You are on page 1of 6

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

MAHARAT AL-QURAN
TINGKATAN 1

MATLAMAT KURIKULUM MAHARAT AL-QURAN


Mempersiapkan modal insan yang menghafaz al-Quran, berpengetahuan, beriman, bertaqwa, berkeperibadian, mempunyai
kompetensi yang tinggi yang mampu menguasai syariah Islamiah yang dapat menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai ikutan
dalam kehidupan seharian bagi merealisasikan kejayaan di dunia dan akhirat.

OBJEKTIF KURIKULUM MAHARAT AL-QURAN


Setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Maharat al-Quran, murid dapat:
(1)

Membaca 30 juzuk al-Quran serta memelihara hukum tajwid.

(2)

Memahami hukum-hukum tajwid dan mempraktikkannya dalam bacaan al-Quran dan hafazan.

(3)

Memahami adab-adab al-Quran dan mempraktikkannya.

(4)

Mengetahui Qiraat Sabah yang mutawatir (Tingkatan 4 dan 5).

(5)

Membaca ayat-ayat al-Quran mengikut sukatan dengan Qiraat Sabah yang mutawatir (Tingkatan 4 dan 5).

(6)

Mengetahui kaedah-kaedah penulisan Rasm Uthmani (Tingkatan 5).

MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 1


2

PERNYATAAN STANDARD

BAND
1

Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas.

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah
dipelajari.

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi.

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta
tekal dan bersikap positif.

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk
mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan
menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 1


3

TILAWAH AL-QURAN
TEMA / TAJUK

MEMBACA 6 JUZUK AL-QURAN DARI


KESELURUHAN JUZUK 30
DAN
JUZUK 1 HINGGA JUZUK 5

BAND

DESKRIPTOR

Boleh membaca sebahagian ayat-ayat daripada juzuk 30, 1 hingga 5


dengan bimbingan guru.

Boleh membaca sebahagian ayat-ayat daripada juzuk 30, 1 hingga 5


tanpa bimbingan guru.

Boleh membaca sebahagian ayat-ayat daripada juzuk 30, 1 hingga 5


tanpa bimbingan guru dengan lancar.

Boleh membaca sebahagian ayat-ayat daripada juzuk 30, 1 hingga 5


secara kendiri dengan lancar dan bertajwid (tartil).

Boleh membaca sebahagian ayat-ayat daripada juzuk 30, 1 hingga 5


secara kendiri dengan lancar, bertajwid (tartil), fasih dan secara
konsisten.

Boleh membaca sebahagian ayat-ayat daripada juzu 30, 1 hingga 5


secara kendiri dengan lancar, bertajwid (tartil), fasih dan menjadi contoh.

MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 1


4

TAJWID
TEMA / TAJUK

Pengenalan ilmu tajwid, hukum


mempelajari dan pelaksanaannya.

Kesalahan bacaan.

Martabat bacaan dan


pelaksanaannya.

Istiazah dan Basmalah.

Hukum Nun Sakinah dan Tanwin.

BAND

DESKRIPTOR

Menyebut secara ringkas pengertian ilmu tajwid.

Menyatakan hukum mempelajari ilmu tajwid dan beramal dengannya.

Menerangkan tingkatan dan cara bacaan al-Quran.

Menerangkan kaedah bacaan Istiazah dan Basmalah.

Mengenal pasti kesalahan-kesalahan ketika membaca al-Quran.

Mengaplikasikan hukum Nun Sakinah dan Tanwin dalam bacaan


al-Quran.

MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 1


5

ADAB AL-QURAN
TEMA / TAJUK

Pengertian al-Quran, kelebihan


membaca dan menghafalnya.

Keutamaan Qari, kemuliaan ahli


al-Quran serta larangan
mencelanya.

Adab dengan al-Quran.

Bacaan ayat-ayat dan surah-surah


yang sunat pada waktu dan
keadaan tertentu.

Adab penulisan al-Quran.

BAND

DESKRIPTOR

Boleh menyatakan pengertian al-Quran dari sudut bahasa dan istilah


secara ringkas.

Boleh menyatakan nama-nama al-Quran dan kelebihan membaca serta


menghafalnya.

Mampu menjelaskan keutamaan Qari al-Quran, kemuliaan ahlinya serta


larangan mencelanya.

Berkeupayaan membuat penerangan dan penjelasan tentang adab


dengan al-Quran.

Mampu membaca dan mengamalkan ayat-ayat, surah-surah yang sunat


dibaca pada waktu tertentu dalam kehidupan seharian secara
beristiqamah.

Dapat menjelaskan adab penulisan al-Quran secara terperinci.

MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 1


6

You might also like