You are on page 1of 4

KURSUS:

KPD 3016 & KPD 3026 PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN


GROUP: EL-B36
PENSYARAH:

CIK MARZAIDA BINTI BADARUDDIN


SOALAN: 00 TAJUK TUGASAN: UJIAN 2

PETA KONSEP & BAHAGIAN PENCAPAIAN PASUKAN MURID (BPPM)

NAMA:

BALAKRISHNAN A/L PANCHACARAM


NO. MATRIK:

D20102045644
balkan1068@yahoo.com (0123621987)

Soalan 1

KONSEP HUBUNGKAIT DENGAN PENAKSIRAN

PENAKSIRAN
matlamat :: Maklumat tahap pencapaian murid Dibahagikan kepada 2 aspek:

PENILAIAN
matlamat :: Maklumat yang berbentuk: a)Kuantitatif (A,B,C,D dan E) b)Kualitatif (cepat,tepat dan bersih)

PENAKSIRAN PRESTASI

PENAKSIRAN AUTENTIK

Dilaksanakan melalui :

Objektif :

FORMATIF SUMATIF DIAGNOSTIK PENEMPATAN


dengan sistem : Lembaran kerja

Menilai keupayaan murid dalam menghasilkan sesuatu yang berkualiti.

PENGUJIAN
Ia dilakukan dengan 3 kaedah: Ujian bertulis diukur melalui :

pemerhatian hasil produk

pencerapan

UJIAN
Hasil pencapaian diukur dengan :

6 jenis :

Ujian kecerdasan Ujian Pencapaian Ujian Prestasi Ujian Bakat Ujian Diagnostik Ujian Personalti

PENGUKURAN
6 kaedah:

dengan 5 peringkat penyediaan :

-Kaedah Pemerhatian. -Kaedah Lisan. -Kaedah Penulisan. -Kaedah Portfolio. -Kaedah Pertimbangan Profesional.

-Persediaan ujian. -Pentadbiran ujian. -Pemeriksaan jawapan ujian. -Analisa ukuran. -Interpretasi dan tindakan susulan.

Soalan 2 Matapelajaran Tahun : Matematik :6

Bidang Pembelajaran : 1.3 Operasi bergabung melibatkan nombor hingga 7 digit. Hasil Pembelajaran : Aras 2 a) Mencari hasil operasi bergabung tambah dan darab, nombornya tidak lebih daripada 7 digit. Aktiviti Pembelajaran : a) Penerangan tentang pengiraan bagi operasi bergabung perlu dilaksanakan mengikut prinsip pengiraan. b) Perkenalkan konsep operasi bergabung dengan menggunakan nombor yang kecil. c) Aktiviti kumpulan dan perbincangan.

Bahagian Pencapaian Pasukan Murid (BPPM) merupakan satu strategi pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga rakan-rakan yang lain.

Mengikut pengajaran di atas, hasil pembelajaran ialah mencari hasil operasi bergabung tambah dan darab, nombornya tidak lebih daripada 7 digit. Sebelum ini pelajar sudah belajar dan ada pengalaman dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Pelajar akan diagihkan kepada kumpulan yang mempunyai ahlinya seramai 4-5 orang. Setiap kumpulan mempunyai pelajar yang berlainan jantina dan berbeza dari segi pencapaian. Guru akan mengedarkan bahan kepada untuk setiap kumpulan. Ahli kumpulan akan memilih seorang ketua kumpulan dan dia akan mengagihkan kerja kepada ahli kumpulan. Selepas mendengar penerangan dari guru, semua pelajar akan mula bincang dalam kumpulan secara senyap. Sambil berjalan mengelilingi kelas, guru akan memastikan semua ahli dalam kumpulan melibatkan diri mereka dengan aktif dalam aktiviti kumpulan yang dijalankan. Selepas beberapa minit , seorang dari ahli kumpulan akan membentangkan hasil kerja kumpulan mereka. Dengan penerangan setiap kumpulan, semua pelajar dapat menguasai dan memahami hasil pembelajaran hari ini.

Dalam aktiviti kumpulan yang dijalankan mencapai objektif iaitu :

beberapa unsur dapat dipertengahkan untuk

a) Saling bergantung antara satu sama lain secara positif. Setiap pelajar seharusnya berganjak dari sifat bergantung kepada sifat berdikari dan seterusnya ke tahap saling kebergantungan. Saling kebergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. b) Interaksi dalam kumpulan. Pelajar-pelajar boleh memajukan pembelajaran pelajar lain dengan membantu, berkongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan termasuk tindakan pelajar untuk menerangkan, membincang dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain. c) Akauntabiliti individu. Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia adalah bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara individu. d) Kemahiran sosial. Bagi pembelajaran koperatif berkesan, guru mesti mengajar kemahiran sosial kepada pelajar seperti kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan pengurusan konflik.

Melalui aktiviti kumpulan ini para pelajar boleh mencapai hasil pembelajaran dengan kaedah yang terperinci dan juga secara bersistematik. Ini akan meringankan bebanan guru dalam menerangkan konsep material satu demi satu. Pelajar sendiri akan belajar secara analitikal. Penghargaan yang diberikan oleh guru akan menyebabkan mereka berkelakuan positif dalam pengajaran dan pembelajaran demi mencapai hasil pembelajaran. Kaedah BPPM juga akan membantu mengintegrasikan setiap pelajar tanpa mengira kaum atau etnik.

Oleh kerana setiap pelajar mempunyai kecerdasan pelbagai iaitu linguistik, logik matematik, kinestetik, visual, muzik, interpersonal, interapersonal dan naturals maka strategi pembelajaran koperatif adalah amat sesuai dan lebih berkesan untuk mencapai hasil pembelajaran.

You might also like