Professional Documents
Culture Documents
Reka Bentuk Masjid
Reka Bentuk Masjid
Pengenalan
Matlamat utama penulisan ini adalah untuk mengupas mengenai pendekatan
alternatif terhadap rekabentuk institusi masjid dengan merujuk kepada perkembangan
konteks Malaysia dan juga dunia Melayu Nusantara. Intipati mesej penyampaian kajian
ini ialah untuk mempelajari tentang pegangan dan falsafah Frank Llyod Wright dengan
merujuk kepada prinsip senibina organik yang telah beliau terapkan di dalam
kebanyakan rekabentuk bangunannya terutamanya yang berkaitan dengan rekabentuk
berciri keagamaan.
Penulisan ini terbahagi kepada empat bahagian utama. Bahagian yang pertama
akan mengkaji pemasaalahan senibina masjid yang diinterpretasikan dari prespektif
histiografi senibina dunia Barat. Penekanan akan diberikan kepada aspek –aspek yang
berhubungkait dengan fahaman ‘ senibina’, ‘ senibina bercorak keagaaman’, serta
pengetahuan yang releven dan sejajar dengannya merujuk kepada ‘ Al Hadis’. Akhir
sekali, menspesifikasikannya kepada agenda sejarah –politik yang terdapat dalam
beberapa rekabentuk masjid tradisional.
Bahagian yang kedua pula akan dihuraikan secara ikhtisar mengenai interpretasi
Al Hadis yang mendalilkan peranan masjid lebih berfungsi sebagai kompleks
pembangunan komuniti daripada hanya bergelar sebagai sebuah rumah ibadat. Dua
bahagian pertama daripada penulisan ini boleh didapati dengan huraian yang lebih
terperinci dalam karya buku The Mosque As A Community Development Centre (1998,
English) and the Role, Curriculum and Design of Mosques as a Community Development
Center (1999, Malay) yang telah diterbitkan oleh Universiti Teknologi Malaysia.
Bahagian ketiga pula akan menyelidik secara khusus mengenai senibina organik
Wright dengan merujuk kepada hasil rekabentuk beliau iaitu Unity Church serta
beberapa buah bangunan lain yang mempunyai nilai dan elemen penting dimana ia boleh
diterap dan disesuaikan dalam konsep rekabentuk masjid menurut perspektif As-Sunnah.
Bahagian terakhir pula menyingkap mengenai prinsip-prinsip yang telah dihuraikan
diatas untuk mengkritik hasil rekabentuk yang terdapat di Malaysia kini amnya seperti
Masjid Putra dan juga Masjid Negara.
Such was the house of the leader of the community at Medina . Nor did
Muhammad wish to alter these conditions; he was entirely without architectural
ambitions , and Ibn Sa'd records the following saying of his:" The most
unprofitable thing that eateth up the wealth of a Believer is building."[2]
Pada zaman kelahiran islam , Jazirah Arab tidak mempunyai apa-apa jenis
bangunan yang boleh disifatkan sebagai senibina .Hnaya segelintir penduduknya
yang menetap disesuatu kawasan dan mereka tinggal dalam bangunan yang
boleh disifatkan sebagai pondok –pondok buruk. .[1]
Pernyataan ini merujuk kepada Rasullah S.A.W sebagai orang Arab yang kurang
pengetahuan mengenai ketamadunan serta sebagai seorang pemimpin yang tiada lansung
keprihatinan terhadap perkembangan dunia senibina .Tanggapan ini telah mewujudkan
suatu perspektif yang mengakibatkan para sejarawan lain memandang remeh terhadap
Sunnah Rasullah S.A.W sebaliknya tertumpu kepada bangunan yang hanya dimiliki oleh
golongan kaya dan pihak bangsawan. Kini, perkara tersebut sering menjadi pokok
pertelagahan pendapat diantara pihak klien dan para pereka , dimana klien lebih
memberikan keutamaan untuk mewujudkan monumen agung yang besar dan gagah
kerana telah dipengaruhi oleh fahaman Islam yang menyeleweng.
Kebanyakan karya penulisan sejarawan ini juga dicemari oleh ideologi stereotaip
mengenai keagamaan dan perlakuan ibadat dalam keagaamaan. Ramai daripada mereka
tidak boleh menerima fahaman Islam sebagai Ad-din atau cara hidup .Ini ditokok tambah
pula oleh fakta yang menyatakan bahawa institusi masjid hanya berfungsi untuk
memenuhi segala fungsi duniawi.
Creswell juga mendangkal fungsi masjid semasa zaman Rasullah S.A.W yang
digunakan untuk pelbagai aktiviti tetapi sebaliknya Creswell menyatakan yang baginda
telah memecahkan fungsi tersebut kepada beberapa buah bahagian lain seperti rumah
dan juga pejabat sebagaimana yang telah dinyatakan di bawah:
No further change had taken place in Muhammad's house at the time of his death
on 8 June 632. He was buried in the room which he had occupied in his lifetime.
His house has not yet become a mosque and its transformation to such was by no
means a rapid process. It apparently remained a house long after his death, for
Abu Bakr, on being elected Khalif or Successor, made use of it in the same way
as Muhammad himself. It was still a house in A.D. 655, when the Khalif Uthman
was murdered there in the room next to that in which the Prophet lay buried.
Caetani considers that the fundamental change took place when Ali transferred
the seat of government to Kufa in 657 and Medina sank back to the status of a
provincial town. It was then that the memories of the Prophet, with which it was
so intimately associated, raised it to the grade of sanctuary, as the place where
more than half of the Qur'an was revealed, the place which had been his home for
ten years, and finally his grave.[3]
Tiada perubahan yang berlaku pada rumah Nabi Muhammamad S.AW ketika
kewafatannya pada 8 Jun 632 Masihi .Dia telah dikebumikan di dalam bilik yang
didiaminya semasa hayatnya.Rumahnya belum lagi menjadi masjid dan
transformasinya kearah itu memkana masa agak lewat.Rumah Muhammad itu
nampaknya masih digunakan sebagai rumah pada zaman Khlaifah Abu Bakar
yang menggunakan is seperti apa yang telah diperlakuakan oleh Muhammad.Ia
masih sebuah rumah sewaktu Khlaifah Uthman dibunuh di Dalam kamar
bersebelahan makam Muhammad.Caetani mencadangkan bahwa perubahan
status rumah Muhhamad kepada status ‘masjid’ mula berlaku apabila Ali
mengubah ibu kota negara Islam ke Kufa, dan Madinah menjadi sebagai wilayah
jajahan .Pada waktu inilah rumah Muhammad dianggap sebagai masjid kerana
ingatan penduduknya kepada Muhammad meningkatkan status rumah itu kepada
bangunan suci dimana ia menjadi tempat separuuh dari isi Al Quran diterima ,
sebagi rumahnya selama 10 tahun dan akhir sekali sebagai makamnya. .[3]
Ziyad, who was well acquainted with the turbulent spirit of the cities of Iraq,
thoroughly realized the political importance of the mosque, that dominating
position in which was concentrated at that time the political and social life of the
Arab Empire. At the same time he felt that the masjids of the tribes were a danger
to him, hence his anxiety to embellish and enlarge the Great Mosque, so that by
its splendor and proportions it would eclipse the tribal masjids and attract all to
it.[4]
Pada masa dahulu, masjid sebenarnya berfungsi sebagai media utama bagi
komunikasi.Menyedari hakikat ini, para pemimpin menggunakan taktik ini untuk
meneyebarkan pengaruh meereka.Oleh itu , lebih besar dan berdiri megahnya sesebuah
masjid itu maka lebih ramai jemaah akan mengunjunginya dan ini akan lebih
menambahkan ahli-ahli yang menyokong sesiapa sahaja yang berjaya menguasai masjid
tersebut. Secara kesimpulannya, disini kita dapat melihat pemasalahan yang sebenarnya
berlaku kerana kita terlalu alpa untuk menyedari dan mempelajari intipati sebenar
konteks struktur sejarah lampau.
‘Saya tidak diperintahkan untuk membina masjid yang besar dan bermegah’[8]
‘Antara salah satu petanda hari Kiamat ialah terdapat di antara kamu yang
bertelagah antara satu sama lain hanya untuk mendirikan masjid’[9]
Pembinaan institusi masjid yang disabdakan oleh Rasullah S.A.W ialah jangan
sekali-kali mendirikannya secara membazir tetapi mendirikan keseluruhan masjid
tersebut dalam keadaan kesederhanaaan.
Oleh itu , dari petikan hadis ini kita boleh memahami konsep sebenar pembinaan
masjid bukanlah hanya sebagai pendekatan untuk membina sebuah monumen yang gagah
mewah dan besar tetapi ia adalah sebagai pusat ibadat bercorak sederhana .Mencukupi
dengan hanya untuk memenuhi pelbagai fungsi yang berkaitan dengannya , iaitu sebagai
tempat para jemaah berinteraksi dan menjalankan segala tanggungjawab yang telah
diwajibkan serta untuk berbakti kearah perkembangan Islam sejagat. Dalam bahagian
berikutnya , kita akan mendalami setiap aktiviti yang dinyatakan diatas dimana yang
telah dianggap sebagai aktiviti sekular oleh sesetengah ahli sejarah , iaitu yang
tergolong dalam kategori pemujaan dan ibadah . Justeru itu , pada hakikatnya masjid
dalam Islam bukan sahaja sebagai tempat untuk beribadah bahkan untuk kegunaan
aktiviti lain dan ini amat berbeza dengan konsep rumah ibadat pada kepercayaan agama
lain.
Definisi penyembahan dan falsafah disebalik pembinaan masjid
Takrif “penyembahan” dalam frasa kata Inggeris membawa erti ‘suatu perlakuan
yang berkaitan dengan konteks keagaaman dan adat- istiadat’. Namun begitu ,dalam
Islam pemujaan ini bermaksud ‘ibadat’. Abul Ala Maudidi dan Abu Urwah menerangkan
bahawa frasa ibadat sebenaranya berasal dari perkataan ‘abd’ atau ‘abdi’ iaitu menyeru
agar umat Islam menjadi hamba kepada penciptanya iaitu Allah S.W .[10]Penganut Islam
yang sejati akan menurut segala perintah serta meninggalkan perkara terkutuk yang
dilarang olehnya.
"It is not righteousness that ye turn your faces to the East or the West, but it is
righteousness to believe in God and the Last Day and the Angels, and the Book,
and the Messengers; to spend of your substance out of love for Him, for your kin,
for orphans, for the needy, for the wayfarer, for those who ask, and for the ransom
of slaves; to be steadfast in prayer, and practice regular charity, to fulfill the
contracts which ye have made; and to be firm and patient, in pain or suffering and
adversity and throughout all periods of panic; such are the people of truth, the
God-fearing."[11]
Selain daripada mendirikan solat , umat Islam juga mempunyai pelbagai obligasi
sosial yang dituntut dan harus dipatuhi. .Memenuhi segala tanggungjawab ibadah ini
untuk mewujudkan keadaan hidup yang lebih tenang, aman dan tenteram serta secara
konsisten menyembah , taat dan patuh kepada perintah Allah S.W dengan hanya
melakukan perkara yang baik dan meninggalkan segala larangannya . Umat Islam yang
sebenar tidak sekali-kali akan menghindar dan mengabaikan tanggungjawab dirinya
terhadap masyarakat sebagaimana yang terkandung dalam al-Hadis:
Narrated Ab‚ Sa'id Al-Khudri: Somebody asked, "O Allah's Apostle! Who is the
best among the people?" Allah's Apostle replied, "A believer who strives his
utmost in Allah's Cause with his life and property." They asked, "Who is next?"
He replied, "A believer who stays in one of the mountain paths worshipping Allah
and leaving the people secure from his mischief."[12]
Oleh itu, jika kita memahami definisi dan konsep penyembahan ini, tidakkah
mungkin kita boleh melihat perbezaan peranan antara tanggungjawab masjid serta
fungsinya semasa zaman keagungan Rasullah S.A.W .Kita harus bersetuju dengan
pendapat yang menyatakan bahwa institusi masjid tidaklah tergolong untuk suatu aktiviti
ibadah sahaja , malahan sebagai pusat kemasyarakatan sosial.
Ini menunjukkan bahawa pahala yang dikurniakan oleh Allah S W adalah lebih jika
umatnya tawaduq mendirikan ibadat tersebut di masjid secara berjemaah ,tetapi jika
seseorang muslim itu mendirikan solat secara bersendirian di masjid pahalanya tidak
akan berganda kecuali ia melakukan solat secara beramai-ramai. Pernyataan ini
dikecualikan jika umat Islam tersebut mendirikan solat di tiga buah masjid suci seperti
Masjidil Haram, Masjid Nabi di Medinah dan Masjid Al-Aqsa.[14]
Namun begitu, Rasullah S. A. W menggalakan juga umatnya untuk menjalankan
solat sunat tetapi ia boleh memadai jika dilakukan di rumah seperti yang termaktub dalam
Hadis berikut:
Ka'b b. Ujrah said: The Prophet(may peace be upon him) came to the mosque of
Ban‚ Abd al-Ashhal. He prayed the Maghrib prayer there. When they finished the
prayer, he saw them praying the supererogatory (Sunat Rawatib) prayer after it.
He said: This is the prayer to be offered in the houses.[15]
Ibn Umar reported Allah's Apostle (May peace be upon him) as saying: Observe
some of your prayers in your houses and do not make them graves.[16]
‘And in the earth are tracts neighbouring, and gardens of vines and fields sown
with corn, and palm trees, growing out of single roots or otherwise: watered with
the same water, yet some of them We make more excellent than others to eat.
Behold, verily in these things there are Signs for those who understand!’[17]
( Surah 13 Verse 3 and 4)
‘Dan dialah tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung –ganang
dan sungai-sungai padanya.Dan menjadikan padanya semua buah-buahan
berpasang-pasangan .Allah menutupkan malam kepada siang .Sesungguhnya
pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang
memikirkan.
Dan dibumi ini terdapat bagian bagian yang berdamping dan kebun-kebun
anggur , tanam-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak
bercabang , disirami dnegan air yang sama .Kami melebihkan sebahgaian
tanaman itu atas sebahgaian yang lain tentang rasanya.Sesungguhnya pada yang
demikian teradpat tanda-tanda ( kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.[17]
Rujukan
[1] K.A.C. Creswell, A Short Account of Muslim Architecture Beirut, Librairie du
Liban, 1958 p.1
[2] (1, p. 4)
[3] (1, pp. 5-6)
[4] (1, pp. 12-13)
[5] A. Guillaume, The Life Of Muhammad: A Translation Of Ibn Ishaq's Sirat Rasul
Oxford, Oxford University Press, 1982
[6] All hadiths taken from the following sources:
Muhammad Muhsin Khan, The Translation Of The Meanings Of Sahih Al-
Bukhari 9 vols. Beirut, Dar al-Arabia
Abdul Hamid Siddiqi, Sahih Muslim 4 vols. Lahore, Sh. Muhammad Ashraf,
1976 Ahmad Hasan, Sunan Abu Dawud 3 vols. New Delhi, Al-Madina
Publications (P) Limited, 1985
[7] (6)
[8] James Robson, Mishkat Al-Masabih Lahore, Pakistan: SH. Mohammad Ashraf,
1973, Vol. 1, page 148.
[9] (8)
[10] Abul A'la Maududi, Let Us Be Muslims edited by Kuram Murrad, Leceister, The
Islamic Foundation, 1992
Abu Urwah, Risalah Usrah: Jilid 1 Kuala Lumpur, Pustaka Salam, 1988
[11] (7, Sura 2 , Verse 177, pp.69-70)
[12] (18, Vol. 4, hadith no. 45, p. 37)
[13] Abdul Hamid Siddiqi, Sahih Muslim 4 vols. Lahore, Sh. Muhammad Ashraf,
1976, Vol. I, hadith no.1363, p. 315
[14] (28, Vol.2, hadith no. 3218, p.699 and hadith no.3209, p. 697)
[15] (21, Vol. I, hadith no. 1295, p. 342
1990, Vol. 2, p.9
[16] (28, Vol. I, hadith no. 1703, p. 376)
[17] Abdullah Yusof Ali, The Holy Qur'an: Translation And Commentary Maryland,
Amana Corporation, 1983, p.735
Bibliografi
Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, Peranan, Kurikulum dan Reka Bentuk Masjid
Sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat (1999), Johor:Universti Teknologi
Malaysia
Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, The Architectural Heritage of the Malay World:
The Traditional Mosques (2000), Johor: Universti Teknologi Malaysia
Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, Seni Bina di Malaysia: Kritikan terhadap Seni Bina
Islam, Identiti Nasional dan Pendidikan, (1999) (compilation of writings from the
Dewan Budaya magazine) Sungai Buloh: Design Modulor
Blake, Peter Master Builder (1960) New York: W.W. Norton and Company
Blake, Peter Form Follows Fiasco (1974) Toronto: Little, Brown and Company
Curtis, William J.R. Modern Architecture Since 1900 (1982) New Jersey: Prentice
Hall, Incorporated (1982)
Jencks, Charles The Language Of Post-Modern Architecture (1977) New York: Rizzoli
International Publications Inc. (1977) Reprint 1984