You are on page 1of 2

Laporan Aktiviti Persatuan Pandu Puteri

Pada 29 Julai 2016 , Persatuan Pandu Puteri IPGK Raja Melewar telah mengadakan
perjumpaan dengan kesemua ahli yang terlibat . Pada tarikh yang telah dicatatkan , beberapa
pekara telah dibincangkan .
Pekara utama yang menjadi perhatian ialah cara menggunakan tanda mengesan Pandu
Puteri . Dengan ini , kami telah menjalankan dua aktiviti yang berkenaan . Aktiviti yang pertama
ialah menghafal tanda mengesan Pandu Puteri . Aktiviti yang kedua pula mencari arah jalan
dengan menggunakan tanda mengesan Pandu Puteri yang telah dihafal .
Pada hari ini , kami dibahagikan kepada dua kumpulan dan menjalankan aktiviti
mencari arah jalan dengan menggunakan tanda mengesan Pandu Puteri yang telah dihafal .
Setelah menjalankan aktiviti ini , kami lebih memahami tentang fungsi tanda mengesan Pandu
Puteri .
Pada keseluruhannya , kami berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
pada hari ini . Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin
yang hadir serta ahli-ahli lain yang telah memberikan kerjasama yang baik pada hari ini .

Disediakan oleh ,

( Ho Zi Xin )
Bendehari
29 Julai 2016

MAKLUMAT TAMBAHAN :

You might also like