You are on page 1of 24

AMALAN KEPIMPINAN KARISMATIK PENGETUA DI SEKOLAH

MENENGAH TAMAN UNIVERSITI 2 JOHOR BAHRU


Tumirah Binti Jemon (nazmira06@yahoo.com)
Tuan Rafingah Bt Tuan Soh(trthjb@yahoo.com.my)
Shaliha Bt Shafie(shaliha9997@yahoo.com)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
ABSTRAK
Pengetua merupakan individu yang berperanan sebagai key player dalam usaha
penambahbaikan sekolah serta melestarikannya (Weber, 1991;Edmonds, 1979; Mortimore,
1988; dan Shahrir, 1997). Walau bagaimanapun, Lambert (1998) berpendapat pengujudan
sekolah yang berkesan juga adalah hasil daripada penyertaan yang berterusan daripada
guru-guru yang kompeten. Kompeten yang dimaksudkan ialah berkemahiran dalam kerja
kepimpinan, peranan dan tanggungjawab,menunjukkan penglibatan dan kerjasama, serta
menjadi inquiry baseuntuk membuat keputusan sekolah serta bilik darjah dan fokus yang
akhirnya membawa kepada pencapaian pelajar yang cemerlang dalam akademik, bukan
akademik dan disiplin. Justeru, kajian ini bertujuan melihat amalan kepimpinan karismatik
pengetua di SMK Taman Universiti 2. Kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik
telah digunakan untuk mengumpulkan data kajian. Responden bagi kajian ini terdiri daripada
guru-guru yang sedang berkhidmat di SMK Taman Universiti 2 Johor Bahru, Johor seramai
76 orang. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan Statistical Packages For Social
Sciences (SPSS) dan dapatan dilaporkan dalam bentuk diskritif (peratusan dan min). Hasil
dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan karismatik pengetua di sekolah kajian
adalah tinggi.
___________________________________________________________________________
PENGENALAN
Pemimpin merupakan agen perubahan dalam sesebuah organisasi (Conger & Kanungo,
1988). Selain menyatupadukan keseluruhan organisasi untuk mencapai wawasan organisasi,
pemimpin turut berperanan merangka serta menjalankan pelan pembangunan. Malahan
peranannya meliputi tugas menyediakan persekitaran yang mempunyai kolaborasi antara
ahli-ahlinya bagi mencapai matlamat wawasan ataupun pembaharuan dalam organisasi
1

(Najjar,1999). Fungsi dan kepentingan seorang pemimpin tidak boleh diperkecilkan kerana
mereka merupakan aspek penting dalam menentukan keberkesanan pengurusan organisasi
(Najjar, 1999). Justeru pemimpin yang berkesan merupakan nadi dalam organisasi untuk
mencapai sesuatu matlamat dan wawasan organisasi.
Kepemimpinan sekolah merupakan pihak yang dipertanggungjawab merealisasikan
matlamat pembangunan sekolah iaitu ke arah mewujudkan sekolah yang cemerlang secara
holistik. Dalam hal ini, pengetua merupakan individu yang berperanan sebagai key player
dalam usaha penambahbaikan sekolah serta melestarikannya (Weber, 1991; Edmonds, 1979;
Mortimore, 1989; Shahrir, 1997).
Kepemimpinan Karismatik
KARISMATIK - dalam Bahasa Greek bermaksud gift from the gods @ anugerah, iaitu
kombinasi charm dan personal magnetism. Ia merupakan lanjutan daripada Teori Great
Man dan Teori Trait kerana para pengkaji Teori Trait gagal mengaitkan keberkesanan
kepimpinan. Pelopor Teori Karismatik ialah Max Weber ( 1924 1947 ). House (1971)
menyatakan pemimpin karismatik mempunyai ciri-ciri seperti keyakinan diri yang tinggi,
berpengaruh dan ada kesungguhan. Bennis dan Nanus(1985) mendapati pemimpin
berkarisma mempunyai empat ciri penting:

Berwawasan jelas dan menarik serta ada naluri perjuangan,


Boleh berkomunikasi tentang wawasan mereka kepada guru-guru,
Menunjukkan konsistensi dan penumpuan,
Mengenali kekuatan itu sepenuhnya.

Stephan P. Robbin ( 2000 ), menyimpulkan bahawa ciri-ciri Pemimpin Karismatik adalah


seperti berikut:

Yakin diri :
Mereka mempunyai keyakinan diri yang sepenuhnya terhadap penilaian yang dibuat
serta keupayaan diri mereka sendiri.

Satu Visi :
Mereka komited kepada visi dan sanggup mengambil risiko demi mencapai visi
2

tersebut. Ini merupakan satu objektif yang ideal yang bertujuan untuk memperbaiki
keadaan di masa hadapan berbanding keadaan semasa.

Keupayaan untuk menyampai visi tersebut:


Mereka boleh menjelaskan serta menyampaikan visi mereka dalam bentuk yang
mudah difahami oleh orang lain. Kaedah penyampaian ini menunjukkan bahawa
pemimpin tersebut sedar akan keperluan para pekerja. Ini boleh dijadikan suatu faktor
motivasi.

Penegasan terhadap visi tersebut :


Para pemimpin berkarisma dianggap sangat komited, sanggup menghadapi risiko diri
yang tinggi, sanggup membelanjakan kos yang tinggi serta melakukan pelbagai
pengorbanan untuk mencapai visi tersebut.

Gelagat luar biasa:


Mereka yang berkarisma mempunyai gelagat yang dianggap oleh orang ramai sebagai
sesuatu yang baru, tidak konvensional, serta menentang kebiasaan. Bila pemimpinpemimpin tersebut telah mengecapi kejayaan, kelakuan tersebut akan menimbulkan
kejutan dan seterusnya dipuji oleh para pengikutnya.

Dianggap sebagai agen perubahan:


Para pemimpin yang berkarisma dianggap sebagai agen perubahan radikal dan
bukannya penjaga status quo semata-mata.

Sensitif terhadap persekitaran:


Para pemimpin ini berupaya melakukan penilian realistik berkenaan konstrain
persekitaran dan sumber-sumber yang diperlukan untuk melakukan perubahan
tersebut.

Menyelesaikan masalah secara luar norma ( tidak konvensional).


Pemimpin Karismatik menyelesaikan masalah tidak mengikut norma tetap masih
berkesan.

Latarbelakang Masalah
3

Pengetua merupakan orang yang paling penting dan berpengaruh dalam sesebuah sekolah
kerana mereka bertanggungjawab kepada segala aktiviti yang berlaku di sekolahnya.
Kepimpinan Pengetua memberi kesan kepada iklim sekolah, suasana pembelajaran, tahap
profesionalisme dan kepuasan kerja di kalangan guru-guru. Kawalan kehidupan seharian
sekolah terletak di bahu Pengetua (Noran Fauziah Yaakub dan Ahmad Mahdzan Ayob, 1992).
Gaya kepimpinan Pengetua mempunyai kaitan yang positif dengan iklim sekolah dan iklim
sekolah mempunyai kaitan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru-guru (Wan Rafaei
Abdul Rahman dan Kee, 1987). Tingkah laku Pengetua yang mengambil berat tentang
kepentingan staf didapati mempunyai kaitan yang positif dengan iklim sekolah (Noran
Fauziah Yaakub dan Ahmad Mahdzan Ayob, 1992).
Pada peringkat awal teori kepimpinan karismatik adalah berasaskan karisma
seseorang. Teori ini pada suatu masa dahulu diterima ramai kerana dilihat sebagai munasabah
apabila didapati ramai pemimpin besar dunia mempunyai sifat peribadi dan kebolehan
istimewa yang boleh menarik ramai pengikut mereka. Kepimpinan karismatik mempunyai
kaitan positif dengan prestasi kerja iaitu semakin tinggi karisma seseorang pemimpin maka
semakin tinggi prestasi kerja orang bawahannya. Ini akan menghasikan kesan-kesan yang
menguntungkan baik kepada pemimpin orang bawahannya ataupun seluruh organisasi.
Karisma adalah kredibiliti yang amat tinggi desebabkan sebahagian unsur yang
sepadan dengan keilmuan dan kepakaran, ketelusan dan imej. Gaya kepimpinan ini sangat
dipengaruhi oleh reaksi-reaksi para pengikut kepada ciri-ciri peribadi pemimpin. Contohnya
pemimpin akan dihormati, dipatuhi, setia, dan dikagumi oleh pengikutnya.
Objektif Kajian
1

Meninjau aspek kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan pengetua dalam


tingkahlaku kepimpinan di sekolah.

Meninjau sejauh mana visi pengetua difahami oleh warga sekolah.

Meninjau persepsi guru terhadap peranan pengetua sebagai agen perubahan di sekolah.

Persoalan Kajian
4

Dalam kajian ini pengkaji akan mengemukakan tiga soalan iaitu:


1

Sejauh manakah aspek kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan pengetua dalam


tingkahlaku kepimpinan di sekolah?.

Adakah visi pengetua difahami oleh warga sekolah?

Sejauh manakah persepi guru terhadap peranan pengetua sebagai agen perubahan di
sekolah?

Rekabentuk Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah diskriptif kuantatif kerana kaedah ini dapat memudahkan
penyelidik membuat pengumpulan data statistik. Dari data statistik ia dapat melihat dan
mengukur amalan kepimpinan karismatik pengetua di SMK Taman Universiti 2 yang
merangkumi aspek keyakinan, perkongsian visi dan peranan pengetua sebagai ejen
perubahan. Tiga faktor ini adalah pembolehubah bebas dan perkara yang diletakkan nilai
untuk tujuan analisis dan tujuan penyelidikan. Nilai ini boleh berubah-ubah (Mohamad Najib
2001).
Populasi Dan Sampel Kajian
Mohd Najib (1999), berpendapat sampel merupakan sumber yang diambil daripada
populasi yang telah ditentukan sebelumnya.

Ia bertujuan untuk mendapatkan data.

Penentuan populasi dalam kajian adalah penting dalam sesuatu penyelidikan pendidikan
kerana populasi menentukan bidang masalah yang perlu dikaji dan juga sejauh mana atau
sebanyak mana data serta maklumat yang perlu dikumpul dan dianalisis (Mohd. Majid,
2005).
Populasi kajian terdiri daripada guru-guru yang berkhidmat di SMK Taman Universiti
2, Johor Bahru. Sampel kajian akan dipilih dengan menggunakan teknik persampelan rawak
bebas kerana populasi mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih menjadi
responden. Mohd Majid (2005), mengatakan kaedah persampelan rawak ini merupakan
kaedah yang paling mudah untuk memilih unit atau responden dan ia merupakan asas kepada
persampelan yang lain.

Jumlah populasi guru di SMK Taman Universiti 2 adalah seramai 95 orang.


Mengikut jadual persampelan Krejcie dan Morgan (1970), dalam Chua Yan Piaw, (2006),
untuk populasi yang bersaiz 95 orang, saiz sampel yang diperlukan adalah 76 orang.
Terdapat dua faktor diperlukan bagi memastikan jumlah populasi dan sampel yang
dipertimbangkan. Faktor pertama, pengkaji perlu memilih sampel kajian dengan jelas dan
batasannya adalah menepati dalam populasi. Manakala yang kedua ialah mengenai pengkaji
tidak memihak kepada sampel kajian tetapi memilih sampel yang mantap.
Dapatan dan Perbincangan
Analisis kajian ini dibuat mengikut hasil dapatan dan jawapan yang diberikan oleh
responden dalam soal selidik ini. Analisis Bahagian A adalah berkaitan maklumat diri
responden manakala Bahagian B adalah jawapan yang perlu dianalisis untuk menjawab
persoalan-persoalan kajian.

Data kajian adalah berbentuk deskriptif dan inferensi yang

menganalisis perbezaan min setiap aspek kepimpinan pengetua.

Penganalisaan data

dilakukan dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 11.0.
Jumlah responden yang dikaji ialah sebanyak 76 orang yang terdiri daripada guru-guru di
SMK Taman Universiti 2, daerah Johor Bahru. Kesemua data mentah yang telah dikumpul
daripada responden dianalisis.

Sebanyak 90

borang selidik diedarkan, borang yang

diperolehi semula sebanyak 76 sahaja.

Analisis Bahagian A - Demografi Guru


Analisis bahagian demografi responden yang dikaji adalah terdiri daripada jantina,
bangsa, umur, kelayakan akademik tertinggi, gred jawatan dan pengalaman mengajar. Data
yang diperoleh di analisis dan di ringkaskan dalam bentuk jadual yang mengandungi
maklumat mengenai bilangan dan peratus responden.
Jantina

Berdasarkan Jadual 4.1, didapati bahawa taburan responden yang terdiri daripada
populasi keseluruhan guru adalah didominasi oleh responden perempuan seramai 66 orang
(87%) berbanding responden lelaki iaitu seramai 10 orang (13%).
Jadual 4.1 : Statistik Responden Mengikut Jantina
6

Jantina

Bilangan

Peratus (%)

Lelaki

10

13

Perempuan

66

87

Jumlah

76

100

Bangsa
Daripada data yang ditunjukkan dalan Jadual 4.2, responden terdiri daripada 51 orang
guru Melayu iaitu 67% , sementara guru bangsa Cina seramai 15 orang, mewakili 20% .
Responden dari guru India 10 orang iaitu mewakili 13% orang.
Jadual 4.2 : Statistik Responden Mengikut Bangsa
Bangsa

Bilangan

Peratus (%)

Melayu

51

67

Cina

15

20

India

10

13

Jumlah

76

100

Umur
Merujuk kepada Jadual 4.3 di bawah, seramai 83 orang (45.4%) majoriti responden
berumur kurang dariada 31 tahun, diikuti dengan responden berumur 31 hingga 35 tahun
seramai 30 orang iaitu 16.4%, 8 orang yang berusia antara 36 hingga 40 tahun iaitu 10.9%, 10
responden terdiri daripada guru yang berumur antara 41 hingga 45 tahun iaitu 13.1% dan 12
responden yang berusia 45 tahun ke atas atau 14.2%
Jadual 4.3 : Statistik Responden Mengikut Umur
Umur

Bilangan

Peratus (%)

< 31 tahun

34

45.4

31 35 tahun

12

16.4

36 40 tahun

10.9

41 45 tahun

10

13.1

> 45 tahun

12

14.2

76

100

Jumlah

Kelayakan Akademik Tertinggi


Merujuk Jadual 4.4 maklumat mengenai kelayakan akademik responden
menunjukkan 2 orang (2.5%) guru memiliki Sarjana, Ijazah Sarjana Muda seramai 70 orang
(92%), STPM seramai 1 orang (1.5%) manakala pemegang SPM/MCE pula merupakan
majoriti iaitu seramai 3 orang atau 4%.

Jadual 4.4 : Statistik Responden Mengikut Kelayakan Akademik


Kelayakan Akademik

Bilangan

Peratus (%)

Ijazah Sarjana

2.5

Ijazah Sarjana Muda

70

92

STPM

1.5

SPM/MCE

Jumlah

76

100

Gred Jawatan
Dari segi gred jawatan pula Jadual 4.5 menunjukkan seramai 4 orang responden
dalam gred DGA32 (5.5), 64 orang (84%) di dalam gred DG41, 8 orang (10.5%) dalam gred
DG44.
8

Jadual 4.5 : Statistik Responden Mengikut Gred Jawatan


Gred Jawatan

Bilangan

Peratus (%)

DGA 32

5.5

DG 41

64

84

DG 44

10.5

Jumlah

76

100

Pengalaman Mengajar

Daripada Jadual 4.6, majoriti responden berkhidmat sebagai guru di sekolah kurang
dari tujuh tahun, iaitu mencakupi 58 orang atau 76 %, 14 orang (18 %) berkhidmat selama
lapan hingga limabelas tahun dan 2 orang responden (3%) berkhidmat antara 16 hingga 23
tahun. Seramai 2 orang dari responden kajian dengan 3 % mempunyai pengalaman
berkhidmat di sekolah selama 24 hingga 30 tahun, tiada guru yang berkhidmat melebihi 31
tahun.
Jadual 4.6 Statistik Deksriptif Mengikut Pengalaman Mengajar
Tahun Mengajar

Bilangan

Peratus (%)

<7

58

76

8 15

14

18

16 23

24 - 30

> 31

Jumlah

76

100

Analisis Bahagian B Ciri-ciri Kepimpinan Karismatik Pengetua


Analisis bahagian B merupakan analisis deskriptif yang akan menjawab persoalan
kajian iaitu sejauh mana ciri-ciri kepimpinan karismatik diamalkan oleh pengetua dalam

tingkah laku kepimpinan di sekolah. Ciri-ciri kepimpinan pengetua dibahagikan kepada tiga
aspek iaitu:
i. Kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan
ii. Visi pengetua yang difahami oleh warga sekolah
iii. Pengetua sebagai agen perubahan

Ciri-ciri kepimpinan Pengetua dianalisis untuk mengetahui skor min dan sisihan
piawai. Tahap kecenderungan yang ditentukan dalam analisis skor min merujuk kepada
Jadual 3.7 iaitu Jadual Interpretasi Skor Min.

Kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan


Pernyataan yang paling dominan bagi aspek kebolehan mempengaruhi dan
meyakinkan adalah item Q4 yang menyatakan responden bersetuju bahawa Pengetua sering
bertanya khabar atau berbual dengan guru dengan skor min 4.04. Sementara Q3 merupakan
item yang mempunyai nilai skor min yang paling rendah iaitu 3.45. Ini menggambarkan tidak
semua responden bersetuju bahawa Pengetua sering membantu guru menyelesaikan masalah
peribadi. Walau bagaimanapun skor min yang diperolehi masih berada di tahap sederhana.
Sisihan piawai bagi keseluruhan item adalah 0.877.

Berdasarkan Jadual 4.7, skor min

keseluruhan bagi aspek kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan adalah 3.85.

Ini

menunjukkan aspek kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan berada pada tahap yang
tinggi iaitu sangat bersetuju pada pernyataan yang mengandungi item item tersebut.
Jadual 4.7 : Skor Min Kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan
Bil

Item

Skor
Min

Sisihan
Piawai

Tahap
Kecenderungan

Q1

memberi layanan secara peribadi kepada


guru-guru

3.51

0.919

Sederhana

Q2

sentiasa membantu guru-guru.

4.01

0.812

Tinggi

Q3

sering membantu guru menyelesaikan

3.45

1.014

Sederhana

10

masalah peribadi
Q4

bertanya khabar atau berbual dengan guru.

4.04

0.766

Q5

peka terhadap kebajikan guru-guru.

3.96

Q6

seorang yang mudah didekati dan mesra


dengan semua guru

3.94

0.915

Q7

bertanggungjawab di atas segala tindakan


guru

4.03

0.773

0.940

Tinggi
Tinggi
Tinggi
Tinggi

Visi pengetua yang difahami oleh warga sekolah


Item yang mempunyai nilai min tertinggi bagi aspek visi pengetua yang difahami oleh warga
sekolah ialah Q13 dengan nilai 4.40. Ini menunjukkan Pengetua sering mengendalikan
perjumpaan guru samada mesyuarat, seminar dan kursus. Manakala item yang mempunyai
skor min terendah ialah item Q9 dengan nilai skor min 4.01 di mana tidak semua responden
bersetuju bahawa Pengetua sering bersama dalam aktiviti yang dianjurkan oleh guru .
Sisihan piawai bagi keseluruhan item adalah 0.568. Nilai min bagi aspek visi pengetua yang
difahami oleh warga sekolah secara keseluruhan ialah 4.18 iaitu berada pada tahap yang
tinggi. Rujuk Jadual 4.8

Jadual 4.8 : Skor Min Visi pengetua yang difahami oleh warga sekolah
Q8

memberi penjelasan sebelum melaksanakan


program sekolah.

Q9

sering bersama dalam aktiviti yang


dianjurkan oleh guru

Q10

sering menjelaskan apa yang diharapkan


daripada guru-guru

4.12

0.693

4.01

0.788

4.09

0.754

Q11

memastikan guru-guru menjalankan tugas


dengan penuh keupayaan

4.28

0.692

Q12

melakukan pencerapan dan pemantauan P &


P

4.17

0.613

Q13

mengendalikan perjumpaan guru -

4.40

0.564

Tinggi

Tinggi

Tinggi

Tinggi
Tinggi
Tinggi
11

mesyuarat, seminar dan kursus

Persepsi guru terhadap peranan pengetua sebagai agen perubahan sekolah

Kebanyakan responden sangat bersetuju bahawa Pengetua sangat bersedia semasa


berucap dalam setiap majlis yang dianjurkan sekolah iaitu Q19. Item tersebut mempunyai
min tertinggi dengan nilai 4.42. Manakala item yang mempunyai skor min terendah ialah
item Q20 dengan skor min 3.71. Ini menggambarkan bahawa langkah Pengetua menetapkan
peraturan yang masih dipersoalkan oleh guru . Walau bagaimanapun skor min yang
diperolehi masih berada di tahap yang tinggi iaitu 4.07. Sisihan piawai bagi keseluruhan item
adalah dalam lingkungan 0.613 hingga 0.880. Rujuk jadual 4.9
Jadual 4.9 : Skor Min Persepsi guru terhadap peranan pengetua sebagai agen
perubahan sekolah

Q14

menjadikan guru-guru di sekolah ini


bersemangat tinggi.

4.08

.880

Q15

memberikan kritikan yang membina.

3.96

.844

Q16

seorang yang mudah dihubungi apabila


diperlukan

3.95

0.903

Q17

sedia melakukan perubahan sekiranya


diperlukan.

4.10

.792

Q18

memberi tahu guru-guru idea baru yang


terlintas dalam fikirannya demi kemajuan
orgnanisasi

4.30

0.673

4.42

.648

Q19

amat bersedia semasa berucap dalam majlis


di sekolah

Q20

menetapkan peraturan yang jarang


dipersoalkan oleh guru

3.70

0.834

Tinggi
Tinggi
Tinggi
Tinggi

Tinggi

Tinggi

Sederhana

12

Perbincangan dan Kesimpulan

Perbincangan

Bahagian ini membincangkan secara terperinci tentang keputusan yang diperoleh


daripada hasil dapatan kajian berdasarkan persoalan kajian tersebut. Berikut merupakan
persoalan kajian yang telah dinyatakan.

(i)

Sejauh manakah aspek kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan pengetua


dalam tingkah laku kepimpinan di sekolah?

(ii)

Adakah visi pengetua difahami oleh warga sekolah?

(iii)

Sejauh manakah persepsi guru terhadap peranan pengetua sebagai agen


perubahan di sekolah?

Kepimpinan Pengetua

Pengetua merupakan orang yang berada pada kedudukan yang paling strategik dalam
pembangunan dan perubahan sekolah. Mereka merupakan tonggak dan CEO bagi sesebuah
sekolah. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan peraturan-peraturan terpilih mentafsirkan
Pengetua sebagai seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pelajaran yang dilantik oleh Ketua
Pengarah Pelajaran yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan mengurus sesebuah
sekolah. Oleh itu Pengetua memerlukan tahap kompetensi yang tinggi untuk mentadbir dan
mengurus sekolahnya. Ishak Sin (2004) mengatakan, kompetensi memerlukan pemimpin
yang berupaya melaksanakan tugas seharian dengan menepati kepiawaian yang ditetapkan,
berkebolehan melaksanakan sesuatu tugas yang diamanahkan dengan jayanya, memiliki ciriciri peribadi dan tingkahlaku yang meliputi sikap dan nilai kendiri yang sesuai dengan
jawatan yang sedang disandang, mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk
menjalankan tugas dan tanggungjawab serta mempunyai kemahiran menjalankan tugas secara
praktik. Fawziah Kassim (2008) berpendapat, Pengetua adalah seorang pemimpin yang

13

berkeupayaan,

bertanggungjawab

untuk

merancang

dan

melaksana

pengetahuan,

berkemahiran, mempunyai kepakaran dalam mentadbir dan mengurus sekolah dengan cekap
dan berkesan.

Penguasaan elemen-elemen pengetahuan, kemahiran dan kepakaran

membezakan tahap kecekapan seseorang Pengetua. Oleh kerana pemimpin berbeza dari segi
latar belakang, nilai dan prinsip, minat dan kecenderungan, maka tingkah laku kepimpinan
yang ditunjukkan dalam proses mentadbir dan memimpin juga adalah berbeza.

Kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa responden memilih aspek kebolehan


mempengaruhi dan meyakinkan Pengetua dalam tingkah laku kepimpinan di sekolah sebagai
aspek ketiga dalam ciri-ciri karismatik pengetua. Skor min yang tertinggi ialah pada
pernyataan Pengetua sering bertanya khabar atau berbual apabila bertemu dengan guru-guru.
Ini menunjukkan Pengetua seorang yang ramah, mesra dengan pengikut dan cuba
mengurangkan jurang antara pemimpin dan pengikut.

Beliau mengharapkan guru-guru

merasa selesa berkomunikasi seolah-olah sebagai satu keluarga. Dalam hal sebegini Pengetua
lebih suka bersemuka dalam suasana tidak formal. Hubungan yang sebegini akan
mewujudkan satu proses interaksi antara Pengetua dengan guru seperti memberi salam,
bertegur sapa, bertanya khabar dan makan bersama. Pengetua juga akan melayan pertanyaan
atau memberi maklumbalas sewaktu mesyuarat berlangsung.

Dapatan ini bertentangan

dengan pendapat Halpin dan Croft (1966) dan Mohd Ali Rashidi (1998) yang mengatakan
tingkah laku Pengetua ialah formal dan impersonal di mana segala tindakan adalah mengikut
arahan, lebih terikat kepada peraturan dan polisi daripada berbincang secara bersemuka.
Ishak Bin Sin (2002) menyatakan seorang pemimpin perlulah sanggup menanggung
risiko, demi menyelamatkan orang bawahannya, menjadi kepala dalam misi yang berbahaya
dan sama-sama merasa kepayahan yang dialami orang-orang bawahan. Ini selari dengan
Karen Otazo, (2007), yang mengatakan pemimpin yang prihatin akan melayan ahli dalam
organisasi sama seperti mereka melayan keluarga, mesra, prihatin dan sentiasa berhubung
antara satu sama lain. Berinteraksi seberapa kerap yang boleh, memberi dan menerima
maklumat, berkongsi strategi, menerima dan memberi cadangan serta maklumbalas. Melalui
pertemuan yang kerap diadakan samada secara formal atau tidak, akan menjadikan pemimpin
dan pengikut menjadi rapat, mesra dan tiada jurang pemisah yang besar. Apabila ini berlaku,
14

komunikasi di dalam organisasi itu menjadi baik dan berkesan. Antara elemen yang dimiliki
oleh Pengetua dengan ciri-ciri karismatik ialah mempunyai

kualiti dan perhubungan

personal. Mereka sentiasa menggunakan. kemahiran interpersonal disamping disegani dan


dihormati oleh guru-guru. Mereka selalu menunjukkan minat apa yang orang lain lakukan.
Pengetua bersikap empati dan selalu mendengar walaupun sejenak apabila diperlukan. Ini
menyebabkan setiap motif dan tindakannya dipercayai oleh guru-guru.
Warren Bennis, Gretchen M. Spreitzer dan Thomas G. Cumming (2001) mengatakan,
kepimpinan adalah perhubungan, tidak kira perhubungan dengan orang ramai atau
perseorangan. Perhubungan melibatkan mereka yang berkebolehan memimpin dan mereka
yang menjadi pengikut.

Dalam konteks kepimpinan di sekolah, Pengetua merupakan

pemimpin dan guru-guru merupakan pengikut yang saling berhubung di antara satu dengan
lain. Oleh yang demikian, Pengetua perlu memiliki beberapa kualiti dan kemahiran tertentu
seperti pendengar yang aktif, menggalakkan perbincangan terbuka atau perundingan,
berupaya menggerakkan semangat kerja berkumpulan, bijak menguruskan mesyuarat,
berkeupayaan menganalisis dan menyelesaikan masalah dan bersedia menangani perubahan.
Sebagai seorang pemimpin, Pengetua hendaklah dapat meyakinkan pengikut, tenang,
bersemangat positif, sentiasa bermotivasi, dapat mengawal perasaan marah atau kecewa
walaupun dalam keadaan yang sangat kritikal.
Salleh Lebar (2000) berpendapat, pemimpin yang mempunyai kesedaran motivasi
yang tinggi akan menjadikan guru-guru di sekolah mempunyai semangat yang tinggi dalam
melaksanakan tugas. Pemimpin sedemikian juga memfokuskan kepada peringkat moral dan
motivasi dalaman yang tinggi dalam menjalankan sesuatu tugas.

Kepimpinan jenis ini

memerlukan seorang yang bersifat kemanusiaan, adil, jujur dan tidak emosional, tidak tamak
dan tidak mencemburui kakitangannya. Pemimpin akan sedaya upaya menonjolkan potensi
dan kehebatan organisasi di bawah pentadbirannya, menumpukan kepada kebolehan setiap
individu, sentiasa memberi motivasi yang berinspirasi dan merangsang secara intelek.
Pengetua menjadikan guru-guru di sekolah bersemangat tinggi.

Semangat tinggi yang

dipunyai oleh guru-guru adalah berpunca dari sifat kepimpinan Pengetua yang bermotivasi
tinggi.

Motivasi merupakan elemen kecerdasan emosi yang membantu individu dalam

membina inisiatif dan kemahuan bagi memperbaiki kendiri.


Meninjau sejauh mana visi difahami oleh guru

15

Mohd Zahri Jaafar & Nazni Hani Arshad (2008) menjelaskan Pengetua yang
mempunyai aspirasi yang baik adalah mereka yang memiliki agenda jangka panjang. Mereka
menetapkan visi yang mampu dicapai lebih daripada matlamat jangka pendek. Pengetua
dalam kategori ini selalu mencari kepentingan dan peningkatan untuk berubah tetapi dalam
masa yang sama menyedari bebanan yang akan ditanggung pengikutnya. Namun ini tidak
menghalang mereka untuk menjadi tegas apabila perlu. Lantaran itu Pengetua berkenaan
harus mempunyai kemampuan komunikasi yang berkesan untuk disampaikan kepada
pimpinannya setelah mendapat gambaran untuk meningkatkan keupayaan sekolahnya.
Mereka menggunakan pelbagai medium komunikasi seperti perhimpunan staf, buletin,
pengumuman, pengiktirafan, penganugerahan, surat, pendekatan personel dan lawatan ke
kelas-kelas. Mereka mencipta iklim sekolah dengan positif dengan ekspektasi dan kejayaan.

Steven Covey (2007) menjelaskan terdapat empat ciri peribadi seorang pemimpin
iaitu sebagai role-model, disiplin (mensejajarkan), wawasan (mencari arah), dan semangat
(memberi kuasa) yang dapat dikenali dengan jelas dalam sesebuah organisasi. Disiplin dalam
konteks ini bermakna pemimpin menubuhkan dan menguruskan sistem dalam organisasinya
untuk sentiasa menuju ke arah yang telah dikenalpasti. Dalam aspek ini Pengetua dilihat
sebagai seorang yang banyak menentukan perjalanan sekolah, menentukan peraturanperaturan yang harus dipatuhi oleh seluruh warga sekolah sebagai usaha untuk menetapkan
hala tuju yang dibawa

Meninjau persepsi guru terhadap peranan pengetua sebagai agen perubahan di


sekolah.
Mohd Zahri Jaafar & Nazni Hani Arshad. (2008), mendapati tiga pendekatan yang
memperlihatkan tindakan pengetua yang cenderung kepada inovasi sebagai agen perubahan
di sekolah. Pertama, Pengetua berkenaan adalah seorang yang kreatif dalam menggunakan
kuasa dan perundangan dalam pengurusannya. Kedua, mereka mempamerkan ciri-ciri orang
yang suka bereksperimen dan seorang yang berani mengambil risiko.

Individu yang

mempunyai ciri-ciri ini juga dikatakan suka kepada pembaharuan, pragmatik dan suka kepada
aktiviti menyelesai masalah. Ketiga, mereka membuat keputusan dan mengaplikasi polisi
serta prosedur dengan tegas, fleksibel dan konsisten.
16

Karen Otazo (2007) berpendapat, seorang pemimpin mestilah sentiasa bersedia


walau dalam apa keadaan sekali pun. Dalam kontek sekolah yang dianggap sebagai sebuah
organisasi yang sering mengalami ketidak tentuan keadaan, kesediaan yang dimaksudkan
ialah bersedia dari segi mental dan fizikal. Ada ketikanya mendapat arahan yang datang
mengejut dari stake holder, atau berlaku situasi kecemasan yang melibatkan guru atau murid,
semestinya ini menuntut kesediaan minda dan kesabaran yang tinggi. Untuk menghadapi
uncertain moment sedemikian, kecerdasan emosi dan ketahanan mental amat penting.
Kecerdasan emosi sebenarnya membolehkan kita berfikir dengan lebih kreatif dan sekaligus
memudahkan proses penyelesaian masalah manakala ketahanan mental pula kemampuan
individu dalam mengawal diri, perasaan dan keinginannya sebelum melakukan sesuatu iaitu
bagaimana seseorang mempunyai kemahiran daya kesabaran dan mengelakkan diri daripada
konfrontasi.
Pengetua mempamerkan usaha-usaha untuk menggerakkan organisasi dengan baik,
sentiasa cuba untuk memotivasikan guru-guru dengan menjadikan dirinya sebagai teladan.
Beliau akan memastikan setiap guru melaksanakan tugasan yang diberi. Perhubungan sosial
dan kebajikan antara guru dipelihara. Pengetua mudah didekati dan berlaku komunikasi dua
hala antara ahli-ahli. Guru-guru bebas melahirkan buah fikiran dalam perbincangan atau
mesyuarat dan keputusan dibuat bersama. Guru-guru berpuashati dengan penghasilan kerja
dan tiada rungutan yang timbul. Pengetua dalam dimensi ini meletakkan nilai yang tinggi ke
atas pembelajaran guru dan pembangunan staf sama ada di dalam atau di luar sekolah.
Mereka merelakan pimpinannya terlibat di dalam pembangunan profesional. Pengetua jenis
ini ibarat melaburkan kewangan sekolah dengan pembelajaran profesional guru dan staf
sekolah. Mereka mengalakkan, menyokong dan memperkuatkan pimpinannya untuk menjadi
pelajar sepanjang hayat. Ini dapat memperkenalkan dan merangsang nilai-nilai kepimpinan
kepada guru dan staf. Dengan pembelajaran ini, semua warga sekolah dapat meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran serta aras keyakinan untuk menggunakan pendekatan
pengajaran, pentadbiran dan juga kepimpinan. Melalui pendekatan menghormati kapasiti dan
bakat orang lain, semua ekspektasi dan peluang dapat dimanipulasi dengan maksimum
Item yang mendapat skor min paling tinggi dalam aspek ini ialah Pengetua amat
bersedia untuk berucap di dalam majlis di sekolah.

Keupayaan Pengetua semasa

menyampaikan ucapan, gaya persembahan dan penampilan diri, personaliti yang menarik,
kemampuan mengawal majlis melalui setiap patah perkataan yang dituturkan, kebolehan
memukau audien dengan mesej yang dibawa dan ekspresi wajah dan ketrampilan diri semasa
17

menyampaikan ucapan menjadikan responden memilih elemen tersebut sebagai kekuatan


Pengetua semasa menjalankan tugas. Dalam keadaan sebegini Pengetua perlulah kelihatan
tenang mengawal perasaan, menguasai majlis dengan caranya dan imej atau penampilan diri
yang sesuai sebagai pemimpin . Cara berpakaian dan berjalan hendaklah selangkah lebih ke
hadapan berbanding guru biasa. Begitu juga pengetahuan dan kepakaran hendaklah lebih
tinggi daripada subordinat.

Nada suara, lenggok bahasa, gerak geri tubuh dan teknik

penyampaian hendaklah sentiasa mantap dan bersemangat sejajar sebagai pemimpin


pendidikan di alaf baru yang sepatutnya mempunyai ciri beriltizam iaitu keterlibatan diri
secara bersungguh-sungguh serta penuh dengan tanggungjawab dalam setiap perlaksanaan
tugasnya sebagai agen perubahan di sekolah.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, daripada hasil dapatan kajian dapat disimpulkan bahawa Pengetua
SMK Taman Universiti 2 mengamalkan ciri-ciri kepimpinan karismatik di dalam amalannya
memimpin sekolah. Guru selesa dengan corak tingkah laku yang diamalkan Pengetua yang
sentiasa memberi kepercayaan dan memandu mereka mencapai aspirasi sekolah. Mereka
dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh iltizam dan bermotivasi. Sikap Pengetua
yang sentiasa memastikan guru-guru menjalankan tugasan dengan penuh keupayaan dan
kehadiransemangatnya dalam organisasi menjadi pembakar semangat kepada guru untuk
terus bekerja demi kecemerlangan organisasi.
Menurut Ab. Aziz (2000), antara faktor-faktor yang menentukan kepuasan kerja ialah
keadilan dalam pemberian ganjaran dan sokongan terhadap suasana pekerjaan oleh
pemimpin. Peranan yang dimainkan oleh Pengetua dapat meningkatkan kepuasan kerja guru
yang mana mereka akan merasakan diri mereka tidak akan terbeban dengan tanggungjawab
yang diberi oleh Pengetua dan sentiasa mendapat peluang untuk menunjukkan prestasi kerja
yang baik dari semasa ke semasa. Pengetua juga sanggup memuaskan pekerja supaya dapat
meningkatkan produktiviti organisasi melalui berbagai strategi.

Mereka juga rajin,

bertoleransi dan adil dalam melakukan sesuatu pencapaian seperti membuat perancangan dan
belanjawan. Guru merasa gembira kerana dapat mencapai sasaran kerja yang diberi (SKT),
dan merasa seronok melaksanakan tugas bersama rakan seperjuangan walaupun penuh
dengan cabaran selain penghargaan di atas hasil usaha yang telah dilakukan.

18

RUJUKAN
Ab. Aziz Yusof (2000). Pengurusan dan Gelagat Organisasi di abad ke 21. Prentice
Hall. 32-37.
Ab Aziz Yusof (2006). Pengurusan Sumber Manusia : Konsep, Isu Dan Pelaksanaan Edisi
Ketiga. Kuala Lumpur: Pearson Prentice Hall. m.s.70-88.
Abd. Rahim Abd. Rashid (2005). Profesionalisme Keguruan: Prospek Dan Cabaran. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. m.s.141-164.
Abdul Rahman Md. Aroff, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias (1988).
Pengenalan Pentadbiran Pendidikan. Selangor: Malindo Printers Sdn. Bhd.
Abdul Shukor Abdullah (2004). Kepimpinan Unggul Tonggak Pengurusan Pendidikan
Cemerlang. Jurnal Pengurusan Kepimpinan Pendidikan. Genting Highlands: Institut
Aminuddin Baki. m.s.26,32
Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap
Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan .31. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Avolio, B. J., & Bass, B. M. (1991). The Full Range of Leadership Development: Basic and
Advanced Manuals. Binghamton, NY: Bass, Avolio and Associates.
Ayob Jantan. (2004). Pengetua Sekolah Yang Effektif. Bentong: PTS Publications &
Distributers Sdn Bhd. m.s 36-39, 5, 85, 89
Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan
(2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd
Babbie, E. (2005). The Basics of Social Research. 3rd ed .Canada : Thomson
Wadsworth. 67-73.
Barbuto, J. E. and Moss, J. A. (2006). Dispositional Effects in Intra-Organizational
Influence Tactics: A Meta-Analytic Review. Journal of Leadership and Organizational
Studies. 12,3.
Bass, B. M. (1997). Does the Transactionaltransformational Paradigm Transcend
Organizational and National Boundaries? American Psychologist, 52, 130139.
Bennis, Warren G., Spreitzer, Greten M. & Cummings, Thomas G.(2001). The Future of
Leadership. San Francisco: Jossey Bass

19

Brayfield, A. H. dan Rothe, A. F.(1951). An Index of Job Satisfaction. Journal of Cross


Cultural Psychology. 35. 307 311
Cambell, R.F. terjemahan Abd Rahman Md Aroff (1998). Pengenalan Pentadbiran
Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Pertania
Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur
Conger, J.A. dan Kanungo, R.N. (1998). harimastic Leadership In Organization.
California: Sage
Covey, Steven R (2007). Tabiat ke 8. terjemahan Mohammad Radzi Zainal. Selangor:
Cresent News (KL)
Davidson, E.J. (2005). Evaluation Methodology Basics. London : Sage Publications
Ltd. 3, 16
Greenberg, J. dan Baron R. A. (1993). Behaviour in Organizations. 4th Ed. Boston: Allyn
and Bacon.
Hussein Ahmad (1993). Pendidikan dan Masyarakat: Antara Dasar, Reformasi dan
Wawasan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Bahasa
Halpin, A.W. & Croft D.B. (1963). The Organizational Climate of School. Chicago:
Midwest Administration Center, University of Chicago.

Halpin, A.W. & Croft D.B. (1966). The Organizational Climate of School: Theory and
Research in Administration. New York: Mc Millan Publishing.

Harland, L., Harrison, W., Jones, J. R. and Reiter-Palmon, R. (2005). Leadership


Behaviors and Subordinate Resilience. Journal of Leadership and
Organizational Studies. 2.11.

Hersey, P. and Blancahard K. H. (1982). Management of Organisation Behaviour.


Utilizing Human Resources. 4th ed. Englewood Cliffs. NJ: Prentice
Hall. 33-36.

20

Herzberg, F. B. (1968). Motivation to Work. New York: John Wiley and Son Inc. 3445.

Howard, E.R. (1974). School Climate Improvement Education Digest 39 (8): 333-336.

Ibrahim Mamat (1993). Kepimpinan Sekolah: Teori Untuk Praktis. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.

Ishak bin Sin (2002), Gaya Kepimpinan Yang Digemari: Satu Kajian Kes-Kes
Hipotetikal. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Pengurusan dan
Kepimpinan Pendidikan kali ke-XI, pada 17-19 Disember 2002, di Hotel Pan Pacific,
Kuala Lumpur International Airport, Sepang.

Ishak bin Sin (2004). Apakah Yang Tertulis Dalam Khazanah Tulisan Ilmiah Tentang Tret,
Tingkahlaku dan Tindakan Yang Diperlakukan Untuk Menjadi Seorang Pengetua Yang
Berkesan? Jurnal Pengurusan Kepimpinan Pendidikan. Genting Highlands: Institut
Aminuddin Baki.

Ishak bin Sin (2006). Memperkasakan Kepimpinan Sekolah: Teori Manakah Yang Perlu
Digunapakai Oleh Pengetua. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan ke 13. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

James, L. R.,Joyce, W. dan Slocum, J. W.(1988). Comment: Organizations Do Not


Recognize. Academy of Management Review, 13.

Leithwood, K., Tomlinson, D., dan Genge, M. (1997). Transformational School


Leadership. Dalam Leithwood, K. et al. (ed.). International Handbook of Educational
Leadership and Administration. Netherlands: Kluwer Academic Publishers, 785840.

21

Jui-Chen Chen & Silverthorne, S. (2005). Leadership Effectiveness, Leadership Style and
Employee Readiness. Leadership & Organization Development Journal. 26 (4). 280288
Krejcie, R.V. & D.W. Morgan (1970). Determining Size for Research Activities.
Educational and Psychological Measurement 30 : 607-610.
Law Huong Mei (2004). Hubungan Gaya Komunikasi Pengetua dengan Kepuasan Kerja
Guru. Jurnal Pendidikan 29 . Bangi :Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia, Johor.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia. 69-70, 184.
Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. 7th. ed.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 156-183

Mohd Salleh Lebar (2000). Pentadbiran Pendidikan & Pendidikan di Malaysia. Petaling
Jaya: Addison Wesley Longman Malaysia Sdn Bhd.
Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka

Mohd. Majid Konting (2004) Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mortimore, P (1995). Key Characteristics of Effective Schools. Seminar Sekolah Efektif.
Anjuran Kementerian Pendidikan pada 13-14 Julai 1995 di Institut Aminudin Baki.
Noran Fauziah Yaakub & Sharifah Mohd. Nor (1990). Kepuasan Kerja Guru di Dua Jenis
Sekolah. Jurnal Psikologi Malaysia bil.6. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Otazo, Karen L. (2007). The Truth About Being A Leader. New Jersey: FT Press Pearson
Education Inc
Razali Othman. (1990). Satu Kajian Mengenai Iklim Sekolah Menengah di Daerah
Temerloh. Universiti Malaya : Tesis Sarjana tidak diterbitkan.
Reeves, D. B. (2004). Assessing Educational Leaders. Thousand Oaks,CA: Corwin

22

Press. 87-90.

Rinke, W. J. (2004), Tips for Effective Leadership: Do Not Have Goals and Objectives.
Retrieved September 10, 2008 dari http://www.leadervalues.com/Content/detail.asp?
ContentDetailID=306

Salkind, N.J. (2000). Exploring Research. 4th. ed. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.
109, 132-133

Sargent, J. C. (1977). Organization Climate Of High School. Research Monograph.


Minneaollis: Education Reaserch and Development Council, University of Minnesota.

Weber, G (1971). Inner-city Children Can Be Taught to Read: For Successful Schools.
Washington, D.C.: Council for Basic Education

Wiersma, W. (1995). Research Method In Education: An Introduction. Masssachusetts:


Simon and Schuster Company.
Yukl, G., Gordon, A. and Taber, T (2002). A Hierachical Taxonomy of Leadership
Behavior: Integrating a Half Century of Behavior Research. Journal of Leadership
and Organizational Studies.1 .9.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1989). Pentadbiran Pendidikan. Siri Pendidikan Fajar
Bakti. Serdang: Fajar Bakti.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Sharifah Md. Nor. (1993). A Survey of Job
Satisfaction of Commerce and Entrepreneurship Teachers in Malaysia. Jurnal
Pendidikan 18. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zhu, W., May, D. R. and Avolio, B. J.(2004). The Impact of Ethical Leadership
Behaviour on Employee Outcomes: The Roles of Psychological Empowerment and
Authenticity. Journal of Leadership and Organizational Studies. 1. 11.

23

sila semak dan betulkan apa yang dah saya siapkan dari awal. ada perkaraperkara yang tak berapa puas hati. rujukan banyak yang belum ada, yg ada pun
blm delete, tak sihat sangat. malam tadi siap pukul 1.30.
trtsjb@yahoo.com.my;
kepimpinan karismatik

24

You might also like