You are on page 1of 13

inovasi

FRIDAY, MAY 6, 2011

Contoh Kajian Jawi


Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Jawi di Kalangan Pelajar Tahun 4: Kajian
Kes di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding
Bab 1: Pernyataan Masalah
1.1 Pengenalan
Tulisan Jawi adalah salah satu daripada warisan bangsa Melayu yang perlu dipertahan dan
dipelihara. Pada satu ketika dulu, tulisan jawi menjadi antara medium bagi penyampaian ilmu di
kalangan umat Islam di nusantara. Selain sebagai medium penyampaian ilmu, tulisan jawi juga
digunakan bagi menyelesaikan urusan harian seperti jual beli, undang-undang, politik dan
perhubungan antarabangsa.
Antara bukti tulisan jawi digunakan secara meluas di nusantara ialah penemuan surat-surat
perjanjian jual beli yang ditulis dalam tulisan jawi, penemuan batu-batu bersurat yang dijumpai
di Kedah dan Terengganu, Kanun Undang-Undang Negeri seperti Hukum 44 di Kedah, Majallah
Ahkam di Johor dan Hukum Kanun Melaka yang dipraktikkan di Melaka semuanya ditulis dan
dibukukan dalam tulisan jawi lama.
Dalam penyebaran ilmu, tidak dinafikan tulisan jawi memainkan peranan yang sangat penting.
Pada zaman dahulu kita dapat lihat, ulama-ulama tersohor di rantau alam Melayu menulis kitab
semuanya menggunakan bahasa Melayu dan tulisan jawi sebagai medium penyampaiannya.
Antara penulisan tersebut ialah Matla al-Badrain karangan Sheikh Ahmad al-Fathani, Furu
Masail dan Munyatul Musalli karangan Syeikh Daud al-Fathani, Durr al-Thamin karangan
Syeikh Abdullah al-Fathani, Faridatul Faraid karangan Syeikh Abdussamad al- Palembangi dan
Bahrul al-Mazhi karangan Syeikh Idris al-Marbawi.
Kebelakangan ini, kita dapati penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan jawi agak
berkurangan. Sebagai bukti, Akhbar Utusan Melayu yang telah diterbitkan sejak sebelum
merdeka lagi telah diberhentikan pengeluarannya akibat daripada tidak mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada masyarakat Melayu sendiri. Namun begitu, tindakan pantas Kementerian
Kebudayaan dan Kesenian menanggung sebahagian besar kos pencetakan akhbar ini menjadikan
akhbar ini terus diterbitkan namun bukan lagi sebuah akhbar tetapi hanya dalam bentuk sisipan

yang diterbitkan bersama Utusan Malaysia setiap hari Isnin.


Tulisan jawi juga terpinggir selepas kerajaan memutuskan bahawa tulisan rumi digunakan
sebagai medium bagi penyampaian bahasa Melayu dan pada satu ketika Pendidikan Islam juga
menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi menyebabkan tulisan jawi semakin hilang
daripada masyarakat Melayu di Malaysia.
Namun begitu, tulisan jawi kembali diberi nafas baru apabila kerajaan mewajibkan pendidikan
Islam menggunakan tulisan jawi dan menyediakan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan
Jawi. Selain daripada itu, usaha bekas Perdana Mewnteri yang Kelima Tun Abdullah Haji Ahmad
Badawi memperkenalkan program j-QAF di sekolah-sekolah rendah bermula pada tahun 2005
seolah memberikan tulisan Jawi nafas baru bagi membugarkan semula kegemilangan tulisan
Jawi pada satu ketika dulu.
Selain daripada itu, kehadiran Kaedah Ejaan Dewan yang di susun secara teratur oleh pakarpakar bahasa menjadikan kaedah tulisan jawi semakin tersusun. Wujudnya Kamus Dewan bagi
Ejaan Jawi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memantapkan lagi usaha jitu kerajaan bagi
memartabatkan tulisan jawi. Diharapkan dengan usaha jitu daripada semua pihak dapat
mengembalikan semula tulisan jawi sebagai salah satu medium penyampaian ilmu pengetahuan.
Justeru itu, bagi memastikan warisan tulisan jawi ini terkubur, suatu usaha yang bersepadu dan
bersungguh secara berterusan perlu dilakukan bagi memastikan tulisan jawi kekal sebagai
medium kepada penyampaian ilmu di serata nusantara. Melihat kepada pengalaman semasa
sebagai guru, perlu ada kajian yang mendalam berkaitan masalah yang dihadapi oleh murid
sehinggakan menghilangkan minat untuk belajar tulisan jawi.
1.2 Latar belakang Kajian
Kajian ini dilakukan sebagai kajian tindakan bagi memastikan bahawa semua murid SKDN
menguasai tulisan jawi menjelang 2015 bertepatan dengan misi sekolah, SKDN Cemerlang
Menjelang 2015. Kajian ini juga mengambil kira aspek-aspek kelemahan P&P, kesediaan pelajar,
motivasi rendah untuk setiap pelajar dan sukatan pelajaran sedia ada.
Kajian ini juga sebagai perintis kepada kajian-kajian yang lebih terperinci dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran jawi bagi memastikan tulisan jawi terus berkembang subur dalam
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Diharapkan kajian ini dapat menyelesaikan persoalan penguasaan jawi di kalangan pelajar

Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding dan akan menjadikan SKDN sebagai sekolah sifar buta
jawi menjelang 2015.
Selepas selesai kajian tindakan ini, kajian ini akan dipanjangkan ke Sektor Pendidikan Islam di
Jabatan Pelajaran Selangor dan Bahagian PendidIkan Islam di Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk rujukan dan kajian kes bagi masalah pembelajaran jawi di salah sebuah sekolah di
Malaysia.
Semoga kajian ini menjadi titik awal bagi memartabatkan tulisan jawi di peringkat sekolah
rendah dan diteruskan diperingkat yang lebih tinggi demi memastikan tulisan jawi terus menjadi
pilihan dan perhatian masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia.
1.3 Latarbelakang Permasalahan Kajian
Kajian ini akan memberikan penumpuan kepada penguasaan kemahiran membaca dan menulis
jawi di kalangan pelajar tahun empat. Antara sebab tahun 4 dipilih dan dijadikan penanda aras
dalam penilaian ini adalah berasaskan beberapa faktor; pertama, adalah kerana tahun 4 empat
adalah fasa peralihan daripada tahap satu kepada tahap dua. Sewajarnya murid telah menguasai
kedua-dua asas ini sebagai persediaan kepada kemahiran yang seterusnya pada tahap dua.
Kedua, adalah disebabkan tahun 4 adalah tahun pertama di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding
yang menerima program j-QAF di mana program ini membekalkan guru terlatih bersama dengan
modul-modul khas terutamanya Modul Pemulihan Jawi. Selain daripada itu, guru-guru ini adalah
guru yang dilatih khusus bagi tujuan pemulihan jawi. Justeru, inilah masa yang sesuai menilai
keberkesanan program ini dan jika terdapat kelemahan, kelemahan tersebut perlu ditampung
mengikut kesesuaian bagi menjamin program ini terlaksana dengan jayanya.
Ketiga, tahap perkembangan fisiologi murid juga berada dalam fasa yang berlainan daripada
murid tahun 1 hingga 3. Justeru, kajian ini diperlukan bagi mengkaji bagaimana perubahan
fisiologi dan kematangan murid mempengaruhi kemahiran sedia ada.
Kajian ini akan melibatkan semua murid tahun empat SKDN yang berjumlah 115 orang sebagai
sampel kajian (soal selidik dan pengumpulan data) dan 7 orang Guru Pendidikan Islam terlatih
sebagai responden untuk temubual dan 20 orang murid lemah jawi yang telah dikenalpasti
melalui ujian yang dilaksanakan oleh GPI sebagai sampel kepada aktiviti pemulihan jawi.
Kajian ini akan mengumpulkan semua data pelajar tahun empat untuk dianalisis tahap
pencapaian sebenar pelajar dalam tulisan jawi. Sumber kepada data-data ini ialah peperiksaan
akhir tahun ketika mereka berada di tahun 3, peperiksaan pertengahan tahun bagi tahun semasa

dan penilaian jawi 6 bulan yang termasuk dalam instrument j-QAF. Setelah data ini dikenal pasti
murid akan dikelaskan mengikut tahap penguasaan jawi mereka seperti Amat baik, Sederhana
dan Lemah. Murid yang lemah akan dijadikan sampel bagi aktiviti pemulihan jawi. Manakala
murid yang sederhana akan diberi latih tubi di dalam kelas harian. Guru GPI yang mengajar
kelas tersebut akan dimaklumkan tahap murid. Pada akhir tahun akan diadakan penilaian sekali
lagi sebagai persediaan kepada kajian tindakan selanjutnya.
1.4.1 Tujuan Kajian
Tujuan kajian yang utama adalah untuk mengenalpasti dan mengumpul data berkaitan
penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi yang bertujuan untuk memudahkan tindakan
susulan dijalankan bagi memastikan SKDN sifar buta jawi menjelang tahun 2015. Antara
objektif mikro bagi kajian ini ialah:
1. Mengenalpasti dan mengumpul maklumat berkaitan latar belakang murid. Latar belakang
murid juga memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pencapaian murid. Ini akan
memudahkan guru menggunakan pendekatan yang sesuai.
2. Mengenalpasti jumlah murid bagi pengkelasan yang ditetapkan iaitu baik, sederhana dan
lemah. Perincian data mengenai tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran adalah
perlu bagi memudahkan guru melakukan aktiviti tambah nilai, pengayaan dan pemulihan di
dalam dan luar kelas.
3. Mengenalpasti bagaimana kecenderungan pelajar terhadap tulisan jawi. Ini amat penting
supaya aktiviti jawi boleh disemarakkan dengan memahami secara jelas dan terang berkaitan
minat murid terhadap tulisan jawi.
4. Sebagai instrumen bagi menilai murid keupayaan asas jawi. Murid yang lemah akan
diwajibkan menyertai Kem Celik Jawi yang akan diadakan pada akhir bulan 12. Kem ini
bertujuan melahirkan pelajar yang mampu menguasai kemahiran asas bagi bacaan dan tulisan
jawi.
5. Mengenalpasti tahap bantuan yang diberi oleh ibu bapa dan penjaga terhadap kemahiran
menulis dan membaca jawi.
1.4.2 Persoalan Kajian
Kajian ini cuba merungkaikan persoalan yang unik yang berlaku di kalangan pelajar SKDN.
Kajian ini akan cuba melihat kelemahan penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi
daripada beberapa sudut yang berbeza. Kajian ini akan cuba mendedahkan kepada masyarakat
hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan latarbelakang

sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Kajian ini dengan menggunakan instrumen yang dibina
akan cuba memberikan jawapan terhadap hubungkait yang telah dinyatakan.
Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan mesra antara guru dan
murid. Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan diterapkan dalam Kem Celik Jawi
yang sudah tentunya menggunakan pendekatan berbeza daripada apa yang murid pelajari dan
dapat di dalam kelas. Diharapkan dengan lahirnya modul tersebut dapat memudahkan pelajar
menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi dalam masa yang telah ditetapkan.
Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat
awam berkaitan dengan hubungkait penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan
minat yang telah dipupuk oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan yang
dibina oleh guru-guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah. Justeru menggunakan
instrument temubual dan soal selidik, kajian ini pada akhirnya cuba menjelaskan kepada warga
ibu bapa dan pendidik bagaimana membina minat n kecenderungan lam sesuatu matapelajaran
khususnya jawi dan pendidikan Islam secara keseluruhannya.
Justeru itu, pada akhir kajian ini, kita akan mendapat beberapa rumusan berdasarkan persoalan
kajian yang telah diutarakan di atas dan selari dengan matlamat kajian ini dilaksanakan. Jika
penyelidik merasakan kajian ini sebagai kajian pertama dan memerlukan kajian lanjutan,
penyelidik akan terus membina hipotesis baru bagi memperincikan lagi aspek-aspek yang tidak
diperincikan dalam kajian ini.
1.5 Hipotesis Kajian
Pandangan umum menyatakan bahawa kesediaan pelajar untuk menerima ilmu adalah perkara
asas dalam memastikan pelajar tersebut berjaya menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar di
sekolah. Umum juga di sajikan dengan beberapa kajian yang menyatakan bahawa minat dan
kecenderungan murid adalah antara asas utama kejayaan murid dalam penguasaan ilmu
pengetahuan. Selain daripada itu, kita sering mendengar, apabila pelajar gagal menguasai
kemahiran asas gurulah orang pertama yang dipersalahkan. Selain daripada itu, faktor kelemahan
IQ dan EQ pelajar juga sering dijadikan alasan kepada kegagalan penguasaan kemahiran asas.
Kajian ini bukanlah sebuah kajian yang cuba menafikan faktor-faktor yang dinyatakan di atas,
tetapi cuba mengutarakan penyelesaian daripada sudut berbeza. Dengan instrumen yang telah
dibina kajian ini akan cuba mencari adakah wujud hubungkait antara kemahiran dan penguasaan
pelajar di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Ini adalah
berdasarkan kepada pemerhatian dan pembacaan penulis berkaitan pencapaian UPSR di sekolah
bandar, luar bandar, pedalaman dan pinggir bandar. Penulis mendapati ada trend yang berbeza
daripada sudut pencapaian pelajar.

Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan mesra antara guru dan
murid. Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan diterapkan dalam Kem Celik Jawi
yang sudah tentunya menggunakan pendekatan berbeza daripada apa yang murid pelajari dan
dapat di dalam kelas. Ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sebagai GPI yang melihat
bahawa adanya peningkatan dalam pencapaian jika sesuatu matapelajaran itu diajar oleh guru
yang disenangi oleh murid.
Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat
awam berkaitan dengan hubungkait penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan
minat yang telah dipupuk oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan yang
dibina oleh guru-guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah. Kajian ini cuba mencari
formula yang sesuai terutamanya bagi GPI untuk menarik minat pelajar terhadap tulisan jawi.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini perlu dilaksanakan atas beberapa sebab. Antaranya:
1. Dapat mengumpulkan data lengkap berkaitan maklumat murid antaraya latarbelakang murid
dan keluarga dan pencapaian semasa murid. Ini memudahkan GPI untuk lebih memahami
masalah murid dan cuba mencari pendekatan sesuai bagi mengatasi masalah tersebut.
2. Dapat mengenalpasti secara tepat jumlah murid yang lemah, sederhana dan baik. Bagi murid
yang lemah data sedia ada dapat membantu guru bagi melakukan pemantauan yang berterusan
terhadap murid apabila berada di dalam kelas dan di Kem Celik jawi manakala bagi murid yang
tahap penguasaannya sederhana akan memudahkan guru untuk membuat aktiviti tambah nilai
dan dan pengayaan yang sesuai dengan aras pencapaian murid tersebut.
3. Dapat Mengenalpasti bagaimana kecenderungan pelajar terhadap tulisan jawi. Ini amat
penting supaya aktiviti jawi boleh disemarakkan dengan memahami secara jelas dan terang
berkaitan minat murid terhadap tulisan jawi.
4. Dapat merungkai hubungan antara prestasi pelajar dengan latarbelakang sosiobudaya dan
sosioekonomi, perkaitan antara prestasi cemerlang dengan guru yang baik dan merungkai
hubungan dan perkaitan antara minat dan kecenderungan pelajar dengan prestasi semasa pelajar.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini hanya terbatas kepada penguasaan pelajar terhadap dua kemahiran asas tulisan jawi
iaitu kemahiran membaca dan menulis . Kemahiran membaca yang dimaksudkan adalah
termasuk kemahiran menyebut dan mengingat huruf tunggal, kemahiran membaca suku kata

terbuka dan tertutup, kemahiran membatangkan perkataan, kemahiran membaca ayat pendek
yang terdiri daripada suku kata terbuka, kemahiran membaca ayat pendek yang terdiri daripada
suku kata terbuka dan tertutup dan kemahiran membaca buku cerita pendek. Manakala
Kemahiran menulis yang dimaksudkan ialah kemahiran menulis huruf tunggal, kemahiran
menulis suku kata terbuka dan tertutup dan kemahiran membina dan menulis ayat pendek yang
terdiri daripada suku kata terbuka serta kemahiran menulis ayat pendek yang terdiri daripada
suku kata terbuka dan tertutup. Kajian ini tidak menekankan penulisan khat sebagai medium.
Pelajar tidak diperkenalkan bentuk-bentuk khat kerana kemahiran itu akan di ajar pada tahun 5
dan 6.
Kajian ini hanya melibatkan semua pelajar tahun 4 SKDN, ibu bapa dan penjaga pelajar dan 7
orang GPI yang ditempatkan di SKDN.
1.8 Definisi Istilah
SKDN- Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding
GPI - Guru Pendidikan Islam
j-QAF- Program pemantapan Pendidikan Islam yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran
bermula tahun 2005. J- Jawi Q-Quran A-Bahasa Arab dan F- Fardhu Ain.

Bab 2: Tinjauan Literatur


2.1 Pendahuluan
Pada dasarnya kajian ini akan memfokuskan berkaitan masalah penguasaan kemahiran membaca
dan menulis jawi di kalangan pelajar tahun 4 SKDN. Justeru kajian ini akan mengetengahkan
hasil berkaitan perkara yang dibincangkan. Namun sebelum memilih tajuk ini untuk
diketengahkan sebagai kajian tindakan, penulis telah menjalankan tinjauan literature berkaitan
tajuk yang telah dipilih. Namun hasil tinjauan yang dilakukan masih tiada kajian yang
melibatkan masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi secara terperinci.
2.2 Kajian Yang berkaitan
1. Nik Rusila bt Yaakob.2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan
Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Penulis mendapati kajian ini secara detail menghuraikan dengan tepat berkaitan dengan

penguasaan jawi di kalangan pelajar dan hubungannya dengan minat dan pencapaian pelajar.
Namun begitu, kertas kerja ini di dasarkan kepada pengkajian terhadap beberapa buah sekolah
menengah yang sudah tentunya agak berlainan dengan situasi dan keadaan yang berlaku di
sekolah rendah. Namun begitu, kajian ini menjadi rujukan penulis sebagai kajian awal yang
dirujuk bagi menentukan hala tuju kajian yang akan dilakukan oleh penulis.

2. Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian IRPA.
Universiti Malaya.
Penulis juga berkesempatan meneliti laporan kajian IRPA yang telah dilakukan oleh beberapa
penyelidik daripada Universiti Malaya yang diketuai oleh Dr. Hassan Basri. Apa yang dapat
penulis simpulkan ialah kajian ini secara detail menghuraikan berkaitan data dan fakta namun
begitu kajian ini dilakukan sekitar hujung tahun 80an dan awal 90an dan penulis berpandangan
masih ada ruang untuk menyemak semula kajian yang dilakukan kerana sifat dan sikap pelajar
juga berubah mengikut peredaran masa dan suasana setempat.
3. Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu.
Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.
Kajian yang baik yang dilakukan oleh penyelidik ini. Namun ia berkaitan dengan perlaksanaan
keseluruhan j-QAF di Terengganu. Ia melibatkan kajian terhadap modul-modul yang telah
dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika diteliti, daripada aspek jawi, modul ini
memperinci dan menghuraikan keberkesanan aktiviti pemulihan jawi yang dilaksanakan oleh
guru j-QAF yang hanya melibatkan modul mengenal dan membaca huruf tunggal jawi. Ini
kerana pada masa tersebut, j-QAF baru diperkenalkan dan hanya bermula di tahun 1.
4. Ishak Haron dan Hassan Basri. 1998. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah
Menengah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.
Kajian yang sangat berkualiti, namun ia dilakukan berdasarkan fakta-fakta yang dikumpulkan
khusus berkaitan penguasaan jawi di sekolah-sekolah menengah di Selangor. Justeru, sudah pasti
terdapat ruang dan jurang perbezaan yang amat luas dan ketara antara sekolah menengah dan
sekolah rendah.

5. Mohd Azhan bin Abdul Halim. 2006. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi. Kajian
Tindakan Jabatan Pelajaran Perak. Didapati dari atas talian http://jpnperak.edu.com.my.
Penulis juga sempat meneliti sebuah kajian tindakan yang dilakukan oleh seorang guru
cemerlang yang boleh didapati daripada laman web JPN Negeri Perak. Namun ia adalah

berkaitan penilain terhadap modul yang dibina dan dilaksanakan oleh guru cemerlang tersebut.
2.3 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, tiada kajian yang dilakukan khusus bagi menangani masalah murid
berkaitan kemahiran membaca dan menulis jawi. Justeru, penulis berpandangan bahawa tajuk
yang diutarakan oleh penulis adalah relevan dan memenuhi kriteria sebagai sebuah kajian baru
bagi memantapkan lagi pendidikan Islam di SKDN khususnya dan di Malaysia amnya.
Bab 3: Metodologi Kajian
3.1 Pendahuluan
Kajian ini adalah berbentuk kajian tindakan bagi membantu guru untuk membuat tindakan
susulan sama ada untuk aktiviti tambah nilai, pengayaan mahupun aktiviti pemulihan sama ada
aktiviti tersebut dilakukan di dalam kelas atau di luar daripada kelas. Justeru bagi mendapatkan
kajian yang benar-benar berkualiti, penulis akan membentangkan kepada pembaca berkaitan
dengan metodologi kajian yang diikuti oleh penulis bagi memastikan kajian ini benar-benar
menepati kajian yang berbentuk ilmiah yang menjadi rujukan di SKDN.
3.2 Reka bentuk Kajian
Kajian ini akan menggabungkan beberapa kaedah. Kaedah pertama akan menggunakan
instrumen penilaian yang melibatkan peperiksaan yang telah lepas iaitu peperiksaan akhir tahun
bagi tahun lepas (2008), peperiksaan awal tahun bagi tahun semasa (2009) dan instrumen
penilaian 6 bulan Jawi. Kaedah ini digunakan bagi menganalisis prestasi lalu dan semasa bagi
setiap murid dan mengenal pasti dimanakah kelemahan ketara bagi murid yang gagal untuk
lulus.
Kaedah kedua adalah berasaskan kaedah soal selidik. Ia melibatkan pembinaan item untuk soal
selidik yang perlu diedarkan kepada ibu bapa bagi mengetahui latarbelakang responden bagi
memudahkan aktiviti penyesuaian dilakukan oleh GPI di dalam kelas atau diluar kelas.
Kaedah ketiga adalah berasaskan temubual atau perbincangan profesional bersama rakan GPI
bagi mengenalpasti aspek yang menyebabkan murid lemah dan kurang berminat untuk mengikuti
P& P jawi di SKDN.
Kaedah keempat, pembinaan modul khusus bagi murid yang lemah jawi, dan modul tersebut
akan dinilai keberkesanannya oleh GPI berdasarkan boring-borang penilaian yang telah

disediakan. Hasil daripada penilaian tersebut akan dirumus bagi menghasilkan dapatan kajian
yang boleh digunakan sebagai rujukan dan penambahbaikan pada masa-masa akan datang.
3.3 Populasi Kajian
Kajian ini tertumpu kepada semua murid tahun 4, Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding, Hulu
Langat, Selangor yang merangkumi 144 murid. Ia juga melibatkan ibu bapa dan penjaga
responden beserta 7 orang GPI.
3.4 Instrumen Kajian
Kajian ini berasaskan beberapa instrumen:
1. Kaedah Peperiksaan dan Penilaian
a. Peperiksaan akhir tahun 2008
b. Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009
c. Instrumen Penilaian Jawi 6 bulan
2. Kaedah Soal Selidik
a. Borang A: dihantar kepada ibu bapa respondenbagi mengetahui latarbelakang sosiobudaya dan
sosioekonomi responden yang telah dipilih.
b. Borang B: diberi kepada murid bagi menilai hubungkait-hubungkait kepada persoalan yang
diutarakan dalam permasalahan kajian.
3. Kaedah Temubual dan Perbincangan Profesional: kaedah ini digunakan sebagai medium untuk
bertukar-tukar fikiran dan bagi melihat masalah yang berlaku daripada perspektif guru.
4. Pembinaan modul dan penilaian terhadap modul yang telah dilaksanakan. Hasil yang dirumus
daripada ketiga-tiga instrumen yang terdahulu, modul akan dibina berasaskan kepada kelemahan
pelajar sedia ada dan digunakan untuk memulihkan pelajar dan modul ini akan dinilai
keberkesanannya dari masa ke masa.
3.5 Lokasi Kajian
Kajian ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding yang berada di bawah Pentadbiran
Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat, Selangor.
Alamat sekolah ialah:
SK Dusun Nanding
KM 17, Jalan Hulu Langat
43100 Hulu Langat,

Selangor.
3.6 Pengurusan Data
Data akan dikumpul dan akan dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi memudahkan dan
memastikan ketepatan rumusan yang dilakukan. Kaedah ini digunakan bagi menilai sesuatu data
yang bersifat kauntitatif. Namun jika melibatkan kualitatif, aktiviti menilai, mentafsir dan
merumus akan dijalankan oleh penulis sendiri.
3.7 Analisis Data
Analisis akan dibuat dalam beberapa bentuk: Pertama bagi data kualitatif, analisis akan dibuat
dalam bentuk mod, min dan median bagi memudahkan penyelidik merumus kajian yang telah
dijalankan.
Kedua, bagi data yang bersifat kuantitatif atau kajian lapangan analisis data akan dibuat secara
deskriptif iaitu dalam bentuk jadual dan peratus dan juga dalam bentuk statistik iaitu dalam
bentuk graf bergantung kepada kesesuaian hasil dapatan.
3.8 Kesimpulan
Kajian ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi memastikan semua objektif yang
digariskan dapat dicapai dengan jayanya. Semoga kajian ini menjadi kajian perintis kearah sifar
buta jawi bagi mencapai visi SKDN Cemerlang Menjelang 2015.
Rujukan
1. Nik Rusila bt Yaakob.2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan
Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian IRPA.
Universiti Malaya.
3. Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu.
Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.
4. Ishak Haron dan Hassan Basri. 1998. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah
Menengah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.
5. Mohd Azhan bin Abdul Halim. 2006. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi. Kajian
Tindakan Jabatan Pelajaran Perak. Didapati dari atas talian http://jpnperak.edu.com.my.

6. Abdul Majid Konting. 1997. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur.
7. Idris Awang. 2002. Kaedah Penyelidikan. Akademi Pengajian Islam Univerti Malaya: Kuala
Lumpur.
8. Alis bin Puteh. 2008. Kajian Tindakan di Sekolah: Satu Pengenalan. Pure Honey Enterprise:
Kuala Lumpur.
Posted by nazierah bt Ibrahimat 10:07 PM
Labels: Kajian Jawi

No comments:
Post a Comment

Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Pages

Home

Sejarah Tulisan Jawi


Followers
Blog Archive

2011 (1)
May (1)

Contoh Kajian Jawi

About Me
nazierah bt Ibrahim

Sedang melanjutkan pelajaran di USM Pulau Pinang dalam bidang Pendidikan dan Pemulihan Jawi
View my complete profile

http://zierainovasi.blogspot.my/2011/05/contoh-kajian-jawi.html

https://www.scribd.com/doc/138258069/Kajian-Tindakan-Pelajaran-Jawi Apr 27,


2013 by Murni Hashim
https://www.scribd.com/doc/179764421/Contoh-Tugasan-Penyelidikan-Tindakan

You might also like