You are on page 1of 50

Konsep Pra Nombor

 Konsep pra nombor perlu dipelajari oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh
menggunakan konsep nombor keseluruhannya dengan betul.
 Pendedahan awal konsep pra nombor pada seawal usia kanak-kanak adalah
penting bagi membina sikap positif terhadap Matematik.
 Konsep ini penting untuk membolehkan kanak-kanak memperoleh sebahagian
gambaran yang berkesan tentang nombor keseluruhannya.
 Pendekatan yang dirancang rapi sesuai untuk membantu kanak-kanak untuk
membina kemahiran numerasi.
1.Konsep pranombor terbahagi kepada beberapa
bahagian iaitu :-
 i. Pengelasan /klasifikasi
 ii. Perbandingan
 iii. Seriasi
 iv. Padanan satu dengan satu
 v. Pola
 vi. Keabadian kuantiti
 Hubungan kuantitatif(lebih daripada,kurang
daripada, sama banyak)
Pengelasan
 Pengelasan merupakan pengumpulan objek konkrit dan semi konkrit
berdasarkan ciri-ciri yang jelas.
 Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpul
objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan.
 Klasifikasi objek tersebut boleh dilakukan berdasarkan kepada :-
 a) Satu ciri ( contohnya : warna, saiz, bentuk)
 b) Dua ciri ( contohnya : warna dan bentuk, warna dan saiz )
 c) Tiga ciri ( contohnya : warna, bentuk dan saiz )
 d) Negatif ( contohnya : objek yang tidak terdapat dalam kumpulan
tertentu )
• Aktiviti pengelasan adalah proses yang penting bagi
membentuk konsep nombor. Oleh itu, proses
pengelasan perlu melalui beberapa tahap iaitu :-
• a) Memilih dan membanding
• b) Mengumpul
• c) Memilih semula
• d) Mengasingkan kumpulan
•e)Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau
konsep
Apakah contoh aktiviti?

 Pengkelasan

Murid akan didedahkan dengan kemahiran


mengkelaskan sesuatu benda konkrit dan semi
konkrit mengikut ciri-ciri yang ada padanya
seperti mengkelaskan mengikut saiz (besar/kecil,
panjang/pendek, tinggi/rendah), warna, bentuk
dan jenis.
• i) Warna
• - mengenal warna
• - menamakan warna
• - mencantumkan kad warna
• - mengasingkan warna
• - mengasingkan warna dengan benda-benda
• - mewarna mengikut arahan yang diberi

• ii) Saiz
• - membandingkan saiz benda konkrit yang ditunjukkan
• - mengenal saiz kecil/besar, tinggi/rendah, panjang/pendek
• - menamakan saiz
• - mengasingkan benda semi konkrit mengikut saiz
• - memadankan saiz yang sama
• - mewarnakan saiz yang sama

• iii) Bentuk
• - mengasingkan benda mengikut bentuk
• - menamakan bentuk
• - memadankan bentuk yang sama dengan benda-benda konkrit
• - mewarnakan bentuk-bentuk yang sama

• iv) Jenis
• - menamakan benda mengikut jenis
• - mengumpul benda mengikut jenis(semi maujud)
• - mengkelaskan benda mengikut jenis(gambar)
• - mewarna/melukis benda mengikut jenis

Kemahiran ini akan membantu murid membezakan sesuatu benda dan secara tidak
langsung akan membantu murid membezakan nombor dan simbol-simbol matematik
yang akan mereka temui dalam pelajaran selanjutnya.

Perbandingan

 Proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu sebagai asas
perbandingan (Gibbs dan Castadena, 1975).
 Perbandingan berlaku apabila kita membandingkan ciri- ciri kuantitatif dan
kualitatif dua objek.
 Tujuannya adalah untuk memastikan murid- murid menguasai atau mengenal
kuantiti iaitu konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan seperti
banyak, lebih kurang dan lebih tinggi, sama banyak atau tidak sama banyak
dan lebih atau kurang
 Contoh perbandingan digunakan ialah :-
 Ukuran ( Panjang : Pendek , Tinggi : Rendah , Tebal :
Nipis )
 Saiz ( Besar : Kecil )
 Berat ( Berat : Ringan )
 Bilangan ( Banyak : Sedikit )
Perbandingan kuantiti

• Kemahiran ini akan membolehkan murid menyatakan kuantiti melalui perbandingan iaitu
banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak, lebih atau kurang. Antara aktiviti
yang boleh dilaksanakan ialah:

• i) mengasingkan kumpulan
• - yang banyak atau lebih
• - yang sedikit atau kurang
• - yang sama banyak
• - yang tidak sama banyak


 ii) mewarnakan kumpulan
 - yang banyak atau lebih
 - yang sedikit atau kurang
 - yang sama banyak
 - yang tidak sama banyak

iii) menamakan kumpulan
 - yang banyak atau lebih
 - yang sedikit atau kurang
 - yang sama banyak
 - yang tidak sama banyak
Seriasi (Turutan)

 Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek


mengikut turutan berdasarkan kriteria yang jelas.
 Tujuannya adalah untuk membolehkan murid
mencari pertalian antara satu objek dengan objek
yang lain atau antara konsep matematik yang lain.
 Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut
perkembangan konservasi dan pengelasan.
 Ini menjadikan proses pembelajaran yang mereka
lalui akan lebih bermakna.
 Contoh seriasi yang biasa dilakukan adalah
seperti berikut:
 i) Menyusun mengikut pola urutan
 Kecil Besar , Nipis Tebal , Rendah Tinggi
Pendek Panjang , Sempit Luas
 ii) Menyusun objek mengikut ciri , bentuk,
saiz, warna dan sebagainya
Padanan Satu Dengan Satu

 Padanan satu dengan satu adalah hubungan


perkaitan satu dengan satu antara objek yang
sama atau berbeza.
 Proses memadan bermula daripada :
 i) konsep memadan objek dengan objek mengikut
warna, saiz, bentuk,
 bilangan, pasangan dan sebagainya.
 ii) konsep objek dengan nombor.
 iii) konsep nombor dengan nombor.
 Contoh padanan satu dengan satu adalah seperti
berikut:
 a.Memadan benda yang berpasangan yang sama
(kasut)
 b.
Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak
sama (sudu dan garpu)
 c. Memadan bilangan yang sama
 d. Memadan bilangan objek dengan simbol nombor
Pola

 Salah satu aspek dalam Matematik adalah mengkaji pola. Contohnya dalam
kehidupan seharian kita, ada waktu siang dan ada waktu malam.
 Terdapat empat cara bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri
murid:
 a) Meniru pola
 b) Menyambung pola
 c) Melengkapkan pola
 d) Membina pola sendiri
Keabadian
 Ketekalan(consistency) merupakan satu aspek yang
boleh dikaitkan dengan jisim, isipadu dan keluasan.
 Tujuankonsep keabadian diperkenalkan adalah
untuk memastikan murid- murid memahami
ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan,
disusun atau diatur di tempat atau keadaan yang
berbeza.
2. Konsep Nombor
• Nombor , angka, digit
• Nombor nominal, ordinal, cardinal
• Prinsip-prinsip membilang (one-to-one , stable-
order, cardinal, order-irrelevance, abstraction)
Mana lebih banyak?

Apakah kemungkinan jawapan kanak-kanak


yang berumur kurang dari 7 tahun?
Kanak-kanak keliru tentang konsep ukuran dengan
nombor bulat.
A B

Bulatan mana lebih banyak epal?

B
A
 Kanak-kanak tidak tahu strategi mana
untuk digunakan apabila hendak
menjawab “ set mana ada lebih” , “set
mana kurang”, “ kayu mana lebih
pendek”, “gelas mana mempunyai lebih
banyak air” dsbnya.
 Hanya PERSEPSI panduan mereka.
 Peranan GURU membantu murid
membaiki/menghalusi tentang idea
kuantiti awal mereka.
Kebolehan yang murid perlu kuasai
sebelum diperkenalkan Nombor

mengabadi mencari hubungan


mengkelaskan
hubungan antara dua set

mengklasifikasi menyusun
berdasarkan sama berdasarkan lebih dari
banyak atau kurang dari
Klasifikasi / Pengelasan
Membuat klasifikasi mengikut ciri fizikal dan ciri konseptual

 aktiviti mengumpul objek/benda kepada kumpulan yang mempunyai ciri yang


sama.

 peringkat aktiviti : pemilihan, pengasingan dan pengelasan berdasarkan ciri


tertentu, mengikut pola, membuat dan melengkapkan pola

 memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi.

 pengelasan dibuat mengikut :

o Warna - objek berwarna merah, biru, atau kuning


o Saiz - Objek yang besar, objek yang kecil
o Bentuk - Objek yang berbentuk bulat, segi empat, dan segi tiga.
o Nama - Objek dalam golongan makanan, haiwan, kenderaan
dan pakaian
o Bahan Kandungan - Objek yang dibuat daripada kayu, plastik, kaca, kertas
dan besi.
Klasifikasi / Pengelasan
Membuat klasifikasi mengikut ciri fizikal dan ciri konseptual

Peringkat aktiviti pengelasan:

(i) Pengelasan dengan satu ciri (atribut) yang


tertentu – mengikut warna, saiz atau bentuk.
(ii) Pengelasan dengan dua ciri – warna dan saiz,
bentuk dan saiz atau warna dan bentuk
(iii)Pengelasan dengan tiga ciri – warna, saiz dan
bentuk
Contoh aktiviti

 Lihat bahan-bahan ini. Bolehkah kamu jawab teka-teki ini?


Mereka boleh bergolek.
Konsep keabadian pada kuantiti

Menggerakkan kedudukan objek


dalam sesuatu set tidak memberi
kesan kepada bilangan objek
Mengabadi hubungan
 Memastikan apabila objek disusun semula, hubungan
tidak berubah

Soalan kepada murid:


Adakah bola sama banyak dengan bat? Sama
banyak bat dengan bola?
Apakah tindakan guru selanjutnya untuk
memastikan murid mempamerkan keupayaan
keabadian ?
 Model untuk perbandingan

- membilang
- membanding secara fizikal tanpa
membilang
- padanan satu-satu
Mencari hubungan antara dua set
 Berupaya untuk memadan satu ke satu

 Apabila dua set objek boleh dipadankan


satu ke satu, maka satu set adalah sama
banyak dengan set yang satu lagi
 Apabila dua set tidak boleh dipadankan
satu ke satu, maka satu set adalah lebih
dari set yang satu lagi dan satu set adalah
kurang dari yang lain.

Contoh aktiviti?
contoh kemahiran padanan satu dengan satu
1. Mengira satu satu dan mengasingkan
objek yang telah dikira.
2. Memasukkan satu stokin dalam satu kasut.
3. Meletakkan satu penutup atas setiap bekas .
4. Memasukkan satu straw dalam setiap gelas.
Kepentingan kemahiran padanan satu
dengan satu
 1. Persediaan kepada kemahiran mengira yang lebih
tinggi.

 2. Kanak-kanak telah bersedia mendalami konsep


urutan/susunan

 3. Kanak-kanak bersedia memahami konsep keabadian


kuantiti.
Mengklasifikasi berdasarkan sama
banyak
Contoh: Sediakan 30 set kad dan 10 set sampul surat.
Sediakan 3 set kad dan 1 sampul surat untuk setiap angka
1-10.

Arahan: Campurkan kad-kad.


Masukkan kad dalam sampul surat
mengikut bilangan sama banyak
objek diluar sampul surat.
Menyusun berdasarkan lebih dari atau kurang
dari
 Mengklaskan set berdasarkan hubungan sama
banyak, lebih-dari dan kurang-dari akan
menjurus kepada menyusun set.
Contoh

Langkah 1:

Apakah soalan guru?


Langkah 2
Apakah
soalan
guru pada
setiap
langkah
Langkah 3 ini?

? ? ?

Langkah 4
Mengenali kumpulan
 Kajian menunjukkan kebanyakkan murid yang
mula bersekolah boleh mengenalpasti kuantiti
kurang dari tiga benda melalui imbasan tanpa
menggunakan teknik mengira.
Clements 1999, Payne and Huinker 1993
Kemahiran “melihat berapa secara spontan”
dalam kumpulan - subitizing
Kepentingan melihat secara spontan
bilangan sehingga 5 atau 6
Permulaan kepada
idea nombor yang
Menjimat masa penting – 3 lebih
drpd 1 dll

Membantu
Memacu
kemahiran mengira
perkembangan Saranan
yang lebih
penambahan dan
sofistikated – lebih aktiviti?
penolakan
cepat mengira
Berapa?
Susunan yang mudah dikenali

Bulatan

Segiempat
tepat
Linear
2. Konsep Nombor
• Nombor , angka, digit
• Nombor nominal, ordinal, cardinal
• Prinsip-prinsip membilang (one-to-one , stable-
order, cardinal, order-irrelevance, abstraction)
• Empat perwakilan nombor (objek,
gambar,perkataan, simbol)
Nombor ; Angka ; Digit

 Nombor ialah idea tentang bilangan atau ukuran


yang terbentuk di dalam minda kita.
 Simbol yang digunakan untuk mewakili nombor
ialah angka(numeral). 19 ialah angka yang
mewakili satu set yang mempunyai sifat kardinal
19.
 Digit pula terdiri dari satu simbol untuk
membentuk angka. 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9,0 adalah
10 digit yang digunakan setiap hari.
Digit -> Angka -> Nombor

Digit membentuk angka, dan angka mewakili suatu idea tentang


nombor.

1 5 3 -> 153 ->


digit digit digit angka
nombor
Seperti

Huruf membentuk perkataan dan perkataan mewakili suatu


idea

r o s ros
huruf huruf huruf -> perkataan ->
benda
Pengetahuan guru tentang
jenis Nombor dan kegunaannya
Nombor ada tiga kegunaan:
 menamakan objek(nominal) ,
 menetapkan di mana objek atau peristiwa dalam satu
siri(ordinal)
 untuk bilangan(kardinal)
Hari ini hari ketiga kita bersekolah.
Lily ada 4 ekor ikan
peliharaan.

Saya memelihara 5 ekor kucing.


Membilang
 Membilang secara hafalan dipanggil sebagai
membilang hafaz(rote).
 Membilang rasional (atau membilang secara
bermakna) bermula bila kanak-kanak mengaitkan
perkataan nombor kepada objek seperti epal,
blok dsbnya.
Tiga menjadi label yang bermakna untuk
mewakili bilangan kereta merah atau lilin atas
kek.
Membilang ialah tugasan kognitif yang
rumit yang memerlukan 5 prinsip yang
dikenalpasti oleh Rachel Gelman dan
C.R. Gallistel(1978,pp 131-135)
Prinsip abstraksi yang menyatakan sebarang himpunan
objek sama ada nyata atau khayalan boleh dibilang.

• Prinsip urutan kukuh bermaksud membilang nombor disusun dalam jujukan


yang tidak berubah.

Prinsip satu-satu memerlukan setiap item dalam set


dikira supaya hanya satu nombor digunakan untuk setiap
item yang dibilang

• Prinsip ketakrelevenan-susunan menyatakan susunan item dibilang


tidak relevan.

Prinsip Kardinal memberikan signifikan yang penting


kepada nombor terakhir yang dibilang kerana ianya
bukan sahaja dikaitkan dengan item terakhir tetapi
mewakili jumlah item dalam set.
Membuat perkaitan perwakilan visual,
lisan dan penulisan
Model
 Berapa roda?
Tiga (Perwakilan
visual)

Nama (Perwakilan Lisan)


3
Simbol (Perwakilan tulis)
Strategi Membilang

 Setelahmembilang rasional sehingga 10


atau 20 dikuasai, lain-lain strategi perlu
digalakkan.
 Count on
 Count back
 Skip counting

You might also like