You are on page 1of 11

MTE3105 STATISTIK

Kebarangkalian

Topik 1

1.1Sinopsis
Topik ini merangkumi pengenalan kepada jenis-jenis kebarangkalian dan
memfokus kepada pendekatan teori dan empirical untuk memahami konsep
kebarangkalian. Pelajar juga didedahkan kepada pelbagai jenis kebarangkalian
seperti (i) peristiwa bergabung yang merangkumi peristiwa-peristiwa saling tak
bersandar dan peristiwa-peristiwa saling eksklusif (ii) hukum penambahan dan dan
pendaraban (iii) gambarajah pokok dan (iv) kebarangkalian bersyarat.
1.2 Hasil Pembelajaran
Membandingkan pendekatan teori dan emperikal dalam memahami kebarangkalian
Memutuskan sama ada dua atau lebih peristiwa adalah saling tak bersandar atau
saling eksklusif.
Mengaplikasikan peraturan penambahan dan pendaraban dalam dua peristiwa
atau lebih.
Membina gambar rajah pokok untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan
kebarangkalian bagi gabungan tiga atau lebih peristiwa yang tak bersandar.
Mengenal pasti kebarangkalian bersyarat bagi peristiwa bersyarat overlapping.
1.3 Kerangka Konsep

kebarangkalian

Pengenalan

Peristiwa
Bergabung

Hukum
penambahan
dan pendaraban

1.4 Pengenalan
1

Gambarajah
pokok

Kebarangkalian
bersyarat

MTE3105 STATISTIK

Kebarangkalian merupakan satu bidang matematik yang mengkaji tentang


kemungkinan berlakunya sesuatu kejadian.
Teori kebarangkalian bermula dengan keinginan manusia untuk mengetahui
kesudahan yang paling kerap dalam suatu permainan tertentu, misalnya, nombor
yang paling kerap muncul dalam lambungan sebiji dadu.
Teori kebarangkalian digunakan secara luasnya dalam pelbagai bidang untuk
membuat keputusan seperti pelaburan, insurans dan ramalan cuaca.
1.4.1 Takrif kebarangkalian
1. Eksperimen ialah suatu percubaan.
2. Hasil suatu eksperimen ialah kesudahan.
3. Ruang sampel ialah kesudahan yang mungkin dalam suatu eksperimen.
4. Peristiwa didefinisikan sebagai suatu kejadian dan subset kepada ruang
sampel.
Kebarangkalian suatu peristiwa
Banyak kesudahan mungkin berlaku dalam sesuatu eksperimen. Misalnya,
lambungan duit syilling boleh membawa kepada dua kemungkinan kesudahan, iaitu
{head, tail}. Lambungan dadu boleh membawa kepada enam kemungkinan
kesudahan, iaitu {1, 2, 3, 4, 5, 6}. Lambungan duit syilling dan dadu serentak akan
membawa kepada dua belas kemungkinan kesudahan, iaitu {H1, H2, H3, H4, H5,
H6, T1,T2, T3, T4, T5, T6}.
Jika A mewakili suatu peristiwa atau suatu set kesudahan yang dikehendaki dan S
mewakili ruang sampel bagi semua kesudahan yang mungkin berlaku,
kebarangkalian peristiwa A berlaku ialah
P(A)=

n( A)
n( S)

Dengan n(A) = bilangan kesudahan dalam set A,


n(S) = jumlah semua kesudahan yang mungkin dalam ruang sampel.

MTE3105 STATISTIK

Dengan erti kata lain, kebarangkalian suatu peristiwa A berlaku didefinisikan


sebagai bilangan cara A boleh berlaku diungkapkan sebagai pecahan daripada
bilangan cara semua peristiwa serupa yang boleh berlaku, termasuk A.
Contoh 1
Sebiji dadu adil dilambungkan, Tuliskan ruang sampel dan seterusnya mencari
kebarangkalian untuk mendapatkan satu nombor genap.
Penyelesaian
Terdapat 6 kesudahan apabila sebiji dadu dilambungkan.
Jadi, ruang sampel, S = {1,2,3,4,5,6}
Katakan

A= peristiwa mendapatkan nombor genap

Maka,

A= {2,4,6}
n{S} = 6, n{A} =3
P(A)=

3
1
=
6
2

1.4.2 Peristiwa
Satu peristiwa ialah subset kepada ruang sampel. Peristiwa merupakan satu set
kesudahan yang mungkin berlaku tertakluk kepada syarat tertentu.
Contoh 2
Dua biji dadu dilambungkan. Carikan kebarangkalian bahawa
(a) hasil tambah dua nombor itu ialah 8.
(b) hasil darab dua nombor itu boleh dibahagi tepat dengan 5.
Penyelesaian
Ruang sampel S, mempunyai 6 x 6 = 36 unsur.
Jadi, n{S} = 36.
(a) Katakan E1 = peristiwa hasil tambah dua nombor itu ialah 8.
Maka, E1 = {(2,6),(3,5),(4,4),(5,3),(6,2)}
n(E1) = 5
P(E1)=

5
36
3

MTE3105 STATISTIK

(b) Katakan E2= peristiwa hasil darab dua nombor itu boleh dibahagi tepat
dengan 5.
Maka, E2= {(1,5),(2,5),(3,5),(4,5),(5,5),(6,5),(5,1),(5,2),(5,3),(5,4),(5,6)}
n(E2) = 11
P(E2)=

11
36

Kebarangkalian suatu peristiwa itu berlaku adalah dari 0 hingga 1, iaitu 0P(A)1
Jika A mewakili pelangkap bagi set A, iaitu peristiwa

A tidak akan berlaku,

kebarangkalian peristiwa A tidak akan berlaku ialah P(A)= 1-P(A).


1.5 Kebarangkalian bagi gabungan dua atau lebih peristiwa
1.5.1Peristiwa-peristiwa saling tak bersandar (Independent events)
Dua peristiwa A dan B adalah tak bersandar jika kewujudan peristiwa A tidak
mempengaruhi kewujudan peristiwa B dan sebaliknya.
Sebagai contoh, kesudahan lambungan kedua bagi sesuatu duit syilling tidak
bergantung kepada kesudahan lambungan pertama. Jika satu duit syilling
menunjukkan Head dalam 5 lambungan pertama, kebarangkalian mendapat Head
pada lambungan keenam masih setengah, tidak bersandar pada kesudahan lima
lambungan pertama.
Bagi dua peristiwa A dan B yang saling tak bersandar, kebarangkalian peristiwa A
dan peristiwa B berlaku ialah:
P(A dan B)
= P(A B)
=P(A) P(B)
Ini dikenali sebagai Hukum Pendaraban bagi peristiwa saling tak bersandar..
Contoh
Cari kebarangkalian untuk mendapatkan sepasang nombor 3 apabila sebiji dadu
adil dilambungkan dua kali secara berturut-turut.
Penyelesaian
4

MTE3105 STATISTIK

Katakan A = Peristiwa mendapatkan nombor 3 pada lambungan pertama,


B = Peristiwa mendapatkan nombor 3 pada lambungan kedua.
Maka, P(A) =1/6 dan P(B)=1/6
P(mendapatkan sepasang nombor 3)= P(AB)
=P(A)P(B)
=

1
6

1
36

1
6

1.5.2 Peristiwa-peristiwa saling eksklusif (Mutually exclusive events)


Dua peristiwa dikatakan saling eksklusif jika kedua-dua peristiwa itu tidak boleh
berlaku pada masa yang sama, iaitu P(A B) = 0.
Jika peristiwa A atau B boleh berlaku tetapi bukan kedua-dua peristiwa, maka
kedua-dua peristiwa A dan B adalah dikatakan saling eksklusif.
Dengan erti kata lain, jika hanya salah satu daripada dua peristiwa itu boleh
berlaku. Contohnya, jika A dan B adalah dua peristiwa yang saling eksklusif, maka
sama ada A atau B boleh berlaku, tetapi tidak kedua-dua A dan B.
Bagi dua peristiwa A dan B yang saling eksklusif, kebarangkalian peristiwa A atau
peristiwa B berlaku ialah
P(A atau B)
= P(A U B)
= P(A) + P(B)
Ini dikenali sebagai Hukum Penambahan bagi peristiwa saling eksklusif.
Contoh1
Sebuah beg mengandungi 3 biji bola kuning, 5 biji bola hijau dan 7 biji bola putih.
Sebiji bola dikeluarkan secara rawak dari beg itu.
Apakah kebarangkalian bahawa bola yang dikeluarkan itu berwarna hijau atau
putih?

MTE3105 STATISTIK

Penyelesaian:
Kaedah 1:
Katakan A = Peristiwa sebiji bola hijau terpilih,
B = Peristiwa sebiji bola putih terpilih.
Oleh kerana peristiwa A dan peristiwa B tidak boleh berlaku secara serentak (iaitu
saling eksklusif), maka P(A U B)= P(A)+P(B)=

5
7
+
(A dan B adalah saling
15
15

eksklusif)
=

12
15

4
5

Kaedah 2:
Katakan C= Peristiwa mendapatkan bola hijau atau putih,
Dan

S= Ruang sampel
n(C) = 5 + 7 = 12
n(S) = 3 + 5 + 7 = 15
P(C) =

n(C)
n( S)

12 4
=
15 5

1.6 Kebarangkalian Bersyarat


Kebarangkalian

bersyarat

merupakan

kebarangkalian

berlakunya

satu-satu

peristiwa dengan syarat berlakunya satu-satu peristiwa yang lain. Sebagai contoh,
untuk mendapatkan Ace dari dek daun terup dalam salah satu dari dua cabutan.
Kebarangkaliannya adalah bergantung kepada kesudahan cubaan pertama. Jika
cabutan pertama menghasilkan Ace maka kebarangkalian untuk mendapatkan
Ace pada cabutan kedua ialah

3
. Jika tidak, kebarangkaliannya ialah
51

4
.
51

Jika daun dari cabutan pertama dikembalikan ke dek, kebarangkalian mendapatkan


Ace dicabutan kedua tetap

4
52

MTE3105 STATISTIK

1.7 Gambarajah Pokok


Gambarajah pokok ialah salah satu cara untuk menyelesaikan masalah yang
melibatkan kebarangkalian bagi gabungan tiga atau lebih peristiwa yang tak
bersandar.
Contoh 1:
Sebuah kotak mengandungi sebiji bola merah, sebiji bola biru dan sebiji bola hijau.
Sebiji bola dipilih secara rawak dari kotak itu dan warnanya dicatatkan. Bola itu
dimasukkan semula ke dalam kotak kemudian sebiji bola lagi dipilih.
Cari kebarangkalian bagi setiap peristiwa bergabung di bawah berlaku.
(A) Mendapat bola merah atau bola hijau pada kali pertama.
(B) Mendapat sebiji bola merah dan sebiji bola biru.
Penyelesaian:
Katakan M mewakili bola merah, B mewakili bola biru, dan H mewakili bola hijau.
M

B
H
M

B
H

(a) Peristiwa mendapat bola merah atau bola hijau pada kali pertama
= { MM , MB , MH } U { HM , HB , HH }
= {( MM , MB , MH , HM , HB , HH ) }
Kebarangkalian bahawa bola merah atau bola hijau terpilih pada kali
pertama =

6
2
=
9
3

MTE3105 STATISTIK

(b) Peristiwa mendapat sebiji bola

merah dan sebiji

bola biru

ialah

{ MB , MH , BM , HM } { MB , BM , BH , HB }
= { MB , BM }
Kebarangkalian bahawa sebiji bola merah dan sebiji bola biru terpilih =

2
9

Contoh 2

Sekeping duit syilling dilambungkan dan kebarangkalian mendapat Head dan Tail
adalah seperti berikut:

Duit syilling tersebut dilambungkan tiga kali.


a Senaraikan semua kemungkinan kesudahan dalam gambar rajah pokok.
Carikan kebarangkalian bahawa duit syilling itu
i
menunjukkan 3 head
ii
menunjukkan 2 head and 1 tail,
iii
tidak menunjukkan head
Penyelesaian

Katakan

: peristiwa menunjukkan Head,

: peristiwa menunjukkan Tail,

HHH : peristiwa menunjukkan 3 heads dalam tiga lambungan, iaitu


8

MTE3105 STATISTIK

Latihan:
1 Ahmad selalu menyewa teksi daripada tiga syarikat A, B atau C.
Kebarangkalian dia menyewa teksi itu dari syarikat A, B dan C adalah
0.6, 0.3 dan 0.1. Daripada syarikat A, 9% teksinya sampai lewat,
syarikat B, 20% teksinya sampai lewat dan syarikat C, 6% teksinya
sampai lewat.
a) Bina gambarajah pokok bagi peristiwa di atas.
b) Cari kebarangkalian sebuah teksi yang dipilih sacara rawak dari
teksi yang disewa oleh Ahmad adalah dari syarikat C dan tidak
sampai lewat.
9

MTE3105 STATISTIK

c) Cari kebarangkalian bahawa sebuah teksi yang disewa oleh


Ahmad sampai lewat.
d) Jika sebuah teksi yang disewa itu sampai lewat, apakah
kebarangkalian bahawa teksi itu adalah daripada syarikat B?
(Mei 2001)
2 (a) Sebuah kotak mengandungi 4 keping kad hitam, 6 keping kad
putih. Tiga keping kad dipilih secara rawak dengan penggantian
daripada kotak itu.
i)
Lukis gambar rajah pohon untuk menggambarkan keadaan ini.
ii)
Apakah kebarangkalian mendapat ketiga-tiga kad yang sama
iii)

warna?
Apakah

kebarangkalian

mendapat

sekurang-kurangnya

sekeping kad berwarna hitam.


(b).80

orang

pengakap

mengambil

bahagian

dalam

satu

pertandingan mendirikan khemah dalam masa yang diperuntukkan.


Jadual 1 menunjukkan data peserta dan keputusan pertandingan
Kategori

Berjaya

Gagal

sekolah

Lelaki

Perempuan

Lelaki

Perempuan

Bandar

20

Luar

14

12

10

Bandar
i)

Apakah kebarangkalian seorang pelajar perempuan yang


dipilih secara rawak akan berjaya mendirikan khemah dalam

ii)

masa yang diperuntukkan?


Apakah kebarangkalian seorang pelajar lelaki yang dipilih
secara rawak akan berjaya mendirikan khemah dalam masa
yang diperuntukkan berasal dari sekolah luar bandar?
(Mei 2012)

10

MTE3105 STATISTIK

Rujukan
Cheng Siak Peng,Teoh Sian Hoon, Ng Set Foong. (2004) Mathematics for
Matriculation 2. Oriental Academic Publication.
Khoo Cheng, Moy Wah Goon, Wong Teck Sing. (1994) Matematik Tambahan.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Sulaiman Ngah Razali. (1991). Penggunaan Statistik dalam Penyelidikan
Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Teoh Thian San, The Eng Keat, Ooi Yong Seang. (1992) Matematik Tingkatan
Lima. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Hoo Oee Joo, Wan Kamariah, Azizah. (2011) Modul PGSR. IPGM, Kementerian
Pelajaran Malaysia.

11

You might also like