You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG

KALI PERTAMA 1/2016


Tarikh
Masa
Tempat

: 19 APRIL 2016
: 2.00 petang
: Pusat Sumber, SJK (T) AZAD

Kehadiran:
1. PN. KATTAMAH
2. EN. S.SHANMUGAM
3. EN. A.SUPPIAH
4. CIK.R.PUSPARANI
5. PN. R.THANALETCHUMY
6. EN.P.BALAN
7. EN. MUGILAN
8. EN.R. NEDUMARAN
9. PN. DEVISARASWATHI
10. PN. FLORINA
11. PN.K. SUMATHY

Penasihat
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
AJK - Ibu Bapa
AJK - Guru
AJK-Guru
AJK - Ibu Bapa
AJK- Ibu Bapa
AJK- Ibu Bapa

AGENDA
1. Ucapan Alu-aluan
1.1. Setiausaha pibg mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua ajk kerana dapat
hadir.
1.2. Memaklumkan kepada ajk pibg bahawa mesyuarat kali ini merupakan mesyuarat kali
pertama bagi tahun ini.
Tindakan : Setiausaha
2. Ucapan Penasihat PIBG (Guru Besar SJK T AZAD)
2.1. Mengucapkan terima kasih ke atas kehadiran ajk pibg ke mesyuarat.
2.2. Menyatakan bahawa satu mesyuarat akan diadakan untuk para ibu bapa pada 3 Mei
2016 (Selasa) pada pukul 4p.m untuk membincangkan perkembangan murid. Para ajk
diminta untuk menghadirkan diri pada hari tersebut.
2.3. Memaklumkan bahawa Open Classroom Teaching akan diadakan pada 30 Jun 2016
selaras dengan Program 21st Century Teaching. Oleh itu, diminta para ajk memberi
kerjasama bagi memastikan kelancaran program tersebut.
Tindakan : Penasihat

3. Ucapan Pengerusi PIBG

3.1.
3.2.

Mencadangkan majlis makan malam untuk mengumpul dana untuk PIBG.


Meminta kerjasama semua pihak untuk memastikan penglibatan murid-murid sekolah
kita dalam program-program yang diadakan di sekolah kita pada masa hadapan.
Tindakan : Pengerusi

4. Membaca Penyata Kira-kira


4.1
Pn.Thanaletchumi membaca penyata kira-kira dan penyata tersebut dicadang oleh
En.Suppiah dan disokong oleh Pn. Devisaraswathi
Tindakan : Bendahari
5. Kem Kesedaran Keselamatan Murid.
5.1
En.P.Balan memaklumkan bahawa suatu Kem Kesedaran Keselamatan Murid akan
dijalankan untuk murid pada 29 April 2016 (Jumaat) pada pukul 9.00 a.m.
10.15 a.m.
5.2
Kem ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang penggunaan tangga elektronik
dalam kalangan murid.
5.3
Kem ini dijalankan secara berkolaborasi dengan pasaraya TESCO.
5.4
Diminta para guru dan ajk Pibg memberi kerjasama bagi memastikan kelancaran kem
ini.
Tindakan : AJK PIBG

6. Kegunaan GROUP WHATSAPP


6.1. Guru Besar meminta para ahli PIBG menggunakan kumpulan Whatsapp dengan baik
dan berguna dan tidak menghantar sebarang mesej yang tidak berkaitan.
6.2. Beliau menggalakkan penyebaran maklumat yang bermanfaat dalam kumpulan
Whatsapp tersebut.
Tindakan : AJK PIBG

7. Sarana Ibu Bapa


7.1 Perkongsian maklumat tentang sarana ibu bapa boleh dilayari dalam laman web
www.gpsbestari.com. Para ibu bapa boleh melayari laman web tersebut untuk sebarang
maklumat.
Tindakan : Ibu Bapa
8. Kehadiran Murid dan Pengangkutan

8.1 Para Ibu bapa diminta menghantar dan membawa pulang anak mereka pada masa yang
tepat. Terdapat segelintir murid sering datang lewat ke sekolah dan ada ibu bapa yang
membawa pulang anak mereka dengan sangat lambat setelah tamat sekolah.
8.2 Hal ini tidak boleh dibiarkan berlaku kerana ia mungkin menggugat keselamatan murid.
8.3 Terdapat beberapa orang murid yang sering ponteng sekolah. Sekiranya keadaan
berterusan surat amaran akan dihantar ke rumah mereka dan seterusnya mungkin akan
dibuang sekolah.
Tindakan : Ibu Bapa dan Guru
9. Hal-hal lain
9.1 Surat kebenaran yang diberikan kepada ibu-bapa untuk diminta kebenaran tidak sampai
ke tangan ibu bapa. Hal ini menyusahkan para ibu bapa.
9.2 En. Balan telah mencadangkan untuk mempunyai hubungan yang rapat di antara ibu bapa
dan guru. Dengan itu, pelbagai masalah dapat menemui jalan penyelesaian.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.


Minit Mesyuarat Disediakan oleh,
..
Cik. Pusparani Ranasimgam
Setiausaha PIBG
SJK (T) Azad,
Pulau Pinang

You might also like