You are on page 1of 8

ISLAMIYYAT 39(1) 2017: 21 - 28

(http://dx.doi.org/10.17576/islamiyyat-2017-3901-03)

Amalan Muafakat dan Aplikasi Takharuj dalam Pengagihan Pusaka menurut


Perspektif Undang-undang Pusaka Islam
Practice of Muafakat and Application of Takharuj in Inheritance Distribution according
to Muslim Inheritance Law Perspective

Md Yazid Ahmad

ABSTRAK

Kaedah pengagihan pusaka yang lengkap telah disediakan oleh Islam menerusi faraid. Namun terdapat kaedah selain
faraid sebagai mekanisme sokongan atau pilihan bagi mencapai keadilan dalam pengagihan pusaka untuk waris
yang dikenali sebagai takharuj dalam undang-undang pusaka Islam. Di Malaysia, amalan ‘muafakat’ yang dikatakan
hampir sama dengan takharuj juga diterima pakai selain kaedah pembahagian faraid yang memainkan peranan utama
dalam pembahagian pusaka. Justeru, artikel ini bertujuan untuk meneliti secara perbandingan amalan muafakat yang
diwarisi secara turun temurun dalam masyarakat Melayu yang dipraktikkan di Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan
Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dengan aplikasi takharuj dalam undang-undang pusaka Islam yang diguna
pakai semasa proses perdamaian dalam pembahagian pusaka. Kajian secara kualitatif digunakan dengan mengambil
pendekatan analisis kandungan dan kajian tinjauan. Setelah diperhalusi, hasil perbincangan mendapati sememangnya
wujud perbezaan yang tidak ketara antara kedua-dua konsep tersebut dari sudut komentar definisi istilah, sumber asas,
kerangka asas pengaplikasian dan praktis pemberitahuan maklumat kadar hak waris sebelum pelaksanaan muafakat
mahupun takharuj.
Kata kunci: Pengagihan; faraid; muafakat; takharuj; masyarakat Melayu

ABSTRACT

A comprehensive method of inheritance distribution is provided by Islam through faraid. However, there is another
method, besides faraid, and within Muslim inheritance law, known as takharuj (relinquishing share of inheritance) which
acts as supporting mechanism or option in order to achieve justice in inheritance distribution to heirs. In Malaysia, the
practice of ‘muafakat’ (consensus) is said to be almost similar to takharuj and is also accepted besides distribution by
faraid which plays the main role in inheritance distribution. Thus, the purpose of this article is to examine the practice
of muafakat, a legacy from previous generations in the Malay society as practised by the Inheritance Distribution
Section, Department of Director-General of Land and Minerals, in comparison to the application of takharuj in Muslim
inheritance law applied during the process of settlement in inheritance distribution. A qualitative study is used employing
the approach of content analysis and survey review. After detailed study, discussion of results finds that there are indeed
subtle differences between the two concepts in terms of comments on the definition of terms, primary sources, basic
framework of application and practice of notifying heirs regarding information on their inheritance shares before
implementing muafakat and takharuj.
Keywords: Distribution; faraid; muafakat; takharuj; Malay society

PENGENALAN pembahagian pusaka yang paling sempurna untuk


umat manusia, iaitu menerusi faraid (atau Undang-
Segala harta benda yang bermacam jenis adalah hak undang Pusaka Islam) (Ahmad, Isa & Omar 2014).
milik mutlak Allah SWT dan manusia hanya diberi Ini memandangkan kerangka asas yang dibina adalah
amanah untuk diuruskan sebaiknya buat sementara bersandarkan wahyu Allah SWT, iaitu melalui Surah
semasa hidup (Md Yazid & Ibnor Azli 2006). Selepas al-Nisa’, ayat 11, 12 dan 176. Namun demikian,
berlaku kematian, harta tersebut kembali kepada walaupun setiap waris yang ditentukan mendapat
pemiliknya yang hakiki dan amanah tersebut (harta pusaka mempunyai hak ke atas harta pusaka
pusaka) berpindah pula kepada waris berhak si tersebut, pembahagian perlu dibuat secara bijak
mati. bagi mengelakkan kegagalan pengaplikasian hukum
Berhubung dengan pusaka, Islam telah pusaka Islam ke atas harta sebenar. Ini disebabkan
menyediakan satu instrumen penyelesaian dalam beberapa situasi, jenis dan bentuk harta pusaka

Islamiyyat 39(1) artkl 3.indd 21 04/01/2018 4:31:36 PM


22 Islamiyyat 39(1)

itu sendiri menjadikan ia tidak sesuai untuk dibahagi AMALAN MUAFAKAT DALAM
secara fizikal (Wan Najmiah & Md Yazid 2014). MASYARAKAT MELAYU
Justeru, satu jalan penyelesaian perlu diwujud
dan boleh diaplikasikan tanpa melanggar ketetapan Pada asasnya, konsep penyelesaian secara damai
hukum faraid dan undang-undang, agar tiada waris atau muafakat pihak yang bertikai tanpa melibatkan
yang layak bakal dinafikan bahagiannya. Begitu institusi pengadilan yang formal seperti mahkamah
juga penyelesaian yang perlu dilakukan sekiranya merupakan amalan tradisi dalam kalangan anggota
terdapat waris yang berhak ingin menarik diri dan masyarakat. Ia telah diamalkan secara meluas dalam
menyerahkan bahagiannya kepada waris lain atas kalangan bangsa-bangsa di dunia (Cohen 1978).
dasar kasih sayang. Ini jelas menunjukkan hukum Justeru, pendekatan awal yang boleh diguna pakai
faraid adalah untuk menentukan waris-waris yang sebelum penyelesaian dilakukan melalui medium
berhak dan kadar bahagian yang sepatutnya diterima perundangan ialah menerusi perundingan antara
dalam pusaka, namun bukannya satu paksaan kepada pihak yang terlibat dalam pertikaian. Umumnya,
waris yang berhak untuk mengambil hak mereka kaedah rundingan atau permuafakatan secara damai
atau memaksa mereka untuk menerima harta pusaka bukanlah perkara baru dalam sistem pengadilan Islam,
tersebut. malah ia telah dipraktikkan semenjak sebelum Nabi
Seiring dengan peredaran zaman, permasalahan Muhammad SAW diutuskan sebagai Rasul dan terus
pusaka telah berkembang dan semakin rumit untuk diamalkan oleh generasi kemudian.
diselesaikan. Namun sekiranya diteliti secara Masyarakat Melayu mempunyai medium yang
mendalam, terdapat mekanisme penyelesaian khusus dalam menyelesaikan isu-isu pertikaian.
pusaka yang turut telah berkembang pada zaman Sehubungan dengan itu, dalam mencari penyelesaian
ulama mazhab terdahulu yang dianggap sebagai terhadap sesuatu pertikaian, sesetengah anggota
satu mekanisme sokongan dalam hukum pusaka masyarakat tidak berminat untuk mengemukakan
Islam dan dikenali sebagai takharuj. Di Malaysia, tuntutan mereka di mahkamah (Minnattur 1964).
contohnya di Terengganu (Wan Najmiah & Md Mereka sebaliknya lebih berminat untuk menyelesaikan
Yazid 2013; Wan Najmiah 2016) dan di Selangor pertikaian yang timbul di luar mahkamah secara
(Norhafizah 2016), istilah takharuj tidak digunakan rundingan sesama mereka atau dengan cara merujuk
dalam penyelesaian pembahagian pusaka orang kepada orang tengah atau perantara. Orang tengah
Islam di Bahagian Pembahagian Pusaka negeri atau perantara ini terdiri daripada kalangan keluarga
masing-masing, sebaliknya mengguna pakai istilah sendiri atau orang tertentu yang dianggap berwibawa
‘muafakat’. Muafakat ini merupakan kaedah pilihan dan dihormati seperti imam, ketua kampung dan
selain faraid dalam menyelesaikan pembahagian harta kadi. Pertikaian-pertikaian yang dirujuk ini sama
pusaka dalam kalangan orang Melayu. Oleh yang ada berkaitan dengan kekeluargaan, komersial atau
demikian, penyelesaian pembahagian pusaka melalui komuniti. Dalam keadaan ini, para kadi juga dilihat
amalan muafakat orang Melayu ini perlu dilihat sama cenderung menyelesaikan pertikaian secara damai
ada proses ini menepati dengan mekanisme takharuj daripada memutuskannya secara perbicaraan dalam
yang terdapat undang-undang pusaka Islam atau ia mahkamah (Ahmad 1999).
sekadar sesuatu yang amat berbeza. Di Indonesia, istilah seperti runggun dan rapat
yang digunakan oleh kumpulan etnik seperti Batak,
Jawa, Bukat dan Kereho memberi pengertian
PERBAHASAN KONSEP MUAFAKAT musyawarah, iaitu satu proses membuat keputusan
secara perundingan yang bertujuan mencapai
DEFINISI persetujuan secara konsensus. Penyelesaian secara
muafakat ini memberi keutamaan penyelesaian
Dari sudut bahasa, perkataan muafakat membawa pertikaian secara holistik supaya supaya masyarakat
maksud (Kamus Dewan 2016): (i) Seia sekata; setuju; amnya dapat menikmati ketenteraman dan bukannya
(ii) sesuatu yang dipersetujui; persetujuan; (iii) menentukan kalah atau menang sesuatu pihak itu
perbicaraan; rundingan. Dengan itu, bersandarkan (Moore & Achmad 1995). Manakala secara tradisinya
maksud di atas, ‘muafakat’ adalah merujuk kepada di Malaysia, penyelesaian pertikaian secara damai
perbuatan bermuafakat sesama ahli waris yang berhak telah diamalkan dalam masyarakat Melayu, khususnya
dalam menyelesaikan pembahagian harta pusaka. semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Amalan
Asas permuafakatan antara ahli waris ini ialah melalui ini telah berakar umbi dalam masyarakat selaras
persetujuan bersama melalui kerelaan masing-masing dengan tuntutan ajaran Islam yang menitikberatkan
tanpa wujud sebarang paksaan.

Islamiyyat 39(1) artkl 3.indd 22 04/01/2018 4:31:36 PM


Amalan Muafakat dan Aplikasi Takharuj dalam Pengagihan Pusaka 23

persoalan musyawarah. Ia terus diguna pakai pada urusan yang menyentuh kepentingan bersama akan
masa penjajahan kuasa Barat sehingga zaman selepas dibincangkan secara kolektif. Sebagaimana lazimnya
kemerdekaan. dalam masyarakat hukum adat, jika terdapat masalah
Dalam konteks Tanah Melayu, terdapat dua yang timbul dan mengganggu kestabilan hidup
bentuk pengamalan adat utama, iaitu Adat Perpatih dalam masyarakat, ketua masyarakat yang dikenali
yang diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning di sebagai Kepala Masyarakat Hukum Adat akan
Melaka serta Adat Temenggung yang diamalkan sering bermusyawarah mencari penyelesaian untuk
negeri-negeri lain. Kedua-dua masyarakat beradat ini memulihkan kestabilan. Semasa musyawarah antara
mempunyai modul penyelesaian yang berbeza. Namun Kepala Masyarakat Hukum Adat dengan orang tua
begitu, masih terdapat beberapa bentuk persamaan dan anggota masyarakat yang kerap diadakan di
dalam penyelesaian pertikaian secara damai. Bagi rumah Pangah, kata sepakat ialah syarat mutlak untuk
masyarakat yang mengamalkan hukum adat seperti mengambil sesuatu ketetapan. Suasana muafakat dan
masyarakat Adat Perpatih, sesuatu pertikaian yang perundingan dalam mencari penyelesaian berjalan
timbul lazimnya diselesaikan dengan jalan damai dengan tenteram dan lebih ke arah suatu bentuk
secara kekeluargaan. Amalan ini bersumberkan musyawarah antara keluarga masing-masing yang
perbilangan adat berikut (Nordin 1976): sedia bertolak ansur (Low 1968).
Bagi masyarakat Melayu yang mengamalkan
Dudok dengan aturan,
Adat Temenggung, secara umumnya tiada suatu
Kecil nama mempakat,
sistem atau institusi formal yang mengendalikan
Besar nama Adat,
proses mediasi atau pengantaraan. Tiada peruntukan
Gedang bernama pesaka sembah.
bidang kuasa khusus oleh mana-mana statut atau
Pertikaian-pertikaian kecil yang berlaku akan sistem undang-undang bagi mengendalikan proses
dirujuk kepada mereka yang lebih berusia dan tersebut, tetapi secara semula jadi amalan ini
dihormati dalam daerah atau kampung tersebut berkembang dalam kalangan mereka. Apabila berlaku
untuk diselesaikan melalui proses arbitrasi. Abdullah pertikaian, mereka akan cuba menyelesaikan secara
(1975) menjelaskan: “Dalam penyelesaian secara bersama tanpa mendedahkannya kepada umum.
kekeluargaan ini tidak diutamakan sebagaimana Sekiranya penyelesaian gagal dicapai, mereka
yang kita dapati dalam sistem keadilan hukum Barat secara langsung akan merujuk kepada pihak ketiga
menurut hak dan kewajipan sebagaimana ditentukan atau pengantara bagi menyelesaikannya. Lazimnya
oleh ketentuan hukum, tetapi yang diutamakan yang acapkali dirujuk ialah orang yang berkuasa,
ialah saling pengertian, saling bertolak ansur dihormati dan dikenali serta mempunyai ciri-ciri
demi untuk penyelesaiannya secara keseluruhan”. seperti berwibawa, mempunyai kedudukan di
Kecenderungan masyarakat untuk menggunakan daerah tersebut dan berpegang teguh pada adat dan
kaedah ini bukan kerana ketiadaan peraturan tertentu agama. Ciri-ciri tersebut wujud pada ketua kampung,
yang memperuntukkan penubuhan mahkamah dan penghulu dan imam yang menjadi pemimpin dalam
bidang kuasa tertentu untuk menyelesaikan sesuatu urusan keagamaan.
pertikaian, sebaliknya memang menjadi amalan Secara umumnya, pendekatan yang digunakan
masyarakat Melayu yang kebiasaan menyelesaikan dalam menyelesaikan pertikaian sosial sama ada
pertikaian secara kekeluargaan. Tindakan yang pertikaian antara individu atau pertikaian keluarga
sering mereka lakukan apabila berlaku pertikaian ialah penyelesaian berdasarkan nilai-nilai Islam dan
dijelaskan melalui kata perbilangan berikut: norma-norma budaya setempat. Proses penyelesaian
Kelebihan umat dengan muafakat, secara rundingan melalui orang tengah sebenarnya
Kelebihan Nabi dengan mukjizat, bukan amalan asing buat masyarakat Melayu
Bulat air kerana pembetung, yang sememangnya dipengaruhi oleh nilai-nilai
Bulat manusia kerana muafakat. Islam dan adat tempatan yang amat mementingkan
kesopanan dan sikap timbang rasa atau tolak ansur
Amalan penyelesaian pertikaian secara muafakat dalam hubungan sosial. Namun, secara praktikalnya
bukan sahaja dikenali oleh masyarakat Melayu di amalan ini telah lama wujud dalam kalangan
Semenanjung Malaysia, malah kaum bumiputera mereka. Apa juga istilah yang diguna pakai seperti
di Sabah dan Sarawak juga telah mengenali amalan rundingan, musyawarah dan muafakat, pihak-pihak
ini tetapi dengan istilah yang berbeza atau hampir bertikai tanpa merujuk kepada sistem pengadilan
sama. Di Sarawak contohnya, dalam kalangan mahkamah, secara sukarela berjumpa dengan
masyarakat etnik Dayak di pedalaman, semua orang yang dipercayai dan dihormati seperti ahli

Islamiyyat 39(1) artkl 3.indd 23 04/01/2018 4:31:36 PM


24 Islamiyyat 39(1)

keluarga terdekat, imam, kadi atau ketua kampung Terdapat ayat-ayat al-Qur’an al-Karim yang
dan penghulu. Mereka kemudiannya secara sukarela menganjurkan agar konsep sulh diaplikasikan, dan
menerima pandangan serta nasihat dan bersetuju antaranya ialah seperti firman Allah SWT dalam Surah
menyelesaikan pertikaian secara damai. Secara al-Nisa’, ayat 128, yang mafhumnya:
umumnya, penyelesaian secara sulh dicapai sama Tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian
ada melalui proses arbitrasi, mediasi atau konsilasi di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana
serta rundingan secara langsung antara pihak yang perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-
terlibat dalam pertikaian. berai).

Firman Allah SWT lagi dalam Surah al-Nisa’, ayat


TAUTAN ANTARA MUAFAKAT 114, yang mafhumnya:
DENGAN SULH Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali
(bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat
Permuafakatan secara damai atau kaedah rundingan kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia.
bukan suatu perkara baru dalam Islam malah ia telah Firman Allah SWT yang lain dalam Surah al-
dipraktikkan semenjak zaman Nabi Muhammad Hujurat, ayat 9, yang mafhumnya: “Dan jika dua
SAW dan generasi selepasnya. Permuafakatan puak daripada orang yang beriman berperang, lalu
secara damai ini juga diamalkan dalam kalangan damaikanlah di antara keduanya.
masyarakat Melayu sejak zaman berzaman hingga Namun begitu, setiap sulh atau muafakat yang
sekarang. Justeru, berasaskan maksud muafakat dibuat perlu dalam kerangka yang menepati hukum
yang merupakan satu proses perdamaian maka ia syarak. Oleh itu, sebarang bentuk penyelesaian atau
mempunyai tautan yang erat dengan pengertian sulh muafakat yang menyalahi hukum syarak adalah
dari sudut bahasanya sebagaimana yang didefinisikan tidak sah. Justeru, sulh atau muafakat memerlukan
oleh Ibn Manzur (1990), iaitu sulh merupakan pernyataan persetujuan daripada pihak-pihak yang
kata nama yang berasal daripada kata kerja salaha bertikai untuk menamatkan pertikaian. Pernyataan
dan secara literalnya bermaksud, al-tasaluh wa ini diterjemahkan melalui akad yang dilakukan oleh
al-musalah, iaitu al-musalamah (saling berdamai) mereka dan diimplimentasikan melalui sighat ijab dan
selepas al-munaza‘ah (saling bertikaian). Menurut qabul. Sehubungan dengan itu, elemen kerelaan dan
al-Isfahani (1961), sulh dikhususkan bagi maksud persetujuan bersama antara pihak-pihak yang bertikai
menamatkan pertikaian antara manusia. untuk berdamai merupakan elemen terpenting dalam
Dari sudut istilah, Ibn al-Humam (t.th) dan amalan sulh atau muafakat. Sekiranya masing-masing
al-Kasani (1986) mentakrifkan sulh sebagai suatu tidak dapat bertolak ansur, matlamat utama sulh atau
akad yang menyelesaikan pertikaian. Begitu juga muafakat tidak akan tercapai.
al-Nawawi (1408H) yang berpendapat perkataan al-
sulh, al-islah dan al-musalahah membawa pengertian
memutuskan pertikaian. Meskipun perkataan islah PERBAHASAN KONSEP TAKHARUJ
mempunyai maksud yang serupa dengan sulh tetapi
perkataan sulh lebih lazim digunakan. Penggunaan DEFINISI
perkataan sulh bertujuan untuk menjelaskan sulh
Dari sudut bahasa, takharuj bermaksud ahli waris
berperanan untuk mengelakkan kemusnahan atau
saling mengeluarkan bahagiannya kepada saudaranya
kerosakan yang sering berlaku akibat pertikaian.
yang lain iaitu menyerahkan bahagian miliknya
Manakala Majallat al-Ahkam al-‘Adliyyah (1968)
melalui pembelian (Ibnu Manzur 1990). Manakala
menjelaskan sulh ialah akad untuk menamatkan
takharuj yang berdasarkan kata nama daripada wazan
pertikaian secara sukarela atau saling meredai.
tafa‘ul pula bermaksud maslahah sebahagian daripada
Bersandarkan definisi di atas, persetujuan bersama
ahli waris dengan keluar daripada pembahagian harta
atau kerelaan antara antara pihak-pihak dalam
pusaka dengan menggantikan sesuatu daripada harta
menyelesaikan pertikaian menjadi asas kepada proses
pusaka itu (Mu‘jam Lughat al-Fuqaha’ 1996).
muafakat. Sekiranya masing-masing tidak dapat
Sementara itu dari sudut istilah pula, al-
bertolak ansur, muafakat tidak akan tercapai. Justeru,
Hasari (1992) menerangkan maksud takharuj
muafakat mempunyai tautan yang rapat dengan sulh
ialah perdamaian para ahli waris agar sebahagian
dalam konteks maksud dan tujuannya yang umum,
daripada mereka keluar dengan menarik diri
iaitu saling berdamai secara sukarela untuk menjauhi
daripada mengambil bahagian pusakanya. Selain
pertikaian.
itu, Shalabi (1978) berpendapat takharuj ialah ahli

Islamiyyat 39(1) artkl 3.indd 24 04/01/2018 4:31:36 PM


Amalan Muafakat dan Aplikasi Takharuj dalam Pengagihan Pusaka 25

waris bersepakat atau berdamai untuk mengeluarkan waris. Isteri ‘Abd al-Rahman itu bernama Tamadhur
sebahagian mereka daripada harta pusaka dengan yang telah diceraikan olehnya ketika beliau sakit
imbalan daripada tarikah atau harta lain, sama (sebelum meninggal dan ketika ‘Abd al-Rahman
ada melibatkan semua ahli waris atau sebahagian meninggal dunia, isterinya masih dalam ‘iddah).
mereka. Maksud ini senada dengan yang diberikan Dalam perkara ini, para Sahabat RA berselisih
oleh al-Jaburi dan Hamish (2007), iaitu para ahli pendapat tentang cara isterinya itu perlu menerima
waris berdamai agar sebahagian mereka dikeluarkan perwarisan, lalu mereka telah melakukan musalahah
daripada menerima harta pusaka dan sebagai gantian terhadapnya. Memandangkan ‘Abd al-Rahman ibn
daripada apa yang dipersetujui dan menambah bahawa ‘Awf mempunyai empat orang isteri dan anak-anak,
gantian yang dipersetujui tersebut sama ada diambil pembahagian yang dilakukan (biasa mengikut faraid)
daripada harta pusaka tersebut atau selainnya. ialah Tamadhur akan mendapat seperempat daripada
Manakala Abu Zahrah (1923) pula menyatakan seperlapan bahagian daripada 32 bahagian harta
takharuj merupakan tolak ansur yang dilakukan yang ditinggalkan oleh suaminya. Beliau bersetuju
oleh sebahagian ahli waris mengikut nilaian tertentu menerima separuhnya, iaitu satu bahagian daripada
sebagai balasan kerana menarik diri daripada haknya 64 bahagian bersamaan dengan 83,000 (dinar),
dalam harta pusaka. Ia boleh melibatkan semua ahli sedangkan cara pembahagian yang seumpama itu
waris atau hanya sebahagian daripada mereka dan tidak pernah dinyatakan di dalam al-Qur’an (al-
waris yang memberi imbalan akan mengambil haknya Bayhaqi 1999). Justeru, ijmak para Sahabat RA
dalam pusaka. Imbalan tersebut boleh terdiri daripada yang tidak menafikan tindakan dan keputusan yang
harta pusaka atau diambil daripada harta-harta lain. dilakukan oleh ‘Uthman ibn ‘Affan RA dalam kes
Selain itu, takharuj juga boleh berlaku di antara di atas menjadi asas bagi pengaplikasian takharuj
seorang waris dengan seorang waris atau waris-waris (Mansur 2010).
lain untuk dia menarik diri daripada pewarisan secara
sukarela (atau tanpa balasan) (al-Nawawi 1992). KEDUDUKAN AKAD
Dalam hal yang berkaitan, Wahbah al-Zuhayli (1997)
dan Muhammad al-Zuhayli (2001) menjelaskan Kedudukan akad takharuj adalah berdasarkan cara
lagi bahawa amalan takharuj dalam undang-undang penyelesaian yang dipersetujui waris-waris. Akad
pusaka Islam ini mengaplikasikan akad mu‘awadah tersebut menjadi mubadalah sekiranya harta yang
dan ia diharuskan apabila mereka saling reda, yang ditukar sama nilai dan setiap pihak yang terlibat
turut selari dengan pandangan Imam Abu Hanifah. hendaklah melakukan penyerahan mengikut nilai
Rumusannya, definisi takharuj dari sudut istilah yang dipersetujui bersama (berdasarkan nilai semasa).
bermaksud para ahli waris berdamai agar seorang atau Mengikut mazhab Hanafi, sekiranya penyerahan
sebahagian daripada mereka dikeluarkan daripada berlaku kurang daripada nilai yang sama, dengan itu ia
menerima harta pusaka dan akan menyerahkannya termasuk dalam kategori hibah, sekiranya setara atau
kepada seorang atau sebahagian atau kepada semua lebih daripada nilainya, ia adalah jual beli (al-Mawardi
ahli waris dan sebagai gantiannya daripada apa yang 1994). Menurut al-Mawardi (1994) lagi, mu‘awadah
dipersetujui oleh mereka sama ada diambil daripada dalam takharuj berlaku apabila penyerahan haknya
harta pusaka tersebut atau selainnya, iaitu daripada dilakukan sama ada dengan diganti sesuatu yang lain
harta peribadi waris-waris yang menerima atau secara daripada harta pusaka atau daripada harta yang lain
sukarela tanpa balasan. (bukan daripada harta pusaka) dan ini adalah menurut
pandangan mazhab Shafi‘i.
ASAS PENGAPLIKASIAN Manakala pandangan mazhab Hanafi pula
membezakan sekiranya gantian daripada harta
Antara asas pengaplikasian takharuj yang menjadi pusaka, ia adalah mu‘awadah atau mubadalah, tetapi
rujukan dan terdapat dalam banyak kitab fiqh adalah sekiranya daripada harta lain, ia adalah jual beli.
berdasarkan kepada athar yang berlaku pada zaman Akad takharuj menjadi ibra’ apabila seorang ahli
pemerintahan ‘Uthman ibn ‘Affan RA. Berhubung waris memberi sebahagian haknya dan mengekalkan
perkara ini, Muhammad ibn Hasan daripada ‘Amru haknya pada sebahagian harta yang lain. Hibah dalam
ibn Dinar telah meriwayatkan tentang seorang takharuj berlaku apabila ahli waris melepaskan
daripada isteri ‘Abd al-Rahman ibn ‘Awf RA haknya tanpa sebarang ganti rugi atau bayaran
yang dilakukan musalahah terhadapnya (dengan atau imbal balik. Takharuj boleh dibahagi secara
persetujuan isteri tersebut) dengan dibayar 83,000 muqasamah sekiranya ahli waris yang menarik diri
(dinar) untuk mengeluarkannya daripada senarai ahli melakukan takharuj tanpa balasan, mengenakan

Islamiyyat 39(1) artkl 3.indd 25 04/01/2018 4:31:36 PM


26 Islamiyyat 39(1)

syarat agar bahagiannya dibahagi sama rata dalam Justeru, waris yang ingin ‘keluar’ daripada hak
kalangan ahli waris lain (Mansur 2010). kadar faraid dalam pusaka secara sukarela tanpa
Sekiranya akad takharuj ialah akad mu‘awadah, apa-apa imbalan secara persendirian mempunyai hak
akad tersebut ialah antara waris yang berhak dapat mutlak berbuat demikian tanpa perlu persetujuan atau
pusaka dengan waris yang menarik diri, sama ada muafakat daripada waris berhak yang lain. Situasi
seorang atau ramai. Justeru, subjek yang menjadi ini berbeza dengan maksud istilah muafakat yang
pertukaran dalam akad ini ialah imbalan yang menjadi amalan dalam masyarakat Melayu, iaitu para
diberikan oleh waris kepada waris yang menarik diri waris yang berhak bersetuju atau seia sekata dalam
dan bahagian waris dalam harta pusaka untuk waris sesuatu rundingan berhubung kadar pusaka dalam
yang menarik diri keluar daripada bahagiannya seperti kalangan mereka. Ini membawa maksud keputusan
yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Implikasi yang diperoleh adalah secara kolektif dan bukannya
daripada akad ini ialah hilangnya hak pemilikan waris persendirian, iaitu tanpa menumpukan pada kadar
yang menarik diri daripada harta pusaka, sama ada faraid yang diperoleh masing-masing dalam pusaka
waris yang menarik diri itu mengetahui nilaian yang tersebut.
sepatutnya diperoleh atau tidak (al-Hasari 1992). Kedua, secara khususnya, sumber asas amalan
yang menjadi sandaran kepada amalan takharuj
dalam undang-undang pusaka Islam yang termaktub
ANALISIS PERBEZAAN KONSEP
dalam kebanyakan penulisan ulama mazhab ialah
MUAFAKAT DAN TAKHARUJ
melalui athar yang berlaku pada zaman pemerintahan
‘Uthman ibn ‘Affan RA. Justeru, dengan ketiadaan
Adapun dalam masyarakat Melayu, pelbagai istilah tindakan para Sahabat RA yang menafikan keputusan
yang biasa diguna pakai dan sinonim dengan istilah yang dilakukan oleh ‘Uthman ibn ‘Affan RA dalam
muafakat antaranya ialah ‘berunding’, ‘pakat’,‘serah kes yang dinyatakan sebelum ini, ia menjadi dalil
bahagian’, ‘serah menghabisi’, ‘serah dengan cucur’, ijmak bagi takharuj yang dilakukan. Sebaliknya, tiada
‘sama rata’ dan ‘tolak menolak’. Justeru, walaupun penulisan secara khusus dan tiada asas sandaran yang
istilah muafakat dan takharuj berbeza, namun menjurus secara tepat berhubung konsep muafakat
wujud persamaan yang signifikan dari aspek hala yang menjadi amalan masyarakat Melayu yang
tuju matlamat yang dimanifestasikan melalui kedua- dihasilkan oleh para ulama. Hanya para sarjana Islam
kedua konsep ini, iaitu perdamaian untuk mencapai kontemporari masa kini yang cuba menghubungkan
keadilan demi memelihara ukhuwwah sesama waris amalan tersebut dengan konsep sulh memandangkan
(Md Yazid & Hayatullah 2010). Amalan muafakat ia adalah amalan baik yang tidak menyalahi syarak.
ini sering diaplikasikan di Bahagian Pembahagian Ketiga, konsep takharuj memiliki kerangka
Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian asas tersendiri dari sudut syarak yang mencakupi
(JKPTG) oleh pegawai yang bertanggungjawab untuk syarat-syaratnya, tertakluk pada elemen-elemen
menyelesaikan urusan pembahagian pusaka orang yang membatalkannya, kepelbagaian transaksinya
Islam di Malaysia. yang membawa kepada akad yang berbeza dari
Namun demikian, berdasarkan penelitian yang sudut muamalah Islam yang semuanya adalah dalam
lebih mendalam, terdapat beberapa perbezaan yang ruang lingkup undang-undang pusaka Islam. Namun,
tidak ketara antara kedua-dua konsep tersebut. berbeza dengan konsep muafakat yang diamalkan
Pertama, berhubung dengan komentar yang diberikan dalam masyarakat Melayu yang agak longgar, umum
oleh para ulama fiqh berhubung istilah takharuj dan dan menyentuh pelbagai aspek kehidupan serta
definisi muafakat yang diketengahkan oleh para tidak terikat dengan mana-mana peraturan secara
sarjana. Meskipun terdapat pelbagai takrifan yang khusus melainkan ikatan amalan adat, yang penting
diutarakan berhubung istilah takharuj, namun ia dalam konsep muafakat hanyalah matlamat dan hasil
menjurus kepada kesimpulan yang hampir sama yang rundingan tersebut.
saling melengkapi antara satu sama lain. Asas kepada Keempat, sebelum amalan takharuj dilaksanakan
definisi-definisi tersebut berpunca daripada perkataan dalam penyelesaian harta pusaka, waris-waris yang
kharaja (keluar), iaitu mengeluarkan diri atau ahli berhak dalam sesuatu harta pusaka itu hendaklah
waris daripada hak kadar yang telah ditetapkan dalam mengetahui terlebih dahulu kadar dan bahagian
pusaka menurut faraid, sama ada seorang atau ramai masing-masing. Ini supaya waris yang terlibat
dengan digantikan sesuatu imbalan atau balasan, sama dalam pusaka atau yang mempunyai hak dalam harta
ada daripada harta pusaka atau harta lainnya atau harta pusaka dapat membuat keputusan secara sukarela
peribadi atau tanpa balasan. dengan penuh pengetahuan tentang bahagian mereka

Islamiyyat 39(1) artkl 3.indd 26 04/01/2018 4:31:36 PM


Amalan Muafakat dan Aplikasi Takharuj dalam Pengagihan Pusaka 27

bagi mengelakkan penyesalan di kemudian hari. bagi menyempurnakan definisi yang tepat. Tiada
Justeru, sesuatu keputusan itu perlu berlandaskan khilaf dalam memaknai takharuj secara asas, tetapi
kejujuran dan keikhlasan serta penuh dengan wujud perbezaan dari sudut kedudukan akad berkaitan
pengetahuan berhubung kadar bahagian mereka takharuj sebagaimana yang dipersetujui antara waris
dalam faraid sebelum membuat keputusan (Md dan semuanya dalam ruang lingkup undang-undang
Yazid & Hayatullah 2010). Ini adalah kerana kesan pusaka Islam. Manakala takrifan muafakat pula adalah
tindakan mereka ialah gugurnya hak pemilikan lebih umum dan merangkumi pelbagai aspek dalam
waris yang menarik diri daripada pewarisan, sama kehidupan kerana ia lebih berasaskan amalan yang
ada nilaian harta yang sepatutnya dimiliki atau tidak telah menjadi adat sejak sekian lama tanpa terikat
telah diketahui atau dimaklumi. Selain itu, impaknya dengan peraturan-peraturan yang khusus walaupun
secara jangka panjang ialah boleh membibitkan pada asasnya ia tidak menyalahi syarak.
perasaan ketidakpuasan hati yang menyebabkan Sudut sumber asas takharuj pula adalah jelas
silaturahim dan ikatan persaudaraan mula terjejas, sebagaimana yang ditunjukkan dalam athar yang
dan kemungkinan ia berlanjutan hingga ke beberapa berlaku pada zaman pemerintahan ‘Uthman ibn
generasi kemudiannya. ‘Affan RA selain sumber athar yang lain. Manakala
Berbeza dengan amalan muafakat yang tiada sandaran yang khusus asas sandaran yang tepat
berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu, iaitu sebagai sumber asas muafakat dalam masyarakat
perundingan yang dilakukan sehingga mencapai Melayu selain berpunca daripada amalan yang
persetujuan tersebut tidak mementingkan sejauh dijadikan adat secara tradisi dan diaplikasikan dalam
mana waris yang mempunyai hak dalam pusaka aspek kehidupan yang pelbagai seperti perkahwinan,
mengetahui tentang kadar atau bahagiannya secara perceraian dan harta sepencarian. Sungguhpun
khusus berdasarkan faraid dalam pusaka sebelum amalan muafakat dan takharuj mempunyai matlamat
melakukan muafakat. Ini kerana pemberitahuan hak yang sama, iaitu menyelesaikan sesuatu dengan
kadar waris tersebut tersebut bukanlah sesuatu yang jalan perdamaian dan merupakan kaedah pilihan
wajib dilakukan. Sekiranya terdapat pegawai yang selain faraid, namun sekiranya diteliti dengan lebih
ditugaskan menyelesaikan pusaka mengambil langkah mendalam dan diperhalusi, sememangnya wujud
menjelaskan jumlah harta yang bakal diterima oleh perbezaan antara kedua-duanya.
setiap waris yang berhak, tindakan tersebut adalah
atas budi bicara pegawai yang terbabit dan tidak PENGHARGAAN
mengikat mereka.
Kupasan di atas merumuskan bahawa amalan Makalah ini adalah sebahagian daripada hasil
muafakat yang diamalkan sekian lama dalam penyelidikan yang dibiayai oleh geran Kementerian
masyarakat Melayu dan konsep takharuj dalam Pengajian Tinggi Malaysia dengan kod penyelidikan
undang-undang pusaka Islam merupakan kaedah FRGS/1/2013/SSI03/1.
pilihan yang diguna pakai dalam konteks pembahagian
pusaka orang Islam di Malaysia. Intipatinya RUJUKAN
bermatlamatkan agar waris yang berhak dalam
Abdullah Sidik. 1975. Pengantar Undang-undang Adat
pusaka dapat menyelesaikan masalah pembahagian di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
pusaka menerusi jalan perdamaian selain pilihan Malaya.
muktamad sedia ada, iaitu penyelesaian pembahagian Abu Zahrah, Muhammad. 1923. Ahkam al-Tarikah wa
menerusi faraid. Ini secara tidak langsung dapat Mawarith. al-Qahirah: Dar al-Fikr al-‘Arabi.
mengerat dan mengukuhkan lagi ikatan ukhuwwah Ahmad Ibrahim. 1999. Undang-undang Keluarga Islam di
sesama mereka. Justeru, walaupun pada umumnya Malaysia. Kuala Lumpur: Malayan Law Jurnal.
amalan muafakat dan kaedah takharuj kelihatan sama, Ahmad, M.Y., Isa, N.Y. & Omar, A.F. 2014. Analysis of heir
namun sekiranya diperhalusi, terdapat beberapa ciri pre-investigation mechanism: According to Shari’ah
perbezaan khusus yang membentuk identiti kedua- perspective. Mediterranean Journal of Social Sciences
dua konsep tersebut. 5(29 Special Issue): 107-112.
al-Bayhaqi, Abu Bakr Ahmad ibn Husayn. 1999. al-Sunan
al-Kubra. Jil. 7. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
KESIMPULAN Cohen, J.A. 1978. China’s Changing Constitution. Harvard:
Harvard Law School.
Perbahasan takrifan takharuj itu sendiri amat berkait
rapat antara satu sama lain untuk saling melengkapi

Islamiyyat 39(1) artkl 3.indd 27 04/01/2018 4:31:36 PM


28 Islamiyyat 39(1)

al-Hasari, Ahmad. 1992. al-Tarikat wa al-Wasaya wa al- al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya ibn Sharaf. 1992.
Qadaya al-Muta‘alliqat bihima fi al-Fiqh al-Islami Rawdat al-Talibin. Jil. 3. Bayrut: Dar al-Kutub al-
al-Muqaran. Bayrut: Dar al-Jayl. ‘Ilmiyyah.
Ibn al-Humam, Muhammad ibn ‘Abd al-Wahid. t.th. Sharh Norhafizah Jamalludin. 2016. Penyelesaian pusaka
Fath al-Qadir ‘ala al-Hidayah Sharh Bidayat al- secara muafakat: Kajian di Unit Pembahagian
Mubtadi li al-Marghinani. Jil. 8. t.tp.: Dar al-Fikr. Pusaka Selangor Barat Laut, Daerah Kuala Selangor.
Ibn Manzur, Jamal al-Din Muhammad Mukarram ibn ‘Ali. Latihan Ilmiah Sarjanamuda. Jabatan Syariah, Fakulti
1990. Lisan al-‘Arab. Bayrut: Dar Sadir. Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
al-Isfahani, al-Raghib. 1961. al-Mufradat fi Gharib al- Nordin Selat. 1976. Sistem Sosial Adat Perpatih. Kuala
Qur’an. al-Qahirah: Matba‘at Mustafa al-Babi al- Lumpur: Utusan Melayu (M) Berhad.
Halabi. Shalabi, Muhammad Mustafa. 1978. Ahkam al-Mawarith
al-Jaburi, ‘Abd Allah & Hamish, ‘Abd al-Haqq. 2007. bayna al-Fiqh wa al-Qanun. Bayrut: Dar al-Nahdah
Ahkam al-Mawarith wa al-Wasaya fi al-Shari‘ah al- al-‘Arabiyyah.
Islamiyyah. al-Shariqah: Jami‘at al-Shariqah. Wan Najmiah Wan Mohamad Ali. 2016. Aplikasi prinsip
Kamus Dewan. 2016. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan al-takharuj dalam pembahagian harta pusaka
Pustaka. kecil orang Islam di Terengganu. Tesis Sarjana.
al-Kasani, Abu Bakr. 1986. Bada‘i al-Sana‘i fi Tartib al- Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Shara’i‘. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Kebangsaan Malaysia.
Low, Hugh. 1968. Sarawak, Its Inhabitants and Productions: Wan Najmiah Wan Ali & Md Yazid Ahmad. 2014. Konsep
Being Notes During a Residence in That Country with takharuj dalam hukum pusaka Islam. Jurnal Muamalat
His Excellency Mr. Brooke. London: Cass. 7: 117-132.
Majallat al-Ahkam al-‘Adliyyah. 1968. Bayrut: Matba‘at Wan Najmiah Wan Mohamad Ali & Md Yazid Ahmad. 2013.
al-Shi‘arku. Mekanisme aplikasi takharuj dalam pembahagian
Mansur, ‘Abd al-Halim. 2010. Fiqh al-Mawarith fi al- harta pusaka kecil di Kuala Terengganu. Islamiyyat:
Shari‘ah al-Islamiyyah. Iskandariyyah: Dar al-Fikr The International Journal of Islamic Studies 35(2):
al-Jami‘i. 27-33.
al-Mawardi, Abu al-Hasan ‘Ali ibn Muhammad. 1994. al-Zuhayli, Muhammad. 2001. al-Fara’id wa al-Mawarith
al-Hawi al-Kabir fi Fiqh al-Shafi‘i. Jil. 6. Bayrut: Dar wa al-Wasaya. Bayrut: Dar al-Kalam al-Tayyib.
al-Kutub al-‘Ilmiyyah. al-Zuhayli, Wahbah. 2007. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh.
Md Yazid Ahmad & Hayatullah Laluddin. 2010. Pengurusan Dimashq: Dar al-Fikr.
harta pusaka: Permasalahan sikap masyarakat Islam
di Malaysia dan penyelesaiannya menurut perspektif
Islam. Shariah Law Reports 4: 30-54. Md Yazid Ahmad
Md Yazid Ahmad & Ibnor Azli Ibrahim. 2006. Konsep Jabatan Syariah
harta menurut perspektif undang-undang Islam & Fakulti Pengajian Islam
undang-undang sivil: Satu tinjauan. Jurnal Pengajian Universiti Kebangsaan Malaysia
Umum 7: 123-138. 43600 UKM Bangi
Minnattur, J. 1964. The nature of Malay customary law. Selangor Darul Ehsan
Malaya Law Review 6(2) Disember: 344. MALAYSIA
Moore, C. & Achmad, S.M. 1995. Developing appropriate yazid@ukm.edu.my
environmental conflict management procedures in
Indonesia. Cultural Survival Quaterly 19(3): 23-29.
Mu‘jam Lughat al-Fuqaha’. 1996. Bayrut: Dar al-
Nafa’is.

Islamiyyat 39(1) artkl 3.indd 28 04/01/2018 4:31:37 PM

You might also like