You are on page 1of 39

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/28

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :

Mengenal dan menamakan pelbagai jenis pintu dan tingkap.


Mengenalpasti dan menerangkan dinding menanggung beban dan tidak
menanggung beban.
Mengenalpasti dan menamakan pelbagai jenis binaan tangga.
Menyatakan jenis-jenis struktur binaan serta bahagian-bahagian bumbung.

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN

INPUT
Jenis-jenis struktur binaan asasnya terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut
fungsi bangunan tersebut. Di antaranya ialah tingkap, pintu, dinding, tangga dan
bumbung.

7.1 TINGKAP

Tingkap ialah satu bukaan yang dibuat pada tembok. Pembinaan tingkap terdiri
daripada dua bahagian utama, kerangka tingkap dan dedaun tingkap. Bahanbahan yang biasa digunakan untuk membina tingkap ialah kayu, logam, plastik dan
untuk panel digunakan kaca ataupun papan kayu. Tingkap merupakan komponen
yang penting dalam pembinaan tembok (Rajah 7.1). Fungsi tingkap ialah:
Membolehkan kemasukan sinar siang.
Mengadakan peredaran udara.
Menebat haba dan bunyi.
Menghalang angin dan hujan.

Rajah 7.1 : Bahagian-bahagian tingkap

Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987

Tingkap boleh dibahagikan kepada lima jenis iaitu:


Tingkap berpangsi
Tingkap berengsel
Tingkap gelangsar
Tingkap majmuk
Tingkap gantung sisi

7.1.1 Tingkap Berpangsi


Tingkap-tingkap dalam kategori ini adalah seperti berikut:
Berpangsi mengufuk (rajah 7.2 a)
Berpangsi tegak (rajah 7.2 b)
Ram (rajah 7.2 c)

Rajah 7.2 : Jenis-jenis tingkap berpangsi

Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987

7.1.2 Tingkap Berengsel


Tingkaptingkap di dalam kategori ini adalah seperti berikut :
Daun tingkap kaca gantungan sisi membuka ke luar (rajah 7.3a)
Bingkai daun tingkap gantungan atas membuka keluar (rajah 7.3b)
Bingkai daun tingkap gantungan bawah membuka ke dalam (rajah 7.3c)

Rajah 7.3 : Jenis-jenis tingkap berengsel

Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987

7.1.3 Tingkap Gelangsar


Tingkap gelangsar terbahagi kepada dua jenis iaitu :
Gelangsar menegak (rajah 7.4 a)
Gelangsar ufuk (rajah 7.4 b)

Rajah 7.4 : Jenis-jenis tingkap gelangsar

Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987

7.1.4 Tingkap Majmuk


Tingkap majmuk terbahagi kepada tiga kategori
Unjuran gantungan sisi (rajah 7.4 a)
Unjuran gantungan atas (rajah 7.4 b)
Gelangsar berlipat (rajah 7.4 c)

7.1.5 Tingkap Gantung Sisi ( Berbingkai )


Tingkap ini mempunyai bingkai segiempat sama atau segiempat yang diperbuat daripada
kayu. Daun tingkap diengsel pada satu sisi supaya boleh dibuka ke dalam atau ke luar.
Lihat rajah 7.5.

Rajah 7.5 : Jenis-jenis tingkap gantungan sisi (berbingkai)

Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987

7.2 PINTU

Pintu merupakan suatu bahagian bangunan yang sangat penting. Pintu


merupakan bukaan pada tembok bagi membolehkan laluan keluar dan masuk ke
dalam sesebuah bangunan atau di antara bilik-bilik di dalam bangunan itu. Pintu
ada dua bahagian utama iaitu kerangka pintu dan daun pintu.

Bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan pintu adalah kayu, logam, kaca
dan plastik. Dalam pembinaan pintu didapati beberapa faktor yang perlu
dipertimbangkan iaitu :
Pengekalan bentuk dan kekuatan
Keselamatan
Penebat haba dan bunyi
Perintang api.

7.2.1 Pintu Rata

Digunakan secara meluas dalam binaan bangunan. Ia juga sesuai bagi pintupintu di bahagian dalam rumah tetapi dengan menggunakan bahan-bahan yang
bermutu ia boleh digunakan di bahagian-bahagian luar rumah. Pembinaan pintu
rata biasanya dibuat daripada bahan-bahan seperti papan lapis, papan serau dan
lapisan plastik. Pintu rata boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
Pintu rata berongga
Pintu rata padu

7.2.2 Pintu Rata Berongga

Bahagian-bahagian utama dalam pembinaannya terdiri daripada bingkai yang


mempunyai dua batang sisi bingkai, susur atas, susur tengah dan susur bawah
serta beberapa batang susur antara dengan sekeping blok kayu tempat
pemasangan kekunci. Pintu rata yang berfungsi ringan, bingkainya mempunyai
lebih kurang 30%-40% padu. Pintu yang berfungsi sederhana berat seperti di
bahagian luar rumah, bingkainya lebih kurang 50%-60% padu. Untuk
mendapatkan binaan yang kukuh, susur-susur antara dipasangkan lebih rapat.
Pintu berfungsi ringan, jarak susur antara ialah dalam lingkungan 125mm-150mm
dan untuk pintu berfungsi sederhana berat jaraknya ialah 60mm70mm.

Lapisan permukaan ditampal kepada kedua-dua muka bingkai pintu supaya


menutup ruang bingkai. Ia biasanya diglu dan diapit dengan himpitan yang tinggi
untuk menghasilkan satu permukaan yang kemas dan rata tanpa menggunakan
paku. Kerosakkan pada tepi bibir pintu biasanya berlaku, oleh itu sekeping kayu
kecil dipasang kepada sekeliling bibir untuk mengemaskan serta melindungi
tepinya.

Pintu rata yang digunakan di bilik mesyuarat atau bilik kuliah boleh disertakan
dengan panel kaca dengan memasang kumai tampal untuk mendapatkan
kekukuhannya.

7.2.3 Pintu Rata Padu

Pintu ini ialah berfungsi berat yang digunakan di dalam bangunan awam dan
sesuai sebagai pintu perintang api. Ia mempunyai sifat-sifat perintang haba dan
akaustik yang lebih baik daripada pintu rata berongga. Pembinaannya hampir
sama dengan pembinaan pintu rata berongga kecuali ia mempunyai kayu teras
yang diperbuat daripada beroti kayu yang diglu dan diapit di antara satu sama
lain serta permukannya diperbuat daripada papan lapis yang bibirnya ditutup
sepanjang kedua-dua sisi bingkai (rajah 7.6). Pintu rata padu adalah lebih berat
dan mahal daripada pintu rata berongga.

Rajah 7.6 : Jenis-jenis tingkap gantungan sisi (berbingkai)

Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987

7.2.4 Pintu Panel

Pembinaan pintu panel terdiri daripada sisi-sisi bingkai dan susur-susur yang
mengelilingi panel kayu yang berjumlah dari satu hingga dua belas atau lebih
(rajah 7.7). Bilangan panel adalah bergantung kepada saiz pintu dan
rekabentuknya. Saiz kayu yang digunakan ialah di antara 100mm hingga 200mm
lebar dan 38mm hingga 45mm tebal. Susur tengah dan bawah adalah lebih lebar
daripada susur atas supaya dapat mengimbang rupa bentuk pintu itu.

Rajah 7.7 : Jenis-jenis tingkap gantungan sisi (berbingkai)

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong) 1994

7.2.5 Pintu Kayu Beroti

Pintu kayu beroti ini diperbuat daripada papan beroti yang bertanggam lidah dan
lurah. Untuk menambahkan kecantikan papan beroti, alur V dibuat dengan
mencuramkan tepi papan. Jenis pintu beroti dikenal mengikut kaedah
pembinaannya, iaitu pintu beroti berbelas, pintu beroti berbelas dan berembat
dan pintu bingkai beroti berbelebas dan berembat (rajah 7.8).

Rajah 7.8 : Jenis-jenis pintu kayu beruti

Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987

7.2.6 Pintu Kaca Berbingkai Aluminium

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini pengeluaran dan penggunaan pintu


kaca berbingkai aluminium telah bertambah penggunaannya terutama sekali
sebagai pintu masuk hadapan. Pada masa ini, pintu berbingkai aluminium adalah
lebih mahal daripada pintu kayu yang serupa dengan bentuknya tetapi ia
mempunyai kelebihan dari segi berikut :
1. keratan bingkai pintu yang lebih kecil boleh digunakan.
2. mengadakan kepingan kaca yang besar untuk pemandangan yang tidak
terganggu.
3. bebas dari kelembapan.
4. keupayaan rintang api.

5. pintu yang lebih ringan.

Kebanyakan pintu kaca aluminium berbentuk panel kaca penuh atau panel kaca separuh
berbingkai aluminium. Pemasangan pintu kaca aluminium boleh dilakukan dengan
menggunakan engsel atau bergelangsar.

7.2.7 Kerangka Pintu

Kerangka pintu ialah bingkai yang mengelilingi bukaan tempat daun pintu akan
dipasang. Kerangka pintu terdiri daripada dua tiang jenang yang tegak
disambung kepada sebatang kayu melintang yang dinamakan kepala jenang.
Kerangka mesti mempunyai kekuatan yang cukup untuk menanggung pintu. Ia
boleh diperbuat daripada kayu atau logam.

7.2.8 Pemasangan Kerangka Kayu

Kaedah memasang kerangka pintu boleh dilakukan serentak dengan pembinaan


tembok, dikenali sebagai bina dalam atau dipasang setelah tempok siap dibina.
Dalam pemasangan bina dalam, kerangka pintu diletakkan pada tempat bukaan
yang tertentu sebelum tembok batu siap dibina. Pastikan ketegakkan dan
dikukuhkan kedudukannya dengan memasang tembok sementara. Semasa
pembinaan tempok dijalankan, penampat keluli perlu dipasangkan kepada
permukaan belakang tiang jenang pada setiap lapisan mata ketiga atau kelima
supaya dapat menetap dan mengukuhkan kerangka itu.

7.2.9 Panel

Panel kayu yang lebar dibuat daripada kepingan papan yang disambung
berlidah dan lurah. Kayu yang digunakan mestilah dikeringkan dengan
secukupnya supaya mengelakan retak dan piuh. Papan lapis yang setebal 6mm12mm juga boleh digunakan sebagai panel tetapi hasilnya kurang bermutu
berbanding
dengan panel buatan papan padu. Panel pintu boleh dihias dengan mengukir
dan mengumai permukaannya. Ini akan menambahkan kecantikan dan
kekemasan mutu pintu.

Pemasangan panel boleh dilakukan dengan dua cara :


1. memasang panel yang bersegi atau berkumai ke dalam lurah yang dibuat di sisi
bingkai.
2. memasang panel ke dalam tetingkat yang dibuat di sisi bingkai dan
mengukuhkan kedudukannya dengan memaku kumai di muka sebelah.

Pintu panel diberi nama mengikut bilangan panel yang dipunyainya. Sebagai contoh pintu
berpanel menunjukkan pintu ini mempunyai tiga panel dan pintu berpanel empat
menunjukkan pintu itu mempunyai empat panel.

7.2.10 Kelengkapan Pintu

Pintu rumah kediaman terdiri daripada dua pintu yang berengsel di sebelah pintu.
Ia boleh dibuka ke satu arah sahaja dan digunakan untuk masuk keluar. Selain
itu ada juga daun pintu gelangsar atau gelangsar berlipat. Tujuan mengguna
pintu gelangsar ialah untuk membolehkan pembukaan yang pantas, mudah
menghadang dua bilik yang berhampiran, menghadang ruang luar penggunaan
yang lebih luas tanpa halangan. Pintu gelangsar dapat dipraktikkan oleh satu
pintu gelangsar. Tujuannya ialah membahagikan daun pintu yang besar kepada
beberapa daun yang lebih kecil supaya dapat menutup ruang bukaan tersebut,
ia akan menjadikan satu unit semula apabila daun-daun pintu itu ditutup.

7.3 DINDING

Dinding bangunan boleh dibina dengan berbagai-bagai kaedah menggunakan


bahan-bahan yang berlainan untuk menilai teknik yang berbeza dalam pembinaan
dinding dan baik buruknya adalah perlu mengetahui fungsi dinding pada
kedudukan yang berlainan. Fungsi dinding adalah boleh dirumuskan sebagai :

Penyokong lantai atas, bumbung dan beban diri.


Perintang telusan air hujan dan lembapan.
Penebat haba.
Penebat bunyi.
Perintang kebakaran.
Penutup dan perlindung bangunan.
Pembahagi ruang dalam sesuatu bangunan .
Penyediaan tempat bagi pemasangan tingkap dan pintu.

7.3.1 Ciri-ciri Dalam Pembinaan Dinding


Pembinaan dinding dalam struktur-struktur binaan memerlukan penelitian yang
terperinci dalam memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki. Antara ciri-ciri dalam
pembinaan dinding ialah:

(a) Kestabilan
Pembinaan dinding dan tembok mestilah kukuh dan stabil supaya tidak runtuh.
Kestabilan sesebuah dinding adalah bergantung kepada keadaan asasnya, ketebalan
dan ketinggian, tekanan yang dihadapi beban yang di tanggung, dan kedudukan pada
pusat gravitinya. Faktor utama yang mengawal kestabilan ialah asas dan pusat
gravitinya yang rendah menjamin kestabilan binaan.

(b) Kekuatan
Dinding hendaklah cukup tebal untuk memasukkan tegasan semasa berada pada had
yang selamat dan tidak melebihi tegasan mampatan bahan yang digunakan. Tegasan
tegangan boleh diperolehi disebabkan oleh beban yang tidak sama bertindak pada
dinding dan tegangan ini mestilah dapat diimbangi oleh sambungan ikatan dalam
dinding. Nisbah tebal terhadap tinggi dinding hendaklah pada had yang dapat
mengelakkan berlakunya lengkok, dan penyokong sisi hendaklah cukup kuat
mengelakkan dinding daripada terbalik.

(c) Perlindungan Cuaca


Kebolehannya mencegah kepanasan dan kesejukkan memasuki ke dalam bangunan. Begitu
juga kebolehannya menentang air hujan meresapi ke dalamnya. Ciri-ciri ini juga di
kawal oleh kegunaan dan cara pembinaan.

(d) Rintangan Kebakaran


Ini menunjukkan kebolehannya menahan api apabila terbakar. Ciri ini bergantung
kepada bahan-bahan yang digunakan. Kayu yang diawet dengan bahan kimia
dapat menentang kebakaran dengan memuaskan. Rintangan kebakaran
menjamin keselamatan nyawa apabila kebakaran.

(e) Serapan Bunyi


Kaedah pembinaan dan jenis bahan yang digunakan bertanggungjawab kepada
kebolehan dinding dan tembok dalam menyerap bunyi. Ciriciri ini menjamin
keselesaan dan ketenteraman dalam bangunan.

(f) Rintangan Kelembapan


Satu kecacatan yang serius pada bangunan boleh berlaku disebabkan oleh
resapan kelembapan. Selain menyebabkan kemerosotan kekuatan struktur,
kelembapan juga akan merosakkan kemasan dinding, lantai, perabot dan
menggangu kesihatan penghuni. Kelembapan pada dinding boleh disebabkan
oleh beberapa faktor seperti resapan melalui dinding, cucur atap dan dinding
luar.

7.3.2 Jenis Dinding

(a) Dinding galas beban


Dinding galas beban ialah dinding yang menanggung beban kenaan, beban
mati lantai dan bumbung di atasnya selain beban diri. Dinding bata dibina
samada sebagai dinding padu atau dinding rongga. Kekuatan dinding ini
bergantung pada susunan lapisan dan ikatannya serta mortar yang digunakan.
Bata disusun secara berlapis dan berlekap supaya tidak ada sambungan pugak
yang berterusan. Dinding yang dibina dengan susunan ikatan yang sesuai
dapat mengagihkan beban dengan sama rata ke seluruh panjang dinding.
Dinding yang di bina tanpa ikatan, bebannya tidak dapat di agihkan tetapi
bertumpu ke sebahagian kecil dinding sahaja.

(b) Dinding panel


Dinding panel ialah dinding yang tidak mengakis beban selain beban diri.
Dinding ini di buat daripada bata, kayu dan kepingan panel seperti papan lapis,

asbestos dan sebagainya. Dinding jenis ini digunakan dalam bangunan


berstruktur yang segala bebannya termasuk beban dinding itu sendiri di
tanggung oleh anggota struktur yang lain termasuk rasuk, tiang dan asas.
Dinding panel boleh berfungsi sebagai dinding sekat sebab ia boleh di bina
untuk membahagi ruang.

(c) Dinding Monolit


Dinding monolit adalah dinding konkrit yang selanjar dan biasanya di bina
dengan konkrit tuang di situ dan diperkukuhkan dengan tetulang keluli. Dinding
monolit jarang terdapat pada bangunan rumah, kecuali bagi tingkat bawah
tanah. Dinding jenis ini boleh menanggung beban yang besar. Dinding monolit
sendiri, dan beban sekata yang diagihkan sama rata ke seluruh panjang
dinding.

4. Dinding tidak menanggung beban


Dinding jenis ini menggunakan konkrit ringan, ia tidak digunakan untuk
menanggung beban. Biasanya digunakan untuk membahagikan ruang-ruang
seperti bilik bagi rumah-rumah biasa.

Rajah 7.9 : Dinding tidak menanggung beban

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong) 1994

7.3.3 Jenis-jenis Blok konkrit


Terdapat tiga jenis blok konkrit iaitu :
JENIS A - Blok-blok konkrit dengan batu baur padat untuk kegunaan am dalam
bangunan am termasuk binaan bawah aras bumi.

JENIS B - Blok konkrit dengan batu baur ringan untuk kegunaan am dalam
bangunan termasuk binaan di bawah aras bumi dan pada dinding
dalam.

JENIS C - Blok-blok konkrit batu baur ringan kebiasaanya untuk dinding tidak
menanggung beban.

7.3.4 Kebaikan Dan Keburukan Dinding-Dinding Blok Konkrit

Dinding jenis ini digunakan dengan meluas untuk dinding menanggung beban
dan juga untuk dinding tidak menanggung beban. Dinding blok konkrit boleh
disusun dalam masa singkat berbanding dengan menyusun dinding bata.

Jika dibandingkan harga, harga dinding blok konkrit adalah jauh lebih murah
daripada dinding bata. Blok-blok konkrit dari batu baur ringan mempunyai ciri-ciri
penebatan yang baik terhadap pemindahan haba dan sering digunakan bagi
lapisan dalam dinding konkrit diikuti oleh lapisan luar bata atau lapisan luar blok
konkrit itu sendiri.

Keburukan blok-blok konkrit sebagai satu unit dinding ialah kelemahan


merintangi pergerakkan kelembapan. Akibatnya, retakkan pada kemasan yang di
buat, umpamanya kemasan lepaan berlaku. Untuk mengelakkan ini berlaku
hendaklah di adakan sambungan gerakan pugak kepada dinding dan di sikat
bahan mastik di dalam sambungan tersebut.

7.4 TANGGA

Tangga adalah sebahagian yang penting dalam pembinaan bangunan. Ia


membolehkan perhubungan atau laluan turun naik yang mudah di antara satu
tingkat dengan tingkat yang lain di dalam sesebuah bangunan. Pembinaan
tangga mengandungi beberapa anak tangga yang dibina dalam satu larian terus
atau mempunyai beberapa larian yang diselangi dengan pelantar. Pilihan jenis
tangga yang sesuai untuk sesuatu keadaan bergantung kepada beberapa faktor,
iaitu:
1.
2.
3.
4.

kegunaan tangga
ruang bukaan bagi tangga yang dibina
ukuran naik dan curam yang dikehendaki
rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi.

Pembinaan tangga dapat dibahagikan kepada empat jenis utama iaitu :


1.
2.
3.
4.

tangga larian lurus


tangga suku pusingan
tangga separuh pusingan
tangga geometri.

7.4.1 Tangga Larian Lurus

Tangga ini meliputi satu deretan anak tangga yang menghubungkan dari satu
tingkat ke tingkat yang lain dalam satu arah. Untuk tangga larian lurus yang
terlalu panjang boleh diputuskan dengan pembinaan pelantar perantaraan
supaya mendapatkan deretan anak tangga yang lebih senang dan selesa didaki.
Penggunaan tangga lurus memberikan rupabentuk yang paling mudah dan
murah dalam pembinaan tangga.

7.4.2 Tangga Suku Pusingan

Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga yang meningkat dari lantai bawah
0
ke lantai atas dengan pelantar yang membelok sejauh 90 (suku pusingan)
dipertengahannya. Penggunaan tangga suku amat sesuai untuk ruang bukaan
tangga yang terhad di mana tangga larian lurus tidak dapat digunakan.

7.4.3 Tangga Separuh Pusingan

Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga meningkat dari lantai bawah ke
0
lantai atas dengan pelantar yang memusing melalui 180 (separuh pusingan) di
pertengahannya. Kedua-dua deret anak tangga adalah selari. Susunan anak
tangga di lantai atas biasanya berakhir di atas titik permulaan pada lantai bawah.
Ini akan menghasilkan bilangan anak tangga yang sama untuk kedua-dua
deretan tangga ini. Penggunaan tangga seperuh pusingan amat sesuai sebagai
tangga awam terutamanya sebagai tangga kecemasan untuk bangunanbangunan pejabat yang bertingkat-tingkat.

7.4.4 Tangga Geometri

Tangga ini meliputi satu deretan anak tangga berterusan yang disusun
mengelilingi tupang tengah menjadikan satu tangga keliling. Pembinaan tangga
keliling memerlukan kawasan lantai yang kecil tetapi kegunaannya adalah terhad
kerana ia tidak sesuai untuk memindahkan barang-barang besar seperti perabot
disebabkan kesempitan anak tangga ini. Tangga elips pula mempunyai
rekabentuk yang menarik, ia digunakan sebagai tangga masuk utama bagi
bangunan mewah. Rajah 7.10 menunjukkan pelbagai jenis binaan tangga.
Tangga-tangga boleh dibina daripada bahan-bahan seperti kayu, konkrit atau
logam dan dikemaskan dengan kayu, batu, bata, konkrit dan lain-lain bahan yang
sesuai.

Rajah 7.10 : Jenis-jenis tangga

Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987

AKTIVITI 7A

7.1 Nyatakan tiga faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pembinaan pintu.

2. Namakan 3 jenis pintu utama.

2. Nyatakan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih


jenis tangga untuk rumah kediaman.

2. Namakan empat jenis tangga yang sesuai digunakan dalam bangunan


awam.

MAKLUM BALAS 7A

7.1 Dalam pembinaan pintu didapati bebarapa faktor yang perlu


dipertimbangkan iaitu :
1.
2.
3.
4.

Pengekalan bentuk dan kekuatan


Keselamatan
Penebat haba dan bunyi
Perintang api.

7.2 Tiga jenis pintupintu yang utama ialah :


1.
2.
3.
4.

pintu rata
pintu rata berongga
pintu rata padu
pintu kayu beruti

5. pintu panel

7.3 Pilihan jenis tangga yang sesuai untuk sesuatu keadaan bergantung kepada
beberapa faktor, iaitu:
1.
2.
3.
4.

kegunaan tangga
ruang bukaan bagi tangga yang dibina
ukuran naik dan curam yang dikehendaki
rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi.

7.4 Pembinaan tangga dapat dibahagikan kepada empat jenis utama iaitu :
1.
2.
3.
4.

tangga larian lurus


tangga suku pusingan
tangga separuh pusingan
tangga geometri.

INPUT
7.5 BUMBUNG

Bumbung ialah bahagian atas sekali bagi satu struktur bangunan. Bumbung
memberi perlindungan dari angin, panas dan hujan. Bumbung ialah satu struktur
berbentuk rata atau curam yang dibina bagi melindungi bangunan. Struktur

bumbung dibina daripada kayu, keluli atau konkrit untuk menanggung beban diri,
beban penutup bumbung dan beban angin.

Bumbung yang dibina hendaklah memenuhi keperluan dan fungsi seperti kestabilan,
kekuatan, ketahanlasakan, rintangan cuaca, rintangan terhadap kebakaran, sifat
penebat haba, dan rupa bentuk bangunan itu sendiri. Bumbung dibina bagi
menyokong beban mati struktur bumbung dan penutupnya, penebatan dan
kemasan dalam dan beban angin tanpa mengalami lenturan atau pesongan yang
berlebihan sehingga berlaku ubah bentuk. Kekuatan bumbung untuk menanggung
beban bergantung pada ciri-ciri bahan binaan yang digunakan, cara pemasangan
dan pembinaannya serta bentuk bumbung itu sendiri.

Bumbung bangunan hendaklah menggunakan penutup bumbung yang


ditentukan oleh Undang-Undang kecil Bangunan untuk memastikan ia
mempunyai rintangan yang cukup terhadap kebakaran. Rupa bentuk bumbung
mempengaruhi rupa bangunan sama ada dari segi bentuk bumbug ataupun
warna dan tekstur bahan penutup bahan itu sendiri.

7.5.1 Pemilihan Jenis Bumbung

Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung ialah saiz dan bentuk
bangunan, nilai estetika dan ekonomi.

Saiz dan bentuk bangunan - bangunan yang berbentuk sederhana sesuai


dibina dengan bumbung curam dan bangunan yang bentuknya kompleks
sesuai menggunakan bumbung rata. Rentang juga boleh menentukan jenis
bumbung yang dipilih.

Nilai estetika - nilai keindahan semulajadi menentukan jenis bumbung.


Biasanya bumbung curam adalah sesuai bagi bangunan kecil dan bumbung
rata pula sesuai bagi bangunan yang besar.

Ekonomi - kos pembinaan dan penyelenggaraan dari semasa ke semasa


hendaklah di ambil kira dalam menentukan pemilihan jenis penutup bumbung.

Sesetengah penutup bumbung seperti kepingan keluli berombak dan


bergalvani tidak tahan lama dan kos penyelenggaraan hendaklah dimasukkan
ke dalam pengiraan.

7.5.2 Bumbung Curam

Bumbung jenis ini dibuat dengan menegakkan kasau-kasau kayu dengan cerun dan
meletakkan satu hujung ke atas dinding dan satu lagi ke atas tulang bumbung. Bumbung
ini merupakan satu bentuk yang menarik dipandang. Ia membekalkan satu ruang udara
yang bertindak sebagai penebat udara bagi bilik-bilik di bawahnya. Selain dari itu, ia
boleh juga digunakan sebagai ruang untuk meletakkan tangki air. Cerun bumbung
berubah-ubah dari sudut 10-45 dari garis lintang.

Jenis-jenis bumbung curam.


i.
ii.
iii.
iv.
v.

Bumbung ganding (couple roof)


Bumbung ganding tertutup (closed couple roof)
Bumbung simpai (collar roof)
Bumbung gulung-gulung (purlin roof)
Bumbung pisang sesikat (lean to roof).

Rajah 7.11 : Jenis-jenis bumbung

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong) DBP 1994

7.5.3 Bumbung Ganding

Bumbung curam yang mengandungi kasau dan tulang bumbung digandingkan


di sebelah atasnya. Jenis ini biasanya digunakan untuk bangunan-bangunan
kecil, di mana lebarnya tidak melebihi 4 meter. Kasau berpasangan dan kepala
kasau dipakukan kepada plat dinding. Jika rentang terlalu besar beban dari
penutup bumbung dan beban angin akan menyebabkan struktur bumbung
berkuak dan dinding akan terbalik. Biasanya rentang maksima bagi bumbung
ganding ialah
3.5 meter

7.5.4 Bumbung Ganding Terikat

Kaki kasau bumbung ini diikat dengan alang pengikat atau geleger siling. Dengan
cara ini, beban kasau dapat diimbangi oleh alang pengikat dan ini dapat
mengelakkan kaki kasau daripada berkuak dan dinding terbalik. Bumbung ini
dapat menanggung beban yang lebih besar dengan rentang maksimum 5.5
meter. Dalam istilah lain, untuk mengekalkan kasau daripada mengembang
keluar dan menolak dinding, perlulah diikat kaki kasau ini dengan menggunakan
satu kayu panjang melintang yang dipanggil jeriau. Jeriau ini dipakukan ke kasau
dan pelit tembok.

7.5.5 Bumbung Simpai

Satu cara lagi untuk mengelakkan kasau dari mengembang ialah dengan
mengikat kasau di tengah-tengah diantara kedua-dua kasau iaitu pada jarak 1/3
tinggi bumbung dari paras atas dinding. Kebaikan jenis ini ialah ianya dapat
memberi sebahagian ruang untuk bilik dan ini dapat mengurangkan tinggi
bangunan. Biasanya simpai berukuran 100mmx38mm. Kebiasannya rentang
bagi bumbung jenis ini ialah 4.5 meter. Sambungan alang kecil kepada kasau
dengan menggunakan tanggam lekap bajang. Jenis ini mempunyai ruang kepala
yang lebih berbanding dengan bumbung yang lain.

7.5.6 Bumbung Gulung-Gulung

Saiz yang jimat untuk kasau ialah 100mmx50mm tetapi bagi bumbung ganding
dan simpai, saiz ini hanya boleh digunakan untuk rentang tidak melebihi 15 kaki.
Bagi rentang yang melebihi 5 meter pula cara membina bumbung curam ialah
dengan membuat bumbung gulung-gulung. Gulung-gulung ialah kayu yang
melintang di bawah kasau-kasau berukuran 175mmx75mm untuk
menumpangnya di antara tulang bumbung dan pelit tembok. Gulung-gulung ini
pula ditumpang oleh jemang iaitu kayu yang ditegakkan di atas dinding sekatan.
Gulung-gulung menupang kasau pada jarak sama tengah antara tulang
bumbung dan cucur bumbung dan ditupang oleh jermang serta diikat oleh simpai
pada
jarak setiap empat kasau antara satu sama lain sepanjang gulung-gulung
tersebut. Dengan ini, ia menguatkan lagi ikatan gulung-gulung di atasnya.
Jermang yang digunakan berukuran 75mmx38mm.

7.5.7 Bumbung Pisang Sesikat

Bumbung jenis ini bukanlah satu bumbung yang penting bagi sesebuah
bangunan tetapi merupakan sebahagian kecil sahaja. Bumbung ini adalah
bumbung curam dan bahagian perabung bumbung tersandar kepada tembok
dinding yang pugak. Bumbung ini adalah contoh mudah jenis bumbung selapis
dengan satu dinding dibina lebih tingi daripada dinding yang bersetentang dan
kasau direntangkan antara kedua-duanya.

Bumbung jenis ini adalah binaan tambahan kepada bangunan utama seperti
anjung, dapur, verendah dan garaj dengan rentangnya tidak melebihi 2.5 meter.
Ia boleh dibina secara tunggal atau berkembar. Bahagian atas kepala kasau
dipasangkan kepala plat dinding yang disokong sama ada oleh sesangga bata
atau pendakap sesangga keluli.

Selain itu boleh juga menggunakan membina masuk palam kayu ke dalam
dinding pada jarak 750mm dari pusat ke pusat di sepanjang permukaan dinding.
Plat dinding kemudian dipakukan atau diskrukan pada palam kayu tersebut. Plat
dinding juga boleh dipakukan terus kepada dinding dengan menggunakan alat
khas.

7.5.8 Bumbung Rata

Pembinaan sama dengan pembinaan lantai kayu. Jeriau kayu yang berukuran
50mm tebal dan lebarnya di antara 100mm300mm, diletakkan menegak pada
sisi masing-masing dengan jarak antara 375mm450mm. Biasanya kayu akan
mengecut akan ini mungkin mengakibatkan jeriau bengkok. Untuk mengelakkan
ini, jermang digunakan ialah jermang insang pari.

Bumbung ini adalah bumbung yang mana kecerunannya tidak melebihi 10. Cara
yang paling mudah untuk membina bumbung ini ialah dengan melintangkan kayu
atau konkrit dan dilapikkan dengan bahan yag kalis air seperti aspal. Dalam hal
ini, papan kayu setebal 19mm digunakan untuk melapik bumbung rata, di mana
di atasnya dilapikkan pula dengan aspal.

AKTIVITI 7B

2. Tingkap merupakan komponen yang penting dalam pembinaan


tembok.

Nyatakan fungsi-fungsi tingkap.

2. Senaraikan jenis-jenis tingkap yang biasanya digunakan dalam


pembinaan rumah atau bangunan.

7.7 Nyatakan faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung

7.8 Berikan fungsi-fungsi dinding.

UNTUK LEBIH PASTI SEMAKLAH JAWAPAN

ANDA PADA MAKLUMBALAS AKAN DATANG

MAKLUMBALAS

7.5 Fungsi tingkap ialah:


1.
2.
3.
4.

Membolehkan kemasukan sinar siang.


Mengadakan peredaran udara.
Menebat haba dan bunyi.
Menghalang angin dan hujan.

7.6 Tingkap boleh dibahagikan kepada lima jenis iaitu:


1.
2.
3.
4.
5.

Tingkap berpangsi
Tingkap berengsel
Tingkap gelangsar
Tingkap majmuk
Tingkap gantung sisi

7.7 Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung ialah saiz dan bentuk
bangunan, nilai estetika dan ekonomi.

7.8 Fungsi dinding adalah boleh dirumuskan sebagai :

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Penyokong lantai atas, bumbung dan beban diri.


Perintang telusan air hujan dan lembapan.
Penebat haba.
Penebat bunyi.
Perintang kebakaran.
Penutup dan perlindung bangunan.
Pembahagi ruang dalam sesuatu bangunan.
Penyediaan tempat bagi pemasangan tingkap dan pintu.

PENILAIAN KENDIRI

7.1. Pintu merupakan satu bahagian bukaan yang penting pada sesebuah
bangunan manakala pembinaannya pula memerlukan kerangka. Nyatakan
keperluan pembinaan kerangka pada pintu tersebut?

7.2 Terangkan dengan ringkas pembinaan pintu berongga.

7.3 Panel merupakan sebahagian daripada komponen pintu dan tingkap.


Terangkan keperluan panel pada pintu dan tingkap tersebut.

7.4 Nyatakan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih jenis


tangga untuk rumah kediaman.

7.5 Tangga separuh pusingan merupakan salah satu daripada jenis tangga
dalam pembinaan, nyatakan perbezaan tangga tersebut dengan tangga
yang lain seperti tangga larian lurus.

7.6 Terangkan perbezaan antara dinding galas beban dengan dinding tidak
galas beban.

7.7 Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung ialah saiz dan bentuk
bangunan, nilai estetika dan ekonomi. Terangkan bagaimana faktor tersebut
boleh mempengaruhi pemilihan jenis bumbung.

7.8 Nyatakan jenis-jenis bumbung dan terangkan dua daripadanya.

MAKLUM BALAS

7.1 Pintu merupakan satu bahagian bukaan yang penting pada sesebuah bangunan
manakala pembinaannya pula memerlukan kerangka. Kerangka pintu ialah
bingkai yang mengelilingi bukaan tempat daun pintu akan dipasang. Kerangka
pintu terdiri daripada dua tiang jenang yang tegak disambung kepada sebatang
kayu melintang yang dinamakan kepala jenang. Kerangka mesti mempunyai
kekuatan yang cukup untuk menangung pintu. Ia boleh diperbuat daripada kayu
atau logam.

7.2 Bahagian-bahagian utama dalam pembinaannya terdiri daripada bingkai yang


mempunyai dua batang sisi bingkai, susur atas, susur tengah dan susur bawah
serta beberapa batang susur antara dengan sekeping blok kayu tempat
pemasangan kekunci. Pintu rata yang berfungsi ringan, bingkainya mempunyai
lebih kurang 30%-40% padu. Pintu yang berfungsi sederhana berat seperti di
bahagian luar rumah, bingkainya lebih kurang 50%-60% padu. Untuk
mendapatkan binaan yang kukuh, susur-susur antara dipasang lebih rapat.
Pintu berfungsi ringan, jarak susur antara ialah dalam lingkungan 125mm
150mm dan untuk pintu berfungsi sederhana berat jaraknya ialah 60mm70
mm. Lapisan permukaan ditampal kepada kedua-dua muka bingkai pintu

supaya menutup ruang bingkai ia biasa diglu dan diapit dengan himpitan yang
tinggi untuk menghasilkan satu permukaan yang kemas dan rata tanpa
menggunakan paku. Kerosakkan pada tepi bibir pintu biasanya berlaku, oleh
itu sekeping kayu kecil dipasang kepada sekeliling bibir untuk mengemaskan
serta melindungi tepinya.

7.3 Keperluan tersebut ialah panel kayu yang lebar dibuat daripada kepingan papan
yang disambung berlidah dan lurah. Kayu yang digunakan mestilah dikeringkan
dengan secukupnya supaya mengelakan retak dan piuh. Papan lapis yang
setebal 6mm-12mm juga boleh digunakan sebagai panel tetapi hasilnya kurang
bermutu berbanding dengan panel buatan papan padu. Panel pintu boleh
dihias dengan mengukir dan mengumai permukaannya. Ini akan
menambahkan kecantikan dan kekemasannya mutu pintu. Pintu panel diberi
nama mengikut bilangan panel yang dipunyainya. Sebagai contoh pintu
berpanel menunjukan pintu ini mempunyai tiga panel dan pintu berpanel empat
menunjukkan pintu itu mempunyai empat panel.

7.4 Pilihan jenis tangga yang sesuai untuk sesuatu keadaan bergantung kepada
beberapa faktor, iaitu:
1.
2.
3.
4.

kegunaan tangga
ruang bukaan bagi tangga yang dibina
ukuran naik dan curam yang dikehendaki
rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi.

7.5 Perbezaan tangga separuh pusingan dengan tanggatangga yang lain seperti
tangga larian lurus ialah tangga ini meliputi dua deretan anak tangga meningkat
0
dari lantai bawah ke lantai atas dengan pelantar yang memusing melalui 180
(separuh pusingan) di pertengahannya. Kedua-dua deret anak tangga adalah
selari. Susunan anak tangga di lantai atas biasanya berakhir di atas titik
permulaan pada lantai bawah. Ini akan menghasilkan bilangan anak tangga yang
sama untuk kedua-dua deretan tangga ini. Penggunaan tangga seperuh
pusingan amat sesuai sebagai tangga awam terutamanya sebagai tangga
kecemasan untuk bangunan-bangunan pejabat yang bertingkat-tingkat.

6. Perbezaan antara dinding galas beban dengan dinding tidak galas


beban ialah:
a) Dinding galas beban

Dinding galas beban ialah dinding yang menanggung beban kenaan, beban
mati lantai dan bumbung di atasnya selain beban diri. Dinding bata dibina
samada sebagai dinding padu atau dinding rongga. Kekuatan dinding ini
bergantung pada susunan lapisan dan ikatannya serta mortar yang digunakan.
Bata disusun secara berlapis dan berlekap supaya tidak ada sambungan pugak
yang berterusan. Dinding yang dibina dengan susunan ikatan yang sesuai
dapat mengagihkan beban dengan sama rata ke seluruh panjang dinding.
Dinding yang di bina tanpa ikatan, bebannya tidak dapat di agihkan tetapi
bertumpu ke sebahagian kecil dinding sahaja.

b) Dinding tidak menanggung beban


Dinding jenis ini menggunakan konkrit ringan, ia tidak digunakan untuk
menanggung beban. Biasanya digunakan untuk membahagikan ruang-ruang
seperti bilik bagi rumah-rumah biasa.

7.7 Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung ialah saiz dan bentuk
bangunan, nilai estetika dan ekonomi:
1. Saiz dan bentuk bangunan - bangunan yang berbentuk sederhana sesuai
dibina dengan bumbung curam dan bangunan yang bentuknya kompleks
sesuai menggunkan bumbung rata. Rentang juga boleh menentukan jenis
bumbung yang dipilih.

2. Nilai estetika - nilai keindahan semulajadi menentukan jenis bumbung.


Biasanya bumbung curam adalah sesuai bagi bangunan kecil dan bumbung
rata pula sesuai bagi bangunan yang besar.

3. Ekonomi - kos pembinaan dan penyenggaraan dari semasake semasa


hendaklah diambil kira dalam menentukan pemilihan jenis penutup bumbung.
Sesetengah penutup bumbung seperti kepingan keluli berombak dan
bergalvani tidak tahan lama dan kos penyenggaraan hendaklah dimasukkan
ke dalam pengiraan.

7.8 Di antara jenis-jenis bumbung ialah :


I.

Bumbung ganding (couple roof)

II.
III.
IV.
V.

Bumbung ganding tertutup (closed couple roof)


Bumbung simpai (collar roof)
Bumbung gulung-gulung (purlin roof)
Bumbung pisang sesikat (lean to roof).

polisas.nizam.dewi.maail

You might also like