Professional Documents
Culture Documents
17 Siti Fatimah BT Saufee
17 Siti Fatimah BT Saufee
PERGURUAN RAJANG
BINTANGOR,
SARAWAK
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006
TEMA
PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TAJUK KAJIAN
PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID-MURID
TAHAP SATU DI SALAH SEBUAH SEKOLAH RENDAH
DI DAERAH MERADONG
OLEH
SITI FATIMAH BT. SAUFEE
SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA STRAS
MERADONG, BINTANGOR
09 11 OKTOBER 2006
PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID-MURID
TAHAP SATU DI SALAH SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI
DAERAH MERADONG
Siti Fatimah bt. Saufee
SK Nanga Stras, Meradong,
Bintangor
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah tahap penguasaan tulisan Jawi di
kalangan murid-murid Islam tahap satu . Kajian ini telah dijalankan secara ujian dan
temubual . Sampel terdiri daripada 10 orang lelaki dan 5 orang perempuan di salah
sebuah sekolah rendah di daerah Meradong. Pemilihan sampel berdasarkan tempat
pengkaji bertugas. Ujian secara lisan, bertulis dan temubual bersama guru dan
beberapa orang murid telah digunakan untuk mengukur tahap pencapaian penguasaan
tulisan Jawi. Data dianalisa secara statistik deskriptif yang menjuruskan kepada huraian
peratus. Setelah huraian secara peratus dijalankan berbagai cadangan dan kajian untuk
dilanjutkan.Kajian ini memberi satu alternatif bagi guru agama atau individu yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk memperbaiki pengajaran dan
pembelajaran di kelas serta meningkatkan kemahiran penguasaan tulisan Jawi untuk
murid-murid islam tahap satu.. Temubual dijalankan untuk mendapatkan maklumat
mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tulisan Jawi. Selain
itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui latar belakang murid-murid dan guru serta
faktor yang mempengaruhi kebolehan sampelan menulis Jawi. Manakala ujian
mengenal, menulis dan membaca pula untuk mengetahui sejauh mana masalah
kebolehan murid-murid menulis Jawi. Kesimpulan kajian ini menunjukkan prestasi
murid-murid berkait rapat dengan latar belakang dan persekitaran di mana murid-murid
yang mempunyai ibu bapa yang tiada pendedahan awal mengenai tulisan Jawi dan
kesedaran tentang pentingnya pendidikan Jawi. Sikap murid-murid yang negatif juga
mempengaruhi cara pembelajaran mereka. Oleh itu, untuk memantapkan lagi
penggunaan tulisan Jawi beberapa saranan dibuat sebagai kesinambungan ke arah
mengembalikan semula keagungan tulisan Jawi dan meletakkan fungsi dann kedudukan
yang tinggi setanding dengan tulisan-tulisan lain di dunia.
Pengenalan
Di peringkat awal murid-murid merupakan satu peringkat perkembangan yang berlaku
dengan pesatnya baik dari segi intelek, jasmani mahupun rohaninya. Pada peringkat ini
murid-murid di Tahap satu suka menyoal, meneroka dan mencuba. Malah tidak berhenti
belajar dalam menjiwai setiap yang mereka pelajari. Inilah masa yang sesuai bagi
menyediakan rangsangan yang bercorak Islam supaya mereka dapat belajar perkaraperkara berkenaan Islam dan seterus menjiwai setiap pengalaman yang berunsurkan
Islam.
Salah satu perkara yang berkaitan dengan agama Islam yang dipelajari oleh murid-murid
di peringkat sekolah rendah ialah pendidikan islam dalam tulisan Jawi. Ianya merupakan
aspek komponen yang ditekankan melalui Kurikulum Pendidikan Islam. Aspek asas Jawi
membolehkan murid mengecam dan membunyikan huruf Jawi iaitu pergerakan mata dan
tangan mengikut bentuk huruf, membentuk huruf Jawi serta membaca sukukata dan
perkataan mudah. Melalui tulisan Jawi juga penerapan nilai-nilai Islam dapat
diperteguhkan. Hal ini adalah disebabkan tulisan Jawi merupakan pendekatan yang
paling baik dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam kepada murid-murid dan
masyarakat selaras dengan cita-cita Falsafah Pendidikan Negara.
Hashim Abdullah (1999), menyatakan kehilangan atau kelupusan tulisan Jawi bermakna
satu lagi daripada sekian banyak warisan pusaka bangsa Melayu yang hilang. Dan inilah
juga yang
dikenalpasti kejahilan anak-anak muda Melayu membaca al-Quran,
disebabkan ketidakbolehan mereka membaca Jawi. Ekoran daripada itu pelbagai krisis
akhlak dan sosial di kalangan remaja kerana konsep Islam yang tulen tiada lagi dalam diri
mereka. Menyedari hakikat itulah maka kini, pelbagai pihak tampil ke hadapan dengan
pelbagai pandangan untuk memartabatkan semula Jawi yang pernah mentamadunkan
bangsa Melayu.
Menurut Zaidi Osman (1999) ada menyatakan peranan tulisan Jawi dalam perkembangan
kebudayaan dan keilmuan Melayu amat besar. Dapat dikatakan semua manuskrip Melayu
terawal dalam tulisan Jawi. Beribu-ribu manuskrip Melayu yang masih terpelihara yang
mengungkapkan berbagai-bagai bidang ilmu seperti kebudayaan, kesusasteraan, sejarah,
keagamaan , perubatan dan sebagainya memberi gambaran yang jelas tentang tulisan
Jawi dalam memupuk perkembangan keilmuan masyarakat Melayu zaman silam.
Kesenian ini tidak akan pupus sekiranya kanak-kanak iaitu generasi muda sekarang ini
diberi penekanan di dalam mempelajari Jawi dan seterusnya mempertahankan
martabatnya di mata dunia.
Tulisan Jawi merupakan sebuah kraf seperti kraf-kraf yang lain. Sebagai suatu hasil kraf
dan seni, kemahiran menulis mesti diajar dengan cara dan teknik yang betul di peringkat
awal lagi. Oleh itu, menulis Jawi memerlukan latihan dan bimbingan yang bersistematik.
Faktor-faktor di atas akan menentukan kebolehan dan keupayaan murid-murid menulis
Jawi. Peringkat menulis Jawi sama seperti menulis Rumi yang mempunyai perbezaan
dari segi arah tulisan dan bentuk dan kaedah menyambungkan huruf menjadi suku kata
atau perkataan. Pengajaran menulis memerlukan perancangan dan ketelitian yang rapi.
Di sini peranan guru amat penting di dalam memberi penekanan latihan dan latihtubi
serta tumpuan kepada psikomotor. Sementara teori mentalisme lebih sesuai diajukan
kepada murid-murid yang mempunyai daya kemahiran mengenal dan mengecam hurufhuruf Jawi. Guru seharusnya dapat menyesuaikan kaedah dan pendekatan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi berdasarkan kebolehan murid-murid dan tidak
mengelirukan murid dengan kaedah tulisan Jawi .
Kekerapan latihan menulis yang terancang akan membantu murid-murid menguasai
tulisan Jawi dengan baik. Guru haruslah menyediakan lembaran kerja dan pendekatan
serta teknik yang pelbagai dan menyeronokkan untuk memberi tumpuan dan perhatian
yang lebih terhadap penguasaan tulisan Jawi.
a) Peringkat Pramenulis
Manakala pada peringkat pramenulis pula ialah tempoh masa murid-murid
disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf
dengan kemas dan betul. Dalam tempoh ini latihan-latihan otot-otot, tangan dan
jari serta kordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari peringkat
awal lagi. Bagi mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang
kemas dan jelas, pelajaran tulisan Jawi yang dirancang haruslah sistematik bertitik
tolak daripada aktiviti-aktiviti pramenulis yang berbentuk bebas. Latihan-latihan
pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut :
1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan.
2. Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa
dan sempurna.
3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.
4. Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.
5. Melatih pergerakan yang berbeza arah tulis dari kanak ke kiri dan dari kiri
ke kanan.
b) Peringkat mendirikan asas
Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis faham dan tahu memegang
pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih
membentuk lambang-lambang tulisan. Pada peringkat ini, dicadangkan muridmurid membentuk huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang
garisan.
c) Penyampaian kemahiran
Semasa menyampaikan kemahiran tulisan mekanis, guru haruslah
memberi perhatian kepada beberapa perkara :
1. Murid-murid haruslah diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf
dengan menggunakan gambar.
2. Sebelum dilatih menulis, hendaklah diberi latihan bebas untuk
membetulkan urat-urat daging murid-murid.
Nama
Padanan Rumi
alif
ba
ta
sa [tha]
s, (th)
jim
ca
ha
h, (h)
kha [kho]
kh
dal
zal [dhal]
z, (dh)
ra [ro]
zai
sin
syin
sy, (sh)
sad [sOd]
s, (s)
dad [dOd]
d, (d)
ta [to]
t, (t)
za [zo]
z, (z)
ain [ ain]
awal : a, I, u
akhir : k, ()
ghain
gh
nga
ng
fa
pa
qaf
k, q, (q)
kaf
ga
lam
mim
nun
wau
w, u, o
va
ha
hamzah
awal: gugur
akhir: k, ()
ya
y, i, e taling
ya [ye]
e pepet akhir
nya
ny
Tinjauan Literatur
Kajian ini adalah mengenai kebolehan murid-murid Tahap satu dalam menguasai tulisan
Jawi. Oleh sebab itu, dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai beberapa
perkara yang berkaitan seperti berikut :
1. Teori-teori mengenai tulisan dan bacaan .
2. Kajian terdahuu yang berkaitan dengan tulisan Jawi sama ada di dalam dan di luar
negara.
Justeru itu, bab ini akan meninjau literatur yang berkaitan dengan kajian. Ia akan
memberikan maklumat mengenai bidang-bidang yang bersesuaian dengan kajian ini.
Teori-teori
Pendidikan Jawi juga bermulanya dengan beberapa kemahiran yang perlu dititikberatkan.
Antaranya ialah kemahiran mengingat ( menghafaz ), membaca dan menulis. Ia amat
berkait rapat di antara satu sama lain untuk mencapai satu objketif utama yang berkaitan
dengan kajian.
Daripada The Discovery of the child, Dr. Montessori mendapati bahawa ,
Penulisan mendahului bacaan Penulis adalah tindakan di mana psikomotor
mekanisme amat ketara , sebaliknya dalam pembacaan, kami hanya mencapai sesuatu
pekerjaan yang intelektual.
Biarlah kanak-kanak itu meraih faedah dalam tempoh masa yang lama melalui aktivitiaktiviti motor ini sebelum bergerak kepada sesuatu pembacaan yang amat abstrak. Ingat
bahawa masa penulisan yang panjang atau pembinaan perkataan adalah cara semulajadi
untuk seorang kanak-kanak belajar membaca. Dr. Montessori kerap menekankan bahawa
tangan itu adalah guru utama kanak-kanak. Beliau mengambil satu petikan daripada The
Absorbant Mind .
Aristotle adalah orang yang pertama mengenali kemampuan unik ingatan manusia dalam
pepatah masyhurnya :
Tidak ada apa dalam intelektual ini yang tidak dikesan dalam
derianya tetapi ia wujud dalam inteleknya dalam kaedah yang
berlainan daripada dalam deria
Ibnu Taimiyyah (1982) menegaskan perlunya mempelajari Bahasa Arab (Tulisan Jawi)
sebagai satu mata pelajaran yang tidak ada kaitan dengan kefahaman dalam bidang Islam.
Dapatan kajian di atas disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Amir Mohd. Rashid
(1991) yang mendapati tahap penguasaan kemahiran Jawi di kalangan pelajar adalah
rendah. Ini berlaku disebabkan persaingan dengan tulisan rumi yang diajar dan digunakan
dalam banyak mata pelajaran lain di sekolah. Atas alasan inilah dikatakan pelajar lambat
menguasai kemhairan Jawi.Alasan ini disokong pula oleh dapatan kajian yang dijalankan
oleh Muhamad b. Endut(1992) yang mendapati ramai pelajar yang lambat menguasai
Jawi disebabkan ia hanya diberi penekanan dalam masa pelajaran Pendidikan Islam
sahaja.
Abu Baker As-sidek seorang peserta Majlis Forum Hari Sastera di Kuantan menyatakan
kementerian Pendidikan tidak menitikberatkan tulisan Jawi sejak pengenalan kurikulum
lama sekolah rendah dan ini menyebabkan ramai kanak-kanak sekarang tidak dapat
membaca Jawi.Jika usaha tertentu tidak diambil dari sekarang ramai generasi muda tidak
akan dapat membaca dan menulis jawi .(Berita Minggu, 18 Oktober ,1987)
Pandangan di atas ada kebenarannya, kerana Norlaila Sulaiman (1993) mendapati dalam
kajiannya bahawa kedudukan pengajaran Jawi yang tidak menentu dalam kurikulum
sekolah telah menimbulkan masalah dan menjadi sebab kelemahan penguasaan
kemahiran Jawi di kalangan pelajar sekolah.
Metodologi
Metodologi kajian menurut Kamus Dewan (1999) adalah satu sistem yang merangkumi
kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kajian.Maka dalam bahagian ini,
pengkaji akan membincangkan metodologi yang akan digunakan dalam melakukan
kajian ini.Perbincangan akan menyentuh beberapa aspek kajian yang berkaitan iaitu reka
bentuk kajian, sampel kajian, tempat kajian,instrumen kajian, analisis data, pentadbiran
kajian dan kesahan dan kebolehpercayaan alatan yang digunakan dalam melakukan
kajian.
Rekabentuk
Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kes. Menurut Majid (2000)
telah menyatakan bahawa kajian kes adalah penyelidikan yang dilakukan secara intensif
oleh penyelidik ke atas satu unit kecil sosial seperti individu, satu keluarga, satu
kampung, satu kelab, satu sekolah atau satu masyarakat.
Pemerhatian akan dijalankan ke atas semua murid-murid Tahap satu yang beragama
Islam yang berbeza latar belakang keluarga. Penilaian dilakukan semasa proses
pembelajaran di dalam kelas.Setiap sesi mengambil masa selama 20 30 minit.
Sampel dan persampelan
Temu bual yang diberikan untuk memperolehi tahap penguasaan Jawi di kalangan muridmurid Islam Tahap satu. Responden ini terdiri daripada 15 orang murid Islam yang
sedang belajar di sebuah sekolah yang dikenal pasti. Jadual 1 berikut menunjukkan
latarbelakang responden.
Jadual 1: Latarbelakang Responden Mengikut Jantina dan kelas
Pembolehubah
Jantina
Lelaki
Perempuan
Kekerapan
10 (66.7%)
5 (33.3%)
Jumlah
15 (100%)
Pembolehubah
Kelas
Tahun satu
Tahun dua
Tahun tiga
Kekerapan
3 (20%)
9 (60%)
3 (20%)
Jumlah
15 (100%)
Bagi mendapatkan maklumat kajian, pengkaji telah memilih sebuah sekolah di daerah
Meradong. Pengkaji memilih sekolah tersebut kerana sekolah tersebut merupakan tempat
pengkaji sedang bertugas dan memudahkan untuk menjalankan kajian .
Populasi kajian ini adalah terdiri daripada 15 orang murid Islam Tahap satu di S.K
Nanga Stras yang terdiri dari latar belakang yang berbeza dari aspek kebolehan, taraf
sosio ekonomi keluarga dan tahap kecerdasan otak seperti yang dinyatakan dalam jadual
2
Jadual 2 : Jumlah subjek terlibat
Bil
1
2
3
Lelaki
6
Perempuan
3
JUMLAH
9
2
2
10
0
2
5
2
4
15
Bilangan murid
Pendapatan Keluarga
10
9 orang
RM 2000.00 ke atas
Tinggi
2 orang
RM 701.00 RM 1999.00
Sederhana
4 orang
RM 700.00 ke bawah
Rendah
Bahagian A :
Bahagian B :
maklumat guru
Pengajaran dan pembelajaran
b) Ujian bertulis
Ujian bertulis disediakan dalam bentuk ujian. Dalam soalan ujian bentuk soalan
terdiri daripada mengenal huruf pada kad imbasan, menulis huruf pada lembaran
kerja dan membaca tulisan Jawi secara urutan pada carta. Masa yang
diperuntukkan untuk menilai tahap penguasaan murid terhadap tulisan Jawi
selama 30 minit seorang. Ianya dijalankan selama 2 minggu berturut-turut.
11
Analisa Data
Mengetahui tahap penguasaan murid-murid Tahap satu mengenal huruf-huruf Jawi.
Secara keseluruhan, semasa ujian dijalankan hasil kajian menunjukkan 42% murid tidak
mengenal huruf dan 58 % murid mengenal huruf seperti yang terdapat dalam rajah 1.
Rajah 1 : Tahap penguasaan murid-murid Tahap satu mengenal huruf-huruf Jawi.
60
50
40
58
42
Ujian
Mengenal
huruf
30
20
10
0
Mengenal Huruf
Semasa ujian dijalankan hasil kajian menunjukkan 100% daripada 15 orang murid sudah
mengenal huruf pertama dan ketiga Jawi iaitu dan . Huruf mudah diingati kerana
huruf ini lebih menyerupai angka 1 dan huruf kecil L iaitu l. Manakala huruf , , ,
, dan sebanyak 86.7% dan huruf sebanyak 80% sahaja murid menguasainya.
Diikuti pula huruf dan yang menunjukkan peratusan sebanyak 73.3%. Hasil kajian
juga menunjukkan 66.7% bagi huruf , , , dan sememangnya boleh dikuasai
dengan baik juga. Bagi mengenal huruf dan pula, hanya 60% sahaja murid daripada
15 orang yang menguasainya dan diikuti pula huruf sebanyak 53.3% sahaja. Bagi 6
huruf yang berikutnya iaitu huruf , , , ,, dan hanya 7 daripada 15 orang sahaja
yang menguasainya sebanyak 53.3%. Manakala bagi huruf yang berikut pula iaitu , ,
, , , , ,, dan menunjukkan tahap penguasaaan yang amat rendah sebanyak
33.3% sehingga 26.7% sahaja yang menguasainya. Hanya seorang sahaja yang mengenali
huruf sebanyak 6.7% sahaja.(Rujuk lampiran C)
Mengetahui tahap penguasaan murid-murid Tahap satu menulis huruf-huruf Jawi.
Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan 65.4% murid tidak tahu dan tidak boleh
menulis huruf Jawi dengan betul dan hanya 34.6% sahaja murid boleh menulis huruf
12
Jawi. Ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan menulis tulisan Jawi di kalangan
murid-murid tahap satu amat rendah. Ini terdapat dalam rajah 2 di bawah.
70
65.4
60
50
34.6
40
Ujian
30
20
10
0
Boleh Menulis
13
Secara keseluruhan, semasa ujian dijalankan hasil kajian menunjukkan 48.4% murid
tidak boleh membaca huruf Jawi secara urutan dan hanya 51.6% sahaja murid boleh
membaca huruf Jawi dengan lancar. Ini terdapat dalam rajah 3 di bawah.
51.6
52
51
50
49
48.4
Ujian
48
47
46
Tidak Boleh Membaca Huruf
14
kepada anak-anak mereka di dalam penguasaan Jawi mungkin disebabkan kos kehidupan
yang tinggi dan kedaifan di dalam pendidikan Islam.
Bagi murid-murid yang berpendapatan sederhana, kebolehan mereka dalam tulisan Jawi
amat memberangsangkan dan menunjukkan prestasi yang cemerlang. Ini menunjukkan
ibubapa yang dari sosioekonomi sederhana amat mementingkan pendidikan Islam
terhadap anak-anak mereka. Kajian juga membuktikan bahawa taraf sosioekonomi
keluarga dan pegangan hidup (aqidah) dalam pendidikan Islam amat mempengaruhi
pencapaian akademik murid.
Oleh yang demikian guru, keluarga dan masyarakat yang beragama Islam
keseluruhannya dapat sama-sama menggemblengkan tenaga membantu masalah murid
yang lemah dan memberi tumpuan kepada penguasaan tulisan Jawi yang semakin dilupai
ini. Oleh yang demikian guru, keluarga dan masyarakat yang beragama Islam
keseluruhannya dapat sama-sama menggemblengkan tenaga membantu masalah murid
yang lemah dan memberi tumpuan kepada penguasaan tulisan Jawi yang semakin dilupai
ini.
Peranan guru amat penting untuk memberi motivasi kepada murid serta penggunaan
kaedah dan aktiviti yang boleh menarik minat murid. Keluarga pula perlu merancang
ekonomi dengan mengagihkan lebih peruntukan kewangan kepada pendidikan anak dari
membeli barang lain yang kurang kepentingannya.
Kementerian Pelajaran perlu memandang masalah murid yang miskin. Murid ini perlu
diberi bantuan kewangan untuk terus menimba ilmu ke peringkat yang lebih tinggi.Selain
itu, peranan kerajaan dan jabatan agama agar menekankan pendidikan Islam di dalam
pendidikan masa kini.
Bagi murid-murid dari taraf sosioekonomi rendah pula agar mendapat kemudahan belajar
sama seperti murid-murid lain. Guru juga perlu menarik minat murid-murid untuk belajar
dan memahami kemahiran yang diajar. Pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dapat
digunakan untuk meningkatkan lagi kebolehan murid dalam tulisan Jawi.
16
17