You are on page 1of 17

INSTITUT

PERGURUAN RAJANG
BINTANGOR,
SARAWAK
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006
TEMA
PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TAJUK KAJIAN
PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID-MURID
TAHAP SATU DI SALAH SEBUAH SEKOLAH RENDAH
DI DAERAH MERADONG

OLEH
SITI FATIMAH BT. SAUFEE
SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA STRAS
MERADONG, BINTANGOR

09 11 OKTOBER 2006
PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID-MURID
TAHAP SATU DI SALAH SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI
DAERAH MERADONG
Siti Fatimah bt. Saufee
SK Nanga Stras, Meradong,
Bintangor

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah tahap penguasaan tulisan Jawi di
kalangan murid-murid Islam tahap satu . Kajian ini telah dijalankan secara ujian dan
temubual . Sampel terdiri daripada 10 orang lelaki dan 5 orang perempuan di salah
sebuah sekolah rendah di daerah Meradong. Pemilihan sampel berdasarkan tempat
pengkaji bertugas. Ujian secara lisan, bertulis dan temubual bersama guru dan
beberapa orang murid telah digunakan untuk mengukur tahap pencapaian penguasaan
tulisan Jawi. Data dianalisa secara statistik deskriptif yang menjuruskan kepada huraian
peratus. Setelah huraian secara peratus dijalankan berbagai cadangan dan kajian untuk
dilanjutkan.Kajian ini memberi satu alternatif bagi guru agama atau individu yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk memperbaiki pengajaran dan
pembelajaran di kelas serta meningkatkan kemahiran penguasaan tulisan Jawi untuk
murid-murid islam tahap satu.. Temubual dijalankan untuk mendapatkan maklumat
mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tulisan Jawi. Selain
itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui latar belakang murid-murid dan guru serta
faktor yang mempengaruhi kebolehan sampelan menulis Jawi. Manakala ujian
mengenal, menulis dan membaca pula untuk mengetahui sejauh mana masalah
kebolehan murid-murid menulis Jawi. Kesimpulan kajian ini menunjukkan prestasi
murid-murid berkait rapat dengan latar belakang dan persekitaran di mana murid-murid
yang mempunyai ibu bapa yang tiada pendedahan awal mengenai tulisan Jawi dan
kesedaran tentang pentingnya pendidikan Jawi. Sikap murid-murid yang negatif juga
mempengaruhi cara pembelajaran mereka. Oleh itu, untuk memantapkan lagi
penggunaan tulisan Jawi beberapa saranan dibuat sebagai kesinambungan ke arah
mengembalikan semula keagungan tulisan Jawi dan meletakkan fungsi dann kedudukan
yang tinggi setanding dengan tulisan-tulisan lain di dunia.

Pengenalan
Di peringkat awal murid-murid merupakan satu peringkat perkembangan yang berlaku
dengan pesatnya baik dari segi intelek, jasmani mahupun rohaninya. Pada peringkat ini
murid-murid di Tahap satu suka menyoal, meneroka dan mencuba. Malah tidak berhenti
belajar dalam menjiwai setiap yang mereka pelajari. Inilah masa yang sesuai bagi
menyediakan rangsangan yang bercorak Islam supaya mereka dapat belajar perkaraperkara berkenaan Islam dan seterus menjiwai setiap pengalaman yang berunsurkan
Islam.
Salah satu perkara yang berkaitan dengan agama Islam yang dipelajari oleh murid-murid
di peringkat sekolah rendah ialah pendidikan islam dalam tulisan Jawi. Ianya merupakan
aspek komponen yang ditekankan melalui Kurikulum Pendidikan Islam. Aspek asas Jawi
membolehkan murid mengecam dan membunyikan huruf Jawi iaitu pergerakan mata dan
tangan mengikut bentuk huruf, membentuk huruf Jawi serta membaca sukukata dan
perkataan mudah. Melalui tulisan Jawi juga penerapan nilai-nilai Islam dapat
diperteguhkan. Hal ini adalah disebabkan tulisan Jawi merupakan pendekatan yang
paling baik dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam kepada murid-murid dan
masyarakat selaras dengan cita-cita Falsafah Pendidikan Negara.
Hashim Abdullah (1999), menyatakan kehilangan atau kelupusan tulisan Jawi bermakna
satu lagi daripada sekian banyak warisan pusaka bangsa Melayu yang hilang. Dan inilah
juga yang
dikenalpasti kejahilan anak-anak muda Melayu membaca al-Quran,
disebabkan ketidakbolehan mereka membaca Jawi. Ekoran daripada itu pelbagai krisis
akhlak dan sosial di kalangan remaja kerana konsep Islam yang tulen tiada lagi dalam diri
mereka. Menyedari hakikat itulah maka kini, pelbagai pihak tampil ke hadapan dengan
pelbagai pandangan untuk memartabatkan semula Jawi yang pernah mentamadunkan
bangsa Melayu.
Menurut Zaidi Osman (1999) ada menyatakan peranan tulisan Jawi dalam perkembangan
kebudayaan dan keilmuan Melayu amat besar. Dapat dikatakan semua manuskrip Melayu
terawal dalam tulisan Jawi. Beribu-ribu manuskrip Melayu yang masih terpelihara yang
mengungkapkan berbagai-bagai bidang ilmu seperti kebudayaan, kesusasteraan, sejarah,
keagamaan , perubatan dan sebagainya memberi gambaran yang jelas tentang tulisan
Jawi dalam memupuk perkembangan keilmuan masyarakat Melayu zaman silam.
Kesenian ini tidak akan pupus sekiranya kanak-kanak iaitu generasi muda sekarang ini
diberi penekanan di dalam mempelajari Jawi dan seterusnya mempertahankan
martabatnya di mata dunia.
Tulisan Jawi merupakan sebuah kraf seperti kraf-kraf yang lain. Sebagai suatu hasil kraf
dan seni, kemahiran menulis mesti diajar dengan cara dan teknik yang betul di peringkat
awal lagi. Oleh itu, menulis Jawi memerlukan latihan dan bimbingan yang bersistematik.
Faktor-faktor di atas akan menentukan kebolehan dan keupayaan murid-murid menulis
Jawi. Peringkat menulis Jawi sama seperti menulis Rumi yang mempunyai perbezaan

dari segi arah tulisan dan bentuk dan kaedah menyambungkan huruf menjadi suku kata
atau perkataan. Pengajaran menulis memerlukan perancangan dan ketelitian yang rapi.
Di sini peranan guru amat penting di dalam memberi penekanan latihan dan latihtubi
serta tumpuan kepada psikomotor. Sementara teori mentalisme lebih sesuai diajukan
kepada murid-murid yang mempunyai daya kemahiran mengenal dan mengecam hurufhuruf Jawi. Guru seharusnya dapat menyesuaikan kaedah dan pendekatan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi berdasarkan kebolehan murid-murid dan tidak
mengelirukan murid dengan kaedah tulisan Jawi .
Kekerapan latihan menulis yang terancang akan membantu murid-murid menguasai
tulisan Jawi dengan baik. Guru haruslah menyediakan lembaran kerja dan pendekatan
serta teknik yang pelbagai dan menyeronokkan untuk memberi tumpuan dan perhatian
yang lebih terhadap penguasaan tulisan Jawi.
a) Peringkat Pramenulis
Manakala pada peringkat pramenulis pula ialah tempoh masa murid-murid
disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf
dengan kemas dan betul. Dalam tempoh ini latihan-latihan otot-otot, tangan dan
jari serta kordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari peringkat
awal lagi. Bagi mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang
kemas dan jelas, pelajaran tulisan Jawi yang dirancang haruslah sistematik bertitik
tolak daripada aktiviti-aktiviti pramenulis yang berbentuk bebas. Latihan-latihan
pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut :
1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan.
2. Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa
dan sempurna.
3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.
4. Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.
5. Melatih pergerakan yang berbeza arah tulis dari kanak ke kiri dan dari kiri
ke kanan.
b) Peringkat mendirikan asas
Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis faham dan tahu memegang
pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih
membentuk lambang-lambang tulisan. Pada peringkat ini, dicadangkan muridmurid membentuk huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang
garisan.
c) Penyampaian kemahiran
Semasa menyampaikan kemahiran tulisan mekanis, guru haruslah
memberi perhatian kepada beberapa perkara :
1. Murid-murid haruslah diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf
dengan menggunakan gambar.
2. Sebelum dilatih menulis, hendaklah diberi latihan bebas untuk
membetulkan urat-urat daging murid-murid.

3. Murid-murid menulis dengan menyebut nama-nama huruf.


4. Menggunakan kertas, mula-mula gunakan alat-alat dengan baik,
kemudiannya dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.
Kesimpulannya, setiap orang Islam sewajarnya mengambil berat tentang tulisan Jawi
sebagai satu tanggungjawab di dalam memartabatkan tulisan Jawi sebagai satu tulisan
yang lebih ke arah huruf-huruf hijaiyah yang perlu dikuasai dengan betul dan baik.
Tulisan Jawi merupakan kunci khazanah ilmu dan warisan bangsa Melayu yang mesti
dikekalkan hingga ke akhir zaman.
Soalan-soalan Kajian
1) Sejauh manakah murid-murid tahap satu mengenal huruf-huruf Jawi?
2) Sejauh manakah murid-murid tahap satu boleh menguasai kemahiran
menulis tulisan Jawi?
3) Sejauh manakah murid-murid tahap satu membaca huruf-huruf Jawi?
4) Apakah punca-punca murid-murid tahap satu tidak dapat menulis dan
membaca huruf Jawi?
5) Apakah bentuk huruf Jawi yang tidak dapat dikuasai ?
Objektif Kajian
1) Mengetahui tahap penguasaan murid-murid tahap satu mengenal hurufhuruf Jawi.
2) Mengetahui tahap penguasaan murid-murid tahap satu menguasai
kemahiran tulisan Jawi.
3) Mengetahui tahap penguasaan murid-murid tahap satu membaca hurufhuruf Jawi.
4) Mengetahui punca-punca murid-murid tahap satu tidak tahu menulis dan
membaca tulisan Jawi.
5) M engetahui bentuk huruf Jawi yang tidak dapat dikuasai.

Definisi huruf-huruf Jawi


Huruf Jawi

Nama

Padanan Rumi

alif

ba

ta

sa [tha]

s, (th)

jim

ca

ha

h, (h)

kha [kho]

kh

dal

zal [dhal]

z, (dh)

ra [ro]

zai

sin

syin

sy, (sh)

sad [sOd]

s, (s)

dad [dOd]

d, (d)

ta [to]

t, (t)

za [zo]

z, (z)

ain [ ain]

awal : a, I, u
akhir : k, ()

ghain

gh

nga

ng

fa

pa

qaf

k, q, (q)

kaf

ga

lam

mim

nun

wau

w, u, o

va

ha

hamzah

awal: gugur
akhir: k, ()

ya

y, i, e taling

ya [ye]

e pepet akhir

nya

ny

Tinjauan Literatur

Kajian ini adalah mengenai kebolehan murid-murid Tahap satu dalam menguasai tulisan
Jawi. Oleh sebab itu, dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai beberapa
perkara yang berkaitan seperti berikut :
1. Teori-teori mengenai tulisan dan bacaan .
2. Kajian terdahuu yang berkaitan dengan tulisan Jawi sama ada di dalam dan di luar
negara.
Justeru itu, bab ini akan meninjau literatur yang berkaitan dengan kajian. Ia akan
memberikan maklumat mengenai bidang-bidang yang bersesuaian dengan kajian ini.
Teori-teori
Pendidikan Jawi juga bermulanya dengan beberapa kemahiran yang perlu dititikberatkan.
Antaranya ialah kemahiran mengingat ( menghafaz ), membaca dan menulis. Ia amat
berkait rapat di antara satu sama lain untuk mencapai satu objketif utama yang berkaitan
dengan kajian.
Daripada The Discovery of the child, Dr. Montessori mendapati bahawa ,
Penulisan mendahului bacaan Penulis adalah tindakan di mana psikomotor
mekanisme amat ketara , sebaliknya dalam pembacaan, kami hanya mencapai sesuatu
pekerjaan yang intelektual.
Biarlah kanak-kanak itu meraih faedah dalam tempoh masa yang lama melalui aktivitiaktiviti motor ini sebelum bergerak kepada sesuatu pembacaan yang amat abstrak. Ingat
bahawa masa penulisan yang panjang atau pembinaan perkataan adalah cara semulajadi
untuk seorang kanak-kanak belajar membaca. Dr. Montessori kerap menekankan bahawa
tangan itu adalah guru utama kanak-kanak. Beliau mengambil satu petikan daripada The
Absorbant Mind .
Aristotle adalah orang yang pertama mengenali kemampuan unik ingatan manusia dalam
pepatah masyhurnya :
Tidak ada apa dalam intelektual ini yang tidak dikesan dalam
derianya tetapi ia wujud dalam inteleknya dalam kaedah yang
berlainan daripada dalam deria

Bersama-sama dengan pandangan Aristotle, Dr. Montessori menegaskan bahawa


pendidikan di peringkat awal kanak-kanak mestilah berdasarkan prinsip ini :
Bantulah perkembangan semula jadi kanak-kanak itu,
bahawasanya latihan deria adalah hal yang paling penting
dalam pendidikan
Kajian terdahulu yang berkaitan dengan tulisan Jawi sama ada di dalam dan luar
negara.
8

Ibnu Taimiyyah (1982) menegaskan perlunya mempelajari Bahasa Arab (Tulisan Jawi)
sebagai satu mata pelajaran yang tidak ada kaitan dengan kefahaman dalam bidang Islam.
Dapatan kajian di atas disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Amir Mohd. Rashid
(1991) yang mendapati tahap penguasaan kemahiran Jawi di kalangan pelajar adalah
rendah. Ini berlaku disebabkan persaingan dengan tulisan rumi yang diajar dan digunakan
dalam banyak mata pelajaran lain di sekolah. Atas alasan inilah dikatakan pelajar lambat
menguasai kemhairan Jawi.Alasan ini disokong pula oleh dapatan kajian yang dijalankan
oleh Muhamad b. Endut(1992) yang mendapati ramai pelajar yang lambat menguasai
Jawi disebabkan ia hanya diberi penekanan dalam masa pelajaran Pendidikan Islam
sahaja.
Abu Baker As-sidek seorang peserta Majlis Forum Hari Sastera di Kuantan menyatakan
kementerian Pendidikan tidak menitikberatkan tulisan Jawi sejak pengenalan kurikulum
lama sekolah rendah dan ini menyebabkan ramai kanak-kanak sekarang tidak dapat
membaca Jawi.Jika usaha tertentu tidak diambil dari sekarang ramai generasi muda tidak
akan dapat membaca dan menulis jawi .(Berita Minggu, 18 Oktober ,1987)
Pandangan di atas ada kebenarannya, kerana Norlaila Sulaiman (1993) mendapati dalam
kajiannya bahawa kedudukan pengajaran Jawi yang tidak menentu dalam kurikulum
sekolah telah menimbulkan masalah dan menjadi sebab kelemahan penguasaan
kemahiran Jawi di kalangan pelajar sekolah.
Metodologi
Metodologi kajian menurut Kamus Dewan (1999) adalah satu sistem yang merangkumi
kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kajian.Maka dalam bahagian ini,
pengkaji akan membincangkan metodologi yang akan digunakan dalam melakukan
kajian ini.Perbincangan akan menyentuh beberapa aspek kajian yang berkaitan iaitu reka
bentuk kajian, sampel kajian, tempat kajian,instrumen kajian, analisis data, pentadbiran
kajian dan kesahan dan kebolehpercayaan alatan yang digunakan dalam melakukan
kajian.
Rekabentuk
Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kes. Menurut Majid (2000)
telah menyatakan bahawa kajian kes adalah penyelidikan yang dilakukan secara intensif
oleh penyelidik ke atas satu unit kecil sosial seperti individu, satu keluarga, satu
kampung, satu kelab, satu sekolah atau satu masyarakat.
Pemerhatian akan dijalankan ke atas semua murid-murid Tahap satu yang beragama
Islam yang berbeza latar belakang keluarga. Penilaian dilakukan semasa proses
pembelajaran di dalam kelas.Setiap sesi mengambil masa selama 20 30 minit.
Sampel dan persampelan

Temu bual yang diberikan untuk memperolehi tahap penguasaan Jawi di kalangan muridmurid Islam Tahap satu. Responden ini terdiri daripada 15 orang murid Islam yang
sedang belajar di sebuah sekolah yang dikenal pasti. Jadual 1 berikut menunjukkan
latarbelakang responden.
Jadual 1: Latarbelakang Responden Mengikut Jantina dan kelas
Pembolehubah
Jantina
Lelaki
Perempuan

Kekerapan
10 (66.7%)
5 (33.3%)

Jumlah

15 (100%)

Pembolehubah
Kelas
Tahun satu
Tahun dua
Tahun tiga

Kekerapan
3 (20%)
9 (60%)
3 (20%)

Jumlah

15 (100%)

Bagi mendapatkan maklumat kajian, pengkaji telah memilih sebuah sekolah di daerah
Meradong. Pengkaji memilih sekolah tersebut kerana sekolah tersebut merupakan tempat
pengkaji sedang bertugas dan memudahkan untuk menjalankan kajian .
Populasi kajian ini adalah terdiri daripada 15 orang murid Islam Tahap satu di S.K
Nanga Stras yang terdiri dari latar belakang yang berbeza dari aspek kebolehan, taraf
sosio ekonomi keluarga dan tahap kecerdasan otak seperti yang dinyatakan dalam jadual
2
Jadual 2 : Jumlah subjek terlibat
Bil
1
2
3

Taraf Sosioekonomi (SES)


SES Tinggi
SES Sederhana
SES Rendah
JUMLAH

Lelaki
6

Perempuan
3

JUMLAH
9

2
2
10

0
2
5

2
4
15

Pengkaji memilih sampel mengikut taraf sosioekonomi keluarga bagi mendapatkan


dapatan kajian untuk persoalan keempat iaitu adakah taraf sosioekonomi keluarga
menjadi punca murid-murid tidak dapat menulis dan membaca huruf jawi.
Keluarga yang dikategori bertaraf sosioekonomi tinggi ialah yang berpendapatan RM
2000.00 dan ke atas sebulan. Bagi keluarga yang dikategorikan bertaraf sosioekonomi
sederhana ialah yang berpendapatan RM 701.00 hingga RM 1999.00 dan ke atas sebulan.
Manakala keluarga yang dikategorikan bertaraf sosioekonomi rendah ialah yang
berpendapatan RM 700.00 dan ke bawah sebulan. Rujuk jadual 3 untuk melihat
pendapatan keluarga sampel secara lebih terperinci.
Jadual 3 : Pendapatan Keluarga Sampel mengikut Nilai tertinggi
Bil

Bilangan murid

Pendapatan Keluarga

10

Taraf Sosioekonomi ( SES)

9 orang

RM 2000.00 ke atas

Tinggi

2 orang

RM 701.00 RM 1999.00

Sederhana

4 orang

RM 700.00 ke bawah

Rendah

Jadual 3 menunjukkan bahawa daripada 15 responden yang dipilih, 9 orang daripada


mereka adalah daripada keluarga yang mempunyai taraf sosioekonomi tinggi iaitu
berpendapatan lebih RM 2000.00 sebulan. Manakala 2 orang responden daripada mereka
adalah daripada keluarga yang mempunyai taraf sosioekonomi sederhana iaitu
berpendapatan lebih RM 701.00 sehingga RM 1999.00 sebulan dan akhirnya seramai 4
orang responden adalah dalam kategori berpendapatan rendah iaitu berpendapatan kurang
RM 700.00 sebulan.
Instrumen Kajian
Pengumpulan data dalam kajian ini akan dilakukan dengan dua alat kajian iaitu seperti
berikut :
1. a)
Temubual untuk murid-murid
i. Bahagian A :
maklumat responden
ii. Bahagian B :
Sikap responden
iii.
Bahagian C :
Faktor-faktor mempengaruhi sikap
responden
b)
Temubual untuk guru
i.
ii.

Bahagian A :
Bahagian B :

maklumat guru
Pengajaran dan pembelajaran

2. a) Mengecam dan membaca tulisan Jawi


Membaca kad imbasan Jawi telah dijalankan selama 2 minggu berturut-turut pada
dalam bulan April . Ini untuk meninjau sejauh mana tahap penguasaan responden
dalam mengenal tulisan Jawi.

b) Ujian bertulis
Ujian bertulis disediakan dalam bentuk ujian. Dalam soalan ujian bentuk soalan
terdiri daripada mengenal huruf pada kad imbasan, menulis huruf pada lembaran
kerja dan membaca tulisan Jawi secara urutan pada carta. Masa yang
diperuntukkan untuk menilai tahap penguasaan murid terhadap tulisan Jawi
selama 30 minit seorang. Ianya dijalankan selama 2 minggu berturut-turut.

11

Analisa Data
Mengetahui tahap penguasaan murid-murid Tahap satu mengenal huruf-huruf Jawi.
Secara keseluruhan, semasa ujian dijalankan hasil kajian menunjukkan 42% murid tidak
mengenal huruf dan 58 % murid mengenal huruf seperti yang terdapat dalam rajah 1.
Rajah 1 : Tahap penguasaan murid-murid Tahap satu mengenal huruf-huruf Jawi.

60
50
40

58
42

Ujian
Mengenal
huruf

30
20
10
0

Tidak Mengenal huruf

Mengenal Huruf

Semasa ujian dijalankan hasil kajian menunjukkan 100% daripada 15 orang murid sudah
mengenal huruf pertama dan ketiga Jawi iaitu dan . Huruf mudah diingati kerana
huruf ini lebih menyerupai angka 1 dan huruf kecil L iaitu l. Manakala huruf , , ,
, dan sebanyak 86.7% dan huruf sebanyak 80% sahaja murid menguasainya.
Diikuti pula huruf dan yang menunjukkan peratusan sebanyak 73.3%. Hasil kajian
juga menunjukkan 66.7% bagi huruf , , , dan sememangnya boleh dikuasai
dengan baik juga. Bagi mengenal huruf dan pula, hanya 60% sahaja murid daripada
15 orang yang menguasainya dan diikuti pula huruf sebanyak 53.3% sahaja. Bagi 6
huruf yang berikutnya iaitu huruf , , , ,, dan hanya 7 daripada 15 orang sahaja
yang menguasainya sebanyak 53.3%. Manakala bagi huruf yang berikut pula iaitu , ,
, , , , ,, dan menunjukkan tahap penguasaaan yang amat rendah sebanyak
33.3% sehingga 26.7% sahaja yang menguasainya. Hanya seorang sahaja yang mengenali
huruf sebanyak 6.7% sahaja.(Rujuk lampiran C)
Mengetahui tahap penguasaan murid-murid Tahap satu menulis huruf-huruf Jawi.
Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan 65.4% murid tidak tahu dan tidak boleh
menulis huruf Jawi dengan betul dan hanya 34.6% sahaja murid boleh menulis huruf

12

Jawi. Ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan menulis tulisan Jawi di kalangan
murid-murid tahap satu amat rendah. Ini terdapat dalam rajah 2 di bawah.

70

65.4

60
50
34.6

40

Ujian

30
20
10
0

Tidak Boleh Menulis

Boleh Menulis

Rajah 2 : Tahap penguasaan murid-murid Tahap satu menulis huruf-huruf Jawi


Semasa ujian dijalankan menunjukkan keputusan berdasarkan jadual 2 (rujuk lampiran),
semua murid berada pada tahap kebolehan 100% menulis 6 huruf pertama Jawi iaitu
huruf , , , ,, dan . Bagi huruf dan pula masing-masing memberi keputusan
yang baik juga iaitu sebanyak 86.7% dan 80%. Manakala bagi huruf hanya 73.3%
daripada 15 orang murid yang menguasainya. Begitu juga bagi huruf dan hanya
66.7% sahaja dapat dikuasai sepenuhnya dan bagi huruf pula hanya 60% sahaja dapat
dikuasai oleh murid-murid Tahap satu.
Hasil daripada kajian dan tinjauan melalui latihan menulis ke atas 15 responden didapati
46.7% hingga 6.7% sahaja murid tidak dapat menulis huruf jawi dengan betul dan baik
bagi huruf, , , , , , , , ,,, dan . Manakala bagi huruf yang berikutnya ,
, , ,,, , , , , ,, dan menunjukkan 0% daripada 15 orang yang langsung
tidak boleh menulis huruf tersebut. Dari analisis ini, pengkaji dapat membuat andaian
bahawa murid-murid tidak dapat menulis huruf-huruf yang berkenaan adalah disebabkan
kurang penekanan dari guru dan ibu bapa di rumah. Sekadar mendengar murid boleh
menghafal dan menyebut urutan huruf-huruf hijaiyah secara lagu atau nasyid sudah
memadai dengan kebolehan mereka tanpa ditekankan lagi pada proses menulis dengan
baik dan betul.
Mengetahui tahap penguasaan murid-murid Tahap satu membaca huruf-huruf Jawi.

13

Secara keseluruhan, semasa ujian dijalankan hasil kajian menunjukkan 48.4% murid
tidak boleh membaca huruf Jawi secara urutan dan hanya 51.6% sahaja murid boleh
membaca huruf Jawi dengan lancar. Ini terdapat dalam rajah 3 di bawah.

51.6

52
51
50
49

48.4

Ujian

48
47
46
Tidak Boleh Membaca Huruf

Boleh Membaca Huruf

Rajah 3 : Tahap penguasaan murid-murid Tahap satu membaca huruf-huruf Jawi


Semasa ujian dijalankan, hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan membaca huruf
Jawi pada tahap sederhana sahaja. Ini dapat dibuktikan dengan pencapaian 2 huruf
pertama Jawi sahaja yang dapat dibaca secara urutan sebanyak 100%.Huruf ini amat
sinonim dengan murid-murid yang biasa terdedah dengan 2 huruf pertama dalam alQuran.
Hasil kajian juga mendapati hampir separuh daripada huruf tidak boleh dibaca secara
urutan dengan baik dan betul sebanyak 47.2% sahaja. Fenomena ini tidak boleh dibiarkan
begitu sahaja tanpa ada usaha untuk memberi penekanan yang mendalam bermula dari
peringkat awal ini lagi. Ini bermakna huruf-huruf berkenaan sememangnya sudah di ajar
dan dapatan dari buku-buku latihan murid didapati sudah banyak latihan menyambung
huruf-huruf Jawi untuk membina suku kata terbuka dan menulis ayat-ayat mudah.

Punca-punca yang mempengaruhi murid-murid Tahap satu tidak dapat menulis


dan membaca huruf-huruf Jawi
Hasil dapatan kajian membuktikan taraf sosioekonomi keluarga mempengaruhi
pencapaian tahap penguasaan Jawi murid. Ibu bapa yang berpendapatan dan
berpendidikan tinggi tidak menekankan aspek agama iaitu mengajar mengaji al-Quran
pada anak-anak mereka di rumah kerana lebih mementingkan mata pelajaran lain .
Manakala ibu bapa yang berpendapatan rendah juga tidak memberi perhatian khusus

14

kepada anak-anak mereka di dalam penguasaan Jawi mungkin disebabkan kos kehidupan
yang tinggi dan kedaifan di dalam pendidikan Islam.
Bagi murid-murid yang berpendapatan sederhana, kebolehan mereka dalam tulisan Jawi
amat memberangsangkan dan menunjukkan prestasi yang cemerlang. Ini menunjukkan
ibubapa yang dari sosioekonomi sederhana amat mementingkan pendidikan Islam
terhadap anak-anak mereka. Kajian juga membuktikan bahawa taraf sosioekonomi
keluarga dan pegangan hidup (aqidah) dalam pendidikan Islam amat mempengaruhi
pencapaian akademik murid.
Oleh yang demikian guru, keluarga dan masyarakat yang beragama Islam
keseluruhannya dapat sama-sama menggemblengkan tenaga membantu masalah murid
yang lemah dan memberi tumpuan kepada penguasaan tulisan Jawi yang semakin dilupai
ini. Oleh yang demikian guru, keluarga dan masyarakat yang beragama Islam
keseluruhannya dapat sama-sama menggemblengkan tenaga membantu masalah murid
yang lemah dan memberi tumpuan kepada penguasaan tulisan Jawi yang semakin dilupai
ini.
Peranan guru amat penting untuk memberi motivasi kepada murid serta penggunaan
kaedah dan aktiviti yang boleh menarik minat murid. Keluarga pula perlu merancang
ekonomi dengan mengagihkan lebih peruntukan kewangan kepada pendidikan anak dari
membeli barang lain yang kurang kepentingannya.
Kementerian Pelajaran perlu memandang masalah murid yang miskin. Murid ini perlu
diberi bantuan kewangan untuk terus menimba ilmu ke peringkat yang lebih tinggi.Selain
itu, peranan kerajaan dan jabatan agama agar menekankan pendidikan Islam di dalam
pendidikan masa kini.

Bentuk-bentuk huruf Jawi yang tidak dapat dikuasai


Rata-rata huruf Jawi tidak dikuasai dengan sepenuhnya berbanding dengan huruf hijaiyah
yang terdapat di dalam al-quran. Huruf-huruf tersebut adalah seperti yang berikut :
,
,, , ,, dan iaitu sebanyak 19.4% daripada 36 huruf-huruf Jawi. Ini membuktikan
huruf huruf tersebut jarang digunakan dalam kehidupan seharian dan menyebabkan
ianya sukar dikuasai dengan sepenuhnya.
Impkikasi dan cadangan
Berdasarkan kajian yang dijalankan , jelaslah bahawa tahap penguasaan tulisan Jawi
murid-murid hanya 48.1% sahaja secara keseluruhannya. Separuh daripada murid-murid
tidak dapat menguasai sepenuhnya tulisan Jawi. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan begitu
sahaja seandainya tiada tindakan susulan dilakukan oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Hasil kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran semua pihak seperti guru,
keluarga, Kementerian Pelajaran dan masyarakat keseluruhannya untuk sama-sama
meningkatkan tahap kebolehan murid-murid dalam penguasaan tulisan Jawi.
15

Bagi murid-murid dari taraf sosioekonomi rendah pula agar mendapat kemudahan belajar
sama seperti murid-murid lain. Guru juga perlu menarik minat murid-murid untuk belajar
dan memahami kemahiran yang diajar. Pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dapat
digunakan untuk meningkatkan lagi kebolehan murid dalam tulisan Jawi.

Cadangan untuk kajian lanjut


Berdasarkan kepada keputusan-kepuutsan yang diperolehi daripada hasil kajian ini,
beberapa cadangan disarankan untuk pengkaji di masa akan datang agar dapat
melengkapkan lagi kajian seperti ini, iaitu :
a) Subjek kajian ini hanya melibatkan sebuah sekolah sahaja. Pengkaji pada masa
akan datang disarankan agar menggunakan sekolah dari seluruh negeri supaya
dapatan kajian lebih lengkap dan dipercayai.
b) Kajian tentang penggunaan bahan bantu belajar untuk meningkatkan lagi minat
terhadap pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi. Kajian mengenai penggunaan
bahan bantu belajar ini banyak dijalankan tetapi tidak banyak berkaitan dengan
penguasaan tulisan Jawi.
c) Kajian tentang teknik yang digunakan untuk murid menyelesaikan masalah
penguasaan tulisan Jawi. Penggunaan teknik yang telah gunakan terhadap muridmurid boleh dipelbagaikan mengikut tahap kematangan mereka Melalui kajian
ini mungkin guru boleh memikirkan teknik yang berkesan bagi mereka membantu
murid-murid menyelesaikan masalah penguasaan tulisan Jawi dengan lebih
berkesan.
d) Kajian ini hanya mengkaji faktor sosioekonomi keluarga. Disarankan pada masa
akan datang dapat menjalankan kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi
kelemahan murid dalam tulisan Jawi. Implikasi tersebut akan lebih membuka
peluang untuk membantu tahap kebolehan menguasai tulisan Jawi murid-murid.
e) Kajian ini hanya menggunakan statistik deskriptif peratusan. Dicadangkan
pengkaji akan datang menggunakan gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif
dalam mengkaji kebolehan menguasai tulisan Jawi murid-murid sekolah. Ini
kerana kajian yang baik ialah kajian yang menggunakan kedua-dua kaedah iaitu
kuantitatif dan kualitatif supaya dapatan lebih terperinci.
Kesimpulan

16

Hasil kajian telah menerangkan tentang kebolehan murid-murid di dalam menguasai


tulisan Jawi. Kajian ini juga dapat mengenalpasti bahagian-bahagian apa yang paling
lemah dan perlu diberi perhatian.
Seterusnya, dapat dikesan bahawa taraf sosioekonomi keluarga dan pegangan aqidah
merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kelemahan murid-murid dalam tulisan
Jawi. Oleh itu, guru, keluarga, Kementerian Pelajaran dan masyarakat dapat
menggembleng tenaga untuk meningkatkan tahap kebolehan kemahiran tulisan Jawi.

17

You might also like