You are on page 1of 2

JABIR IBNU HAYYAN ( 750 – 803 m )

Jabir Ibnu Hayyan adalah seorang tabib Arab yang terkemuka di dunia.
Beliau hidup pada awal pemerintahan Abbasiyah ( akhir abad kelapan
dan awal abad kesembilan ). Beliau adalah salah seorang pakar kimia
yang berasal dari Kufah ( Iraq) Nama penuh beliau ialah Abu Musa Al
Asadi Al Tusi dikenali juga dengan gelaran Al Harani dan merupakan
seorang ahli falsafah dan kimia tua.

Beliau hidup di zaman Khalifah Harun Al Rasyid sebagai teman dan


anak murid kepada Imam Syiah ke enam, Imam Ja’afar Al Siddiq. Beliau
kemudian menetap di Baghdad dan meninggal dunia pada abad ke lapan
Masihi. Diriwayatkan juga beliau merupakan anak murid kepada Khalid
bin Yazid b. Muawiyah. Beliau kurang dikenali dan kurang bergaul dan
sifatnya ini membolehkannya menumpukan perhatian terhadap
kajiannya.

Di kalangan orang Barat, beliau lebih dikenali sebagai Gaber bin Hayyan.
Ada pendapat mengatakan beliau dinamakan Gaber (penampung) kerana
memperbaiki ilmu kimia iaitu memindahkan ilmu kimia tua kepada
bentuk ilmu kimia moden. Beliau digelar mahaguru kimia Arab dan
Gaidaki berpendapat bahawa Gaber telah berjaya membongkar rahsia
yang membolehkan sisa-sisa galian ditukar kepada bentuk emas. Beliau
juga telah mengembangkan falsafah Greek tua yang bergantung kepada
empat unsur kepada cuma dua unsur iaitu gas dan cecair yang berasal
dari sulfur dan raksa.

SUMBANGAN TOKOH

Jabir telah berjaya menghasilkan lebih


kurang 190 karya yang mengandungi dua senarai.
Senarai pertama mengandungi sebanyak 112 buah,
manakala senarai kedua pula sebanyak 70 karya
yang merangkumi perbahasannya dari sudut
falsafah, kimia, kedoktoran, dan alam semulajadi.
Di antara karya beliau yang terkenal ialah Al-Malik
Al-Rahmat, Al-Tajmi, Al-Asrar, kitab Al-Sab'in,
kitab Al-mizan, kitab Al-Kimia. Kitab Al-Kimia dan
Al-Sab'in telah diterjemahkan ke dalam bahasa
latin. Pada tahun 1444, ' Robert Chester ' adalah
orang Inggeris pertama telah menerbit dan
menterjemahkan kitab Al-Kimia ke dalam bahasa
Inggeris, yang berjudul " The Book of The
Composition of Alchemy ". Buku kedua kitab Al-
Sab'in, juga telah diterjemahkan oleh ' Gerard
Cremona '. ' Berthlot' juga salah seorang
penterjemah hasil karya Jabir di antaranya berjudul
" Book of Kingdom ", " Book of The Balances
", " Book of Eastern Mercury ",. Kemudian pada
tahun 1678, telah muncul pula ' Richard Russel '
menterjemah karya Jabir yang berjudul " Sum of
Prefection ". Richard Russel amat berbeza
daripada penterjemah-penterjemah yang lain
kerana beliau adalah orang pertama yang telah
menggelar dan memanggil Jabir dengan gelaran "
Al- Geber ". Bukan setakat itu sahaja, malah beliau
turut memuji Jabir sebagai seorang tabib Arab dan
ahli falsafah yang terkenal. Oleh itu buku
terjemahan beliau menjadi terkenal, laris, dan
popular di kalangan orang Eropah selama beberapa
abad lamanya. 

You might also like