You are on page 1of 9

DRAMA ATAU LAKONAN

DEFINISI
Drama adalah melakukan sesuatu atau melakonkan peranan. Drama merupakan satu wahana yang memungkinkan perkembangan sosial, intelek dan bahasa seseorang pelajar dalam mewujudkan keperluan untuk bertutur.

Ciri-ciri drama
Drama memerlukan kerjasama antara ahli yang mengambil bahagian. Drama menggunakan pengalaman yang lepas. Drama menimbulkan situasi yang memerlukan komunikasi yang tepat.

Drama melibatkan pengalaman, dan dengan itu, memerlukan lebih daripada kebolehan intelek.

Drama mencabar pelajar meneroka kebenaran dengan menghayati sesuatu kenyataan baru.

Kelebihan
Memberi rangka untuk berkomunikasi Memungkinkan penggunaan bahasa yang tidak dirancang Menggalakkan kreativiti Bertindak sebagai jambatan antara dunia bilik darjah dengan dunia luar Mewujudkan penglibatan pelajar secara fizikal dan membolehkan mereka meluahkan perasaan Mewujudkan keyakinan diri

Memberi motivasi

Memungkinkan pembelajaran dalam kumpulan pelbagai kebolehan

Memungkinkan aktiviti pengukuhan dan pengayaan

Aktiviti drama
Mengajuk / melakon bisu (mime) Main peranan (role play) Improvisasi (improvization)

Simulasi

Lakonan berpandukan skrip

Cara pengendalian aktiviti mengajuk / melakon bisu


Mengajuk merupakan pemaparan idea atau cerita melalui gerak laku, pergerakan badan atau aksi tanpa bahasa. Pantomim menolong pelajar membiasakan diri dengan idea persembahan di hadapan kawan-kawan tanpa menggunaka n bahasa. Gerak laku dan lakon bisu atau pantomim dapat juga membantu pelajar untuk mengulangkaji dan mengukuhkan pembelajaran kosa kata.

Istilah lain yang digunakan ialah pantomim.

Contoh : meneka situasi Tujuan : sebagai rangsangan, perpaduan kumpulan Cara :

Pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga tujuh orang.

Seorang pelajar dari setiap kumpulan pergi kepada guru yang akan membisikkan satu situasi kepadanya.

Semua pelajar itu akan pulang kepada kumpulan masing-masing dan melakonkan situasi itu, dan ahli kumpulan akan meneka. (orang yang

melakonkan tidak dibenarkan bercakap tetapi hanua menganggukkan


kepala sahaja)

Apabila tekaan ahli kumpulan itu betul, pelajar itu akan pergi semula kepada guru untuk mendapatkan situasi yang lain pula.

Permainan ini akan diteruskan sehingga habis situasi yang disenaraikan.

Contoh situasi
Anda sedang membelaibelai seekor kucing Anda sedang menumbuk cili, tiba-tiba cili itu terpercik ke dalam mata. Anda sedang membaca surat khabar semasa angin sedang bertiup kuat

Anda sedang menonton televisyen perlawanan tinju

Anda terminum kopi yang terlalu panas

You might also like