You are on page 1of 4

PROGRAM INTERNSHIP: SKPK PES PROJEK INOVASI

LAPORAN PROJEK INOVASI: BRAILLE BUTTON CELL

Saya telah bertugas di salah sebuah Sekolah Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
yang terletak di negeri Johor Darul Takzim. Saya telah mengajar mata pelajaran Bahasa
Inggeris untuk Tahun 3, Tahun 5 dan Tahun 6. Sepanjang mengajar Bahasa Inggeris, murid
Tahun 5 bermasalah penglihatan didapati bahawa lemah dalam membaca kod singkatan
bahasa Inggeris.
Ini kerana murid-murid tidak begitu meminati subjek Bahasa Inggeris dan tahap
penguasaan yang rendah menyebabkan mereka untuk tidak mahu membaca kod braille
Bahasa Inggeris. Isu dan masalah utama yang dikenalpasti ialah responden masih belum
menguasai kemahiran membaca singkatan kod Five Wordsigns.
Bagi mengatasi maslaah ini, saya telah mereka satu bahan inovasi yang diberi nama
Braille Button Cell adalah Bahan Bantu Belajar (BBB) memberikan satu pengalaman
pembelajaran yang berbeza kepada murid. Kod braille yang diinovasikan oleh pengkaji
daripada kain dan butang katup untuk dijadikan sebagai kod braille.
Apabila murid merasa kain yang telah dijahit dengan butang katup (bahagian bawah),
murid akan mengkatupkan butang (bahagian atas) dengan butang katup (bahagian bawah)
untuk membuat kod braille. Di samping kosnya yang agak murah dan berpatutan, ia boleh
dibuat dalam beberapa unit. Bahan ini juga amat ringan dan boleh dibawa ke mana-mana
serta didapati dalam warna yang terang supaya dapat menarik perhatian murid.
Murid boleh membuat pelbagai jenis kod braille dengan menggunakan bahan ini.
BBB ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid dalam membaca kod braille. Di
samping itu, murid-murid juga dapat belajar bukan sahaja dengan kod braille singkatan
Bahasa Inggeris, malahan, kod braille Bahasa Melayu.

PROGRAM INTERNSHIP: SKPK PES PROJEK INOVASI

Kesimpulannya, kepentingan untuk belajar kod braille ini adalah kerana ianya akan
membantu individu bermasalah penglihatan ini meneruskan kelangsungan hidup di dunia
yang serba moden ini. Ini kerana keperluan asas seperti membaca, menulis dan mengira perlu
dalam menjalankan urusan-urusan seperti persuratan, pembayaran bil dan apa-apa sahaja
aktiviti dan urusan yang perlu dilakukan. Sebagai individu bermasalah penglihatan, ianya
tidak seharusnya menjadi satu beban atau

halangan kepada mereka untuk mendapat

kehidupan yang lebih baik sejajar dengan individu normal yang lain.

PROJEK INOVASI: BRAILLE BUTTON CELL

REFLEKSI PROJEK INOVASI: BRAILLE BUTTON CELL

PROGRAM INTERNSHIP: SKPK PES PROJEK INOVASI

KEKUATAN
Antara kekuatan yang pengkaji dapat kenalpasti ialah pengkaji telah menggunakan
kaedah latih tubi. Kaedah ini ialah kaedah yang paling sesuai untuk mengajar murid-murid
bermasalah penglihatan dalam menguasai kod braille bahasa Inggeris.
Pengkaji juga telah berjaya menarik minat murid dengan mengunakan Braille Button
Cell sebagai medium untuk mengajar kod braille. Bahan Bantu Belajar (BBB) yang dibuat
oleh guru ini sangat menarik kerana ianya berwarna-warni dan dapat merangsang penglihatan
subjek kajian. Pengkaji juga menggunakan bahan seperti kain felt dan butang untuk membuat
Braille Button Cell supaya murid boleh belajar dengan lebih seronok dan berunsurkan
permainan.
Bahan ini juga boleh ditukar sebagai permainan yang membolehkan subjek kajian
membuat singkatan kod braille. Saya telah mengunakan butang katup yang dijahit dengan
kain felt. Ini merupakan kelebihan yang pengkaji dapat kenalpasti, iaitu penggunaan butang
katup. Ianya memudahkan murid-murid bermasalah penglihatan membuat singkatan. Ini
kerana butang membolehkan dot melekat dan boleh dicabutkan, jadi ianya memudahkan
subjek kajian membuat singkatan yang mereka ingin pelajari.

KELEMAHAN DAN CARA MENGATASI:

PROGRAM INTERNSHIP: SKPK PES PROJEK INOVASI

Menurut pengalaman murid-murid, penggunaan papan sel yang lebih kukuh dan rata
membolehkan subjek kajian menggunakan Braille Button Cell dengan lebih baik dan
berkesan. Jadi, pembelajaran dapat dijalankan secara optimum.
Kelemahan yang guru dapat kenalpasti di sini ialah pengkaji kekurangan masa untuk
membuat penambahbaikan bagi intervensi yang telah dilaksanakan. Ini kerana guru kekangan
masa untuk melaksanakan intervensi. Kekangan masa ini benar-benar membuatkan guru
tidak boleh menjalankan intervensi atau penambahbaikan yang lebih banyak lagi kepada
subjek kajian.
Jadi bagi mengatasi masalah ini, saya berharap untuk mempunyai masa yang lebih
lama untuk menggunakan bahan ini kepada murid-murid. Ini untuk melihat dengan lebih
lanjut keberkesanan bahan ini terhadap sesi pengajaran kepada murid-murid.
Selain itu, saya akan memperkukuhkan bahan bantu belajar (BBB) supaya lebih
kukuh dan memudahkn murid-murid untuk menggunakannya.

Selan itu, saya akan

memperbanyakkan BBB ini supaya dapat digunakan oleh semua murid dan membantu
mereka dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).

You might also like