You are on page 1of 4

PENGURUSAN PERNIAGAAN Maklumat berkaitan Kolej PTPL

Presiden : Professor Dato' Wira Mohd Shukri Ab. Yajid merupakan cawangan pantai timur pertama yang ditubuhkan di bawah Kumpulan Kolej PTPL mula beroperasi pada tahun 1998 menawarkan program akademik, kursus jangka pendek dan juga program-program latihan untuk para pelajar dan juga golongan pelajar dan usahawan di kawasan Pantai Timur khususnya di negeri Kelantan. Kursus pengajian yang ditawarkan meliputi program di peringkat sijil, diploma dan juga ijazah khusus untuk lepasan SPM dan STPM. Sebagai pusat wilayah kepada MSU, PTPL Kota Bharu turut menawarkan program ijazah dan diploma universiti berkenaan untuk pelajar yang berminat tanpa mengikutinya di kampus MSU di Shah Alam. PTPL merupakan sebuah institusi yang menyediakan kursus-kursus berkualiti di dalam bidang kritikal Sains Kesihatan, Sains Maklumat (perkomputeran), Kejuruteraan, Perniagaan, Pengurusan, Hospitaliti, Seni Kulinari Pengajian Profesional.

- VISI
PTPL bermatlamat menjadi sebuah institusi pendidikan pilihan yang menyediakan program akademik yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan negara di samping mengekalkan nilai-nilai etika yang murni.

MISI
Menjana para graduan yang mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi serta komited ke arah kecemerlangan, kepimpinan, integriti dan profesionalisme dalam menyahut cabaran Negara. Mengalakkan pembelajaran melalui penawaran peluang-peluang pendidikan yang memenuhi keperluan industri dan pasaran.

Memastikan kerjaya graduan melalui pengunaan kurikulum berkualiti justeru menjaminkan pengiktirafan, akreditasi dan pensijilan.

Memupuk budaya kecermerlangan akademik melalui pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang inovatif.

Komited ke arah memastikan kejayaan pelajar melalui penyediaan suasana yang merangsang pemikiran serta memupuk pembelajaran dan pengajaran.

Kolej PTPL : Ampang, Kota Bharu, Sabah, Sarawak, Penang, Sentral, Seremban, Shah Alam, Sg Petani, Kuala Terengganu

Objektif
Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar :
(a) memahami dan menghayati bidang pengurusan dan perniagaan serta peranan dan sumbangannya terhadap masyarakat dan negara, (b) memahami peranan, fungsi, dan tugas pengurusan dalam organisasi perniagaan, (c) memahami fungsi perniagaan yang merangkumi bidang pemasaran, pengeluaran, perkhidmatan, kewangan, dan pengurusan sumber manusia, (d) memahami dan mengahayati peraturan dan keperluan pengurusan perniagaan, (e) memahami peranan perniagaan dalam pasaran antarabangsa, (f) memahami dan membandingkan fungsi dan pengurusan koperasi dan organisasi bukan bermotif untung dengan organisasi perniagaan, (g) membina kemahiran untuk menceburi bidang keusahawanan, (h) memahami dan menghayati etika dan tanggungjawab sosial perniagaan, (i) membina dan menghayati menganalisis dan menyelesaikan masalah perniagaan, dan (j) membina kemahiran berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan dengan berkesan.

Tajuk-tajuk dalam pengurusan perniagaan/pengajian perniagaan


1) Perniagaan dan Persekitarannya
-

Pengenalan kepada perniagaan - Definisi perniagaan - Perniagaan dan bukan perniagaan - Faktor pengeluaran - Proses perniagaan

Persekitaran Perniagaan i)persekitaran umum : ekonomi, persaingan, politik, sosiobudaya ii)persekitaran tugas : pelanggan, pembekal, pesaing

Entiti perniagaan i) Tunggal ii) Perkongsian

2) Fungsi Pengurusan Pengenalan kepada pengurusan i) definisi

ii) Fungsi iii) Peranan pengurus Perancangan definisi dan kepentingan, jenis dan tahap rancangan Pengorganisasian definisi dan kepentingan, proses pengorganisasian Kepimpinan - gaya kepimpinan, ciri-ciri pemimpin

3) Fungsi Perniagaan Pemasaran definisi dan peranan pemasaran Pengeluaran definisi dan peranan, proses pengeluaran, jenis pengeluaran Kewangan definisi dan peranan, penyata kewangan, objektif kewangan

4) Peraturan dan keperluan perniagaan Undang-undang perniagaan Sistem kawalan- audit, kawalan kewangan Teknologi maklumat- peranan tekonologi maklumat

You might also like