You are on page 1of 1

Tut atau biji

( Kumpulan 15 )

Petikan menunjukkan cara menanam anak pokok jambu iaitu pengetutan dan
penyemaian biji. Pokok yang dihasilkan daripada pengetutan akan membesar
dengan cepat dan menjimatkan masa. Buah yang dapat daripada hasil
pengetutan mendapat permintaan tinggi di pasaran kerana bermutu tinggi.
Namun demikian, pokok ini hanya mempunyai akar serabut dan tidak
boleh mengetut dengan banyak. Selain itu, tut akan menjejaskan pokok induk
yang membawa kerugian. Manakala pokok yang dibiakkan melalui biji tahan
lebih lama dan mengeluarkan hasil yang banyak sepanjang masa. Di samping
itu, baka-baka baharu dijadikan sebagai pokok penanti untuk cantuman.
Pokok ini mempunyai akar tunjang tetapi lambat mengeluarkan hasil.
Kesimpulannya, kita boleh menanam pokok menggunakan cara tut atau
biji.

You might also like