You are on page 1of 6

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

BAB 8 & 9

SJKT LADANG BANOPDANE, JALAN TELUK INTAN, 35500 BIDOR

ABD0106
BAB 8
PENGURUSAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Pengurusan PBD di Peringkat Sekolah


I) PBD merupakan salah satu agenda tetap dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran.
II) Perancangan PBD harus disediakan oleh setiap panitia mata pelajaran
dan boleh digabungkan menjadi satu perancangan PBD di peringkat
sekolah. Perancangan ini perlu dibincangkan dalam Jawatankuasa
Kurikulum Sekolah dari aspek kemahiran guru, proses pelaksanaan dan
pelaporan PBD.
III) Satu mekanisme diwujudkan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan
masalah, membuat keputusan serta melaksanakan penambahbaikan
berterusan berkaitan pengurusan PBD, guru boleh membincangkan
isu/cabaran, misalnya di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
IV) Bantuan teknikal diberi dari aspek kaedah PBD, pembinaan instrumen,
kaedah moderasi, perekodan serta pelaporan (dalam templat excel).
V) Penjaminan Kualiti PBD dijalankan, penjaminan kualiti PBD di sekolah
diterangkan di bahagian 5.2.
Pengurusan PBD di Peringkat PPD
• Pemantauan pelaksanaan PBD di setiap sekolah untuk memastikan
sekolah melaksanakan PBD dengan berterusan, berkesan dan berkualiti.
• Sesi perkongsian ilmu tentang PBD yang merangkumi amalan terbaik
serta sesi penyelesaian masalah dalam kalangan Pengetua Guru Besar
(PGB) dan guru dari sekolah-sekolah dalam daerah serta pelibatan
jemputan pakar luar.
• Lawatan kunjung bantu ke sekolah diaturkan untuk memantau
pelaksanaan PBD serta memberi bimbingan (coaching and mentoring)
kepada guru di sekolah
Pengurusan PBD di Peringkat JPN
• PBD dijadikan sebagai salah satu agenda dalam dialog prestasi bersama
PPD
• Memastikan perekodan dan pelaporan PBD dilaksanakan oleh setiap
sekolah dalam setiap daerah
• Penyampaian maklumat terkini tentang PBD daripada KPM kepada PPD
dan sekolah
• Pengumpulan isu dan cabaran pelaksanaan PBD di sekolah serta
cadangan penambahbaikan dari semua daerah ke peringkat KPM
BAB 9
PENGURUSAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

PENUTUP
• PBD merupakan satu komponen dalam PBS yang dilaksanakan berterusan dalam
PdPuntuk mengukuhkan pembelajaran dan penguasaan murid di samping
meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.
• Pelaksanaan PBD memerlukan guru memahami Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran dan Standard Prestasi di samping pelbagai kaedah pentaksiran.
• Laporan pentaksiran seperti Tahap Penguasaan murid juga perlu dimaklumkan
kepada murid dan ibu bapa agar semua pihak tahu dan seterusnya boleh
mengambil tindakan susulan yang sesuai ke arah meningkatkan penguasaan murid
dalam pembelajaran mereka.
• Pentaksiran merupakan sebahagian daripada PdP.
• Pentaksiran dalam bilik darjah ini menyumbang kepada pembentukan modal insan
yang holistik dan seimbang seperti dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
SEKIAN……

You might also like