You are on page 1of 13

Pengelasan

Pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciri-ciri yang jelas. Tujuan : memastikan murid dapat membezakan dan mengumpulkan objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan.

Klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan: Satu ciri (contoh: warna atau bentuk atau saiz) Dua ciri (contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz) Tiga ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz) Negatif (contoh: objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu) Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan cara menyusun mengikut susunan mudah dan mengumpulkan mengikut bentuk, saiz, warna, corak, dan fungsi.

Aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan mencampurkan semua barang-barang bersama. Kanakkanak perlu mengasingkan barang-barang tersebut dalam kumpulan atau set yang berbeza. Aktiviti pengelasan adalah proses penting untuk membentuk konsep nombor. Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap; Memilih dan membanding, Mengumpul, Memilih semula, Mengasingkan kumpulan, dan Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep.

CONTOH 1

Perbandingan
Perbandingan adalah proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu sebagai asas perbandingan (Gibbs dan Castadena, 1975). Perbandingan berlaku apabila kita membandingkan ciri-ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek. Tujuannya adalah untuk memastikan murid-murid menguasai konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan seperti lebih banyak, lebih kurang dan lebih tinggi.

Contoh perbandingan: membandingkan 1) Ukuran - Panjang : pendek - Tinggi : rendah - Tebal : nipis 2) Saiz - Besar : kecil 3) Berat - Berat : ringan 4) Bilangan / kuantiti - Banyak : sedikit 5) Jenis objek

Padanan Satu dengan Satu


Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan dan sebagainya, objek dengan nombor dan nombor dengan nombor.

Memadan bilangan objek dengan simbol juga adalah sebahagian daripada konsep padanan satu dengan satu. Contoh padanan satu dengan satu; Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut.

Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan sudu.
Memadan bilangan yang sama. Memadan bilangan objek dengan simbol nombor.

Keabadian
Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isipadu, dan keluasan. Tujuan konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk memastikan murid-murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan, disusun atau diatur di tempat atau keadaan yang berbeza.

Seriasi
Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang jelas. Tujuannya adalah untuk memastikan susunan turutan yang betul. Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan. Contoh seriasi: Menyusun mengikut pola urutan Kecil besar, nipis tebal, rendah tinggi, pendek panjang, sempit luas. Menyusun objek mengikut ciri

Pola
Salah satu aspek dalam matematik adalah mengkaji pola dengan mengecam corak berulang di persekitaran. Contohnya, dalam kehidupan seharian kita, ada waktu siang dan waktu malam. Terdapat empat cara bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid; Meniru pola, Menyambung pola, Melengkapkan pola, dan Membina pola sendiri.

You might also like