You are on page 1of 3

TOKOH AHLI FALSAFAH JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 1827)

Johan Heinrich Pestalozzi dilahirkan pada 12 Januari 1746 di Zurich, Switzerland. Bapanya
Johann Pestalozzi, telah meninggal dunia ketika beliau berusia 5 tahun. Beliau telah dibesarkan
oleh ibunya Susanna Hotz Pestalozzi bersama-sama kakak serta

seorang pembantu rumah.

Beliau tidak pernah ke sekolah sehinggalah beliau mencapai usia 9 tahun. Pada peringkat awal
persekolahannya, beliau tidak begitu cenderung untuk belajar kerana beliau lebih suka
mengelamun.

Walaupun

demikian,

beliau

telah

Berjaya

melanjut

dan

menamatkan

pengajiannya di Universiti Zurich (University Of Zurich). Pestalozzi juga memberi komitmennya


kepada keadilan sosial dan berminat di dalam bidang inovasi yang dia telah ceburi di awal
persekolahannya. Keadaan ini membuatkan Pestalozzi semakin berminat dalam pendidikan.
Guru yang paling diminati beliau ialah Johann Jakob Bodmer yang merupakan seorang guru
yang dikenali di dalam serta di luar Zurich dan Switzerland dan mempunyai ramai pelajar yang
berbakat. Dalam tahun 1767, Pestalozzi telah mengkaji tentang Sains Pertanian bersama
dengan Johann Rudolf Tschiffeli, seorang petani prysiocrat dan experimental dekat Kirchberg.
Pada tahun 1769, beliau telah berkahwin dengan Anna Schulthess seorang gadis dari keluarga
golongan kelas pertengahan di Zurich dan pada tahun 1770 beliau telah dikurniakan seorang
anak dan diberi nama Jean Jacques. Pada tahun 1775 beliau telah membeli sebuah ladang
berhampiran Neuhof, Switzerland dan telah mendirikan sebuah sekolah. Pendidikan di sini
diberikan secara percuma kepada anak-anak yatim dan juga anak-anak terbiar. Di sekolah ini,
beliau telah mengajar dengan menggunakan kaedah-kaedah pengajaran sepertimana beliau
mengajar anaknya Jean Jacques. Beliau telah telah Berjaya memberI pendidikan kepada
kanak-kanak ini yang sebelum ini tidak berpeluang untuk belajar atau bersekolah. Di sini beliau
telah membentuk kaedah belajar berkumpulan dalam mempelajari bidang pembacaan,
penulisan dan matematik. Namun sekolah ini terpaksa ditutup kerana kekurangan dana dan
hutang yang banyak.

Setelah sekolah ini ditutup, Pestalozzi telah mengabdikan selama beberapa tahun dalam
mengusahakan ladangnya serta membuat penyelidikan tentang kaedah-kaedah dan teknikteknik pendidikannya. Pada tahun 1871 beliau telah mencetak buku pertamanya yang bertajuk
The Evening Hours of a Hermit yang menceritakan tentang jurnalnya sebagai seorang guru.
Pada tahun yang sama beliau telah mencetak jilid pertama novelnya yang bertajuk Leonard

and Gertrude. Di dalam novel ini beliau telah mengumpulkan kebanyakkan idea-ideanya
tentang pendidikan dan juga tentang program pemulihan sosial. Jilid keempat dan yang terakhir
telah dicetak dalam tahun 1785. Walaupun buku tersebut hanya menjadi bahan rujukan sahaja
kemudiannya, dia mendapat sedikit keuntungan dari cetakan Fables (cerita teladan) iaitu
koleksi cerita-cerita mengenai haiwan yang padat dengan nilai-nilai murni dan sebuah lagi buku
bertajuk Inquiry yang mana ianya berkaitan dengan falsafah. Kedua-dua buku ini telah
diterbitkan pada tahun 1791. Dalam tahun 1798, Pestalozzi telah menawarkan diri untuk
menolong anak-anak yatim di Stanzs berikutan dengan kemusnahan yang tercetus akibat
daripada Revolusi Swiss. Semasa penjajahan tentera Perancis ke atas Switzerland dalam
tahun 1798, beberapa orang kanak-kanak yatim telah ditinggalkan bersendirian tanpa makanan
dan tempat tinggal di Canton of Nidwalden. Pestalozzi telah mengambil kanak-kanak tersebut
dan menjaga mereka. dia telah menukarkan sebuah gereja yang telah ditinggalkan menjadi
sebuah sekolah untuk kanak-kanak tersebut.

Dalam tahun 1799, Pestalozzi telah menawarkan perkhidmatan kepada penduduk-penduduk


Kampung Burgdorf . Apabila penduduk Kampung merasa curiga dengan cara kaedah
pengajarannya, dia mengambil keputusan untuk membuka sekolah persendiriannya sendiri.
Sekolah ini kemudiannya berjaya menarik perhatian masyarakat antarabangsa dan menjadi
terkenal. Akhirnya sekolah ini telah ditaja oleh pihak kerajaan buat pertama kalinya. Akhirnya
pada tahun 1801 sebuah buku yang lengkap dan sistematik yang berkaitan dengan cara-cara
dan kaedah yang diguna pakai oleh Pestalozi telah diterbitkan. Pestalozzi telah memindahkan
sekolahnya ke sebuah istana lama di Yverdon dalam tahun 1805 dan kekal di situ selama 20
tahun. Sekolah ini juga telah menarik perhatian para pelajar dan guru-guru dari seluruh dunia.
Wakil-wakil dari Prussia sangat berbangga dengan sekolah tersebut. Mereka telah membawa
pulang cara-cara dan kaedah pengajaran Pestalozzi ke Prussia. Mereka telah mengaplikasikan
kaedah pengajaran ini ke dalam sistem pendidikan Negara mereka. Pestalozzi telah menutup
sekolahnya dan telah bersara pada tahun 1826. Dia telah meninggal dunia pada 17 Februari
1827. Mayatnya telah dikebumikan di New Neuhof iaitu di tapak sekolah pertamanya dahulu. Di
Neuhof, Pestalozzi telah menulis hasil karyanya yang terakhir "Schwanengesang(swansong).
Buku tersebut terdiri dari dua bahagian. Bahagian yang pertama terdiri daripada sebuah
autobiografi dan bahagian yang kedua adalah penerangan yang lengkap tentang teori-teori
pembelajarannya.

TEORI DAN KAEDAH PESTALOZZI


Pestalozzi percaya bahawa tujuan pendidikannya ialah untuk mendedahkan kuasa semulajadi,
kemampuan atau kebolehan terpendam dalam diri manusia. Oleh kerana pembangunan moral,
sosial, emosi dan intelektual dalam diri setiap individu terbongkar melalui pendidikan,
masyarakat menjadi bertambah maju. Untuk membantu kanak-kanak mencapai potensi yang
penuh, Pestalozzi telah mengembangkan kurikulum permulaan sekolah termasuk Geografi,
Sains, Lukisan dan Muzik. Beliau menekankan bahawa guru tidak seharusnya mengajar
dengan perkataan apabila murid melihat, mendengar atau menyentuh objek. Beliau
menjangkakan murid-murid akan aktif secara berterusan melihat, membuat dan membetulkan
kesalahan, menerangkan pemantauan, menganalisis objek dan memuaskan rasa ingin tahu
seseorang. Beliau juga percaya bahawa bilik-bilik di sekolah mesti mempunyai atmosfera yang
mesra keluarga kristian, di mana ahli-ahlinya sangat kooperatif, penyayang dan baik hati di
antara satu sama lain. Teori dan kaedah Pestalozzi terbukti sangat berjaya apabila asas-asas
sistem permulaan pendidikannya digunapakai diserata dunia.

Last edited by Admin1 on Tue Sep 11, 2012 10:10 am; edited 1 time in total

You might also like