You are on page 1of 2

Kesan penyalahgunaan daun ketum

1. Susut berat badan


2. Sukar untuk tidur (insomnia)
3. Tiada selera makan
4. Bibir menjadi kering
5. Kesukaran membuang air besar
6. Kesan lebam dan terbakar pada muka
terutamanya pada bahagian pipi
7. Gejala-gejala ketagihan seperti :a. Mata dan hidung berair
b. Sengal-sengal sendi
c. Mudah marah
d. Semakin lemah untuk bekerja

Peruntukan Undang-undang
Mulai Januari 2003, Mitragynine ( merujuk
kepada daun ketum) telah dimasukkan ke
dalam Jadual 3 Peraturan Racun 1989 yang
dikawal sebagai bahan psikotropik di
bawah Seksyen 30 (5) Akta Racun 1952.
Ini bermakna, individu yang terlibat dalam
aktiviti penyalahgunaan daun ketum di
Malaysia adalah tertakluk di bawah
undang-undang ini dan boleh dikenakan
hukuman.
Di Thailand, satu undang-undang yang
dinamakan Akta Kratom 2486 telah
digubal pada tahun 1943. Akta ini
mengharamkan
sebarang
aktiviti
penanaman pokok ketum dan mana-mana
pokok ketum yang masih ada hendaklah
ditebang atau dimusnahkan.
Pada masa ini, Undang-undang Thailand
telah mengkelaskan daun ketum di bawah
kelas yang sama dengan kokain dan heroin
yang mengakibatkan penyalahguna daun
ketum dikenakan hukuman yang sama
seperti pengguna kokain dan heroin.

Sumber Rujukan
1. http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/2000/januari00.pdf
2. http://www.pemadam.org.my/main.php

KHIDMAT NASIHAT 24 JAM MENGENAI


KERACUNAN
Waktu Pejabat : 1-800-88-8099 / 04-6570099
[ Isnin hingga Jumaat : 8.10 pagi 4.40 petang
Sabtu : 8.10 pagi 1.00 petang ]
Selepas Waktu Pejabat : 012-4309499
[ Termasuk cuti hujung minggu dan cuti umum ]

Pusat Racun Negara


Universiti Sains Malaysia

Pusat Racun Negara


11800 Pulau Pinang
Malaysia
Fax: 604-6568417
Tel: 604-6570099
Website: www.prn.usm.my

Daun
Ketum

Mitragyna speciosa Korth

Pengenalan

Kegunaan daun ketum secara tradisional

Daun ketum

Mitragyna speciosa Korth atau pokok ketum ialah


sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Tenggara
dan merupakan tumbuhan asli di Thailand dan
Malaysia. Di Malaysia tumbuhan ini banyak
terdapat di negeri-negeri sebelah utara
semenanjung dan pantai timur. Ia hidup subur di
kawasan bertanah lembab yang mempunyai
kandungan humus yang tinggi. Kebanyakannya
ditemui tumbuh secara liar di kawasan-kawasan
hutan dan persekitaran kampung.

Buah ketum

Pokok ketum berasal daripada keluarga


"Rubiacea". Di Amerika Syarikat ia dikenali di
dengan nama "Kratom". Di Thailand pula ia
dipanggil "Kakuam", "Katawm", "Ithang" atau
"Tawm". Sementara itu di Malaysia, pokok ketum
juga dikenali sebagai pokok biak.

Mengenali bahagian-bahagian
pokok ketum
Pokok - Mempunyai batang yang keras, besar,
bercabang dan kadangkala mencapai ketinggian
melebihi 20 meter dengan garis pusat mencapai
satu meter.
Daun - berbentuk bujur telur yang berpasangan
atau tiga helai dengan panjang antara 3 - 20 sm
dan lebar antara 2 - 12 sm. Berwarna hijau
berkilat dengan permukaan atas yang licin dan
bahagian bawah yang berbulu.
Bunga - Tersusun sejambak berbentuk sfera dan
setiap bunga berbentuk tiub kecil berwarna
kuning
Buah - Berbentuk sfera dengan garis pusat antara
2 - 3 sm, manakala bijinya bersayap sepanjang
1mm.

Bunga ketum

Bahan Aktif
Mitragynine merupakan sebatian aktif yang
banyak terdapat di dalam daun ketum. Ia sejenis
alkaloid yang hampir menyerupai yohimbin,
psilosibin dan lysergic acid diethylamide-LSD.
Sebatian-sebatian ini mempunyai kesan
rangsangan
dan
psikoaktif
terhadap
penggunanya. Mitragynine mewakili hampir
separuh daripada 0.5 peratus kandungan alkaloid
yang berada di dalam daun ketum. Terdapat
sekurang-kurangnya 24 alkaloid lain yang telah
dikenalpasti. Antaranya ialah ajmalicine,
corynanthedine, mitraphylline, mitraversine,
isomitraphylline, paynanthesine, speciophylline,
speciofoline dan speciogynine.

Bahagian yang selalu digunakan ialah daun.Daun


ketum telah digunakan secara meluas oleh
generasi terdahulu dalam bidang perubatan
tradisional terutamanya dalam masyarakat
Melayu. Ia digunakan dalam merawat keadaan
seperti :1. Masalah cirit-birit dan sakit perut
2. Masalah kecacingan
3. Sebagai penahan sakit
4. Mengembalikan semula tenaga wanita selepas
bersalin
5. Menggalakkan penyembuhan luka
6. Sebagai penenang fikiran
Secara umum, ia digunakan samada dengan cara
mengunyah daun ketum yang segar atau
meminum air rebusannya.

Penyalahgunaan daun ketum


dan kesannya
Di Malaysia, penyalahgunaan daun ketum ini
semakin menular terutamanya dalam kalangan
penagih dadah seperti morfin dan heroin.Ini
disebabkan, selain mempunyai kesan penenang,
ia juga dikatakan berupaya menghilangkan
kesan sindrom penarikan (withdrawal
syndrome) untuk jangka masa yang singkat.
Memandangkan kesan seperti mengambil heroin
dan morfin daripada daun ketum hanya mampu
bertahan selama 3-4 jam, para penagih terpaksa
mengambil rebusan daun ketum secara lebih
kerap dan dalam jumlah yang banyak untuk
mengurangkan kesan gian terhadap morfin atau
heroin. Keadaan inilah yang menyebabkan
penagih mula menagih daun ketum pula.
Oleh kerana daun ketum mudah didapati secara
percuma di negara ini, maka penyalahgunaannya
juga menjadi semakin berleluasa.

You might also like