You are on page 1of 12

Penyeliaan Klinikal

1.0 PENYELIAAN KLINIKAL

Penyeliaan Klinikal adalah satu pendekatan yang dapat merangkumi semua aspek di dalam
penyeliaan yang sepatutnya dilakukan kini.

1.1 PENYELIA

Raymond (2004), menyatakan bahawa Penyelia adalah seseorang yang mempunyai deskripsi
tugas merancang, mengagih tugas, mengarah, memberi kerjasama, membuat penyelesaian
masalah, memilih dan melatih, memotivasi, menasihat, memperbaiki, mengurus tekanan dan
mengawal kemajuan.

1.2 MODEL PERKEMBANGAN / REFLEKTIF

Maksud Penyeliaan

Menurut Glatthorn (1984), penyeliaan pembelajaran ialah a process designed to


improve instruction by conferring with the teacher on lesson planning, observing the lesson,
analyzing the observation data, and giving the teacher feedback about the observation.

Manakala, dari sudut lain, penyeliaan bermaksud menyelia proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah iaitu memfokus kepada penyeliaan kurikulum operasi.

1.3 TUJUAN PENYELIAAN

Penyeliaan mempunyai objektif khusus untuk menghasilkan kaedah yang lebih baik untuk
proses pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuklah iklim fizikal, sosial dan psikologikal yang
lebih sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Ia juga mampu menghasilkan penyusunan
secara bersepadu segala usaha dan bahan bagi menentukan kesinambungan pengajaran dan
pembelajaran di samping mewujudkan kerjasama semua staf dalam mengatasi masalah
pengajaran.

HANISAH DARLENE JOHANA Page 1


Penyeliaan Klinikal

Good et al. (1973) menyatakan:

tujuan penyeliaan adalah untuk membina usaha-usaha berterusan dalam menyediakan


program pendidikan yang berkualiti tinggi kepada pelajar.

Penyeliaan juga bermaksud proses di mana seorang pekerja diberi tanggungjawab untuk
bekerja dengan orang lain untuk mencapai sesuatu objektif untuk mencapai hasil yang diingini.
Manakala, menurut Harris (1985), penyeliaan ialah apa-apa yang dibuat oleh kakitangan
sekolah terhadap manusia dan benda yang terdapat di dalamnya bagi mengekal atau
mengubah perjalanan untuk mempengaruhi secara langsung pencapaian matlamat pengajaran
dan pembelajarannya.

Glickman (1990) pula menyatakan penyeliaan ialah suatu fungsi yang menyatukan semua
elemen pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan sesebuah sekolah sebagai suatu
pergerakan yang menyeluruh bagi mencapai matlamatnya. Antara tugas-tugas seorang penyelia
ialah merancang aktiviti, memerhati aktiviti, merekod segala aktiviti yang berlaku, mencatat
aktiviti atau masalah, menganalisis masalah dan penyelesaian, berunding dengan mentee dan
merencana aktiviti susulan. Menurut Glickman (1991) pula, penyeliaan pengajaran adalah
sejenis penyeliaan yang dinamik dalam proses pendidikan yang bertujuan untuk
mempertingkatkan lagi mutu pengajaran. Dalam erti kata lain, setiap penyeliaan perlu
membawa perubahan yang positif untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran

Menurut Ibrahim (2001), penyeliaan klinikal ialah pemerhatian secara langsung ke atas
pengajaran seseorang guru dalam bilik darjah. Semasa penyeliaan dibuat, segala perlakuan
guru sama ada positif atau negatif dicatat oleh penyelia. Ia termasuklah perbuatan, tindakan,
pertuturan dan lain-lain lagi. Ini membolehkan guru mendapat maklumbalas daripada penyelia
mengenai kekuatan dan kelemahannya dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran serta
membolehkan guru menambahbaik sudut yang kurang. Menurut Pajak (2002), ilmu
pengetahuan Penyeliaan Klinikal mempunyai sejarah yang agak lama di Amerika Syarikat dan
tersebar sejak beberapa abad yang lalu. Morris Cogan dan Robert Goldhammer di Universiti
Harvard dalam tahun 1960-an memulakan idea mereka dan kemudian bersambung di Universiti
Pittsburgh.

HANISAH DARLENE JOHANA Page 2


Penyeliaan Klinikal

1.4 Penyeliaan Klinikal

Cogan (1973) menyatakan:

penyeliaan klinikal amat berguna untuk memperbaiki prestasi guru dalam bilik darjah.

Terdapat empat jenis kumpulan dalam penyeliaan klinikal.

1.5 Empat Jenis Penyeliaan Klinikal

Model Klinikal Tulen "Original Clinical Models" (akhir 1960-an)

Model ini dicadangkan oleh Goldhammer, Mosher, Purpel dan Cogan. Ia adalah hasil daripada
pelbagai sumber pemikiran berdasarkan empirical, fenomenalogikal, behavioural dan perspektif-
perspektif yang berkembang. Model ini menekankan kepada kepentingan hubungan antara
rakan sejawat, para penyelia dan para guru.

Model Humanistik/Artistik "Humanistic/Artistic Models" (pertengahan 1970-an)

Model ini merupakan perspektif-perspektif daripada Blumberg dan Eisner yang berasaskan
kepada prinsip-prinsip eksistentialisme dan estetik. Model ini menjelaskan secara langkah demi
langkah tentang prosedur dan menekankan hubungan interpersonal yang terbuka dan intuisi
secara peribadi, kemahiran dan perilaku. Penyelia digalakkan membantu guru memahami dan
merasai keunikan pengajaran.

Model Teknikal/Didaktik "Technical/Didactic Models" (awal 1980-an)

Model ini diperkenalkan oleh Acheson dan Gall, Hunter, Joyce dan Showers dan mereka
mengambil manfaat dari kajian proses-produk dan keberkesanan pengajaran. Model ini
menekankan teknik-teknik pemerhatian dan maklumbalas yang boleh mengukuhkan sesetengah
tingkah laku yang berkesan dan pra penentuan model-model pengajaran yang guru-guru ingin
turuti.

HANISAH DARLENE JOHANA Page 3


Penyeliaan Klinikal

Model Perkembangan /Reflektif "Development/Reflective Models" (1980-an)

Ia merupakan model oleh Glickman, Costa dan Garmston, Schon, Zeicher dan Liston, Garman,
Smyth dan Retallick, Bowers dan Flinders, dan Waite yang menitik beratkan perbezaan-
perbezaan individu, pengelolaannya, sosial, politik dan bubaya dalam konteks pengajaran.

1.6 Tugas dan Peranan Penyelia

Merancang

Menetapkan objektif
Menentukan andaian/anggapan/sasaran
Menyemak segala kemungkinan perancangan/strategi
Kenalpasti plan tindakan yang sesuai/plan kontegensi
Pilih plan yang terbaik
Tukar plan kepada tindakan dan laksanakan
Tindakan susulan

Mengelola

Kerja dijelaskan mengikut objektif organisasi


Membahagikan tenaga kerja dengan sewajarnya
Kumpul aktiviti tertentu dalam satu kumpulan tertentu
Pilih mekanisma yang sesuai/pilih anggota yang sesuai
Memantau keberkesanannya dan buat penyelarasan jika perlu
Meningkatkan keberkesanan tersebut

Menyelaras

Tentukan pekerja diletakkan mengikut kepakaran masing-masing


Latihan dan perkembangan staf
Penempatan
Program orientasi
Persekitaran yang produktif

HANISAH DARLENE JOHANA Page 4


Penyeliaan Klinikal

Mengetuai

Menentukan pekerja melakukan kerja ikut apa yang telah ditetapkan


Berkaitan kualiti pemimpin/penyelia atau gaya, kuasa dan aktiviti komunikasi,
kepimpinan, motivasi dan disiplin
Aktiviti directing atau mengarah komunikasi, membuat keputusan, penyelesaian
masalah, motivasi, kepimpinan, penugasan (delegation)

Kawalan / Mengukur (Controlling)

Proses untuk memastikan matlamat/ objektif organisasi tercapai


Proses kawalan/pengukuran - menetapkan indicator atau sasaran
Mengukur pencapaian, prestasi berdasarkan standard
Analisa dan mengukur prestasi dan mengambil tindakan pembetulan berdasarkan
standard yang telah ditetapkan

HANISAH DARLENE JOHANA Page 5


Penyeliaan Klinikal

2.0 Jenis Kumpulan Dalam Penyeliaan Klinikal.

Empat Jenis Penyeliaan Klinikal

Model Klinikal Tulen "Original Clinical Models" (akhir 1960-an)

Model ini dicadangkan oleh Goldhammer, Mosher, Purpel dan Cogan. Ia adalah hasil daripada
pelbagai sumber pemikiran berdasarkan empirical, fenomenalogikal, behavioural dan perspektif-
perspektif yang berkembang. Model ini menekankan kepada kepentingan hubungan antara
rakan sejawat, para penyelia dan para guru.

Model Humanistik/Artistik "Humanistic/Artistic Models" (pertengahan 1970-an)

Model ini merupakan perspektif-perspektif daripada Blumberg dan Eisner yang berasaskan
kepada prinsip-prinsip eksistentialisme dan estetik. Model ini menjelaskan secara langkah demi
langkah tentang prosedur dan menekankan hubungan interpersonal yang terbuka dan intuisi
secara peribadi, kemahiran dan perilaku. Penyelia digalakkan membantu guru memahami dan
merasai keunikan pengajaran.

Model Teknikal/Didaktik "Technical/Didactic Models" (awal 1980-an)

Model ini diperkenalkan oleh Acheson dan Gall, Hunter, Joyce dan Showers dan mereka
mengambil manfaat dari kajian proses-produk dan keberkesanan pengajaran. Model ini
menekankan teknik-teknik pemerhatian dan maklumbalas yang boleh mengukuhkan sesetengah
tingkah laku yang berkesan dan pra penentuan model-model pengajaran yang guru-guru ingin
turuti.

Model Perkembangan /Reflektif "Development/Reflective Models" (1980-an)

Ia merupakan model oleh Glickman, Costa dan Garmston, Schon, Zeicher dan Liston, Garman,
Smyth dan Retallick, Bowers dan Flinders, dan Waite yang menitik beratkan perbezaan-
perbezaan individu, pengelolaannya, sosial, politik dan budaya dalam konteks pengajaran.

HANISAH DARLENE JOHANA Page 6


Penyeliaan Klinikal

2.1 MODEL YANG DIPILIH : Model Perkembangan /Reflektif "Development/Reflective


Models" (1980-an)

Terdapat sembilan ciri yang menggambarkan penyeliaan klinikal sebagai suatu konsep

penyeliaan yang berkesan iaitu;

a) Merupakan satu teknologi untuk mempertingkatkan pengajaran. Iaitu salah

satu cara penyelesaian yang sesuai untuk mencari punca permasalahan dan

langkah untuk mengatasi masalah tersebut adalah melalui perbincangan dua

hala antara penyelia dan yang diselia.

b) Merupakan intervensi yang disengajakan dalam proses pengajaran-

pembelajaran. Ini kerana intervensi yang dijalankan adalah salah satu cara cuba

jaya yang dihasilkan oleh individu bagi mencari jalan penyelesaian yang sesuai

agar dapat meningkatkan prestasi seseorang individu.

c) Berorientasikan matlamat, menggabungkan keperluan-keperluan

perkembangan individu tertentu yang bertugas di sekolah. Ini bertujuan untuk

menambahbaik cara kerja seseorang individu agar lebih efektif dalam

menyelesaikan satu tugasan. Seseorang yang diselia itu perlu mempunyai

rancangan jangka panjang agar intervensi yang dijalankan memperlihatkan

peningkatan kepada responden.

d) Mengandaikan satu hubungan profesional di antara para guru dan para

penyelia. Kolaborasi antara guru dan penyelia adalah amat penting bagi

mencapai sesuatu matlamat dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Penyelia

akan bertindak sebagai orang yang mampu membimbing guru dan memberikan

idea-idea bernas dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

HANISAH DARLENE JOHANA Page 7


Penyeliaan Klinikal

e) Memerlukan perkongsian kepercayaan yang tinggi dan diterjemahkan dalam

bentuk persefahaman, sokongan dan komitmen untuk berkembang. Perkongsian

melalui sesi refleksi dapat membantu guru dan penyelia mencari punca

permasalahan agar intervensi yang dijalankan dapat membantu meningkatkan

kefahaman murid.

f) Berbentuk sistematik, walaupun memerlukan kefleksibiliti dan perubahan

metodologi yang berterusan. Sesi perjumpaan antara guru dan penyelia adalah

mestilah diadakan secara berulang kali agar dapat melihat perubahan guru dan

murid dalam sesi pengajaran yang dijalankan.

g) Menghasilkan ketegangan yang produktif untuk merapatkan jurang antara

kebenaran dan ideal. Dengan mengadakan sesi refleksi guru dan penyelia akan

berbincang dan dapat menyuarakan pendapat mereka supaya dapat di

asimilasikan dengan keadaan persekitaran yang mungkin akan berbeza dengan

persekitaran yang lain.

h) Mengandaikan para penyelia mengetahui secara mendalam tentang

menganalisis pengajaran dan pembelajaran serta interaksi antara manusia yang

produktif. Iaitu penyelia bertindak sebagai orang yang berpengalaman dan

membimbing guru dibawah seliaanya agar mempertingkatkan

profesionalismenya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

i) Memerlukan para penyelia mengikuti pra latihan khasnya dalam teknik-teknik

dan membuat refleksi dalam perkhidmatan yang berterusan serta pendekatan

HANISAH DARLENE JOHANA Page 8


Penyeliaan Klinikal

yang berkesan agar sesi refleksi bersama guru dapat ditingkatkan berdasarkan

standrand polisi yang ditetapkan dalam sesebuah organisasi.

3.0 LIMA LANGKAH MODEL PERKEMBANGAN REFLEKTIF.

Glickman, Gordon dan Ross-Gordon (2004) menjelaskan bahawa struktur penyeliaan klinikal
Model Perkembangan Reflektif boleh dipermudahkan dengan menggunakan lima langkah yang
tersusun seperti berikut:

1. Preconference (Pra persidangan dengan guru).


2. Pemerhatian di dalam bilik darjah.
3. Membuat analisis dan interpretasi pemerhatian serta menentukan pendekatan konferens.
4. Post-Conference dengan guru (Persidangan selepas pemerhatian).
5. Menganalisis secara klinikal keempat-empat langkah terdahulu.

3.0.1 Preconference (Pra persidangan dengan guru).

Preconference merupakan langkah pertama yang akan dilakukan sebelum penyelia melakukan
pemerhatian. Dalam pertemuan pertama ini, penyelia dan guru yang akan dicerap duduk
bersama-sama untuk membincangkan beberapa perkara yang akan dinilai semasa proses
pencerapan berlaku. Antara perkara yang dibincangkan adalah seperti berikut:

I. Sebab dan tujuan pemerhatian.


II. Hasil pengajaran dan pembelajaran.
III. Rancangan pengajaran harian termasuklah set induksi, kaedah pengajaran, pemeringkatan
isi pelajaran, teknik penyoalan masa, ruang bilik kelas, sumber)
IV. Cadangan untuk menambah baik rancangan pengajaran guru.
V. Fokus pemerhatian penyelia.
VI. Kaedah dan bentuk pemerhatian yang bakal digunakan.
VII. Jangka masa pemerhatian.
VIII. Masa untuk post-conference.

HANISAH DARLENE JOHANA Page 9


Penyeliaan Klinikal

3.0.2 Pemerhatian di dalam bilik darjah.

Pada peringkat kedua ini, tumpuan akan diberikan terhadap pengukuhan semula bagi
memastikan semua persefahaman yang telah dipersetujui dalam preconfrence dipatuhi oleh
guru yang akan dinilai. Semasa pemerhatian ini berlaku, penyelia akan menggunakan salah satu
model penyeliaan atau kombinasi model pemerhatian yang lain. Kaedah yang digunakan
lazimnya kekerapan mengikut kategori, petunjuk dalam pengajran, penggunaan diagram visual,
penguasaan ruang, bahasa, perbincangan bebas atau susunan huraian, penglibatan, soalan-
soalan berfokus, kritikan membina dan sistem pemerhatian mengikut pemerhatian. Dalam masa
yang sama fokus akan diberikan terhadap tingkah laku guru dan respon murid yang
memberikan kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran guru. Semasa proses ini
berlangsung, penyelian akan melihat semula objektif pelajaran yang sedang berlangsung
supaya analisis dapat dibuat dengan tepat. Penyelia juga akan menyelia dan merekod semua
maklumat berkaitan dengan tingkah laku pengajaran dan pembelajaran yang dipersetujui
sebelum ini. Pada peringkat ini, penyelia diingatkan supaya mengelakkan intervensi (campur
tangan) kecuali dalam situasi tertentu.

3.0.3 Membuat analisis dan interpretasi pemerhatian serta menentukan


pendekatan konferens.

Pada peringkat ini, selepas pemerhatian dilakukan, penyelia akan meninggalkan bilik darjah
bersama dengan semua hasil pemerhatiannya. Penyelia akan meneliti semua hasil pemerhatian
dan mencari penyelesaian bagi setiap masalah yang dikenal pasti oleh penyelia. Antara perkara
yang boleh ditimbulkan oleh penyelia adalah seperti gaya pengajaran guru, penggunaan masa,
peralihan, masa yang diperuntukan untuk perbincangan kumpulan, perjalanan keseluruhan
kelas, penggunaan bahan, penjelasan guru sama ada penuh bermakna, cukup atau tidak,
pertuturan guru sama ada jelas atau tudak, laju atau perlahan dan yang paling penting adakah
memenuhi keperluan pelbagai tahap murid? Semua isu ini akan diperhatikan semasa penyelia
meneliti dan mengkaji maklumat yang diperolehi semasa proses pencerapan dilakukan. Dalam
masa yang sama, penyelia juga akan mengkaji kekerapan guru mengulangi kesalahan yang
sama. Pada penringkat ini, penyelia perlu peka terhadap penggunaan instrumen yang tidak
diambil kira seperti soal selidik dan soalan-soalan terbuka dalam mendapatkan maklumat-

HANISAH DARLENE JOHANA Page 10


Penyeliaan Klinikal

maklumat yang penting. Dengan cara ini penyelia dapat melakukan interpretasi berdasarkan
kesemua maklumat yang diperolehi.

3.0.4 Post-Conference dengan guru (Persidangan selepas pemerhatian).

Pada peringkat ini, setelah selesai meneliti semua maklumat yang diperolehi semasa
pemerhatian dilakukan bersama dengan borang pemerhatian yang lengkap disi, analisis yang
lengkap, borang interpersonal dan pendekatan interpersonal yang dipilih, penyelia akan
bertemu semula dengan guru yang telah dicerap. Tujuan Post-Conference diadakan adalah
untuk membincangkan tentang analisis pemerhatian dan menghasilkan rancangan pengajaran
untuk meningkatkan pengajaran guru. Semasa pertemuan ini berlangsung, guru akan
melakukan refleksi berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan supaya guru
akan dapat melihat dan menilai sendiri apa yang telah dilakukannya dalam kelas. Hasil
perbincangan ini pula, penyelia akan memutuskan pendekatan yang telah dipilih sama ada
membuat kawalan secara berarah (directive), pemberian maklumat secara berarah, kolaboratif
atau bukan berarah (non-directive). Semasa perbincangan ini juga, penyelia diminta agar
menggalakkan Guru yang dicerap melakukan refleksi, mencungkil pemikirannya, menyerahakan
data yang dikumpul kepada guru yang dicerap tanpa value judgement (penilain / kritikan),
menggalakkan guru yang dicerap memberi cadangan sendiri untuk mengatasi masalah yang
dihadapi beliau, membuat rumusan tentang perbincangan yang diadakan (what occurred &
what happened) dan menonjolkan aspek positif pengajaran da pembelajaran guru yang dicerap.

3.0.5 Menganalisis secara klinikal keempat-empat langkah terdahulu.

Pada peringkat terakhir ini, ia merupakan masa untuk meninjau sama ada format dan prosedur-
prosedur yang bermula dari preconference sehingga ke postconference adalah memuaskan
atau semakan semula mungkin diperlukan sebelum mengulangi sesuatu peringkat mengikut
urutannya. Penganalisisan secara kritikal mungkin akan dilaksanakan pada akhir post-
conference atau dilakukan satu lagi konferens secara berasingan selepas beberapa hari. Pada
peringkat ini, ianya perlu menjadi satu sesi formal tetapi boleh jadi hanya satu perbincangan
ringkas yang mengandungi persoalan seperti: i. Apakah perkara-perkara yang penting patut
dimasukan dalam apa yang telah dilakukan? ii. Apakah yang kurang penting? iii. Apakah
cadangan-cadangan perubahan yang perlu? Pada peringkat ini, juga ia boleh menjadi sesuatu

HANISAH DARLENE JOHANA Page 11


Penyeliaan Klinikal

yang berbentuk simbolik dan nilai tanggungjawab. Ia menunjukkan bahawa para penyelia turut
terlibat dalam usaha-usaha dalam memperbaiki diri sama juga dengan orang yang diselia. Di
samping itu, maklum balas daripada para guru memberi peluang untuk membuat keputusan
tentang amalan-amalan yang boleh diteruskan, disemak semula dan perubahan yang perlu
dilakukan apabila bekerjasama dengan para guru pada masa depan. Penyeliaan klinikal ini
hanya dapat dilaksanakan sepenuhnya apabila mendapat kerjasama atau timbul kesefahaman
di antara kedua-dua pihak yang boleh mencapai ke arah perubahan positif. Maklum balas
daripada para guru turut memberi peluang untuk membuat keputusan tentang amalan-amalan
yang boleh diteruskan, dan perubahan yang perlu dilakukan apabila bekerjasama dengan para
guru pada masa akan datang.

4.0. KESIMPULAN

Pavan (1993), menyatakan bahawa bagi model penyelidikan klinikal sekiranya para pentadbir
dapat mengubah suai amalan penyelidikan klinikal untuk meningkatkan kepuasan kerja guru,
maka akan lebih ramai guru berpuas hati untuk meneruskan serta mempertingkatkan amalan
pengajaran mereka. Maka kaedah penyeliaan seperti penyeliaan klinikal untuk meningkatkan
prestasi pembelajaran dan pengajaran perlu dilaksanakan dengan berkesan melalui
pemumupukan kebolehan guru, dan membentuk serta menyelaraskan semua daya usaha guru-
guru. Kualiti pendidikan yang tinggi hanya akan dapat dicapai jika para pendidik dan penyelia
pendidikan mempunyai dedikasi dan tanggungjawab yang tidak berbelah bagi. Hal ini demikian
kerana penyeliaan yang berkualiti akan memberi kesan yang baik terhadap pertumbuhan
pelajar.

HANISAH DARLENE JOHANA Page 12

You might also like