You are on page 1of 3

LAPORAN MESYUARAT AGUNG PEGERAKAN PUTERI ISLAM

(PPIM)
DAERAH KUALA PILAH
TAHUNAN 2015
TARIKH
HARI
MASA
TEMPAT

LAPORAN

24 FEBRUARI 2015
SELASA
3.00 PETANG
BILIK GERAKAN SMK TUNKU MUHAMMAD KUALA PILAH
1. Tatacara perjumpan.
2. Ucapan aluan pengerusi PPIM daerah iaitu Pn.Siti Rokiah Bt
Daud.
Beliau mengucapkan terima kasih kerana hadir dan
berharap tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.
Beliau mengingatkan supaya guru-guru pemimpin
melaksanakan amanah untuk mengerakakn PPIM
sekolah masing-masing.
3. Perjumpaan telah dirasmikan oleh Tn.Hj Zainal Abidin b
Ahmad.
Beliau mengucapkan tahniah kepada Pegerakan
Puteri Islam kerana berjaya menganjurkan Mesyuarat
Agung Tahunan.
Beliau berharap aktiviti yang dijalankan oleh
Pegerakan Puteri Islam seiring dengan
perkembangan pendidikan Negara.
Mengimplimentasi Kbat dan ithink dalam aktivitiaktiviti Pegerakan Puteri Islam.
4. Mesyuarat agung dimulakan dengan memperkenalkan
barisan kepimpinan PPIM daerah Kuala Pilah 2015.
5. Pembentangan belanjawan 2014 oleh bendahari. Sekolah di
ingatkan membayar yuran tahunan iaitu RM 3.00 untuk
setiap murid dan RM 6.00 untk guru pemimpin. Yuran
hendaklah dijelaskan kepada PPIM Kebangsaan, Negeri,
Daerah dan Sekolah selewatnya Mac setiap tahun.
6. Guru PPIM Pn. Nor Hayati Bt Wahab telah terpilih untuk
mewakili Kuala Pilah ke Mesyuarat Agung PPIM peringkat
negeri.
7. Pengerusi memohon kerjasama guru-guru untuk
melengkapkan informasi sekolah secara atas talian. Sila
masukkan Negeri dan Daerah semula bagi memastikan
rekod sekolah dapat dilihat oleh penilai peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan. Sila pastikan juga maklumat murid
murid lengkap bagi memudahkan proses pembayaran
yuran dan penilaian berjalan dengan lancar.
8. Pengerusi mengingatkan supaya guru guru pemimpin
menjalankan penilaian setiap tahun dengan menghantar
sekurang kurangnya 1 atau 2 buah buku log.
9. Majlis diakhiri dengan jamuan dan mesyuarat bersurai.

Disediakan oleh :
.
(PUAN NUR SHAZWANI BT ABD RAHMAN)
LAPORAN BERGAMBAR

You might also like