You are on page 1of 7

DIPLOMA LANJUTAN UNDANG-UNDANG DAN

PENTADBIRAN KEHAKIMAN ISLAM

ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH


(SHA 5630)

PERANAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK)


DALAM MEMBANTU PERLAKSANAAN PERINTAH
MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN NAFKAH

ASSIGNMENT(RE-TEST)
ASST. PROF. DR. AFRIDAH ABAS
MOHAMMAD IKRAM BIN HAJI MUSTAFFA (G1328513)

SEJARAH PENUBUHAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA(BSK)


Kebelakangan ini juga, timbul desakan daripada masyarakat khususnya daripada
Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), supaya tindakan yang lebih proaktif dan efektif
dilaksanakan ke atas mereka yang ingkar daripada mematuhi perintah mahkamah.
Dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke 47 yang
dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 7 Jun 2007, Perdana Menteri memutuskan
supaya JKSM mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu nafkah isteri dan anak.
Berasaskan kepada keputusan tersebut, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) telah ditubuhkan
sebagai salah satu unit di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).
Cadangan untuk mewujudkan Bahagian Sokongan Keluarga ini juga dilihat sebagai satu
langkah yang amat bijak dan tepat pada masanya, bagi mengatasi masalah berhubung dengan
pelaksanaan perintah. Sebenarnya, terdapat banyak institusi di peringkat antarabangsa yang
mengambil berat mengenai persoalan dan pemasalahan berkaitan keluarga. Mereka juga telah
mengorak langkah lebih awal dan proaktif untuk menubuhkan suatu agensi atau badan khas
yang berperanan untuk memastikan pelaksanaan perintah berjalan dengan teratur mengikut
jadual yang ditetapkan. Antara negara-negara terlibat adalah seperti yang berikut :Australia - 'Child Support Authority (CSA)' di mana matlamat penubuhannya ialah bagi
menyediakan perkhidmatan untuk mendapatkan hak saraan dan nafkah kepada kanak-kanak.
Penubuhan dan Pelancaran BSK JKSM
BSK JKSM ditubuhkan dengan rasminya pada 22 Oktober 2008 oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad
Zahid bin Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di JKSM, Aras 4, Putrajaya. Dalam majlis
pelancarannya, BSK telah menerima penyumbang dana kewangan yang pertama sebanyak RM
500,000.00 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

FUNGSI BAHAGIAN
Memberi khidmat nasihat perundangan kepada orang Islam mengenai hak dan tuntutan di
mahkamah syariah terutama mengenai isu nafkah;

Melaksanakan penguatkuasaan penghakiman atau penghakiman atau perintah nafkah yang


dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah;
Menyalurkan bantuan sara hidup sementara kepada isteri atau isteri dan anak-anak yang
menghadapi masalah mendapatkan nafkah dari pihak yang wajib membayar nafkah;
Menjadi agen mengutip dari pihak yang diperintahkan membayar nafkah;
Menyalurkan nafkah kepada pihak yang berhak mendapat nafkah;
Mencari dan mengumpul dana bagi keperluan pembayaran nafkah yang tidak mencukupi

MATLAMAT BAHAGIAN
Mengurus tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah Mahkamah Syariah yang
berkesan dan efisyen.
Menambah baik sistem pengurusan kes di Mahkamah Syariah Negeri-negeri

VISI BAHAGIAN
"Berusaha menjadikan BSK sebagai sebuah organisasi sokongan keluarga yang unggul bagi
membantu sistem pengukuhan kekeluargaan Islam ke arah pengwujudan masyarakat penyayang,
penduduk berkualiti dan bangsa Malaysia yang progresif."

OBJEKTIF BAHAGIAN
Merealisasikan pelaksanaan dan pematuhan kepada setiap keputusan/perintah mahkamah yang
melibatkan isu-isu berkaitan kekeluargaan;
Meningkatkan status dan bidang kuasa Mahkamah Syariah terutama dalam aspek pematuhan
perintah mahkamah dan aspek pelaksanaan;
Mengatasi masalah isu kelewatan dalam pengendalian kes-kes penguatkuasaan perintah
kehakiman;
Memelihara hak dan tanggungjawab pihak-pihak yang terbabit di dalam institusi kekeluargaan;
Menyelesaikan dan mengenalpasti masalah pemiutang kehakiman terutama yang melibatkan
nafkah dan seumpamanya;

Memberi khidmat nasihat perundangan syarie kepada pihak-pihak terlibat dari segi prosedur
undang-undang, hukum syarak, pelaksanaan tuntutan nafkah dan sebagainya yang melibatkan
kekeluargaan Islam sama ada individu ataupun orang awam;
Menjalankan siri pertemuan peringkat antarabangsa dalam memperkasakan peranan BSK di
dalam Malaysia;
Menjadi wakil sekiranya wujud pusat sehenti di peringkat antarabangsa;
Bertindak sebagai Pusat Tanggungjawab (Central Authority) yang diberi kuasa melaksanakan
perintah mahkamah dari negara luar berkaitan kekeluargaan Islam;
Menyalurkan bantuan kewangan sara hidup sementara melalui sumber dana kewangan yang
diharuskan Hukum Syarak kepada keluarga yang menghadapi masalah tuntutan nafkah serta
menjadi pemegang Amanah bagi dana kewangan bagi melaksanakan transaksi harta dalam
menyalurkan bantuan sara hidup kepada setiap keluarga yang terlibat.

URUSETIA JAWATANKUASA
JAWATANKUASA INDUK BSK

Membuat ketetapan dasar berkenaan BSK JKSM

Melantik Jawatankuasa Kerja BSK

Mengemukakan sebarang perkara dasar kepada jemaah menteri, MKI dan Majlis

JAWATANKUASA KERJA BSK

Menetapkan dasar dan polisi BSK;

Memperincikan fungsi BSK;

Memantau fungsi BSK sehingga dapat dilaksanakan dengan betul dalam tempoh masa 6 bulan;

Menyemak semula review kewujudan dan kaedah pelaksanaan BSK;

Menilai pelaksanaan BSK;

Membuat penyelidikan untuk rujukan;dan

Membuat perancangan masa depan BSK

Peranan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) dalam membantu perlaksanaan perintah


Mahkamah Syariah berksitsn nafkah

PENGENALAN
Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) merupakan inovasi baru Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
(JKSM) yang bermatlamatkan untuk menguatkuasakan perintah nafkah yang tidak dipatuhi oleh
bekas suami/bapa.
Dalam melaksanakan fungsi tersebut, Kerajaan juga telah menyuntik dana kepada BSK untuk
disalurkan kepada ibu-ibu tunggal/ anak-anak yang terkesan dengan sikap
ketidakbertanggungjawaban bekas suami/bapa masing-masing.
Setelah 5 tahun beroperasi, BSK meneruskan kesinambungan dasar utamanya untuk
memperkasakan perintah-perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah demi untuk
memastikan motto utama JKSM Syariah Asas Keadilan dapat terus dijana dan direalisasikan.

Beban nafkah
Masalah bekas suami culas dan liat membayar nafkah kepada bekas isteri serta anak selepas
pelaksanaan perintah mahkamah bukan cerita baru. Tidak keterlaluan, jika dikatakan hampir
semua negara di dunia mempunyai masalah seumpama itu dengan pelbagai alasan diberikan.
Lantaran itu, terdapat banyak institusi di peringkat antarabangsa yang mengambil berat
mengenai persoalan dan pemasalahan berkaitan keluarga.
Di sesetengah negara mengorak langkah lebih awal dan proaktif menubuhkan agensi atau badan
khas yang berperanan untuk memastikan pelaksanaan perintah berjalan dengan teratur
mengikut jadual yang ditetapkan.
Contohnya, termasuklah di Australia dengan tertubuhnya Child Support Authority (CSA)' yang
mana matlamat penubuhan ialah bagi menyediakan perkhidmatan untuk mendapatkan hak
saraan dan nafkah kepada kanak-kanak.
Bantuan Ringan Beban

Di Malaysia, nasib wanita Islam yang dibelenggu masalah sama kian terbela dengan kewujudan
Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) pada 2008 sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kehakiman
Syariah Malaysia (JKSM).
Sejak penubuhan BSK, sudah ramai wanita dibantu, khususnya bagi meleraikan konflik dihadapi
wanita dan ibu tunggal yang berdepan masalah mendapatkan nafkah seperti diperintahkan
mahkamah.
BSK bekerja keras bagi memastikan bapa atau bekas suami melaksanakan penguatkuasaan ke
atas perintah mahkamah, khususnya dalam kes nafkah dan saraan. Tidak cukup dengan itu bagi
meringankan masalah, BSK juga menyalurkan bantuan kewangan sara hidup sementara melalui
sumber dana kewangan yang diharuskan hukum syarak kepada keluarga menghadapi masalah
tuntutan nafkah.
Apa yang pasti, kewujudan BSK ternyata turut menarik perhatian negara lain sehinggakan ada
yang memuji terhadap usaha dilakukan. Antara memuji dan kagum dengan kewujudan dan
kejayaan BSK dalam mengatasi masalah tuntutan pembayaran nafkah bagi wanita Islam selepas
bercerai dan pelaksanaan perintah ialah Hakim Mahkamah Rayuan Sudan, Sittina Abd Elgalil.
BSK Perkasa Sistem Kehakiman
Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) diwujudkan semenjak April 2009 dengan matlamat utamanya
adalah untuk menguatkuasakan perintah nafkah.
Ketika tindakan penguatkuasaan dijalankan, BSK menyediakan pendahuluan dana nafkah kepada
ibu dan anak-anak yang berkelayakan selama 6 bulan. Tempoh ini diberikan berdasarkan
kemunasabahan tindakan penguatkuasaan selesai di Mahkamah Syariah.
Menurut apa yang diperkatakan oleh Pengarah BSK, Dr Mohd Naim Mokhtar , bantuan
kewangan sara hidup BSK khusus diberikan kepada wanita yang berhadapan dengan
permasalahan tuntutan nafkah dan bertujuan untuk meringankan beban yang terpaksa
ditanggung oleh isteri sementara menunggu suami atau bekas suami membayar nafkah.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan tersebut dan wang itu digunakan
sebaik mungkin untuk disalurkan pula kepada wanita dan anak-anak yang memerlukannya. Dana
disalurkan ini boleh dianggap sebagai hutang bekas suami. Bagaimanapun, jika suami terbabit
meninggal dunia, hutang itu akan dilupuskan sekiranya tiada harta peninggalannya yang boleh
dijadikan sandaran penyelesaian hutang tersebut, katanya.
e-nafkah mudah urusan
Selain dari itu juga,bagi melancarkan urusan pemantauan terhadap perintah nafkah di
Mahkamah Syariah, BSK telah mengaplikasikan sistem e-Nafkah sejak Januari tahun 2012 bagi
memastikan BSK mencapai objektif penubuhannya.Ini kerana, setiap perintah nafkah yang
diputuskan di mahkamah syariah seluruh Malaysia akan dipam masuk ke dalam sistem e-Nafkah
bagi membolehkan pegawai BSK mengambil langkah sewajarnya.Lebih membanggakan, sistem
e-Nafkah merupakan satu-satunya system seumpamanya di negara Islam dan di negara Barat

yang berkemampuan untuk memantau data serta sejarah penghakiman nafkah yang dikeluarkan
oleh mahkamah syariah. Sejak ditubuhkan, BSK telah menjadi model kepada negara lain
antaranya Bangladesh, Thailand, Zanzibar, Maldives, dan termasuklah negara Komanwel kerana
menjadikan formula adunan inovasi, kreativiti dan perundangan sebagai produk dalam membela
masyarakat dan memperkasakan sistem kehakiman Negara

Kelayakan Penerima Dana :


1. Memperoleh perintah nafkah dari Mahkamah Syariah;
2. Bekas suami/bapa gagal patuhi perintah;
3. Terdapat kepercayaan bahawa bekas suami/bapa mampu untuk membayar balik pendahuluan
dana kepada BSK;
4. Bekas suami/bapa dapat dikesan;
5. Bekas isteri/isteri berikan kerjasama untuk tindakan penguatkuasaan terhadap bekas suami.

BIBLIOGRAFI
1. Asst. Prof. Dr. Afridah Abas. Nota Ringkasan Acara Mala Mahkamah Syariah M//S.. (Bahagian
Sokongan Keluarga.)
2. Laman web.JKSM http://www.jksm.gov.my/ (BSK)

You might also like