You are on page 1of 5

Apa Itu Daun Ketum?

Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Gentianales
Famili: Rubiaceae
Genus: Mitragyna
Spesies: M. speciosa
Binomial: Mitragyna speciosa korth

Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah
sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di
utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand,
pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai
Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman
pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya
diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam
badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum
telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya
menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin
telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance)
Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah
diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.
Pokok ketum

Pokok ketum atau pokok biak atau nama saintifiknya Mitragyna speciosa adalah sejenis
tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di negeri-negeri sebelah utara dan
pantai timur Semenanjung Malaysia. Ia hidup subur di kawasan bertanah lembap yang
mempunyai kandungan humus yang tinggi. Kebanyakannya ditemui tumbuh secara liar di
kawasan-kawasan hutan dan persekitaran kampung.

Batang pokok ketum berkayu keras dan bercabang. Ketinggian pokok ketum boleh mencapai
sehingga 25 meter dan garis pusat batang pokok boleh mencapai sehingga 1 meter. Bahagian
yang digunakan daripada pokok ketum adalah daunnya.

Daun ketum

Penggunaan Daun Ketum Secara Tradisional

Daun ketum telah digunakan secara tradisional untuk mengeluarkan angin dalam badan dan
meningkatkan tenaga untuk melakukan kerja berat. Malahan, air daun ketum juga dikatakan telah
digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat penyakit tertentu seperti merawat sakit
belakang, demam, batuk dan penyakit cacing serta sebagai penawar diabetes, darah tinggi dan
lain-lain.
Penyalahgunaan Daun Ketum

Air daun ketum telah disalahgunakan oleh penagih dadah kerana ianya mengandungi bahan-
bahan psikoaktif mitragynine yang memberi kesan stimulan, sedatif dan euphoria yang boleh
menyebabkan penagihan.

Merebus daun ketum

Air daun ketum dihasilkan dengan merebus daun ketum dan air rebusan daun ketum ini
dibungkus dalam paket kecil untuk dijual kepada penagih dadah.

Paket air ketum


Bahan Kimia Dalam Ketum

Daun ketum mengandungi bahan aktif mitragynine iaitu sejenis alkaloid psikoaktif. Bahan ini
dikawal dibawah Akta Racun 1952 dibawah peraturan kawalan psikotropik. Terdapat juga 24
bahan lain yang terkandung didalam ketum antaranya ajmalin, corynanthedine, mitaphylline,
paynanthesine, speciophylin dan speciogynine.

Kesan Ketum

Kesan pengambilan mitragynine yang berlebihan:

 Rasa khayal (euforia)


 Rasa pening
 Mengantuk
 Muntah

Kesan buruk pengambilan ketum secara berterusan:

 Mengakibatkan ketagihan
 Bibir dan kulit jadi kehitaman seperti kesan lebam dan terbakar terutama di pipi
 Kulit menjadi kering
 Sembelit
 Insomnia

Undang-Undang Yang Mengawal Ketum

Mitragynine iaitu bahan aktif dalam air daun ketum adalah bahan psikotropik yang dikawal di
Malaysia. Mitragynine disenaraikan dalam Jadual Ketiga Racun (Bahan-Bahan Psikotropik),
Akta Racun 1952.

Menurut Seksyen 30 Akta Racun 1952, adalah satu kesalahan bagi aktiviti pengimportan,
pengeksportan, pengilangan, penjualan dan pemilikan bahan-bahan psikotropik yang tersebut.

Hukuman Kesalahan menggunakan Ketum

Jika disabitkan kesalahan, denda boleh dikenakan di bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952,
iaitu denda tidak melebihi RM 10,000 atau 4 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Rujukan

1. Poisons Act 1952


2. Poisons (Psychotropic Substances) Regulations 1989
DAUN KETUM

You might also like