You are on page 1of 3

Bertapak sebagai sebuah syarikat pengeluar produk makanan kesihatan, Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) yang

diasaskan oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din bersama arwah isterinya, Noor Halawiyah Abdullah Shukri di Bandar Darul Aman Jaya, Jitra, Kedah telah mencipta satu fenomena baru kepada pengguna di negara ini. Beroperasi pada awal 2006, Datuk Dr Che Rozmey yang juga seorang pakar perbidanan dan sakit puan menggunakan kemahiran sebagai seorang doktor pakar untuk menformulasi produk kesihatan sendiri iaitu Jus Mate 5. Sentuhan dan tindakan berani itu membuahkan hasil apabila kejayaaan demi kejayaan dicipta oleh pengasas HPM itu. Tindakan berani disertai dengan konsep kejujuran, keikhlasan dan berkat kesabaran menghadapi ujian Allah membawa kepada kejayaan luar biasa sehingga beliau sendiri tidak percaya dengan kejayaan yang begitu pantas itu. Bermula dengan sebuah pejabat yang dikongsi bersama Jitra Medical Centre (JMC) yang ketika itu menjadi pemangkin kepada pendapatan utamanya, HPM mengorak langkah dengan begitu pantas apabila berjaya membina empayar perniagaan dalam tempoh dua tahun sahaja. Kini bangunan JMC itu menempatkan lebih 300 kakitangan HPM dari pelbagai unit yang bertugas 24 jam bagi memberi perkhidmatan yang berbaik kepada pengguna dan pengedar. Kejayaan demi kejayaan tercipta apabila produk HPM terutama Jus Mate 5 mula member ganjaran kepada pengguna. Konsep guna baru jual yang dipratikkan oleh Dr Rozmey membuahkan hasil apabila ribuan testimony pengguna tampil untuk memberi pengakuan. Tsunami baru melanda perniagaan HPM apabila medium media cetak yang digunakan oleh Dr Rozmey untuk mencanangkan kejayaan testimony mendapat maklum balas di luar jangkaan sehingga memaksanya untuk meningkatkan perkhidmatannya termasuk memperkenalkan system belian online. Selepas empat tahun beroperasi, warga HPM patut berbangga dengan pencapaian yang dikecapi sehingga syarikat dipelopori oleh usahawan bumiputra ini mampu berdiri sama gagah dengan syarikat lain di Negara ini. Perjenamaan baru dR Rozmey selaras dengan perkembangan HPM membawa kepada perkembangan cabang perniagaan baru seperti dR Rozmey Skin Care, dR Rozmey Beauty Slimming Fitness Centre (RBSFC), dR Rozmey Body Shop, dR Rozmey Fashion, dR Rozmey Sport Wear dan dR Movie Production.

Alhamdulillah Syukur saya kehadrat ALLAH S.W.T yg memberi Inayah, kekuatan dan kejayaan yang terbilang dalam perkhidmatan kesihatan dan perniagaan yang saya ceburi 7 tahun lalu (2001), saya hanya Pakar Perubatan (O&G) dan cukup kerdil dalam dunia perniagaan. Kini Alhamdulilah rezeki, kejayaan dalam usaha saya menyelidik, mengamal perubatan dan menceburi berbagai bidang perniagaan, tampak jelas dan terus saya pacu untuk satu tahap kejayaan dan kecemerlangan yang tertinggi. Komitmen saya meningkatkan tahap penjagaan kesihatan secara menyeluruh bermula bila beroperasinya JSC pada 4 Januari 2003 dengan bermodal RM 2 Juta yang di pinjam dari institusi kewangan dan terus dipacu dengan beroperasinya JITRA MEDICAL CENTRE (JMC) pada akhir 2009 yang menelan belanja RM 35 Juta dan seterusnya pelaburan RM 500 Juta untuk 10 buah Hospital Pakar di seluruh Malaysia. Penyelidikan produk kesihatan yang saya bangunkan dari Jun 2003 terbukti terbaik dan sebaik produk bermutu dari luar negara. Pelan pemasaran yang mudah dan menguntungkan telah saya usahakan untuk melahirkan lebih banyak usahawan jutawan yg mahu bernaung di HPM. Rangkaian Pusat Penjagaan Kesihatan HPM Health Care akan dibuka di 30 lokasi seluruh negara untuk memberi khidmat nasihat dan rundingan kesihatan kepada penguna produk HPM. Kilang HPM yang baru bernilai RM 25 Juta akan di dirikan selewatnya pada 2010 utk menangani permintaan dalam negara yang bertambah dengan pantas. Dijangka menjelang 2011, sebanyak 100,000 pengedar berdaftar dengan HPM dengan jualan minimum RM 45 Juta sebulan dan HPM dijangka akan disenarai di Bursa Saham KL menjelang 2012. Pasaran antarabangsa akan diterokai secara besar-besaran selewatnya menjelang 2011 sekurang-kurangnya di 15 negara serantau, Asia Barat dan Eropah. Hotel 3 bintang ROZMEY PALACE yang menelan belanja RM 7 Juta juga sedang rancak di usahakan dan akan mula beroperasi di Jitra, Kedah pada akhir 2009 dan perkongsian secara bijak dalam perniagaan kereta import mewah (NASDEQ AUTO) dengan siapnya bilik pameran baru berharga RM 500K di Anak Bukit, Alor Setar Kedah.

ROZMEY CHE DIN ---------------------40 Tahun, Berkahwin ISTERI Noor Halawiah Abdullah Shukri ANAK Syamsul Anwar(14) Puteri Amylia Natasha(6) Putera Amirul Hakim(5) KELAHIRAN Bukit Sireh,Kuala Krai Kelantan KELULUSAN Ijazah Perubatan (MD,USM 1993), Sarjana Perubatan (Perbidanan & Sakit Puan USM 1999) PENDIDIKAN SRK Sultan Yahya Petra Kuala Krai MRSM Pengkalan Chepa, University Sains Malaysia(USM) JAWATAN C.E.O Jitra Specialist Centre Sdn Bhd C.E.O Jitra Medical Centre Sdn. Bhd. C.E.O Herba Prima Marketing Sdn. Bhd

You might also like