You are on page 1of 13

e-TUITION IN ARABIC PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB MENGGUNAKAN ICT DI MAKTAB SABAH Norazamudin Umar Maktab Sabah,

Kota Kinabalu 1. 0 PENGENALAN

Bahasa Arab Komunikasi merupakan salah satu dari subjek yang diajar di sekolahsekolah. Kurikulum Bahasa Arab mula diperkenalkan secara rasmi oleh Kementerian Pelajaran pada 1 Januari 1977 seiring dengan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Malaysia. Sejak itu Bahasa Arab terus berkembang dalam sistem pendidikan. Sehingga kini Bahasa Arab diajar di SMKA , Kelas Aliran Agama(KAA) dan Sekolah Menengah Agama kerajaan negeri bagi sekolah menengah. Bahasa Arab turut diajar sehingga tahun enam di beberapa buah sekolah rendah yang terpilih. Mulai 2005, Bahasa Arab Komunikasi menjadi matapelajaran wajib bagi tahun satu melalui program j-QAF. Status Bahasa Arab dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pendidikan 1996 berikut: Syeksyen 2 (d) di mana kemudahan bagi pengajaran :seperti

(iii)

Bahasa Arab, Jepun, Jerman atau Perancis atau mana-mana bahasa asing lain boleh diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian.

Perlaksanaan Bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah dinyatakan dalam peraturan pendidikan(Kurikulum Kebangsaan) 1997- Jadual 3, Jadual 8 dan Jadual 9 seperti berikut: (a) Bahasa Arab Komunikasi sebagai mata pelajaran tambahan (b) Bahasa Arab Tinggi sebagai mata pelajaran elektif. Bahasa Arab Komunikasi mula diperkenalkan di Maktab Sabah mulai tahun 1996. Maktab Sabah merupakan salah sebuah sekolah yang mempunyai Kelas Aliran Agama (KAA) yang terdapat di negeri Sabah. Mulai 2004, panitia Bahasa Arab mula menggunakan pendekatan

baru dalam pedagogi pengajaran Bahasa Arab Komunikasi menggunakan ICT di atas nama program e- Tuition in Arabic. Kertas penyelidikan ini ditulis untuk meninjau keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran Bahasa Arab Komunikasi di Maktab Sabah.

2.0

PERNYATAAN MASALAH Tinjauan awal kajian ini dibuat untuk mengesan punca-punca pelajar-pelajar kurang

berminat mempelajari Bahasa Arab. Aspek yang dikaji ialah: (a) Masalah pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (b) Amalan pengajaran guru. Berdasarkan tinjauan dan pemerhatian yang dilakukan, dapatlah dirumuskan seperti berikut: 2.1 Setiap kali guru Bahasa Arab Komunikasi(BAK) ingin masuk ke kelas, guru-guru terpaksa menyediakan bahan-bahan untuk menarik perhatian pelajar mempelajari BAK. Guru-guru perlu menyediakan bahan-bahan seperti rakaman pita kaset, kad manila, kertas mahjung dan gambar sebelum masuk ke kelas. Bahan-bahan yang dihasilkan pula tidak tahan lama, pada tahun berikutnya guru-guru sekali lagi menghabiskan masa untuk menyediakan bahan yang sama. 2.2 Masalah penumpuan guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran menyebabkan guru

mengabaikan kemahiran-kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh pelajar. 2.3 Pelajar dan guru hanya bergantung pada buku teks sahaja. Hal ini berpunca dari guru-guru yang kadang-kadang kesuntukan masa untuk menyediakan bahan-bahan bantu mengajar. Ini disebabkan oleh beban tugas guru yang banyak menyukarkan guru untuk menyediakan bahanbahan tersebut. Situasi di atas menyebabkan pengajaran dan pembelajaran menjemukan. Pelajar menjadi kurang berminat, cuai, tidak peka dengan apa yang diajar dan kurang menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. 2.4 Kekurangan bahan-bahan latihan dan buku kerja yang sesuai bagi matapelajaran

Bahasa Arab Komunikasi di pasaran tidak seperti subjek yang lain. Guru-guru dan pelajar menghadapi masalah mendapatkan buku kerja yang sesuai. Perubahan sukatan pelajaran (semakan) sudah tentu memerlukan bahan-bahan yang baru untuk digunakan oleh pelajar. 2.5 Pelajar tidak mampu memperolehi keputusan akademik yang cemerlang dalam Bahasa Arab walaupun mereka terdiri dari pelajar yang terpilih. Pelajar-pelajar yang megikuti kelas ini adalah terdiri dari pelajar yang mendapat sekurang-kurangya 2A dalam UPSR dan mendapat gred minimum C dalam tiga mata pelajaran yang lain. Pelajar yang mengikuti kelas ini disyaratkan mahir dalam membaca al-Quran, membaca dan menulis jawi. Bagi menangani masalah yang dihadapi, program e-Tuition in Arabic dilaksanakan. Program ini meliputi beberapa aktiviti iaitu : (i) Pengajaran dan pembelajaran projek Transaksi BAK Tingkatan satu Tahbib al-Lughah alArabiyyah menggunakan ICT. (ii) Penggunaan program power point bagi teks-teks yang terdapat dalam buku teks tingkatan satu, dua dan tiga. (iii) Penggunaan CD pendidikan kanak-kanak yang dihasilkan di negara-negara timur tengah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (iv) Program Out reach (v) Program al-Lubah al-Lughawiyah menggunakan ICT. Program-program di atas dibangunkan menggunakan elemen-elemen dalam multimedia iaitu: (a)Teks : Teks merupakan salah satu cara manusia berkomunikasi dan berkongsi maklumat, pengetahuan dan juga perasaan. Dalam teknologi multimedia, teks memainkan peranan penting dalam menyalurkan informasi kepada murid. Teks-teks yang dihasilkan digabungkan dengan elemen-eleman multimedia yang lain. (b)Grafik : Grafik ialah penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Elemen ini juga penting bagi menambah daya tarikan kepada pengajaran di samping mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat . Program ini menggunakan beberapa jenis grafik iaitu gambar foto, gambar lukisan dan gambar kartun. Gambar-gambar tersebut terdiri dari beberapa format fail grafik seperti BMP(Bitmat), JPEG(Joint Photographic Experts Group) dan WMF (Window Metafile Format).

(c) Audio : Audio atau bunyi merupakan salah satu cara paling berkesan menarik perhatian pelajar. Audio mampu meningkatkan minat dan perhatian murid dan menjadikan persembahan dalam pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Program ini menggunakan dua bentuk audio iaitu sound effect dan rakaman wav. (d)Video : Program ini memasukkan unsur video dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Penggunaan video penting kerana video mampu membawa unsur menyerupai keadaan sebenar di samping mampu menarik perhatian dan emosi pelajar. (e) Animasi : Animasi berasal daripada perkataan latin yang membawa erti dihidupkan. Animasi merujuk kepada satu perbuatan atau proses menjadikan sesuatu agar kelihatan hidup. Animasi memainkan peranan penting sebagai daya tarikan proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan animasi akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai unsurunsur yang menggembirakan.

Berikut adalah huraian komponen-komponen yang terdapat dalam program e-Tuition in Arabic. 1) Pengajaran dan pembelajaran projek Transaksi BAK Tingkatan satu Tahbib alLughah al-Arabiyyah menggunakan ICT . Masyru Tahbib al-Lughah al-Arabiyyah yang merupakan projek yang digubal oleh Unit Bahasa Arab, Bahagian Pendidikan Islam dan Moral telah dilancarkan pada awal tahun 1990. Program ini dilaksanakan antara 4 hingga 5 minggu mulai hari pertama pelajar-pelajar tingkatan satu berkenalan dengan BAK. Projek ini mempunyai prinsip-prinsip berikut: (a) Selama tempoh perlaksanaan projek ini, pelajar didedahkan dengan suasana bahasa Arab secara terus di dalam dan luar kelas. (b) Buku teks tidak digunakan. (c) Pelajar diperkenalkan dengan Bahasa Arab melalui kemahiran mendengar, bertutur, mengajuk, bermain, berlakon sambil menghafaz perkataan dan ungkapan tertentu seperti yang dirancangkan. (d) Kemahiran menulis dihadkan kepada yang paling minimum. (e) Penilaian hanya dibuat secara pemerhatian.

Melalui program e-Tuition in Arabic guru menggunakan bahan-bahan ICT sebagai bahan bantu mengajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam program Tahbib Lughah. Bahan-bahan ICT digunakan sebagai satu cara yang berkesan untuk menarik perhatian pelajar sesuai dengan objektif perlaksanaan program Tahbib Lughah. 2) Penyediaan Teks dalam Buku Teks menggunaan perisian power-point Program e-Tuition in Arabic membentangkan teks-teks yang statik dalam buku teks tingkatan satu, dua dan tiga kepada bentuk yang lebih menarik melalui perisian Microsoft powerpoint. Setakat ini 30 teks tingkatan dua sudah disediakan manakala teks bagi tingkatan satu dan teks tiga masih lagi dalam proses pembangunan. 3) Program Out Reach Program out reach merupakan program percambahan minda. Program ini dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan dan kemanfaatan program yang dilaksanakan dapat diperluaskan di sekolah-sekolah sekitar Maktab Sabah. Program ini melibatkan : (a) Guru-guru Bahasa Arab sekitar Kota Kinabalu. (b) Pelajar Maktab Sabah dan sekolah-sekolah berdekatan. Program ini bertujuan berkongsi pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab berasaskan ICT. Antara aktiviti yang melibatkan guru ialah Bengkel Penyediaan Bahan ICT dan ceramah pengajaran Bahasa Arab berasaskan ICT. Aktiviti yang melibatkan pelajar pula meliputi Bengkel skor A Bahasa Arab Komunikasi, Kelas Intensif Bahasa Arab berasaskan ICT dan Mukhayyam(Kem) Multimedia Bahasa Arab.

4) Program al-Lubah al-Lughawiyah menggunakan ICT Al-Lubah al-Lughawiyah ialah kaedah permainan bahasa yang melibatkan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran bahasa yang mempunyai unsur-unsur permainan yang menghiburkan. Melalui kaedah ini pelajar dapat mempraktikkan kemahiran-kemahiran Bahasa

Arab dengan cara yang lebih menarik. Kaedah ini penting bagi menarik minat murid mempelajari Bahasa Arab.( JAPIM(2004): hal.22.) Setakat ini beberapa komponen permainan bahasa menggunakan pendekatan ICT telah dihasilkan. Komponen tersebut ialah: (a)Miftah al-Kanz ( Kunci perbendaharaan) Program ini merupakan adaptasi dari rancangan roda impian. Pelajar diberi peluang untuk meneka huruf sehinggalah terbentuk satu ayat yang betul. Pertandingan dijalankan mengikut kumpulan. Kumpulan yang berjaya memperolehi markah tertinggi dikira sebagai pemenang. (b) Takhmin al-Aswat( Teka suara) Melalui permainan ini pelajar diminta mendengar sound effect tertentu seperti bunyi haiwan atau kenderaan seterusnya mereka diminta untuk menyebut perkataan dalam Bahasa Arab. (c) Ikhtar al-Jumlah al-Sahihah ( Pilih ayat yang betul) Permainan di atas menggunakan klip video. Pelajar diminta memerhatikan video dan memilih ayat yang paling tepat berkaitan video. d) Ikhtibar al- Zakah (Kuiz) Permainan ini mengandungi empat puluh soalan yang menguji perbendaharaan pelajar. Setiap soalan mempunyai empat pilihan iaitu A, B, C, D. Sekiranya pelajar memilih jawapan yang betul mereka diberi dua markah dan akan diberitahu bahawa jawapan mereka betul. Sebaliknya sekiranya jawapan murid salah, maka mereka akan diberitahu bahawa jawapan mereka salah.

3.0 REKABENTUK DAN METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan satu kajian awal untuk mengkaji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi menggunakan bahan-bahan ICT. Dalam kajian ini kaedah persampelan data secara kuantitatif dan kualitatif telah digunakan. Data kuantitatif telah ditadbirkan dengan menggunakan soal selidik . Data kualitatif pula berdasarkan keputusan peperiksaan dan pemerhatian kebolehan pelajar bertutur dalam Bahasa Arab.

Rekabentuk Kajian Kajian ini dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan borang soal-selidik sebagai alat untuk memungut maklumat serta data. Kajian meliputi kaedah pengajaran, penggunaan bahan-bahan ICT serta latihan yang disediakan. Lokasi Kajian Lokasi kajian adalah di Maktab Sabah yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi berasaskan ICT. Sampel Sampel kajian terdiri daripada 17 orang pelajar Bahasa Arab tingkatan satu 2004 dan tingkatan dua 2005 terdiri dari 12 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan. Pelajar-pelajar ini adalah pelajar yang mengikuti kelas Aliran Agama. Instrumen Instrumen kajian adalah meliputi 5 item berkaitan strategi pengajaran e-Tuition in Arabic . Item mengandungi lima skala iaitu amat setuju(AS), setuju(S), sederhana setuju(SS), tidak setuju(TS) dan amat tidak setuju(ATS). 4.0 DAPATAN KAJIAN Berdasarkan analisis yang dibuat, kajian mendapati : 4.1 Peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. (a) Pelajar menunjukkan minat yang tinggi terhadap Bahasa Arab. Satu kajian telah dijalankan terhadap 17 orang pelajar yang mengikuti program ini dan mendapati pelajar berpuas hati terhadap program yang dilaksanakan. Jadual di bawah menunjukkan jawapan responden terhadap item-item yang dikemukakan.

Item 1. 2. 3.

4. 5. 6.

Pernyataan Saya suka kaedah guru membimbing yang digunakan dalam proses pembelajaran e-Tuition in Arabic Saya suka kaedah penyampaian guru berbantukan ICT Pengajaran dan pembelajaran guru melalui contoh yang disediakan dalam e-Tuition banyak membantu pemahaman saya Saya suka mata pelajaran disampaikan oleh guru dengan menggunakan gabungan pelbagai cara berasaskan ICT Saya suka membuat latihan yang disediakan oleh guru dalam e-Tuition in Arabic Min Keseluruhan

ATS

TS

SS

S AS Min (35.3%) (64.7%) 4.64 (29.4%) (70.6%) 4.7

(5.9%) (35.3%) (58.8%) 4.53

(41.2%) (58.8%) 4.59 (5.9%) (58.8%) (35.3%) 4.29 4.55

Jadual di atas menunjukkan: 1. Kajian kepada 17 orang pelajar Kelas Aliran Arab(KAA) mendapati bahawa kelima-lima item soal selidik yang dikemukakan telah menunjukkan ke arah positif pada aras tinggi 4 dan 5. 2. Item pertama yang diperolehi dari responden mendapati 64.7% amat setuju dan 35.3% setuju. Ini jelas menunjukkan pelbagai kaedah yang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran berasas e-Tuition in Arabic menunjukkan keberkesanannya. 3. Item kedua pula menunjukkan 70.6% responden amat setuju dan 29.4% setuju. Ini menunjukkan bahawa para pelajar berminat dengan kaedah pelbagai cara penyampaian berasaskan ICT. 4. Item ketiga yang diperolehi dari responden mendapati 58.8% amat setuju dan 35.3% setuju dan 5.9% sederhana setuju. Berasaskan data ini menunjukkan bahawa tahap pemahaman pelajar sangat tinggi dengan menggunakan e-Tuition in Arabic. 5. Item keempat menunjukkan 58.8% responden amat setuju dan 41.2% setuju. Berasaskan data, ini menunjukkan bahawa para pelajar sangat minat guru menggunakan pelbagai cara berasaskan ICT.

6. Item kelima pula menunjukkan 35.3% amat setuju, 58.8% setuju dan 5.9% sederhana setuju. Data menunjukkan pelajar berminat dan latihan yang diberikan memberi kesan. 7. Data menunjukkan min keseluruhan responden berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.55. (b) Guru dapat menggunakan kepelbagaian teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Dalam bilik darjah persembahan visual merangkumi penggunaan animasi, audio dan video menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran. (c) Guru dan pelajar tidak hanya bergantung kepada buku teks. Pendekatan pengajaran dalam e-Tuition in Arabic

menggunakan ICT memindahkan maklumat daripada buku teks yang statik kepada suatu corak pembelajaran baru yang lebih manarik dengan bantuan media tambahan selain dari teks seperti audio, video, animasi dan grafik. 4.2 Peningkatan Prestasi Akademik (a)Prestasi akademik pelajar juga meningkat perlaksanaan program ini seperti dalam jadual dibawah : BIL NAMA SEMESTER SATU2004 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 Abdul Hadi Ujang Ag Mohd Aizat Awang Hamizan Afiq Mohd Ikhwan Hajini Mohd Ikhwan Ahmad Nasir Mohd Irsyad Islam Mohd. Khairil Hj Rumaling Mohd Syafiq Izwazie Musrameer Rasad Zaim Zharfan Zubayr Mursyidi Maryam Sofiah Amat Said Natasha Elida Ali Hussin Nur Syafiqah Sugang Nurilya Izzati Mohd Azhar Syafeeqa bt Yaakob Mohd Haziq Hazlan B A A A B A C A A D C A A B A A SETARA 2 2004 A A A A A A A A A A A A A A A A B AKHIR TAHUN A A A A A A A A A A A A A A A B B SEM.1 (2005) A B A A A A A A B B A A A A B C

Jadual 2: Jadual menunjukkan perbezaan pencapaian pelajar sebelum dan selepas perlaksanaan program Catatan : Semester satu sebelum program, manakala ujian setara dua, akhir tahun dan semester pertama 2005 selepas perlaksanaan pengajaran Bahasa Arab berasaskan ICT. (b)Penilaian prestasi juga dibuat melalui pemerhatian dan mendapati pelajar boleh berkomunikasi dalam perbualan-perbualan ringkas. 5.0 IMPLIKASI Keputusan kajian ini mendapati beberapa implikasi , di mana ianya memberi kelebihan dan kebaikan kepada guru-guru, murid-murid, sekolah, jabatan pelajaran dan seterusnya kementerian dalam menghasilkan kaedah pengajaran serta bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat. Guru-guru yang mengendalikan program ini dapat menjimatkan masa bahkan dapat menghabiskan sukatan pelajaran dengan lebih efisyen. Begitu juga dari segi kos yang digunakan untuk penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dijimatkan. Penggunaan bahan ICT jauh lebih jimat dari penggunaan kertas, dakwat marker, kad manila dan sebagainya. Bahan-bahan yang disediakan menggunakan kad manila dan kertas mahjung biasanya tidak boleh digunakan untuk tempoh jangka panjang.Pengajaran dan dapat dilaksanakan dengan lancar dan lebih banyak teks yang dapat pembelajaran. pembelajaran

diajar. Kajian juga

menunjukkan terdapat sedikit peningkatan dari segi pencapaian murid dan kaedah pengajaran dan

6.0 KESIMPULAN ` Pengajaran Bahasa Arab Komunikasi berasaskan penggunaan teknologi maklumat adalah sejajar dengan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pendidikan. Berdasarkan dapatan kajian ini, berikut adalah beberapa cadangan iaitu: (a) Program ini bukan hanya untuk mata pelajaran Bahasa Arab sahaja tetapi untuk mata pelajaran bahasa yang lain terutamanya yang termasuk dalam kumpulan bahasa-bahasa asing.

10

Guru-guru tidak sepatutnya bergantung pada buku teks semata-mata sebaliknya perlu memanfaatkan bahan-bahan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. (b)Pihak-pihak seperti Jabatan Pendidikan Islam dan Moral(JAPIM) dan Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral(SPPIM) perlu mewujudkan satu pasukan menghasilkan bahan-bahan berasaskan teknologi maklumat memandangkan bahan-bahan bagi matapelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam sangat terhad. Dengan wujudnya pasukan ini, lebih banyak bahan-bahan dapat dihasilkan. (c) Memberikan kursus-kursus kepada guru-guru Bahasa Arab yang tidak mempunyai asas kemahiran komputer. Kelemahan ini menyebabkan guru-guru tersebut tidak dapat menggunakan aplikasi komputer. Akhirnya usaha pengintegrasian teknologi maklumat dalam pendidikan negara perlu diperkasakan dengan melahirkan guru-guru yang celik IT bukannya guru yang masih bergantung kepada bahan-bahan konvensional yang masih menggunakan kaedah Chalk dan Talk. Semoga hasrat kerajaan ingin membentuk masyarakat yang berbudaya ilmu dan berteknologi tinggi menjadi kenyataan.

BIBLIOGRAFI Baharuddin Aris et.al(2001), Sistem Komputer dan Aplikasinya, Kuala Lumpur: Venton Publishing. Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir(2000), Pengenalan Kepada Multimedia, Kuala Lumpur: Venton Publishing.

11

. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia(JAPIM)(2002a), Manual Kursus Pendedahan Kurikulum Semakan, Bahasa Arab untuk Mursyid Tarbawi Bahasa Arab di Sekolah Menengah, Kuala Lumpur: Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, JAPIM. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia , JAPIM(2002b), Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah., Kuala Lumpur: Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, JAPIM. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia(2003) Dalil al-Manhaj al-Dirasi al-Lughah al-Arabiyyah al-Ittisaliyah lil Madaris al-Thanawiyah al-Saf al-Thalith fi alMadaris al-Thanawiyah. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia(2004a), Daurah Ard Modul Embaba li Talim al-Lughah al-Arabiyyah. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia(2004b), al-Manhaj aldirasi al-lughah al-Arabiah al-ittisaliyyah: al-manhaj al-mutakamil lil-madaris al-thasanawiyah.

BIODATA PENULIS Norazamudin bin Umar mendapat ijazah sarjana Muda Bahasa Arab dan kesusteraannya di University of Jordan pada tahun 2000, seterusnya memperolehi Diploma Pendidikan di Kuliyah Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuala Lumpur pada tahun 2001. Pada tahun 2005, mendapat sarjana Usuluddin dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau sekarang bertugas di Maktab Sabah sejak 2001.

12

13

You might also like