You are on page 1of 2

LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN BERASASAN SEKOLAH

Nama
Sekolah

:
:

SITI RUZITA BINTI MOHAMED SARIP


SMK DATO ABDUL RAHMAN YASSIN

A. Maklumat daripada e-Rekod


Tarikh

: 7 MEI 2015

Waktu

: Khamis

Tingkatan/Kelas: 5 Cekap

Tajuk

Objektif
1.
2.

MALAYAN UNION 1946 DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948.


-Persekutuan Tanah Melayu (ULANGKAJI)-KUIZ

Menyenaraikan isi-isi Perjanjian Persekutuan 1948


Menyenaraikan langkah-langkah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Refleksi Pdp :
Murid kelas lemah memang menghadapi masalah untuk menyenaraikan semula fakta ataupon isi
perjanjian kerana mereka kurang focus semasa penerangan guru dan tidak minat untuk membaca
walaupon bahan telah disediakan. Guru perlu menarik menarik minat dan focus murid dengan
melibatkan murid dalam permainan.

B. Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah :


Permainan Tulis dan tayang
Penyelesaian:
Langkah 1 : Guru memberi penerangan tentang tajuk yang diajar , murid melengkapkan modul Ithink
dengan merujuk buku dan penerangan yang guru berikan. Pada peringkat ini murid hanya menyalin.
Langkah 2 : Murid di tempatkan secara berkumpulan. Guru mengedarkan white board dan pen
marker pada setiap kumpulan. Guru akan membacakan soalan dan masa diberikan .
Langkah 3 : Permainan dimulakan apabila guru membacakan soalan dan murid secara berkumpulan
diberikan masa untuk mencari jawapan dan menyenaraikan semula isi pada white board. Masa yang
diberi lebih kurang 1 minit dan bergantung pada tahap kepayahan soalan. Setelah tamat masa guru
meminta semua kumpulan mengangkat White board dan menayangkan jawapan. Guru bersama murid
yang lain akan menentukan berapa markah yang akan diperolehi. Markah yang diperolehi akan
dikumpul sehingga habis soalan. Markkah akan di kira. Kumpulan yang paling banyak markah akan
diberikan reward berbentuk stiker dan akan dilekatkan di REWARD CHART.

Semasa awal Pdp, saya memberi penerangan kepada murid secara lisan dan ,murid hanya menyalin
dan melengkapkan modul. Pada peringkat ini tahap pemahaman murid sangat lemah dan kurang
berminat untuk mencari jawapa lebih-lebih lagi untuk mangingat semula fakta dan menyenaraikan isi
perjanjian. Tetapi semasa permainan semua murid menunjukkan minat dan kesungguhan untuk
mencari jawapan dan memastikan kumpulan mereka mendapat stiker.
C. Hasil pelaksanaan tindakan ini ialah
Murid berjaya menyenaraikan isi-isi perjanjian dengan betul. Mana-mana kumpulan yang tertinggal
isi akan dapat jawapan dari kumpulan lain sewaktu white board kumpulan masing-masing
ditayangkan. Dalam masa yang sama ia dapat membantu kumpulan yang lemah untuk memperbaiki
kelemahan masing-masing. Pada akhir pdp juga dilihat focus dan minat murid pada pengajaran hari
itu meningkat.

You might also like