun 4, 5 dan 6 di sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan
kerajaan.
iii)     Pendapatan bulanan keluarga adalah RM 530 dan ke bawah bagi Semenanjung,
RM 585 dan ke  
       bawah bagi Sarawak dan RM 685 dan ke bawah bagi Sabah/Labuan.
iv)     Diperakukan oleh guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, 
       Matematik dan Sains.
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan murid yang
terlibat supaya golongan ini dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam usaha
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Program ini diharap dapat memastikan
pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah
baik selain membantu murid mendapat makanan yang seimbang.
Program ini telah dimulakan dalam tahun 1976 sebagai sebahagian daripada
Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP), kelolaan Jabatan Perdana
Menteri (JPM). AMP merupakan satu program pembangunan masyarakat berteraskan
usaha kesihatan, pertanian dan pendidikan. Pada peringkat awal pelaksanaan tumpuan
telah diberi kepada murid sekolah rendah dan kawasan luar Bandar.
Mulai awal 1980an, apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih
sepenuhnya pengurusan program, ia telah diperluaskan ke semua kawasan di seluruh
negara. Sejak tahun 1990an, taraf sosio ekonomi keluarga menjadi criteria utama
pemilihan murid.
kriteria pemilihan
Murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan
bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.
Kadar dan Peruntukan
Kadar yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah RM 1.80 sehari
bagi murid di Semenanjung dan RM 2.05 sehari bagi Sabah, Wilayah Persekutuan dan
Sarawak mulai 1 Mac 2007. Kadar ini dikira berdasarkan kos bahan mentah di pasaran
dan tidak mengambil kira keperluan perkhidmatan, bahan api dan minuman. Program
ini dilaksanakan sepanjang 190 hari persekolahan dalam setahun.
Strategi Perlaksanaan
Jawatankuasa RMT akan memilih pembekal makanan yang bertanggungjawab
mengurus bekalan bahan, menyedia dan menghidang makanan, membersih peralatan
serta tempat hidangan. Sekolah akan memilih 5 atau 10 menu daripada senarai 20
menu yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan menu ini diulangi
setiap minggu atau dua minggu mengikut cita rasa setempat, kemampuan bekalan
bahan makanan dan sesuaian dengan peruntukan kewangan. Dari segi proses
penyediaan makanan, 95% sekolah di Semenanjung dikendalikan oleh pihak kantin dan
makanan akan dinikmati oleh murid beberapa minit sebelum waktu rehat.
PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)
Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan
Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin
yang berpendapatan isi keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah agar
mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah.
Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid
sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan
umum murid sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan murid
meminum susu di peringkat awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid
sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan
RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.
PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan
Malaysia. Program ini yang dilancarkan pada tahun 1983 telah diperluaskan ke seluruh
negara mulai tahun 1995 kecuali Sabah yang mempunyai program susu yang
tersendiri.
Program ini mengandungi dua skim iaitu:
a) Skim Susu Bayaran – melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela, sama
ada secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan.
b) Skim Susu Percuma – melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah
yang dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran
Malaysia dan atau pertubuhan masyarakat yang lain sama ada berbentuk persendirian
atau sukarela.
Objektif Program:
i)                    Meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid sekolah rendah dalam Skim
Susu 
Bayaran
ii)                   Membekalkan susu kepada murid terpilih daripada golongan taraf sosio ekonomi yang
rendah dan mengalami kekurangan zat melalui Skim Susu Percuma
iii)                 Meningkatkan perancangan, perlaksanaan dan penilaian program melalui penglibatan
bersama agensi kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia.
iv)                 Mengurangkan perbelanjaan sector awam melalui penglibatan agensi sector swasta.
v)                  Mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini khususnya berhubung
dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek pelajaran.
vi)                 Meningkatkan usaha pembangunan masyarakat dan perindustrian yang melibatkan
pengeluaran, pemprosesan dan bekalan susu.
Program 3K
PROGRAM 3K (KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KECERIAAN)
Program 3K dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan semula sekolah
mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isi berkaitan dengan
keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah. Selepas 13 tahun perlaksanaannya,
mulai tahun 2004, program ini tampil dengan konsep baru yang menggabungkan tiga
program berasingan menjadi satu program sahaja yang dikenali sebagai Insiatif
Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K meliputi
Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program
Keceriaan dan Keindahan Sekolah. Penyusunan semula program 3K dilakukan untuk
mengelakkan pertindihan objektif bagi dua program yang dilaksanakan sebelumnya
iaitu Program 3K dan Program Peningkatan Keselamatan Sekolah. Pada tahun itu
didapati sebanyak 90 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara
menyertainya berbanding 30 sekolah pada tahun sebelumnya.
Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah
(3K) member peluang kepada mana-mana sekolah yang terpilih merasai hakikat
bahawa keceriaan itu sememangnya ada dalam pendidikan. Tanpa mengira dalaman
mahu pun luaran, program 3K dilihat mampu menyerlahkan keceriaan sesebuah
sekolah yang menyertainya menerusi penekanan kepada meningkatkan tiga aspek
utama program tersebut. Sesebuah sekolah yang ‘ceria’ dari pelbagai segi bukan
sahaja sedap di pandang mata atau dibanggakan oleh warga masyarakat sekitarnya,
malah yang lebih penting ia juga mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam
bidang akademik.
Program 3K yang dilaksanakan di sekolah bukan sahaja telah berjaya menambahkan
keindahan dan keceriaan sekolahnya, malah turut merapatkan hubungan sesama pihak
sekolah dan juga dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat
setempat. Program inisiatif 3K ini diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian
Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

You might also like