You are on page 1of 1

ULASAN/PANDANGAN/REFLEKSI ANDA TENTANG ARTIKEL

(TEORI KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL)

- Kepimpinan instruksional di amalan


. Lokasi
.persekitaran sekolah
. kemanjadian murid
. latarbelakang murid
. insfruktur sekolah
. sumber kewangan
teori Hallinger dan Murphy (1986), model kepimpinan instruksional di mana terdapat tiga (3)
konstruk dan sebelas (11) elemen mengenai teori kepimpinn pengajaran. Tiga konstruk yang terdapat pada
kepimpinan instruksional iaitu menjelaskan atau mendefinisikan matlamat, menguruskan program pengajaran
atau instruksional dan akhir sekali adalah mewujudkan atau menggalakkan iklim pembelajaran positif.

Konstruk pertama iaitu menjelaskan atau mendefinisikan misi sekolah mempunyai dua (2) elemen iaitu
merangka matlamat sekolah, menyampaikan dan menyebarkan matlamat sekolah manakala konstruk kedua
mempunyai tiga (3) elemen iaitu penyeliaan dan penilaian instruksional, menyelaras kurikulum dan memantau
kemajuan murid. Konstruk yang terakhir adalah mengenai mewujudkan atau menggalakkan iklim pembelajaran
positif di mana mengandungi enam (6) elemen iaitu mengawal waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP),
membudayakan perkembangan professional kakitangan, mengekalkan ketampakan, menyediakan insentif
kepada guru dan murid dan, akhir sekali menekankan kecemerlanagn akademik.
Teori ini diperkuatkan lagi penemuannya dengan usaha untuk mengenal pasti ciri-ciri sekolah pengajaran
berkesan di mana sekolah yang pelajarnya mencapai lebih daripada apa yang dijangkakan. Penemuan ini
menyimpulkan bahawa sekolah pengajaran berkesan mempunyai pengetua yang memberikan perhatian yang
lebih kepada membawa kurikulum dan program pengajaran sekolah menurut Hallinger (1986).

Kepimpinan instruksional adalah gaya kepimpinan yang releven dan lebih baik untuk diaplikasikan dalam
pentadbiran dan pengurusan di sekolah. Kepimpinan instruksional mempunyai hubung kait dengan kurikulum. Oleh
itu, kepimpinan Instruksional boleh didefinisikan bagaimana hendak mengajar di mana melibatkan cara, kaedah,
strategi atau pun aksi pengajaran semasa pelaksanaan manakala kurikulum pula sebagai satu dasar, program, aktiviti,
rancangan, isi kandungan atau pengalaman yang ingin disampaikan.

You might also like