You are on page 1of 2

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagian Pelajar

Kumpulan : A (Kemahiran Teknikal)

Noorhabsah Binti Haji A Hamid Noor Rafiza Binti Ramli

L20092005262 L20092005286

A71 A68

PERBEZAAN JANTINA

a) Apakah Konsep berkenaan?

Jantina dikategorikan kepada dua iaitu lelaki dan perempuan. Masyarakat Asia menganggap kanak-kanak lelaki mesti berani, dianggap ketua keluarga, harapan yang tinggi. Di sekolah murid lelaki lebih nakal dan kurang berdisiplin, manakala murid perempuan lebih rajin dan berdisiplin serta berjaya dalam pelajaran. Tahap perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak lelaki lambat 2 tahun daripada perempuan sebelum akil baligh. Selepas akil baligh perkembangan mereka hampir sama. Maccoby dan Jacklin (1974) kecergasan lisan murid perempuan lebih baik daripada lelaki, manakala murid lelaki lebih dari kecerdasan ruang. Dapatan kajian jurnal Zalizan and et.all (2005) mendapati pelajar perempuan lebih baik dalam tugasan yang memerlukan penghafalan fakta dan peraturan yang jelas manakala pelajar lelaki lebih cenderung kepada tugasan berbentuk terbuka yang berkaitan dengan situasi yang realistik dan praktikal. Pelajar perempuan juga didapati mempunyai ciri-ciri positif yang menyumbang kepada pencapaian prestasi akademik yang lebih baik berbanding pelajar lelaki.

b) Kenapakah anda memilih konsep berkenaan? Konsep ini dipilih kerana guru tidak boleh lari daripada berhadapan dengan kepelbagaian jantina di dalam bilik darjah. Kepelbagaian jantina menyebabkan suasana di dalam bilik darjah menjadi berbeza kerana murid lelaki puratanya lebih aktif dan nakal berbanding pelajar perempuan. Tinjauan oleh Sutherland (dalam Tinklin, Croxford, Frame&Ducklin 2000) menyatakan bahawa prestasi pelajar perempuan yang lebih baik berbanding pelajar lelaki adalah suatu fenomena yang menyeluruh dan berlaku di banyak negara di dunia seperti di Scotland, England, Peranchis, Jerman, Jepun,Australia, dan New Zealand. Banyak kajiankajian yang dijalankan merumuskan bahawa pelajar lelaki mempunyai kecekapan kendiri dalam mata pelajaran sains dan matematik dan juga dari segi penggunaan komputer yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan. Data daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
1

KPD 5033 Pengajaran Kepelbagian Pelajar

(2000)mengenai keputusan peperiksaan awam dari tahun 1996-1999 menunjukkan pelajar perempuan memperolehi prestasi akademik yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam peperiksaan awam di peringkat sekolah rendah (UPSR), menengah rendah (PMR) dan menengah (SPM) dalam kebanyakan mata pelajaran terutamanya Sains, Bahasa Inggeris, BahasaMelayu dan Matematik.

c)Apakah perkaitan konsep berkenaan dengan pengajaran kepelbagaian pelajar? Aktiviti pengajaran harus disesuaikan dengan perkembangan jantina dan guru perlu bijak merancang P&P dengan memanipulasikan kepelbagaian jantina ini bagi membolehkan pelajar mengikuti pengajaran dan dapat berkembang dengan lebih baik lagi. Ini kerana kajian menunjukan terdapat perbezaan biologi antara lelaki dan perempuan yang mempengaruhi pembelajarannya. Sebagai contohnya, guru perlu mengatur tugasan yang dapat memperkembangkan kecenderungan pelajar lelaki yang kreatif dan berkeupayaan fizikal disamping dapat menggalakkan pelajar perempuan yang teliti dan tekun. Mohamed Amin (2000) yang mendapati bahawa pelajar perempuan sekolah menengah lebih berstrategi dalam pembelajaran mereka dan lebih bersedia dan berfokus dalam menghadapi pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu, guru menggunakan pelbagai teknik pengajaran yang sesuai dengan jantina bagi membantu meningkatkan pemahaman pelajar semasa proses p&p seperti pembelajaran secara koperatif, pembelajaran berasaskan masalah dan sebagainya.

You might also like