You are on page 1of 1

Mesyuarat Pengurusan j-QAF Kali Pertama 2012

Pada 13 Feb 2012 (Isnin) saya telah menghadiri Mesyuarat Pengurusan j-QAF kali pertama tahun 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PPD Bachok Berikut adalah Minit Curai yang telah saya sediakan untuk GPK Kurikulum sekolah saya: 1) Mesyuarat ini bertujuan bagi menjelaskan beberapa maklumat terkini j-QAF PPD Bachok. Antaranya ialah : 1. Perlantikan Pegawai Khas j-QAF yang baru menggantikan Ustaz Mohd Roslaili Bin Mohd Noor iaitu Ustaz Aziz Bin Mohd Noor. 2. Peningkatan prestasi j-QAF PPD Bachok dalam e-Laporan peringkat JPN berbanding PPD lain. 3. Unjuran JPN dalam meningkatkan jumlah murid khatam Al Quran dan Strategi PPD dalam mencapai target tersebut. 4. Sekolah perlu hantar satu salinan Buku Pengurusan j-QAF 2012 untuk semakan Ustaz Wan Zuhairi Abdullah dalam tempoh 2 minggu bermula 13 Feb. 5. Lebihan guru j-QAF di Bachok kerana mengikut unjuran JPN, Bachok hanya layak guru seramai 132 orang sahaja sedangkan bilangan guru j-QAF Bachok ialah 137 dan terdapat beberapa guru j-QAF secara sukarela bersetuju untuk ditukar ke PPD lain. 6. Bilik j-QAF perlu dihias dan diletak visi dan misi JPN Kelantan serta Slogan jQAF Tidak Boleh Gagal. 7. Pihak j-QAF PPD Bachok bersama dengan Pegawai Kafa akan turun ke sekolah untuk melakukan pemantauan tentang pelaksanaan Program Tasmi secara kolaborasi dan untuk melihat segala maklumat yang dikehendaki tersedia Sila rujuk Buku Program j-QAF 2012 JPN Kelantan. 8. Peribadi dan tingkahlaku guru j-QAF juga turut ditegur untuk memelihara imej PPD Bachok. 9. PPD Bachok juga akan mengadakan pemantauan Program Menuju Puncak j-QAF 2012 yang akan dipantau oleh Pegawai Khas j-QAF bersama Pegawai Agama Ustaz Mohd Zin dan Pegawai Kafa Ustaz Idris 10. Beberapa orang guru mengemukakan pandangan tentang hubungan GPI dengan guru j-QAF disekolah mereka untuk tindakan pihak Pegawai j-QAF Majlis bersurai jam 4.15 petang dan dijamu laksa penang di kantin PPD.

You might also like