You are on page 1of 3

DEFINISI TANAH:

Lapisan permukaan bumi yang mengandungi bahan inorganik dan organik


untuk pertumbuhan tumbuhan.
LAPISAN TANAH:
-

Dinamakan mengikut susunan tetap seperti berikut:

LAPISAN
TANAH LAZIM
Tanah atas @
bunga tanah

CIRI-CIRI
-

Tanah bawah @
tanah dalam

Batuan

SIFAT FIZIKAL TANAH

Permukaan lapisan tanah atas terdapat sisa


tumbuhan dan haiwan.
Lapisan ini mempunyai ketebalan lebih kurang 15cm
dan merupakan lapisan tanah yg paling subur
berbanding lapisan lain kerana mengalami tempoh
proses pembentukan yang lebih lama.
Akar tumbuhan tumbuh dengan baik di lapisan ini
kerana pengudaraannya yang baik serta kandungan
bahan organiknya yang tinggi.
Kandungan bahan organik bergantung kepada jenis
tumbuhan yang tumbuh di atas tanah itu.
Lapisan ini juga merupakan tempat tinggal hidupan
tanah.
Lapisan tanah ini berada di bawah tanah atas.
Lapisan ini lebih padat dan kadangkala
mengandungi lapisan keras yang dinamakan papar
keras (lapisan tanah yg keras dan padat akibat
daripada mampatan tanah oleh jentera atau benda
berat.
Bahan mineral mungkin terkumpul dalam lapisan
tanah bawah kerana telah dipindahkan daripada
lapisan tanah atas melalui proses larut resap
( proses di mana bahan larut daripada tanah
disingkirkan keluar melalui tindakan larian air
menerusi tanah itu).
Lapisan yang keras ini menghalang pertumbuhan
akar dan pengaliran air.
Terdapat sedikit organisma hidup di lapisan ini.
Bahan batuan ini mungkin menjadi bahan induk
kepada tanah itu.
Batuan tersebut tidak semestinya menjadi bahan
induk kepada tanah kerana sesetengah tanah
adalah terbentuk daripada tanah yang dipindahkan
seperti melalui air banjir.
Bahan induk ini sedang mengalami proses luluhawa
di bawah lapisan tanah bawah.

- TIGA CIRI fizikal tanah yg penting:


a. warna tanah
b. tekstur tanah
c. struktur tanah
WARNA TANAH
Merah

Perang

Kelabu

Kehitam-hitaman

HURAIAN
Menandakan kandungan oksida ferum di dalam
tanah
Tanah jenis ini mempunyai saliran dan
pengudaraan yang baik
Tanah ini biasanya terdapat di kawasan lereng
bukit
Tanah ini sesuai utk tnman getah dan kelapa sawit.
Tanah ini mengandungi oksida ferum yg
bercampur dgn bahan organik
Mempunyai saliran yg baik
Tanah ini subur dan sesuai utk kebanyakan jenis
tanaman.
Menandakan kandungan oksida ferum dlm tanah
yg bekalan oksigennya telah merosot.
Mempunyai saliran yg kurang baik utk menakung
air
Tanah jenis ini biasanya menakung air dan kurang
beroksida.
Pengudaraan kurang baik
Pada amnya, tanah jenis ini tidak sesuai utk
kebanyakan tanaman kecuali padi.
Tanah jenis ini mempunyai kandungan galian
mangan oksida atau bahan organik yg tinggi.
Kawasan ini biasanya menakung air dan
mempunyai nilai pH yang rendah.
Bahan organiknya lambat reput kerana
kekurangan oksigen yang perlu dalam proses
pereputan.
Tanah jenis ini tidak sesuai utk kebanyakan
tanaman kerana tidak mampu memberi sokongan
kepada akar tumbuhan yang besar.
Tanaman yang sesuai utk kawasan ini ialah nenas
dan sayur-sayuran.

Putih

Tanah yang berwarna putih mempunyai banyak


jenis galian tanah liat yg dikenali sbg koalinit.

Kuning

Warna kuning menunjukkan bahawa oksida ferum


telah berpadu dgn molekul-molekul air

Mempunyai saliran yg baik.


Tanah ini adalah lebih lembab berbanding dengan
tanah yang berwarna merah.

KEPENTINGAN TANAH:
- Terdapat 3 kepentingan tanah kepada pertumbuhan tumbuhan:
a. Memberi sokongan mekanik kepada akar tumbuhan
- Sokongan mekanik kepada akar amat penting. Cengkaman akar yang kuat
membolehkan tumbuhan tumbuh tegak untuk menerima cahaya yang
mencukupi.
b. Membekalkan nutrien kepada tumbuhan
- Tanah menyimpan nutrien utk tumbuhan. Sebahagian drpd nutrien wujud
dlm bentuk komponen bahan organik. Nutrien ini dibebaskan apabila bahan
organik itu reput. Kandungan nutrien yang dibekalkan melalui baja pula akan pantas
bertindakbalas dgn kumin tanah dan bertukar kepada bentuk yg disimpan di dalam
tanah. Tanah yg terlalu berpasir tidak berupaya utk menyimpan nutrien yg byk krn
sebahagian besra drpd kandungan nutriennya akan dilarut resapkan oleh larian air.
c. Membekalkan oksigen dan air kepada tumbuhan.
- Air tanah wujud dlm beberapa btk:
i.
filem yg meliputi kumin tanah.
ii.
wap dalam rongga tanah
iii.
cecair yg dpt mengalir dlm rongga tnh.
Udara tanah mengandungi gas karbon dioksida, dan oksigen. Berbanding dgn
udara atmosfera, udara tanah mengandungi lebih banyak karbon dioksida
tetapi kurang gas oksigen. Perkara ini disebabkan oleh:
i.
respirasi akar
ii.
respirasi organisma tanah
iii.
proses pereputan bahan organik.

You might also like