You are on page 1of 14

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR: SATU ULASAN DALAM PENDIDIKAN SEMASA Sabar Afifuddin Bin Ahmad Sobri, Mohd Taufek

Bin Mohd Noh, Fatimah Zahra Binti A.Jamil, Zuazlina Binti Mohd Sadri FAKULTI PENDIDIKAN , UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ABSTRAK Kertas ini mengulas tentang kaedah, teknik atau pendekatan yang berkaitan dengan pembelajaran berpusatkan pelajar juga menyentuhlatar persoalan kajian. Setiap kaedah atau teknik yang diwujudkan, lahir daripada kajian terhadap masalah atau isu yang berkaitan dengan penagajaran dan pembelajaran. Data menunjukkan pencapaian pelajar berbeza apabila kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru adalah lebih berpusatkan pelajar, sebagai mana dapatan kajia oleh Affandi bin Ag. Ghani dalam tesis yang bertajuk Persepsi pelajar terhadap penggunaan buku teks jawi Pendidikan Islam dalam pembelajaran: Satu kajian ke atas pelajar tingkatan 4 mendapati Guru yang menggunakan buku teks sepenuhnya dalam pengajaran akan menyebabkan timbulnya rasa bosan di kalangan pelajar terutamanya bagi pelajar yang cergas.. Selain itu, kaedah yang dinyatakan dalam ulasan ini disertakan dengan definisi dan ciri-ciri penting kaedah pembelajaran yang berkesan.

1.0

Pengenalan Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang

berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru.Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah autonomous dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran.Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada berpusat murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur
1

dan kematangan pelajar. Ilustrasi di bawah menunjukkan satu kontinum pergerakan pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid.

Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah, iaitu teknik dan pendekatan. Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Melihat
2

kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran. Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain.

2.0

Latar Belakang Masalah

Kaedah pengajaran yang tidak berkesan dan membosankan merupakan salah satu punca matapelajaran pembelajaran tidak diminati. Menurut Koh Boh Koon (1992) proses pengajaran di dalam kelas seharusnya melibatkan dua pihak guru-pelajar. Sekiranya guru hanya menitikberatkan menghabiskan silibus berbanding aspek penghayatan dan penerapan nilai agama boleh menyebabkan interaksi dua hala ini hilang fokus. Kesannya pelajar hilang minat (Atan Long, 1982) Antara dilema yang dihadapi oleh pelajar masa kini ialah hilangnya konsep tadib dalam pendidikan. Pendidikan itu hanya berbentuk pembelajaran untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan tetapi kurang memberikan penekanan terhadap mendidik, mengajar adab serta membentuk akhlak. Berbalik, masalah yang utama iaitu kebanyakan penerapan dan penggunaan kaedah, strategi dan teknik mengajar oleh guruguru tidak dapat menarik minat pelajar
3

Punca utama pelajar menjadi bosan atau tidak berminat untuk mengikuti sesuatu mata pelajaran ialah kurangnya pemahaman yang akan berakhir dengan kekecewaan dan kebencian terhadap mata pelajaran tersebut. Ianya berpunca daripa kurangnya penerapan pembelajaran berpusatkan pelajar, tetapi lebih kepada berpusatkan guru. Kaedah tradisional yang digunakan kebanyakan guru iaitu kaedah kuliah dan kaedah penerangan terutamanya yang lebih berbentuk teori dan fakta akan membuatkan pelajar bosan dan kurang berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Guru banyak menggunakan kaedah penerangan di dalam kelas (kuliah/ syarahan). Ilmu lebih berbentuk hafalan di mana guru lebih kepada pendekatan meminta pelajar membuat nota dan hafal. Tiada berbincangan secara berkumpulan di kalangan pelajar digalakkan untuk membolehkan berlakunya proses penukaran. Pelajar lebih banyak bergantung kepada guru untuk memahami sesuatu topik yang diajar Pengajaran kadang kala membosankan keranan tiada aktiviti yang melibatkan penglibatan aktif pelajar dibuat. Guru lebih menumpukan kepada penyediaan dari segi nota yang lengkap dan kerja rumah/ latihan secara individu. Pengajaran guru banyak bergantung kepada buku teks tanpa sebarang aktiviti yang menarik Masalah ini dibuktikan melalui satu kajian yang telah dilakukan oleh Affandi bin Ag. Ghani dalam tesis yang bertajuk Persepsi pelajar terhadap penggunaan buku teks jawi Pendidikan Islam dalam pembelajaran: Satu kajian ke atas pelajar tingkatan 4, Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai, Johor Bahru. Petikan di dalam tesis beliau menyebut Semasa proses pengajaran dalam kelas, guru lebih suka menggunakan buku teks sebagai bahan pengajaran yang utama. Guru yang menggunakan buku teks sepenuhnya dalam pengajaran akan menyebabkan timbulnya rasa bosan di kalangan pelajar terutamanya bagi pelajar yang cergas. Oleh itu, guru mestilah merancang kaedah, bahan, dan aktiviti yang sesuai bagi menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Aktiviti dan latihan juga perlulah dipelbagaikan dan bukannya hanya tertumpu kepada buku teks semata-mata. Justeru, jelaslah bahawa kaedah pengajaran dan masa kini perlu mengalami proses tranformasi. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru perlu diubah kepada berpusatkan pelajar bagi memastikan mereka memahami dan merasakan keperntingan subjek ini bukan sahaja di dalam peperikasaan tetapi di dalam pengamalan
4

kehidupan

sebenar.

Transformasi

dan

penambahbaikan

yang

dilakukan

akan

mememastikan pelajar-pelajar meminati subjek ini sekaligus merubah paradigma mereka sebelum ini terhadap subjek Pendidikan Islam.

3.0

Pernyataan Masalah Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan

pendekatan digunakan. Kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guru hanyalah ke arah menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun. Apa yang terjadi adalah proses pembelajaran hanya berlaku secara dasar sahaja. Tidak mementingkan pemahaman pelajar samada benar-benar menguasai kemahiran atau pun tidak. Adakalanya setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar konteks sebenar. Persembahan pengajaran yang hanya melibatkan guru semata-mata memberi implikasi yang kebanyakannya pelajar tidak melibatkan diri secara aktif sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sewaktu P&P dijalankan, mereka seringkali mengantuk, bermain, bersembang dan tidak menumpukan perhatian kerana pengajaran hanya satu hala sahaja tanpa melibatkan penyertaan aktif pelajar. Selain itu, didapati kaedah penyampaian objektif pengajaran seperti ini tidak begitu berkesan mungkin kerana kaedah yang kurang bersesuaian. Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar. Kaedah ini boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan kreativiti pelajar supaya pelajar dapat menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala antara guru dan pelajar dalam aktiviti soal jawab amat sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan berbanding dengan strategi berpusatkan guru dan matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran kritis serta kreatif.

Dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar , pelajar-pelajar akan diberi tugasan tertentu sama ada secara individu atau kumpulan dan mengikut tahap kebolehan pelajar. Pelajar kemudiannya akan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber untuk menyiapkannya. Semasa proses menyiapkan tugasan, pelajar-pelajar digalakkan sentiasa berhubung dengan guru. Dalam perkembangan berkaitan, guru berperanan sebagai fasilitator dan satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah guru mesti memantau proses yang dilakukan oleh pelajar sepanjang masa dan secara berterusan. Dengan lain perkataan, guru hendaklah memastikan diri mereka mudah diakses oleh para pelajar pada setiap masa dan untuk tujuan tersebut, Langkah yang terakhir dalam pembelajaran berpusatkan pelajar ialah

pembentangan hasil tugasan Semasa pembentangan, rakan-rakan sebaya digalakkan memberi pendapat, pandangan atau mengemukakan soalan. Ini akan menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis di kalangan para pelajar. Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah dilatih dengan kemahiran berfikir pada peringkat yang lebih tinggi. Pelajar harus dilatih dengan kemahiran berfikir secara kritikal, menganalisa maklumat serta mengsistesiskan maklumat bagi menyelesaikan masalah dalam pelbagai konteks. Oleh itu, kajian harus dijalankan untuk melihat sejauh manakah keberkesanan pembelajaran berpusatkan pelajar di dalam pengajaran Pendidikan Islam.

4.0

Pembelajaran berpusatkan pelajar

Keefe, 1979 dalam Suhaida Abdul Kadir, 2006. Strategi pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang pelajar untuk memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran). seseorang pelajar dikatakan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri, tetapi guru juga memainkan peranan yang penting sebagai penggalak dan pemudahcara melalui pelbagai strategi pengajaran yang digunakan (Giam Kah How, 2000). Definisi khas bagi Pembelajaran berpusatkan pelajar ialah Tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagai individu, memberi pilihan kepada pelajar jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari, serta mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan persekitaran positif yang melibatkan penilaian berterusan dengan sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Definisi Pembelajaran berpusatkan pelajar juga boleh dijelaskan dengan erti kata lain, pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya dengan terlibat dalam komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Selain itu, guru melibatkan pelajar secara terus dalam menemui pengetahuan iaitu dengan bertindak hanya sebagai fisilitator manakala pelajar yang mencari dan menentukan sumber dan bahan pengajaran mereka sendiri, guru hanya memantau contohnya dengan mencadangkan bahan- bahan penagajaran dan pembelajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada pelajar dan seterusnya menberikan pemahaman konsep baru yang mendalam kerana pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial; menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai sumber dan menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pemnbelajaran. Selain itu, Pembelajaran berpusatkan pelajar mewujudkan pengalaman

pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini turut memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas serta melibatkan mereka dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan
7

mereka sendiri. Namun begitu guru perlu mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka Menurut Syidam Abdullah, 2008 terdapat beberapa prinsip pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu :
i.

Daya berfikir, minat dan perbezaan individu pelajar merupakan pertimbangan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

ii. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang untuk melibatkan pelajar

secara aktif, dimana guru hanya sebagai fasilitator.


iii. Pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberi keutamaan.

iv. Penekanan diberikan terhadap penilaian kendiri. Menurut Freiberg, 1996 dalam Giam Kah How, 2000 terdapat strategi yang berpusatkan pelajar seperti main peranan, simulasi dan pengajaran reflektif. Di sini, disenaraikan antara strategi pembelajaran berpusatkan pelajar antaranya adalah:

i. Kaedah Koperatif Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya (Suhaida Abdul Kadir, 2002) .Ciri-ciri penting kaedah koperatif ialah sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja iaitu ketua kumpulan. Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja, semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut, juga dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsi dikalangan pelajar. Guru perlu prihatin untuk memberikan ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat. Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama,, bertolak ansur dan tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai serta guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif.
8

ii. Pendekatan Kumpulan Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi kemasyarakatan dan dinamik kumpulan. Ciri-cirinya, aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah memilih prosedur pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik, tanggung jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulan, penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan, kerja kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi tanggungjawab, Semangat berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk. Selain itu, kelebihan pengajaran secara kumpulan ialah membolehkan pelajar, mengenalpasti, masalah secara koperatif iii. Teknik Perbincangan Perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar berinteraksi sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu atau masalah. Ciri-ciri Pentingnya, pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu topik dan guru bersama pelajar akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan, pelajar akan memberi reaksi atau tindakbalas tentang topik atau masalah dan perbincangan dilaksanakan dibawah kawalan guru, perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan sebarang situasi bilik darjah dan tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah (Azela Abdullah, 2009). iv. Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif and langkahlangkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ia juga adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan satu-satu situasi yang sukar, mengatasi halangan, menghasilkan sesuatu yang diingini, dan menyelesaikan sesuatu yang rumit.
9

menganalisis dan menyelesaikan

Aspek penting yang perlu diketahui ialah Tujuan penyelesaian masalah ialah ia membolehkan pelajar berfikir secara rasional, logik dan objektif apabila menghadapi masalah, mempertingkatkan daya berfikir pelajar secara kreatif dan kritis dan kelebihannya adalah mewujudkan proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan mengakibatkan penglibatan aktif pelajar dalam pelajaran. v. Kaedah Simulasi Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masingmasing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ciri-ciri Pentingnya, ia merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. peserta belajar daripada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya, dalam simulasi, peranan peserta agak luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat keputusan, peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi, tujuan simulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi dan memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan, kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara kreatif, analisis dan kritis.
vi. Kaedah Strategi Main Sambil Belajar

Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaranpembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa, permainan manipulatif termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak, permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal, permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna,
10

kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain dan ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah. vii. Kaedah Projek Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M. 1997). Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu. Ciri-ciri Pentingnya, tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek, membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif menghasilkan sesuatu projek, memperkembangkan ia juga dalam

pembelajaran melalui

pengalaman melaksanakan aktiviti, projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar, bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperolehi, projek yang sesuai dengan objektif pelajaran, kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan dan kepuasan jika dapat meyelesaikan projek serta pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan. viii.Kaedah Lawatan Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar. Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah, tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsungmenggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada pembelajaran, memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku, kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan disekolah.

11

Kesimpulan Pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu medan, tempat melahirkan insan-insan berkualiti mulia, sebagaimana yang diharapkan di dalam falsafah pendidikan Negara. Selaras dengan itu, isu kaedah pengajaran merupakan isu yang tidak lapuk, ia sentiasa dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan kualiti pendidikan Negara berada ditahap yang diharapkan.

12

Bibliografi Abu Saleh, Muhibuddin Ahmad (1988). Asasiyat fi turuq at-tadris al-`ammah. Riyadh: Dar Al-Huda. Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Azela Abdullah, 2009. Kepelbagaian, Gaya Pembelaran Dan Budaya. Diterima Daripada http://www.scribd.com/doc/21849091/kepelbagaian-pelajar-di-sekolah . Pada 11/01/2010. Azman Wan Chik (1987). Kaedah hayati amali. Kuala Lumpur: Karya Bistari. Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Antara,. Mahfuzdh Shalahuddin (1987). Metodologi Pendidikan Islam. Surabaya: Bina Ilmu. Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran dalam bilik darjah, kaedah & strategi. Kajang: Masa Enterprise. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann, ctk. 4. Suhaida Abdul Kadir et.al, 2006. Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif terhadap Prestasi Pelajar Dalampendidikan Perakaunan. Universiti Putra Malaysia: Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya. Suhaida Abdul Kadir, 2002. Perbandingan Pembelajaran Koperatif Dan Tradisional]

13

Terhadap Prestasi, Abtribusi Pencapaian,Konsep Kendiri Akademik Dan Hubungan Social Dalam Pendidikan Perakaunan. . Universiti Putra Malaysia, tidak diterbitkan. Syidam Abdullah, 2008. Pembelajaran Berpusatkan Pelajar. Diterima daripada http://www.scribd.com/doc/8535938/PB-Berpusat-Pelajar. pada 11/01/2010. Pada 11/01/2010.

14

You might also like