You are on page 1of 3

Panduan Menulis Rumusan

Pendahuluan

Satu ayat yang dapat menggambarkan kandungan petikan secara keseluruhan.

Contoh pendahuluan: Petikan menyatakan…..(unsur 1)….(tema)

Dengan berdasarkan rumus di atas, ayat pendahuluan, perkara yang perlu ada
ialah :

1) Unsur 1- Mestilah terdiri daripada perkataan yang bersinonim dengan tugasan


soalan yang menyatakan isi tersurat.

2) Tema Petikan

3) Bilangan perkataan : (8) -(12) patah perkataan.

Contoh Ayat :

Petikan menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di


Kuala Lumpur.

1) Unsur 1- Faktor-faktor (perkataan yang bersinonim dengan punca-punca).

2) Tema Petikan – Banjir Kilat

3) Bilangan perkataan : 8 patah perkataan.

Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu ayat sahaja.

Jangan menyalin bulat-bulat seperti yang terdapat dalam soalan.

Kata tugas atau kata kunci yang kedua dalam soalan rumusan tidak boleh
dimasukkan dalam bahagian pengenalan.

Jika pelajar menulis pendahuluan seperti di bawah ini, anda akan memperoleh
satu(1) markah sahaja.

1- “Petikan menyatakan punca-punca berlakunya banjir kilat.”


2- “ Petikan menyatakan punca-punca berlakunya banjir kilat dan langkah-langkah
untuk menanganinya.”(Langkah-langkah ialah kata tugas yang menghendaki calon
mengemukakan iai tersirat.)

Isi -isi Tesurat

Isi -isi yang terdapat dalam petikan berdasarkan kata tugas atau kata kunci yang
pertama dalam soalan.

Mencari sekurang-kurangnya 6 isi tersurat daripada petikan, jika gagal mendapat


jumlah itu, pelajar mestilah mengemukakan isi terurat yang lebih dalam gabungan
2:6, 3:5 atau 4:4.

Ayat-ayat hendaklah diolah dan disalin semula tanpa mengambil ayat-ayat


tersebut bulat-bulat daripada petikan.

Antara satu ayat dengan ayat yang lain pula, gunakan penanda wacana yang
sesuai seperti selain itu, seterusya, oleh itu dan sebagainya.

Contoh-contoh isi tersurat:

1- Hujan lebat hampir dua jam

2- Sistem perparitan gagal diselenggara dengan sempurna. 3- Tiada sistem


amaran awal.

Jawapan lengkap;

Banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur berpunca daripada hujan lebat
yang turun hampir dua jam. Selain itu, sistem perparitan yang gagal
diselenggarakan dengan sempurna menyebabkan laluan air tersekat. Ketiadaan
sistem amaran awal pula telah memburukkan keadaan.
Isi-isi Tersirat

Pelajar dikehendaki menulis sebanyak 2,3 atau 4 isi tersirat.

Isi-isi tersirat yang dikemukakan mestilah tiada dalam petikan dan


berdasarkan kata tugas atau kata kunci kedua dalam soalan rumusan.

Kesimpulan

Contoh format untuk ayat penutup/kesimpulan :

Kesimpulannya,…………unsur1(Berbentuk.cadangan)
………………..supaya/agar/bagi/kerana………………(Tema)………………..unsur 2…..
(memperlihatkan kesan)

Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama menangani masalah


banji kilat supaya aktiviti pembangunan dan perniagaan berjalan lancar.

You might also like