You are on page 1of 11

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

1.0 PENGENALAN Tugasan ini membincangkan tentang makna korban berdasarkan padanannya dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini juga akan memperlihatkan padanan korban dari segi makna konotasi dan denotasi. 2.0 KERANGKA TEORI Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:983), makna merupakan erti atau maksud sesuatu perkataan dan lain-lain. Menurut Abdullah Hassan dalam bukunya Lingusitik Am (2007: 223) melihat denotasi dan konotasi seperti yang berikut: Denotasi merupakan makna inti yang tercatat dalam kamus. Dalam setiap makna perkataan, ada komponen yang dikatakan makna inti. Makna sesuatu perbuatan itu mungkin luas atau mungkin berubah, tetapi ada komponen yang tetap. Makna denotasi itu ialah makna yang ditunjukkan oleh sesuatu perkataan tersebut. Konotasi merupakan penggunaan sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa dan budaya iaitu memberi tambahan kepada makna perkataan tersebut. Ada segolongan perkataan yang mempunyai makna tambahan di samping makna konotasi Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:1110), padanan didefinisikan kepada tiga maksud iaitu:

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

1. Bandingan, imbangan, persamaan, keadaan seimbang.2 Perihal padan, persesuaian, persamaan.3 Kata atau rangkai kata dalam sesuatu bahasa yang sama maknanya dengan kata atau rangkai kata dalam sesuatu bahasa yang lain.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:822) korban boleh didefinisikan kepada lima maksud iaitu: 1. Amalan menghampirkan diri kepada Allah dengan menyembelih binatang ternakan seperti lembu, kambing, kerbau dan lain-lain pada 10 Zulhijah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dengan mengagihkan sebahagian daripada daging itu kepada fakir miskin.2 Persembahan seperti haiwan atau manusia kepada dewa dalam pemujaan.3 Pemberian iaitu kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu sebagai tanda kebaktian (kasih dan lain-lain).4 (orang) yang menanggung penderitaan akibat sesuatu (perbuatan dan lain-lain).5 = ~ jiwa = ~ manusia kematian kerana nahas iaitu disebabkan sesuatu malapetaka dan lain-lain.

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

3.0 ANALISIS KAJIAN Membincangkan tentang makna perkataan korban berdasarkan padanannya dalam bahasa Inggeris melalui contoh ayat dalam analisis dapatan kajian. Jadual 3.1 Padanan Korban Mengikut Kumpulan Medan Makna Pertama Bahasa Melayu 1. Majlis korban itu sangat meriah. 2. Lembu korban itu telah disembelih. Bahasa Inggeris The sacrificial event was very lively. The sacrifice of cow is slaughtered.

3. Haiwan korban merupakan lembu, Animal sacrifice is the cow, camel, goat and unta, kambing dan sebagainya. others.

Dalam Jadual 3.1, makna korban dikelompokkan mengikut medan makna yang pertama iaitu amalan menghampirkan diri kepada Allah dengan menyembelih binatang ternakan seperti lembu, kambing, kerbau dan lain-lain. Dalam analisis ini makna korban telah diberi padanan dalam bahasa Inggeris, iaitu sacrifice dan sacrificial. Sacrificial bermaksud relating to or offered as a sacrifice (Longman Dictionary of Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu sacrificial boleh diterjemahkan sebagai berhubungan dengan atau yang ditawarkan sebagai korban. Oleh itu, dalam konteks ayat yang pertama, sacrificial merupakan makna denotasi kerana membawa makna yang tersurat kepada korban dan mempunyai makna yang sama dengan korban.
3

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

Sacrifice bermaksud to willingly stop having something you want doing something you like in order to get something more important (Longman Dictionary of Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu sacrifice boleh diterjemahkan sebagai sanggup melakukan sesuatu yang hendak atau melakukan sesuatu yang disukai untuk mendapat sesuatu yang lebih penting. Oleh itu, dalam konteks ayat yang kedua dan ketiga, sacrifice merupakan makna denotasi kerana membawa makna yang tersurat dan mempunyai makna yang sama dengan korban. Jadual 3.2 Padanan Korban Mengikut Kumpulan Medan Makna Kedua Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

1. Bagi mengelakkan kemarau, seekor For avoidance of drought, a cow would be lembu akan menjadikan korban untuk oblation for the worship of God. upacara pemujaan dewa-dewa. 2. Lelaki itu menjadi korban ketika The man fall a prey when worship ceremony upacara penyembahan tuhan. God.

3. Kanak-kanak yang hilang itu dipercayai The girl which disappeared believed to be menjadi pemujaan. korban dalam upacara made sacrifice in worship ceremony.

Dalam Jadual 3.2 di atas, makna korban dikelompokkan mengikut medan makna yang kedua iaitu persembahan seperti haiwan atau manusia kepada dewa dalam pemujaan. Dalam analisis ini makna korban diberi padanan dalam bahasa Inggeris iaitu oblation, prey, dan sacrifice. Oblation bermaksud a gift that is offered to God or god, or the act of offering the gift (Longman Dictionary of Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu, oblation boleh
4

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

diterjemahkan sebagai hadiah yang ditawarkan kepada tuhan atau perbuatan yang menawarkan kepada tuhan. Oleh itu, dalam konteks ayat yang pertama, oblation merupakan makna denotasi kerana membawa makna yang tersurat dan mempunyai makna yang sama dengan korban. Prey bermaksud someone who easily be deceived or harmed (Longman Dictionary of Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu prey boleh diterjemahkan sebagai seseorang yang mudah ditipu atau dianiya. Berdasarkan kamus tersebut, prey juga membawa makna yang lain. Oleh itu, dalam konteks ayat yang kedua, prey merupakan makna konotasi kerana membawa makna yang tersirat. Hal ini dapat ditentukan oleh konteks penggunaan dan satu perkataan itu mempunyai makna tambahan. Sacrifice bermaksud to kill an animal or person and offer them to a god in a religious ceremony (Longman Dictionary of Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu sacrifice boleh diterjemahkan sebagai membunuh haiwan atau manusia dan menawarkan mereka untuk upacara pemujaan tuhan. Oleh itu, dalam konteks ayat yang ketiga, sacrifice merupakan makna denotasi kerana membawa makna yang tersurat dan mempunyai makna yang sama dengan korban. Jadual 3.3 Perkataan Korban Mengikut Kumpulan Medan Makna Ketiga Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

1. Salwa korban wang ringgit demi Salwa has expense lots of her savings to her kekasihnya. 2. Khairul korban nyawa beloved boyfriend. untuk Khairul jeopardize his life in order to save the drowning boy.

menyelamatkan budak yang lemas itu. 3. Ibu korban harta benda

untuk Mother offering her wealth to raise up her

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

membesarkan anak-anaknya.

children.

Dalam Jadual 3.3 di atas, makna korban dikelompokkan mengikut medan makna yang ketiga iaitu pemberian iaitu kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu sebagai tanda kebaktian. Dalam analisis ini makna korban diberi padanan dalam bahasa Inggeris iaitu expense, jeopardize dan offering. Expense bermaksud the amount of money that you spend on something (Longman Dictionary of Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu, expense boleh diterjemahkan sebagai jumlah duit yang dibelanjakan untuk sesuatu. Berdasarkan kamus tersebut, expense juga membawa makna yang lain. Oleh itu, dalam konteks ayat yang pertama, expense merupakan makna konotasi kerana membawa makna tersirat. Hal ini dapat ditentukan oleh konteks penggunaan dan satu perkataan itu mempunyai makna tambahan. Jeopardize bermaksud to risk losing or spoiling something important (Longman Dictionary of Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu, jeopardize boleh diterjemahkan sebagai risiko kehilangan atau kerosakan sesuatu. Oleh itu, dalam konteks ayat yang kedua, jeopardize merupakan makna konotasi kerana membawa makna tersirat. Hal ini dapat ditentukan dalam konteks penggunaan dan satu perkataan itu mempunyai makna tambahan. Offering bermaksud something that is given as a present to please someone (Longman Dictionary of Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu, offering boleh diterjemahkan sebagai sesuatu yang diberikan untuk menggembirakan seseorang. Berdasarkan kamus tersebut, offering juga membawa makna yang lain. Oleh itu, mengikut konteks ayat yang

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

ketiga, offering merupakan makna konotasi kerana membawa makna tersirat. Hal ini dapat ditentukan dalam konteks penggunaan dan satu perkataan itu mempunyai makna tambahan.

Jadual 3.4 Padanan Korban Mengikut Kumpulan Medan Makna Keempat Bahasa Melayu 1. Seorang denggi. 2. Kau akan jadi korban kalau kau You will be offering if you make friends with berkawan dengan dia. him. pelajar menjadi Bahasa Inggeris korban A student had become a dengues victim.

3. Senarai nama mangsa korban tragedi The list of casualties landslide tragedies tanah runtuh dari yang melibatkan involving tourist from Thailand have been telah released by police last week.

pelancong

Thailand

dikeluarkan oleh pihak polis pada minggu yang lalu.

Dalam Jadual 3.4 di atas, makna korban dikelompokkan mengikut medan makna yang keempat iaitu orang yang menanggung penderitaan akibat sesuatu perbuatan dan lain-lain. Dalam analisis ini makna korban diberi padanan dalam bahasa Inggeris iaitu, victim, offering dan casualties.

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

Victim bermaksud someone who suffers because of something bad that happens or because of an illness (Longman Dictionary of Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu, victim boleh diterjemahkan sebagai seseorang yang menderita akibat sesuatu perkara buruk yang berlaku atau kesakitan. Oleh itu, mengikut konteks ayat yang pertama, victim merupakan makna denotasi kerana membawa makna yang tersurat dan mempunyai makna yang sama dengan korban. Offering bermaksud something that is given as a present to please someone (Longman Dictionary of Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu, offering boleh diterjemahkan sebagai sesuatu yang diberikan untuk menggembirakan seseorang. Berdasarkan kamus tersebut, offering juga membawa makna yang lain. Oleh itu, mengikut konteks ayat yang kedua, offering merupakan makna konotasi kerana membawa makna tersirat. Hal ini dapat ditentukan dalam konteks penggunaan dan satu perkataan itu mempunyai makna tambahan. Casualties bermaksud someone who is hurt or killed in accident or war (Longman Dictionary of Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu, casualties boleh diterjemahkan sebagai seseorang yang terluka atau terbunuh dalam kemalangan atau peperangan. Oleh itu, mengikut konteks ayat yang ketiga, casualties merupakan makna konotasi kerana membawa makna tersirat. Hal ini dapat ditentukan dalam konteks penggunaan dan satu perkataan itu mempunyai makna tambahan. Jadual 3.5 Padanan Korban Mengikut Kumpulan Medan Makna Kelima Bahasa Melayu 1. Nahas itu mengakibatkan Bahasa Inggeris banyak The crash resulted in many casualties.

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

korban jiwa. 2. Tragedi itu menyebabkan dia korban The tragedy led him to offering the soul. jiwa.

Dalam Jadual 3.5 di sebelah, makna korban dikelompokkan mengikut medan makna yang kelima iaitu jiwa, manusia kematian kerana nahas iaitu disebabkan sesuatu malapetaka dan lain-lain. Dalam analisis ini makna korban diberi padanan bahasa Inggeris iaitu casualties dan offering. Casualties bermaksud someone who is hurt or killed in accident or war (Longman Dictionary of Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu, casualties boleh diterjemahkan sebagai seseorang yang terluka atau terbunuh dalam kemalangan atau peperangan. Oleh itu, mengikut konteks ayat yang pertama, casualties merupakan makna denotasi kerana membawa makna yang tersurat dan mempunyai makna yang sama dengan korban. Offering bermaksud something that is given as a present to please someone (Longman Dictionary of Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu, offering boleh diterjemahkan sebagai sesuatu yang diberikan untuk menggembirakan seseorang. Berdasarkan kamus tersebut, offering juga membawa makna yang lain. Oleh itu, mengikut konteks ayat yang kedua, offering merupakan makna konotasi kerana membawa makna tersirat. Hal ini dapat ditentukan dalam konteks penggunaan dan satu perkataan itu mempunyai makna tambahan.

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

4.0 KESIMPULAN Berdasarkan analisis yang dibuat, terdapat lima medan makna bagi korban. Kelima-lima medan makna ini telah memberi padanan yang berbeza. Dapat juga dilihat bahawa korban telah diberi dengan pelbagai padanan, iaitu sacrificial, sacrifice, oblation, prey, offering, casualties, expense, jeopardize dan victim. Perkataan korban tidak terhad kepada satu padanan sahaja. Analisis ini juga didapati terdapat banyak makna perkataan yang menunjukkan makna sebenar dan ada juga perkataan yang tidak menunjukkan makna sebenarnya berdasarkan padanannya dalam bahasa Inggeris. Melalui analisis ini terdapat makna denotasi dan konotasi dalam padanan yang diberikan. Kedua-dua makna ini ditentukan mengikut konteks ayat masing-masing.

10

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

RUJUKAN Abdullah Hassan. 2007. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Fox, C., Manning, E., Murphy, M., Urbom, R., Marwick, K. C., & Oshea, S. (2008). Dictionary of Contemporary English: The Living Dictionary. England: Pearson Longman. Hajah Noresah bt. Baharom. (2007). Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. 2010. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Simmons, Robin L.2011. The Main Clause. Retrieved on 15 November, 2011 from http://www.chompchomp.com/terms/mainclause.htm Kamus Dewan Edisi Keempat. Hulu Kelang. Dewan

11

You might also like