You are on page 1of 2

LAPORAN PAMERAN SAINS SK SENTUL (2), 2012

Pameran Sains diadakan di Sekolah Kebangsaan Sentul (2) selama satu


minggu bermula 16 April sehingga 20 April 2012. Program ini adalah anjuran
Panitia Sains, Sk Sentul (2). Program ini telah dilancarkan pada perhimpunan
pagi Isnin, 16 April 2012 oleh Puan Guru Besar. Majlis ini dikendalikan oleh
adik Nurul Fathihah dari 6 Bestari. Pada Majlis pelancaran, Guru Besar dalam
ucapannya berharap murid-murid mengambil peluang yang ada untuk
memupuk minat dalam bidang Sains. Sebagai simbolik dalam majlis
pelancaran ini, Guru Besar telah diminta untuk meletupkan gunung berapi
buatan dengan mencampurkan campuran cuka dan larutan soda bikarbonat.
Ajlis diteruskan lagi dengan persembahan magik Sains oleh Puan Noorazalina
dan dibantu oleh adik Syahmi Aiman dari 5 Bestari.
Pameran Sains ini diadakan di bilik Sains 1 yang sudah disediakan satu
minggu lebih awal oleh guru-guru Sains dan dibantu oleh murid tahun 5 Arif
dan 5 Bestari. Terdapat sembilan stesen utama iaitu, Stesen 1 (Ukuran)
peralatan untuk mengukur tinggi, berat dan masa. Stesen 2 (Radas Sains)
semua radas yang ada di Bilik Sains dan namanya. Stesen 3 (Sains Hayat)
Berkaitan dengan benda hidup seperti haiwan dan tumbuhan. Stesen 4
(Khemah cahaya) Demonstrasi cahaya putih dibiaskan menjadi pelangi,
eksperimen cahaya bergerak lurus, eksperimen cahaya boleh dibiaskan
, eksperimen gabungan cahaya berwarna dan (Model Manusia dan organ)
Mengetahui organ2 manusia, kedudukan organ manusia, kegunaan organ
manusia
serta (kitar
air semula jadi) Simulator kitar air. Stesen 5 (sains fizikal/bahan)
Eksperimen pengaratan, demonstrasi gunung berapi, eksperimen sifat bahan
, eksperimen magnet, eksperimen keadaan bahan. Stesen 6 (kerjaya dalam
Sains),Doktor, Juruterbang, Angkasawan, Ahli astronomi, Ahli geologi, Ahli
Mikrobiologi, Jurutera dan Guru sains. Stesen 7(Elektrik) Kit Permainan
elektrik, Kit bahan pengalir dan penebat elektrik, Litar bersiri dan selari
(Gear)Mesin mudah. Stesen 8 (Bumi dan alam semesta) Gerhana, Planet2 di
sistem solar, Fasa bulan. Stesen 9 (Kestabilan) Bangunan hasil kerja murid.
Murid-murid menyertai pameran ini secara bergilir mengikut jadual
yang telah ditetapkan. Pameran ini berjaya menarik perhatian murid tahap 1
lebih menggemari mata pelajaran Sains.

You might also like